EUROPE TRIP DAY06 PART1: ROTTERDAM & KEUKENHOF

Keukenhof, the most visited tulips garden in the world.

Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini - From Bruges to Brussels.

Rabu, 20 April 2016. Netherlands! Ya, aku sangat suka dengan Belanda. Dari pasukan bolasepak, landscape, hinggalah orang Belanda itu sendiri. Negara cantik yang penduduknya sangat mesra dan merendah diri. Tak berlagak. Sebab tu nama blog ni pun diambil dari perkataan belanda yang bermaksud 'the adventures'.

Pagi ini kami bangun di apartment BnB yang betul-betul di tengah-tengah bandar Rotterdam. Malam tadi kami cuma makan Mamee Chef cup dan pagi nya pula kami bersarapan dengan Nasi Beriani Brahims dan merasa hot chocolate yg tersedia di BnB. Nak kejar itinerary punya pasal, maka bab makan diletakkan ke tepi buat sementara. Tak larat nak masak dah dan juga tak nak bazirkan masa untuk keluarkan periuk nasi dan lauk-pauk. Lagi banyak barang yang dikeluarkan dari kereta, lagi banyak masa yang diperlukan untuk mengemas semula nanti. Sepatutnya kereta kami didaftarkan oleh Faysal (owner BnB kami) untuk mendapatkan parking percuma di sini, tetapi oleh kerana Faysal hanya mendapat nombor pendaftaran kereta tak sampai sehari, pendaftaran tidak sempat dibuat. Kami terpaksa gamble masuk petak parking yang kelihatan kosong di belakang apartment. Di ruang hadapan apartment juga ada petak parking, tetapi ada meter. Dahlah meter tu kelihatan tak ada slot untuk masukkan coin atau wang kertas. Walaupun dah lewat, risau juga nak gamble kalau-kalau pagi nanti kena saman. Alhamdulillah kereta kami selamat hingga ke pagi.

Update: - Hanya setelah balik Malaysia aku dapati street parking di Rotterdam sebenarnya free antara jam 11 malam hingga 9 pagi. Jadi sepatutnya tak ada masalah pun kalau aku parking depan-depan apartment Faysal hari tu. Dan memang betul mesin street parking tak ada slot untuk bayar cash, hanya boleh bayar dengan kredit kad atau debit kad sahaja. Kat sana bayar €1 dengan menggunakan kad kredit bukanlah perkara yang pelik. Rujukan maklumat parking di Rotterdam boleh didapati di Cityguiderotterdam.com atau Rotterdam.nl/parking.

Semalam merupakan hari pertama kami menyewa kereta di tanah besar Europe ni Dan kami dah drive hampir 600km (anggaran Google map adalah 545 km, tapi aku pasti actual distance adalah lebih daripada itu, termasuk yang tersalah masuk jalan, berhenti di RnR, mencari parking etc). Tapi itu bukanlah rekod perjalanan sehari yang paling jauh dalam trip kali ini. Semasa di UK tempoh hari kami drive 745km (juga anggaran dari google map) dan melawat empat attractions dalam masa sehari. Kalau nak follow itinerary kami ni boleh juga, tapi kena fitlah. Alhamdulillah kami berempat ada stamina yang cukup. Macam aku dan wife, dua bulan sebelum ke Europe, kami cuba uji stamina dengan mendaki bukit broga dan bukit kelebang di Ipoh selain berjogging dengan anak-anak setiap hujung minggu. Kalau tak pancit jugak kot sebab dah lama sangat tak bersenam.

Badan masih terasa agak penat, tetapi selepas bersarapan dan minum Hot chocolate terasa segar semula. Rutin harian di sana, buat video call ke Malaysia untuk bercakap dengan anak-anak di Malaysia sekejap untuk melepaskan rindu pada anak-anak. Diorang seronok je kat rumah, sebab neneknya datang teman sekali. Kalau ada nenek, budak-budak ni memang suka sangatlah. Kadang tu time buat video call pun macam tak heran je. Kita pula yang terlebih-lebih nak bercakap dengan diorang.

Kami kemaskan rumah sekadar sepertimana ketika kami masuk semalam. Masa kami masuk semalam pun tak kemas sangat sebenarnya, patutlah review BnB ni biasa-biasa saje part kebersihan. Tapi part location dan harga memang boleh bagi 5 star - €68 untuk sebuah apartment di tengah-tengah bandar Rotterdam. Sebulan dua yang lepas aku semak dekat AirBnB, Faysal dah menaikkan harga sewanya menjadi double (update : Apartment Faysal sudah takde dalam BnB listing pulak)

Kalau sampai awal semalam bolehlah keluar jalan kaki di sekitar bandar Rotterdam ni. Oleh kerana tak sempat, pagi ni kami bercadang untuk singgah sekejap di Cube House sahaja sebab ada banyak lagi aktiviti di tempat lain yang sudah dirancangkan hari ini.

Rotterdam at night. Photo by Sander Meertins 

Gambar BnB Faysal. Bahagian bawah ni ada banyak butik baju berjenama dan kedai-kedai. Kalau ada lebih masa, banyak yang boleh diexplore di Rotterdam ni.


Map 3D dari Google. Laluan dari BnB Faysal ke Cube House.

Dalam perjalanan ke Cube House, aku saja lalu jalan jauh sedikit sebab nak lalu sebelah bangunan Willemswerf ni. Jackie Chan pernah buat stunt dengan menggolongsor dari bangunan ini dalam filem Who am I. Boleh tengok di sini.


Aku memang suka guna 3D view dalam Google map. Boleh survey kawasan parking terus. Lepas dapat gambaran dari 3D view, masuk street view untuk gambaran yang lebih jelas.


Parking spot yang sudah disurvey dengan menggunakan bantuan google street view. Kami tak bayar parking sebab belum pukul 8 dan cuma nak berhenti sekitar 15 minit sahaja untuk ambil gambar. Gamble. Rupanya baru sekarang tahu yang parking sebelum pukul 9 pagi memang percuma. Gambar dari google street view.

Cuba bandingkan gambar ni dengan gambar dari google street view. Memang warna gambar google street view tak vibrance, tapi bertambah suram sebab hari mendung. Alhamdulillah, setakat ini kami direzekikan dengan cuaca yang baik di semua tempat yang kami kunjungi. 

Sampai juga kami di sini.

Minta tolong orang dutch ambil gambar. Composition fail. Terpaksa crop nak bagi balance. Muka-muka kurang rehat.

Markthal (Market Hall). Bangunan residential dan pejabat dengan market hall di tengah-tengahnya. Unik. Tak ada masa nak visit, ambil gambar sahajalah.

Dalam 15 minit je kami di kawasan Cube House ni. Kami terpaksa meninggalkan Rotterdam untuk ke Keukenhof, taman tulip terbesar di Eropah dan paling ramai dikunjungi di dunia. Memang kami rancangkan untuk tiba seawal mungkin di sana untuk elak crowd yang terlalu ramai. Memang tetap akan ramai, tapi kalau boleh tak nak ramai sangat. Keukenhof ni wife punya impian sejak sekian lama, jadi memang tak boleh lambatlah. Nak-nak dia tu time-keeper. Keputusan untuk bermalam di Rotterdam juga diambil supaya pagi ni kami lebih dekat untuk travel ke Keukenhof, sekitar 45 minit sahaja.

 ***********Blog-take-over**********




Precaution : Blog dihijack oleh wife untuk entry ini  sahaja............

Ok masuk part keukenhof. pasal bunga-bunga ni baiklah orang perempuan aje yang sembang, betul tak. Husband bising, tulislah blog sendiri, (eii aku peduli apa, nak hijack gak blog ni, blog sendiri dah abandoned bersawang takde entri, apatah lagi reader). So, bila aku tulis ni korang bear in mind : Let's put aside all the technical/ direction/ facts/ figures yada yada bla bla bla. tu semua biar husband yang cerita, aku nak story pasal taman bunga ni aje...

I'm sure you guys read before pasal kenapa we choose to travel masa musim bunga kan. Pasal nak terjah taman bunga ni la pun. This is my top priorities after browsing internet for quite long time before... Wow. Kat Amsterdam pulak tu. Memang terus letak dalam bucket list. Since tulips pun takde yang real kat Malaysia kecuali kat kedai bunga plastik marilah kita ke Belanda utk melihat tulips yang real terus. Aaagicew kekdahnye.

Our (read:my) preparation to be in this spectacular garden be like,
1. When are the best months to visit?
2. When is the best day (to avoid too many crowds)
3. When is the perfect time to reach there?
Ada kata pagi sesudah subuh sila terpacak sebelum gate bukak pukul 8. Some said in the evening. So sebagai seorang yang rajin aku buatlah research sikit and jawapannya betul2 time gate bukak dan betul-betul time gate nak tutup adalah masa paling kurang orang. Decide la sendiri nanti kalau nak pergi. Haha.
4. Lastly.. aku fikir apa nak pakai kat taman bunga tu. Haha. It is actually my everyday struggles! (How disappointing it is when you mentally put an outfit together thinking it will be fabulous. End up my fashion sense tu sgtla kelakar, tudung aku bunga-bunga pink, baju putih brand wawa zainal yang aku beli sebulan sebelum fly dengan seluar kuning from uniqlo.) Aku pun tak tahu apasal macamtu skali taste aku rupanya. Err so wrong combination kan? Luckily taman tu tersangatlaa stunning gile so my stupid combination of outfits tu boleh di tenggelamkan oleh tulips yang colourful sangat tu..
Was i color blind that day! urgh!
#bajutakkenagaya #gayapuntakkena #masalahseorangwanita. #cantikitusubjektif

Ok. Masuk-masuk aje ticket memang dah beli awal-awal. Aku siap letak reminder bila tarikh untuk beli online ticket dibuka and rasanya kitorang orang pertama beli tepat jam 12 malam waktu di Netherlands. Eh eh, kan ke bagus kalau diorang buat contest siapa pembeli pertama dapat masuk percuma ke.. Actually ticket ni bukannya akan habis pun tapi tau jelah gejolak jiwa menunggu nak membeli tu. Kiranya once dah beli tu sebelah jari kanan (yang click kt PC tu) dah sampai ke sana laa. Over! (ye aku tahu)

Sewaktu dalam kereta menuju ke sana. Dekat junction kami nampak 3 buah bas sarat pelancong bakal mendahului kami dari arah yg berbeza. Arghh. Memang dah debar-debar laa. Tolonglaa traffic light be nice to us to skip these 3 buses. Time tu dah bayang mesti terpaksa beratur panjang belakang diorang ni. Huhu. Sampai macam tu sekali tak sabarnya aku nak sampai sana dulu. Cuaca-wise? Langit membiru menemani kami seawal pagi walaupun sebelum ni pernah tengok google forecast maybe on our selected date akan ada morning drizzling. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Baiknya Allah selain menghadiahkan kami peluang berkunjung ke sini kami dapat pakej cuaca yang menghampiri sempurna pada pagi tersebut. Tetiba teringat petikan surah Ar-Rahman, nikmat yang manakah yang kami dustakan.. Tapi, baca review-review orang lain, kat Netherlands ni kalau hujan bukan stok becak ribut petir macam kat Malaysia, still boleh enjoy taman ni dalam hujan.

Luaskan parking ni..Kawasan parking di belakang Keukenhof.

Kami park agak jauh ke tengah padang yang luas. Memang designated parking untuk keukenhof visitors. Awalnya gabra sekejap bila tengok laluan ke tempat parking sudah diblok dengan kon dan pengawal lalulintas sudah mengarahkan kami terus ke belakang. Ingat dah tak bagi kami masuk. Ah sudahh.. masa ni baru pukul 9.00 pagi kot. Husband memang survey kawasan parking di hadapan taman je. Sebesar-besar parking tu pun penuh. Aku dah agak frust membayangkan habisla nak posing sume spot penuh orang. Rupanya di belakang taman ada ruang parking yang jauh lebih besar. Ketika kami sampai pun kawasan parking ni sudah hampir separuh penuh.Turun kereta perkara pertama buat:

1. Touch up mekap - checked (mata bengkak lagi, tak cukup tido dan kepenatan)
2. Tudung senget benget dibetulkan - Checked
3. Selfie stick- checked
4. DSLR dengan bateri - checked (ni malam sebelum tidur aku dah cek, empty kan memory card)
5. Shades - checked

Ok. Jom kita masuk dalam... since time nak masuk tadi kami dihambat ke belakang taman so technically kami memulakan pengembaraan dalam taman ini dari belakang. Disadvantage- kami tak dapat bergambar di papan tanda besar gabak keukenhof (belakang pun ade tapi smaller lols) hmmm.. Tapi advantage yang paling besar - tak ramai gila org masuk ikut pintu belakang ni. So takde la every corner tu asal nak ambik gambar kena tunggu org blah. Dah masuk ke dalam pulak. Oh. Nak pilih laluan di sebelah kanan atau kiri pulak dulu ni. Ok ni agak exaggerate.. point ni aku kutip di TripAdvisor. Walaupun kata orang elok mula belah kanan tapi kami pilih kiri sebab kebiasaan orang memang akan automatik turn right. Memang betul pun. Orang berpusu-pusu menuju ke kanan. Jadi bila kami pilih kiri. Jalan kami tu masih kosong dan orang dari arah kanan masih belum sampai lagi buat pusingan ke situ. So perfect choice! Kami dapat avoid thousands of people yang sampai sana sama pagi dengan kami.


Awal-awal lagi orang dah ramai.

Perempuan belanda terakhir dengan pakaian tradisional mengapit dua orang perempuan melayu terakhir yang berbajuu.. ahhh.. jangan ceritalah baju aku tu...

Kat sini husband memang dah pasrah dgn tugas dia sebagai photographer. Kalau boleh setiap inches nak ada gambar.. rugi wey, tak tahu nak datang bila lagi.

Musim bunga yang terlambat. Tapi memang gardener di sini dah plan tanam banyak batches. supaya orang yang datang waktu bulan March dan May juga dapat merasa tengok tulips yang tengah kembang.

Masalah Best giler sebenarnya nak berjalan dalam Keukenhof ni. Semua tempat cantik jadi asik nak berhenti ambil gambar. Taman ni dahlah tersangat luas. Dah setengah jam, baru kami perasan kami sebenarnya masih boleh nampak pintu masuk tadi, maksudnya kami baru jalan dalam 100 meter saja. Mana taknya bunga yang selama ni aku tengok yang plastik dan paling-paling yang kristal mak aku punya sekarang ada depan mata. Jakun tak payah cakap lah. Kaler dia homaigoddd, cantik gile. Para husband pun terkagum dengan kecantikan taman ni. Kalau orang lelaki boleh terkesima dengan taman bunga, maknanya memang betul-betul cantik jelah. Tak tahu nak cerita macamana, biarlah gambar yang bercerita. Kalau korang peminat bunga, aku doakan satu hari nanti korang akan sampai kesini. Tapi kalau korang tak minat bunga pun, pasti akan kagum dengan keindahan taman ini.

Ni betul-betul tepi pintu masuk je ni.. rasanya dah lebih 50 shots aku kat sini aje

Rumput dia tu macam nak mengundang orang guling-guling je

Haih semua tempat la kena letak muka aku

Bestkan takde orang lalu lagi time ni.


Tengoklah orang arah yang lagi satu tu.. memang ramai


Ada kawasan yang dibenarkan pijak rumput, ada jugak yang tak boleh.

Haa, boleh buat desktop background kan.

This is what we called, rainy tulips......


Hurmm tak sempat nak sorokkan selfie stick kat belakang orang dah snap daa. Huhu


Rasa nak petik aje bunga ni..

Cakk! Bukan tulips je ada kat sini. Banyak lagi bunga lain tapi main attraction of course la tulips.


Ni namanya design Kappa.


Seperti biasa, pose-pose kami adalah hasil tiru pose pasangan reporter, untung bawak orang tere posing ni boleh tiru..haha..



Ni dekat salah satu part di taman bunga ni. Ada banyak sangat segmen berbeza sebab taman ni terlalu besar, semua cantik-cantik dan unik.


Ok, selfie ni adalah selfie yang ke 369 rasanya.


Tengoklah semua tempat aku nak posing


Eh ini sambungan episod yang lepas, setelah dilamar didepan Buckingham Palace.. Tapi aku dan husband belum ada tahap confident nak tiru pose macam ni lagi..


Tengok belakang tu ladang tulips. Log-log kayu yang aku duduk ni pun sangat cantik dan tersusun.


Siapa suka purple tulips?!!


Ini posing mat bunga ni... Kusyuk menghayati ke dah tertido?

Selfie lagi? Pleaseee la layankan aje i ye. Husband kata kalau batang selfie tu ada jangka hayat mengikut bilangan selfie, rasanya dah patah dah masa ni. Yelatuu... Tengokla muka dia..huhu

Warna kelopak jenis yang ini sungguh vibrance. Takde edit-edit ni, memang macam ni.


Damai sangat.. tak boleh nak describe.

Posing ala-ala Bollywood skali



Kalau naik atas windmill tu boleh nampak ladang tulips meluas di seberang sana, tapi ramai sangat pulak orang kat situ.


Kat sini batch baru nak kembang. 


Hurmmm.. Masih pelik kenapa aku pilih kombinasi pakaian dengan warna yang tak kena ni.. isk!


Geram rasa nak kunyah je bunga ni.


Ni segmen lain pulak


Kalau boleh rasa nak baring je atas flower bed ni, tapi mesti guard angkat halau aku keluar pulak lepas ni. Macam lukisan kan bunga dia.

Ni namanya konsep umpama mimpi dalam mimpi ambil gambar dalam gambar.. Ala-ala inception..


Ada tulips, ada windmill, barulah Netherlands

Time buat itinerary lagi aku dah tau, masa yang kami ada hanyalah setengah hari untuk menikmati sehabisnya taman bunga ni. Tambahan pulak aku selaku time-keeper, dengan tak rela hatinya terpaksalah mempercepatkan langkah menghabiskan tawaf taman ni, ada lah beberapa segmen yang kami decide untuk skip, sebab kami banyak lagi itinerary nak catch pada hari itu. Lagipun lama kelamaan orang semakin ramai membanjiri taman ni. Spot-spot untuk ber OOTD pun dah makin pupus ada je orang menyelit dalam lensa kamera kami. Masa untuk bid farewell pada taman yang sangat indah ni. Pengalaman yang sangat-sangat brmakna untuk aku. Masa yang paling perfect untuk melawat taman hanya dibuka dari pertengahan Mac ke pertengahan Mei ini bagi aku ialah pada betul-betul penghujung April. Di mana tulips kembang dalam keadaan paling ideal. Kalau Mac, tulipnya masih menguncup, dan kalau pada hujung May, tulips dah terlalu kembang kelopaknya.

Then kami pun meneruskan perjalanan keluar untuk destinasi seterusnya... Oppss, sebelum tu, keluar-keluar aje kami ternampak ladang tulips yang sangatt la luasnya, dan, eh, takde orang jaga pulak.. Apalagi, berentikan kereta kejap (itulah seronoknya drive sendiri ni) dan keluarkan balik la skill-skill ootd kami kali ni, di ladang tulips yang dicerobohi tanpa izin ni. (tak nampak owner kat mana, kami redah je masuk sebab macam open je ladang ni)

Tadaaa!!! Saujana mata memandang kan

Eh eh, mana seluar aku... sama pulak kaler..huhu

Luasnya macam ladang sawah padi kat Kedah. Tapi so colourful. 

Ok, aku rasa Warda aka neelofa tu tiru dressing cousin aku la, lepas dia beli cardigan ni kat Primark, jadi trend pulak style double layer ni aku tengok.

Ok, kita belanja gambar owner blog yang asal ye.. 

Tenangnya alahai..

Sebahagian tulips yang masih belum kembang sepenuhnya. Tengok motorhomes berderet disebelah sana.


Oklah, entri bunga aku habis setakat ini ajelah, pass baton kat husband balik.. Bising la dia tu kata aku dah kacau timing dia nak letak entry-entry lelain sebab aku sebok sangat nak menyemak kat sini. Haih.. Sharing is caring kannn...

*******************************

Cerita selanjutnya tentang trip hari ke-enam ini akan bersambung di entri akan datang.

CONVERSATION

6 comments:

  1. Kelakarlah penulisan wife owner blog. Berbeza dgn penulisan owner yang agak serius & informative. Dua-dua best. Keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah Helda. Sharing is caring, katanya ; p

      Delete
  2. In my bucket list -- Keukenhof, Spring 2020. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, it should be in every traveller bucket list!!

      Delete
  3. first of all, nothing wrong with your wife's fashion sense. The choice of color makes the picture more vibrant and lively.

    second, I am sooooo impressed coz she can walk in high heel boots!! Salute!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! BTW I brought my sport shoes along, change it whenever needed ;p
      Psstt!! It's supposed to be a secret.. (mrs wifey aka the hijacker)

      Delete

Back
to top