[PARIS LONDON 2017] DAY10 JALAN-JALAN PARIS
View bandaraya Paris dari tingkat 2 Eiffel Tower.
Catatan hari ke-sembilan boleh dicapai di sini.
Hari ke-sepuluh, Sabtu 10 Mei 2017. Pagi ini kami bangun agak lambat. Lepas solat subuh lebih kurang pada pukul 5 pagi, masing-masing menyambung rehat. Kepenatan bermain sakan di Disneyland semalam masih lagi terasa. Badan pula seakan sakit-sakit dek kerana berjalan, berdiri dan mendukung kanak-kanak pada masa yang lama.
Penat macama mana pun, lebih kurang pukul 9 pagi kami bangun bersiap juga. Pagi ni family aku ada tiket naik ke Eiffel Tower pukul 11.00 pagi. Mandi dan sediakan sarapan labih kurang untuk alas perut. Cuaca di luar tak berapa menggalakkan, tapi memandangkan tiket sudah dibeli dan masanya sudaah fix, tiada pilihan lain kalau tak nak rugi.
Tiket untuk naik ke Eiffel Tour ni aku beli online di sini. Boleh lihat harga, opening times dan lain-lain maklumat di sini. Aku cuma beli untuk ke tingkat dua sahaja, bahagian pertengahan menara. Harga satu tiket untuk dewasa adalah €11 dan untuk kanak-kanak berumur 4-11adalah €4. Harga tahun ni dah naik jadi €16 untuk dewasa, manakala tiket kanak-kanak masih tidak berubah.
0 comments:
Post a Comment