EUROPE TRIP DAY08 PART2: RHEINFALL, LUCERNE & LUNGERN

Rheinfall, the biggest waterfall in Europe.

Catatan sebelum ini boleh dicapai di sini.

Kami meneruskan perjalanan dari Heidelberg menuju ke Rheinfall, Switzerland. Perjalanan memakan masa kira-kira tiga jam setengah. Kami sempat berhenti mengisi petrol di Heidelberg sebelum memasuki highway. Satu perkara yang aku lupa nak cerita sebelum ni adalah harga petrol di station-station minyak di sini adalah berbeza-beza, walaupun kedudukannya sebelah-sebelah je. Dan kebiasaannya harga petrol di dalam bandar lebih murah berbanding harga di highway.

Perjalanan melalui autobahn German lancar dan kami tiba di sempadan German-Switzerland di Thayngen lebih kurang pada pukul 1 petang. Di sini kami perlu membeli vignette sticker, pelekat yang perlu diletakkan di cermin hadapan kereta sebagai bayaran tol menggunakan lebuhraya di Switzerland. Vignette di Switzerland hanya boleh dibeli mengikut tahun, berharga CHF40. Contohnya kalau kita nak memandu di Switzerland selama dua hari dari 31 Dis 2016 hingga 1 Januari 2017, technically kita kena beli dua stiker. Kalau tak silap Austria juga menggunakan sistem vigenette untuk bayaran tol mereka, tetapi mereka menyediakan beberapa pilihan vignette contohnya untuk seminggu, sebulan atau setahun. Taklah rugi beli veignette untuk setahun padahal nak pakai dua tiga hari sahaja.

Sempadan Switzerland - German ini berbeza sedikit daripada sempadan negara-negara eropah yang lain. Walaupun Switzerland termasuk dalam schengen area, tetapi Switzerland bukan sebahagian daripada kesatuan eropah (EU) walaupun mereka mempunyai beberapa perjanjian dari segi ekonomi. Ini bermakna, walaupun orang awam bebas keluar masuk dari Switzerland ke negara eropah yang lain, tetapi dari segi barangan perdagangan import dan eksport mereka masih tertakluk kepada pemeriksaan dan duti yang dikenakan kerajaan Switzerland. Sebab itulah di sempadan Switzerland diletakkan border crossing station untuk pemeriksaan oleh kastam mereka. Bagi kita yang memandu kenderaan awam tidak ada apa yang perlu dirisaukan melainkan pastikan kita mempunyai vignette sticker.

Border Crossing di Thaygen, Switzerland. Gambar dari wikimedia.

Setelah selesai urusan di sana, kami berempat masing-masing dah teruja sangat sebab dah masuk kawasan Switzerland. Masa tu cuaca agak panas, tak sabar nak buka tingkap kereta untuk menghirup udara segar dari pergunungan Alps, tapi..... pada waktu itu, bau kuat yang kami dapat adalah bau lembu. Aduh, spoil betul. Awal-awal masuk ke sempadan swiss tu memang terlalu banyak lembu-lembu ragut yang berada di padang, jadi memang bau lembu aje lah sepanjang perjalanan awal kami ke Rheinfall tu. Haha. Mendapat! nak sangat bau fresh kan..

Untuk melawat Rheinfall ni ada dua access, Northern banks dan Southern banks. Melalui Northern banks, parking berbayar CHF5 untuk sejam pertama dan CHF2 untuk jam yang berikutnya. Tetapi tiada bayaran yang dikenakan untuk ke viewing platform. Viewing platform di Northern banks ni jauh sedikit dari air terjun Rheinfall ni. Manakala di Southern banks, parking adalah percuma tetapi bayaran CHF5/person dikenakan untuk ke viewing deck. Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini.

Kami memilih untuk masuk melalui Southern banks berdasarkan review yang dibaca di tripadvisor.com. Viewing deck di sini benar-benar disebelah air terjun. Siap boleh sentuh air dia lagi.

Setibanya kami ke sana, kami disambut dengan signboard RHEINFALL yang besar, perasaan teruja semakin bertambah-tambah untuk melihat bagaimana rupa air terjun yang dikatakan paling besar di Eropah ini. Kami mencari spot yang agak teduh dibawah rimbunan pokok ranting yang tak berapa nak rimbun pun. Panas pulak cuaca walaupun suhu dicatatkan pada ketika itu adalah sekitar 16 degree sahaja.

Tiba di kawasan parking Rheinfall. Faten buat apa lah kat situ tu.

Nak cari parking teduh di bawah ranting-ranting pokok yang tak berdaun ni. huhu. Masa ni cuaca agak panas, paling panas sepanjang percutian kami ini. Banyak parking spot masih kosong.

Dari parking berjalan ke arah pintu masuk Rheinfall. Disambut oleh patung-patung lembu. Memang banyak betul lembu diternak di sana.

Kawasan ini sangat bersih dan terjaga walaupun bilangan pengunjung yang berkunjung ke sini agak ramai. Serata dunia kot. Sementara aku membeli tiket dorang masuk dulu dalam kedai cenderamata dan mula la para wife dah rambang mata melihat pisau-pisau Victorinox yang menjadi simbol buatan Swiss ini. Macam-macam jenis pisau ada, bukan setakat Swiss Army knives, tapi pisau untuk kegunaan di dapur pelbagai size dan warna pun ada kat sini, harganya pulak hanya serendah CHF3.50 sahaja. Waktu ni dah contemplating. Maklumlah ini kedai cenderamata pertama yang kami masuk di sini, di kawasan tarikan pelancong pulak tu, mesti mahal. Lagipun ini kami akan berada di Swiss selama tiga hari, kami buat keputusan untuk hold dulu beli pisau-pisau tu sebab dalam kepala masing-masing fikir, kalau kat tempat attraction macam ni pun harganya CHF 3.50, mesti kat kedai kawasan dalam bandar tu lagi murah. Perasaan tamak tu pun tiba-tiba datang. Haha! Nantikan cerita selanjutnya pasal pisau ni dalam episod selanjutnya pada hari terakhir kami di bumi Swiss. 

Cantik betul landskap kawasan ni. Untung pergi during spring time, bunga di mana-mana. Pelbagai warna memang menaikkan seri dalam gambar.

Waktu kami tiba ni, ada wedding reception yang dibuat di sini. Loves is in the air..

Kat sini tadi agaknya pasangan pengantin tu lalu, banyak kelopak bunga atas red carpet tu. 

Betul-betul di depan pintu masuk lagi kami dah tak sabar untuk bergambar. Tak ramai pulak orang datang pada waktu ini.

Yeahh!! Ini lah dia air terjun yang terbesar di Eropah, Jujurnya inilah jugak air terjun terbesar yang aku pernah saksikan. Subhanallah!

Seperti biasa, cari mangsa untuk mengambil gambar kami berempat. Tengoklah gambar di belakang, air terjun ni bukan terletak dalam hutan tapi macam betul-betul di tepi bandar sahaja.

One more shot, please... Nampak tak ada train kat belakang tu, nanti aku cerita pros and cons naik train vs memandu kereta di sini.

Shot berdua pun mesti kena ada, bukan senang nak dapat timing lengang betul-betul takde orang kacau dalam background.

Kat board tu ada diceritakan pasal Rheinfall. Aku pun lupa dia tulis pasal apa sampai panjang sangat tu.

Hurmm..  mangga-mangga kunci tu ada je kat mana-mana, suka benar pelancong-pelancong ni bawak mangga ke mana-mana asal nampak pagar dan air je jadi.

Ok masih takde orang kacau lagi, another closer shot, la.. 

Wefie dan boomerang macam biasa

Pose wajib Basir adalah menyentuh semua bucu/hujung mercu tanda yang ada.

Pose mak-mak pulak

Pakcik makcik veteran ni jangan tak sangka, umur dorang ni ada yang dah masuk 90 tau! Masih gagah lagi turun naik tangga curam kat sini

Lebih kurang pukul 3 petang, semakin ramai pula pelancong membanjiri kawasan ini. Syukurlah waktu ini kami dah puas cover kawasan untuk bergambar sebab ini adalah platform utama di Rheinfall Southern Banks ni. Ada group veteran, ada jugak group kanak-kanak sekolah yang comel-comel. Kami kemudiannya turun menaiki tangga ke deck bawah untuk melihat dengan lebih dekat ke arah punca air terjun tu.

Ini stage kedua

Haa, ini sambungan cerita romantik Mr & Mrs Reporter. Episod bercanda di tepi air terjun terbesar; kau hado?

Kami perlu melalui satu gua kecik je untuk tembus ke sini. Kawasan ni sentiasa basah, kitorang selamba je bersandar kat situ, memang kena percikan air terjun yang bertalu-talu. 

Sekali nampak macam belakang kami ni betul-betul ada tsunami ombak yang besar. Tengok balik gambar ni rasa seram pun ada, Haha.. (tapi tak jadi seram pulak bila tengok aksi 'buat-buat seram' Faten tu)

Gambar berdua pulak. Nampak air putih aje. Kederasan air ini direkodkan sebanyak 202,940 liter persaat!

Takjub, kagum dengan kebesaran Allah yang mengurniakan kepintaran kepada hambaNya, kami dapat merasa dan melihat sedekat ini air terjun ni dengan adanya platform ni.

Aku rasa Adidas kena ambik gambar ni sebagai model kasut dorang lah.. Memang power burst mode iphone wife ni.

Basir pun macam terbang diatas air dah gayanya.

Angle lain, kawasan belah sana tu lah Northern Banks, ada boat yang mengambil penumpang, dan boat tersebut akan dipandu betul-betul berhampiran dengan kawasan air terjun tu. Awesome kan!

Uniknya signboard di Switzerland yang aku belum jumpa kat mana-mana lagi. Apa simbol 26 dan 86 tu aku tak perati pulak.

Video ringkas yang aku compile dari iphone wife.

Perasaan kagum, takjub dan pelbagai lagi rasa yang sukar digambarkan setelah kami melangkah pulang dari Rheinfall ni. Lebih kurang pukul 3.30 petang kami memulakan pemanduan ke destinasi selanjutnya iaitu Lucerne. 

Kami menempuh perjalanan trafik yang sangat perlahan ketika menuju ke Lucerne. Dalam itinerary aku cuma letakkan sejam setengah (google map berikan anggaran sejam 15 minit), tetapi perjalanan sebenar pada hari tu jadi dua jam setengah akibat kesesakan trafik! Sepatutnya kami parking di tepi tasik Lucerne, tetapi kerana trafik hampir tidak bergerak di tengah bandar Lucerne pada petang Jumaat tu, kami parking sahaja di street parking yang kami jumpa. Kira-kira sepuluh minit jugalah kami perlu berjalan ke attraction utama di Lucerne ini. Itinerary juga agak lari dari yang dirancangkan.

Akhirnya kami di sini. Di sebelah tasik Lucern. 

Pemandangan tasik Lucern yang sangat tenang dan damai. Banyak swan di seberang sana.


Macam biasa, aku memang tak reti nak pilih gambar. End up aku letak semua.


Wefie dan boomerang lagi, tapi kali ni masing-masing dah wajah kepenatan..err kecuali muka wife yang still excited.


Bendera Swiss ni memang sentiasa berada di mana-mana sahaja di pelosok negara ini

Swan yang jinak, ramai pelancong kat tepi tu aku malas nak snap keseluruhan.


Swan-swan yang ada disini semuanya besar-besar dan jinak. Siap ada burung-burung merpati jugak. Pelancong-pelancong yang aku nampak, makcik-pakcik tua dari tanah besar cina rasanya, tengah enjoy membaling roti-roti ke apa ntah kat swan ni. Memang riuh kawasan situ dengan dorang sahaja. Terasa macam ada kat pasar pun ada. Tak jadi kami nak feeling-feeling tengok swan dengan tasik yang tenang tu. Sebenarnya dekat tepi tasik ni sebenarnya ada tampal satu notis amaran yang agak besar; Dilarang memberi makan kepada swan ini. Oh ya, dibawah amaran yang tertulis dalam English tu ada ditulis dalam tulisan cina juga. Hmmmm.. 

Langit membiru, tak tahu nak letak caption apa lagi, semua gambar cantik-cantik untuk aku pilih.

Pergunungan Alps, aku tak ingat apa nama gunung tu. Banyak sangat nama gunung famous kat sini

The famous Chapel Bridge (German: Kapellbrücke). Mula dibina pada tahun 1333. The oldest (some say among the oldest) wooden bridge in Europe.


Sebahagian daripada chapel bridge ni pernah terbakar pada tahun 1993 dan dibina semula seperti rupanya yang asal.

Chapel bridge adalah antara main attraction di Switzerland. Dengan background snow cap mountain di belakang.



Wefie dan boomerang yang menjadi satu kemestian.

Jumpa uncle pakai Canon 7D. Ni mesti pro, camera dia siap ada battery grip. Satu masalah bila nak minta stranger ambil gambar guna DSLR ni adalah bukan semua orang tahu handle DSLR. Salah setting dan salah pilih orang, focus & composition ke laut jadinya.

Aku tak berapa gemar gambar selfie masa travel sebab gambar muka dan badan kita akan mendominasi keseluluruhan gambar. Tapi itulah cara yang paling senang dan cepat untuk ambil gambar sendiri masa travel.

Jangan ingat bangunan belakang tu masjid ya. Itu gereja Jesuitenkirche. Tergeliat lidah nak menyebutnya.

Kami cuma menghabiskan masa sejam sahaja di sini. Kebanyakan kedai sudah ditutup, yang dibuka cuma kafe-kafe di tepi sungai Reuss ini. 

Ketika jam 7 petang, kami berjalan kaki semula ke kereta dan kali ini kami perlu menempuh traffic jammed sekali lagi. Kalau mengikut perancangan asal, sepatutnya pada waktu ini kami sudah pun hampir tiba di Valley Hostel Lauterbrunnen. Maghrib hari ini akan masuk pada pukul 8.30 malam dan kami memang merancang dari awal sebenarnya ingin solat jamak zuhur & asar di hostel. Dengan keadaan trafik yang seperti ini kami terpaksa mencari ruang solat di mana-mana service area.

Dalam perjalanan ke kereta.

Signboard berhampiran kawasan kami parking menunjukkan arah ke bandar-bandar utama Switzerland. Jelas kelihatan snow cap mountain yang semakin ditutupi kabus tebal.

Semakin meninggalkan Lucerne, kami sebenarnya memandu ke kawasan yang lebih tinggi. Untuk ke Lauterbrunnen, kami akan melalui Interlaken. Sebelum tiba di Interlaken, hujan mulai turun dan kelihatan awan dan kabus tebal menutupi banjaran alps dan kebanyakan puncak gunung yang menjadi kemegahan dan kecantikan pemandangan Switzerland. Aku mulai rasa resah, sebab aku paling mengharapkan agar di Switzerlandlah cuaca paling cantik. Apa pun, syukur sangat setakat ini semua tempat kami pergi dalam trip ini kami direzekikan dengan cuaca yang cantik. Alhamdulillah.





Kira-kira jam 8 malam, kami masih lagi belum sampai di Interlaken, maka aku decide untuk berhenti di sebuah service area di dalam kawasan Giswil. Ada station minyak Avia, restoran dan guest house berhampiran kawasan tersebut. Harapnya ada ruang untuk kami solat. Nak solat di ruang terbuka, hujan turun semakin lebat pula. Alhamdulillah ada sebuah pondok untuk dihamparkan yoga mat, maka wife pun bersolat di situ. Aku dan Basir pula oleh kerana ingin ke toilet, maka kami jumpa ruang lain di tingkat atas restoran yang boleh kami gunakan untuk solat. Sebenarnya ruang atas tu ruang santai dengan peralatan indoor sport disediakan. Sesekali ada orang lalu untuk ke toilet, tetapi mereka buat tak kisah je kami solat di situ.

Pondok di sebelah kanan itulah tempat wife tumpang solat. Aku & Basir pula solat di tingkat atas restoran di sebelah kiri tu. Gambar kredit Google Street View.

Selepas solat, nampak cantik pula pemandangan di depan kawasan parking ni. Cuma gambar kabur sebab berkabus.

Sempat Basir memetik bunga untuk isterinya. Time ni Faten tunggu dalam kereta.

Tasik Sarnersee yang kelihatan samar-samar di kejauhan.

Kami meneruskan perjalanan kira-kira pukul 8.20 malam. Tak jauh dari sini kami melalui sebuah lagi tasik yang sangat cantik, iaitu Lungernsee. Tasik Lungernsee ni memang antara yang tercantik di Switzerland kerana warnanya yang sentiasa emerald. Sewaktu kami melalui sebelah tasik ini, masa tu betul-betul baru masuk waktu maghrib. Masa dari dalam kereta kami masih dapat melihat warna emerald yang sungguh cantik, tetapi bila berhenti dan mencari parking di celah-celah rumah orang di sini, hari sudah pun bertambah gelap dan aku mempunyai kesukaran untuk merakamkan warna sebenar tasik ini. Nak dapat gambaran macamana rupa tasik lungersee ni yang sebenarnya ketika hari cerah, cubalah search google image 'lake lungern', korang pasti akan terus terasa nak datang ke sini.

   Hari sudah gelap sebenarnya masa ni. Aku tinggikan ISO untuk dapat tangkap gambar ni. Tapi tak dapat tangkap actual colour tasik tu. 

Sejuk sangat time ni. Baru lepas hujan dan berkabus.

Gambar dari front camera iphone - memang susah nak cope dengan keadaan cahaya yang sangat limited time ni. Tapi aku letak juga sebab ini je gambar kami berempat kat sini.

Gambar diambil dengan ISO 2500. 

Kami parking di celah-celah rumah orang dan panjat bukit untuk dapat view dari sini.

Air tasik kelihatan agak surut waktu ini.



Mungkin video ni boleh menampakkan warna sebenar tasik ni sebab dirakam pada jarak yang lebih dekat. Jadi kesan kabus tak terlalu ketara.

Sampai setengah jam juga kami di sini. Dalam pukul 9 malam, hari dah pun gelap sepenuhnya dan kami meneruskan perjalanan menuju Lauterbrunnen. Kami tiba di Lauterbrunnen dalam keadaan hujan lebat tepat pukul 10.00 malam dan kaunter check in sudah pun ditutup. Pihak Valley Hostel telah meninggalkan notis dan kunci boleh diambil di dalam sampul dengan nama penempah yang diletakkan di soft  board. Sewaktu memindahkan barang ke dalam bilik, kami terserempak dengan satu psangan dari Malaysia yang juga baru sampai. Train delay hampir dua jam katanya.

Malam itu kami cuma makan makanan segera sebab dah penat nak masak. Nasib ada nasi beriani Brahim's dan mee segera Maggi.

Catatan hari seterusnya akan bersambung di entri yang akan datang.

CONVERSATION

3 comments:

  1. Pic bendera Swiss kat Lucern tu sebijik framing ada satu pic dlm flickr Khairul Abdullah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul.. tapi gambar dia lagi lawa sebab bendera swiss tu berkibar..

      Delete

Back
to top