EUROPE TRIP DAY07 PART1: I AMSTERDAM & GIETHOORN

Giethoorn.

Catatan ini adalah sambungan dari catatan hari ke-enam sebelum ini.


Sebaik sahaja memulangkan basikal semalam, kami terus tidur. Lebih kurang pukul 10 malam. Kat hostel ini pengalaman memang berbeza, ada 'happy hour' dan mereka akan membunyikan loceng seperti loceng sekolah berserta dengan pengumuman dari 'dj' mereka. Happy hour ini adalah masa untuk mereka menjual bir pada harga yang murah di bar yang terdapat ditingkat bawah. Walaupun kedengaran sedikit riuh di luar namun inilah hari paling awal kami tidur sejak bermulanya trip ini. Disebabkan tidur awal, seawal 5 pagi kami dah bangun untuk solat dan bersiap. Rasa bertenaga memang macam energy fully charged.Tak ada banyak barang yag perlu dikemas sebab kami cuma bawa backpack sahaja ke sini, barang yang selebihnya ditinggalkan di dalam kereta. Cuma kelengkapan gajet sahaja yang perlu dikemas. Dua DSLR, satu camcorder, empat handphone - semuanya sudah dicaj. Nasib baik kami dah bawa dua universal traveller dan dua extension - satu aku bawa satu Basir bawa. Masa tu Basir tiba-tiba menyedari yang kunci locker miliknya tiada dalam simpanan, kelam kabut kami mencari dan akhirnya give up sebab ada kemungkinan tercicir semasa berbasikal semalam. Nak tak nak terpaksalah membayar gantirugi kehilangan kunci tersebut. Nasib tak mahal tapi aku tak ingat berapa. Hanya setelah tiba di parkir Geithoorn baru Basir perasan yang kunci locker tu ada dalam jacket merahnya. Boleh la simpan kunci tu buat kenangan.


Pagi ni asalnya aku nak skip breakfast sebab aku dah tak boleh nak telan dah nasi beriyani Brahim's tu. Muak semacam. Sesekali bolehlah. Basir rileks je. Bagus bawa travelmate yang tak cerewet bab makan ni. Kalau tidak, mungkin masa terbazir untuk mencari tempat makan setiap kali tiba waktu makan. Bila turun bawah untuk check out, perempuan yang jaga kaunter tu cakap komputer dia belum ready dan suruh kami datang balik sepuluh minit kemudian. Aku pun tak faham kenapa komputer belum ready. Sementara menunggu tu kami ke kafe hostel. Kafe hostel memang ada menyediakan free breakfast, tapi basic sahajalah. Yang boleh dimakan pun cuma roti, cereal dan pelbagai jenis bread spread. Kami ambil beberapa keping dengan kopi panas untuk alas perut. Siap ambil extra chocolate spread kerana kesuntukan masa untuk bersarapan di sana.

Masa siap check out, jam sudah pun pukul 7.45 pagi. Kami berjalan sedikit laju menuju ke I Amsterdam sign di depan Rijkmuseum. Plannya nak elak crowd bila nak bergambar di situ.

Alahai, cantiknya canal-canal di Amsterdam ni di waktu awal pagi. Kalau nak ambil gambar canal atau tasik, awal pagi paling sesuai sebab biasanya angin tak kuat sangat. Air akan jadi tenang dan reflection akan jadi sungguh nice.


Suasana Amsterdam yang masih tenang di awal pagi.

Here we are. Memang takde orang. Wake up early and main attraction will be all yours. Cuma kedudukan matahari tak berapa favor untuk gambar yang cantik dari angle ni.

Dari sini kira ok sikit, tapi kesan bayang dekat muka sangat obvious. At least aku suka gambar dari arah sini sebab warna langit tak wiped out.

Us..

Basir bertapa ke apa kat situ. Dah macam patung budha posenya.


Tak jauh dari situ.

Tak lama pun kami kat sini. Sebab nak bergambar je pun. Lebih cepat bila tak ada orang. Selepas tu kami bergerak ke hentian bas di sebelah Rijkmuseum. Bas menuju ke Olympic Stadium tiba tak lama kemudian. Aku sempat bertanya kepada driver bas tak boleh ke dapat rate €6.80 untuk 4 orang seperti yang tertera dalam website P+R tu, sebab semalam kami kena €2.50 seorang untuk sehala. Masa nilah baru tahu yang memang tak boleh naik sebarangan bas, kena naik tram atau bas dari syarikat GVB sahaja. Driver bas cadangkan kami jalan kaki ke seberang padang di depan Rijkmuseum ni. Di situ boleh naik tram yang direct ke Olympic Stadium. Kami sebenarnya bukanlah nak sangat tiket €6.80 untuk empat orang, yang kami lebih risau masa tu kalau tiket bas kami ni tak membolehkan kami bayar harga parking €1 semalaman.

Alang-alang berjalan ke seberang, layan ambil gambar Rijkmuseum dari jauh pula.

Kedudukan matahari menyebabkan Rijkmuseum ni berada dalam bayangnya sendiri. Terpaksa tinggikan exposure maka dah tak dapat capture gambar langit yang cemerlang dari sini. Nak pacak tripod dah takde masa dah.

Yang penting gambar berdua mesti kena ada. Tiada mangsa untuk dijadikan photorapher gambar kami berempat di sini sebab hari masih awal.

Aku memang takde simpan nombor tram yang menuju ke Olympic Stadium dari sini. Jadi buat secara manual, tanya sahaja driver tram yang sampai tram nombor berapa boleh pergi ke sana. Di Amsterdam ni kebarangkalian nak jumpa orang yang boleh cakap english sangat tinggi, tak macam kat Paris. Rupanya kami dah tak boleh nak beli pakej €6.80 untuk tiket dua hala empat orang P+R ke Amsterdam kerana tiket tersebut hanya boleh dibeli di mesin automatik di tempat parking, dan ia mesti dibeli dalam tempoh sejam pertama selepas parking. Kami terpaksa membeli tiket tram biasa yang berharga €2.80 seorang. Semuanya salah brader kulit hitam semalam yang tak menjawab soalan aku betul-betul semalam. 

Tram no 16 yang membawa kami ke Rijkmuseum.

Olympic Stadium di awal pagi. Kalau depan I amsterdam tadi arah cahaya matahari macam ni kan cantik. Orang yang hunting for best photo corak pemikiran dia memang lain sikit dari orang lain.

Setibanya di Olympic Stadium, kami terus ke mesin membayar parking. Selepas memasukkan tiket parking di slot mesin pembayar automatik, terbeliak lapan biji anak mata kami melihat rate yang tertera.. €50!!. Gulp. Arahan di skrin pula semuanya dalam bahasa Dutch. Kami pun membatalkan transaksi dan membawa tiket parking ke kaunter perkhidmatan pelanggan. Kononnya nak complaintlah, sebab kat website kata parking rate P+R ni cuma €1 untuk 24 jam. Brader kulit hitam yang jaga kaunter tu pun menerangkan yang kami perlu touchkan tiket tram kami pada mesin tu masa nak bayar sebagai bukti yang kami parking di sini untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Maka kami berpatah balik ke masin pembayar parking automatik. Setelah dimasukkan tiket parking, kami pun sentuhkan kad tram di tempat khas, rupanya memang ada gambar tempat sentuh tiket tram. Mana laa kami tahu tiket tram tu ada cip, nampak macam kertas biasa je tiket tu. Maka, automatik caj €50 bertukar menjadi €1. Fuh, lega!

Maka total kos pengangkutan kami pergi balik Amsterdam dari P+R berserta parking adalah €10 untuk tiket bas semalam + €11.20 untuk tiket tram hari ini + €1 untuk bayaran parking. Jumlah €22.20. Kalaulah ada kredit kad yang sudah diaktifkan pin tentu kami boleh beli tiket €6.80 all in semalam. Memandangkan kos ini dibahagi empat orang taklah terasa sangat. Lagi pun, dapat elak caj €50 untuk parking tu pun dah dikira satu rahmat sebenarnya.

Kami bertolak untuk ke Giethoorn lebih kurang pada pukul 9.30 pagi. Sudah terlambat sedikit daripada perancangan yang asal. Perjalanan menuju ke Giethoorn melalui beberapa jalan lebuh raya. Kalau lalu jalan kampung lebih cantik sebenarnya, tapi kami tak ada masa yang banyak. Lagi pun semalam dah dapat menikmati suasana kampung di Netherlands ni.

Ladang lembu di tepi highway. Yang aku naik hairan, lembu-lembu ini dibela tanpa ada pagar yang memisahkan ladang dengan jalan raya. Tak ada pulak dengar kes accident melibatkan antara lembu & kereta di sana.

Typical view di Netherlands semasa musim bunga - tulip ke apa aku tak pasti.

Kawasan perumahan yang tenang dan aman damai. Yang best adalah susunan dan kedudukan rumah yang tak crowded.

Akhirnya dalam pukul 11.15 pagi kami sampai di Giethoorn. Giethoorn adalah sebuah kampung tanpa jalan raya. Ia hanya boleh diaccess melalui jalan air atau pun berjalan kaki dan juga berbasikal. Sebab tulah ia juga dikenali sebagai Venice of the North. Terdapat kawasan parking percuma untuk kita tinggalkan kereta dan masuk ke Giethoorn.

Dari kawasan paking, kami berjalan terus menuju ke tempat menyewa bot. Kalau korang berminat nak sewa bot di giethoorn, boleh rujuk website T'Zwantje di sini atau terus ke halaman sewaan bot mereka di sini. Kami bertanya untuk boat empat orang standard, €15/hour tapi tak available pula. Maka kami dapat bot 6 pax, dengan steering control. Yang ni mahal sikit €25/hour, tapi sesetengah orang cakap yang guna steering ni lagi mudah untuk dikawal. Selepas menyewa kereta pandu sendiri dan menyewa basikal, kini kami menyewa bot pandu sendiri pula. Memang amazing adventure betullah trip kali ni.

Salah satu sebab mereka menyediakan bot elektrik berbanding bot berenjin petrol adalah untuk mengekalkan ketenangan dalam kampung ini. Bot letrik ni hampir tidak mengeluarkan apa-apa bunyi. Selain itu, bot elektrik ni juga lebih selamat kerana halaju maksimum yang sangat perlahan. Memang sesuailah untuk orang yang tak biasa mengendalikan bot.

Ketika awal-awal memasuki kawasa Geithoorn, kita akan jumpa sungai Beukers-Stinwijk ni di sepanjang jalan. Boleh tandakan kordinat parking Giethoorn ni siap-siap kalau nak pergi sebab kalau search dalam google map dia tak terus pergi ke tempat parking ni. 


Kami bayar sewa bot pada pukul 11.27am. lima minit pertama tak dikira sebab dia anggap masa untuk menyerahkan bot dan untuk dia ajar sedikit sebanyak cara kendalikan bot tu (padahal cuma tunjuk mana gear depan dan reverse sahaja, hahahaa..). Kalau terlebih dari sejam maka kiraan pro-rata akan digunakan.


We are so glad we did it.. Sungguh seronok memandu bot elektrik di sini sambil menikmati keindahan kampung Giethoorn ni. 


Bot elektrik ni sangat senyap, langsung tak ada bunyi enjin. Yang ada cuma bunyi kocakan air terusan yang dibelah bot. Sungguh mendamaikan.


Kami terus ke tasik bersebelahan kampung ni. Rupanya air terusan kampung ni berasal dari tasik Bovenwijde ni. Tasik ini memang luas betul, sepanjang dua kilomoter. Sampaikan terasa macam di tengah laut sebab tak nampak daratan di sebelah sana.


Kelihatan budak-budak remaja dutch sedang menolak punting. Punting ni memang berasal dari istilah belanda - bermaksud tolak. Dalam istilah melayu, kita sebut berakit.


Kami tahan salah satu punting tu dan passkan kamera untuk tolong ambilkan gambar.


Yang pakai shade berdiri tulah yang ambilkan gambar kami. Rasanya diorang ni ada kursus team building ni. 


Boleh pula kat tengah-tengah tasik ni ada pulau. 

Time ni kami turun jalan kaki dulu dan bagi Basir & Faten layan naik bot dua orang.

Sorang orang Johor, sorang orang Perak, sampai ke Giethoorn dah ni haa.

Kehadiran itik-itik dalam canal di sini memang memeriahkan suasana. Bunyi itik tu betul-betul menghidupkan suasana kampung.

Diorang siap bagi itik makan roti yang ditapau dari Hans Brinker Hostel pagi tadi.

Turn kitorang pulak layan bot dua orang. Kasi chancelah, bukan selalu bercuti tak bawa anak ni.


Bersungguh dia suruh kami stop, takut sangat terlanggar. Kesian tengok diorang nak kawal punting ni. Susah betul nampaknya.

Cantik betul rumah-rumah berserta landscapenya di sini.

 
Ada juga kelihatan seperti kawasan ladang dengan barn lama. 

Kambing biri-biri yang sungguh gemuk.


persekitaran yang sungguh damai



Ok, rasanya dah banyak sangat gambar aku letak ni. Sebagai penutup, aku nak tepek video Giethoorn ni sebagai kenang-kenangan. Maaf sebab rakam pakai kamera hadapan iphone dan camcorder cikai sahaja, jadi kualiti rakaman taklah sebaik mana.

Kami pulangkan bot 15 minit lebih daripada waktu yang sepatutnya dan bayaran sewa ditambah €5 menjadikan jumlah kos sewa bot €30. Kalau ikutkan, nak aje sambung jalan dalam Giethoorn ni lagi. Tapi masa tak berapa mengizinkan. Kami ada perjalanan jauh lagi selepas ini ke Cologne dan seterusnya ke Frankfurt sebelum bermalam di Mannheim.

Selepas pulangkan bot, kami masuk ke kedai souvenir berdekatan untuk membeli fridge magnet. Masa ni terserempak pula dengan satu pasangan dari Malaysia, mesra sungguh aunty tu menegur kami. Rancak bersembang depan kedai macam dah lama sangat tak jumpa orang Malaysia.

Sebelum beredar dari Giethoorn, kami sempat singgah di pasaraya SPAR yang terletak bersebelahan kawasan parking Giethoorn ni. Memang best gile shopping di sini. Kami beli sedikit salad untuk buat ulam makan dengan nasi, beli roti untuk makan tengahari, dan kami juga beli jus. Masa di Paris hari tu si Basir suka betul dengan jus oren yang kami beli pada harga €2.90 sekotak (1 liter). Kali ni kami jumpa kotak satu liter juga ada gambar oren dan ada juga gambar lemon, harga €1.99. Apa lagi, setiap dari kami borong sampai tiga kotak sorang. Tamak sungguh. Cerita tentang jus oren dan jus lemon ni nanti aku sambung entri akan datang.

Mencuba topi kedai cenderamata. 

Salah satu perkarangan kedai di Giethoorn.

Pasaraya SPAR yang sangat awesome. Barang murah dan fresh. Roti dia lembut dan sedap.

Memang seronok dapat pengalaman shopping barang-barang macam ni di Europe ni. Boleh nampak sistem pasaraya dia, dan boleh nampak bagaimana efisiennya sebuah pasar yang besar cuma dijaga oleh dua orang pekerja. Lepas dah shopping, masing-masing pilih kotak terpakai sendiri dan isi barang sendiri.

Catatan perjalanan seterusnya akan di sambung di entri yang akan datang.

CONVERSATION

10 comments:

  1. Harga denda kunci tu 5 euro. So, kawe simpan la buat kenangan. Manatau dapat gi Amsterdam lagi duduk hostel dan bilik sama, boleh guna. lol

    ReplyDelete
  2. adoi lawak betul la komen2 dalam video tu..hahahaha

    ReplyDelete
  3. Teringin nk pegi Giethoorn ni.. tp xde travel agen buat pakej ke sini.. kalau ade tlg hubungi sy.. 0173399788

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam jaja. yang paling ok pergi sendiri, tapi kalau memang prefer ada guidance, ada local kat sana yg buat travel guide boleh bawak pergi. orang malaysia yang tinggal kat sana pun ada buat. cuba search 'Azul Ams', dia boleh guide bawa, tapi kena sampai Amsterdam dululah. so far travel agent kat malaysia ni selalu diorang singgah Amsterdam sehari dua je, tak sempat nak pergi Giethoorn.

      Delete
  4. Thank you for sharing your adventure- I know it's s not easy to multi task- you took time to write blog& lots of wonderful photos. Appreciate your relentless effort.
    The 4 of you are cool couples- I enjoyed every minute reading sampai gelak pun ada ! Keep it up. Exhausting for both men to drive thru europe ya! I guess all the hiccups & unexpected things tat happened made your experience more worthwhile & interesting! Continue feeding your blog please. Terima kasih!


    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.. thanks for your nice words. You are spot on - all hiccups & unexpected things just made the experience even more meaningful and memorable.. thank you..

      Delete
  5. Hai... driving in amsterdam.. dr segi kos berbaloi x. Minyak mahal kan dan juga parking.. saya tgh study samada nak sewa kereta atau naik train saja.. tp kalau nak ke giethoorn ni jauh jadinya kalau naik train kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bella. Sorry lambat reply, ayah saya hospitalised tak sempat nak jenguk blog.

      Driving in Amsterdam ni bergantung pada itinerary Bella. Kalau banyak aktiviti luar dari pusat bandar, berbaloi je, macam nak pergi Zaans Schans, Giethoorn, kampung² luar bandar tu. Kalau guna public transport boleh juga cuma tak fleksibel macam naik kereta pandu sendiri.

      Untuk aktiviti dalam bandar Amsterdam, memang tak sesuai pandu kereta.

      Delete
  6. Tlg share pgnpn di amsterdam. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong tunjukkan sikap yang baik bila bertanya. Say hi, perkenalkan diri dan bertanyalah dengan ayat dan ejaan yang penuh. Tiada caj dikenakan bagi setiap aksara.

      Saya dah share maklumat penginapan dalam entry sebelum ini:
      http://de-avonturen.blogspot.com/2016/11/europe-trip-day06-part2-zaans-schans.html

      Delete

Back
to top