[PARIS LONDON 2017] DAY10 JALAN-JALAN PARIS

View bandaraya Paris dari tingkat 2 Eiffel Tower.

Catatan hari ke-sembilan boleh dicapai di sini.

Hari ke-sepuluh, Sabtu 10 Mei 2017. Pagi ini kami bangun agak lambat. Lepas solat subuh lebih kurang pada pukul 5 pagi, masing-masing menyambung rehat. Kepenatan bermain sakan di Disneyland semalam masih lagi terasa. Badan pula seakan sakit-sakit dek kerana berjalan, berdiri dan mendukung kanak-kanak pada masa yang lama.

Penat macama mana pun, lebih kurang pukul 9 pagi kami bangun bersiap juga. Pagi ni family aku ada tiket naik ke Eiffel Tower pukul 11.00 pagi. Mandi dan sediakan sarapan labih kurang untuk alas perut. Cuaca di luar tak berapa menggalakkan, tapi memandangkan tiket sudah dibeli dan masanya sudaah fix, tiada pilihan lain kalau tak nak rugi.

Tiket untuk naik ke Eiffel Tour ni aku beli online di sini. Boleh lihat harga, opening times dan lain-lain maklumat di sini. Aku cuma beli untuk ke tingkat dua sahaja, bahagian pertengahan menara. Harga satu tiket untuk dewasa adalah €11 dan untuk kanak-kanak berumur 4-11adalah  €4. Harga tahun ni dah naik jadi €16 untuk dewasa, manakala tiket kanak-kanak masih tidak berubah.





Grafik memaparkan ketinggian first, second & third floor Eiffel Tower.


Barisan orang beratur untuk membeli tiket naik ke Eiffel Tower sentiasa panjang, pergilah hari apa pun. Jadi kalau nak elakkan beratur panjang, sila beli tiket online macam kami. Jangan beli last minute, bilangan tiket yang dijual secara online adalah dihadkan kepada jumlah tertentu sahaja, kerana mereka perlu beri juga keutamaan pada pelawat yang nak membeli di lokasi juga.

Kami keluar rumah dalam pukul 10 pagi. Hujan masih rintik-rintik di luar.  Sejuk sangat. Jalan laju-laju, tak sampai 10 minit dah sampai di Eiffel Tower. Nasib baik anak-anak okay je untuk keluar berjalan, walaupun penat balik dari Disneyland semalam belum habis lagi. Aryan je yang berselimut atas stroller.

Sampai di kawasan Eiffel Tower, kami melalui kawalan keselamatan yang agak ketat. Mungkin ini lantaran dari serangan perngganas di Champs-Élysées pada 20 April lepas, kira baru lagilah. Belum sampai sebulan. Nasib baik kami dah beli tiket online, jadi kami terus sahaja ke laluan khas tanpa perlu beratur dengan orang yang nak membeli tiket.

Dari tingkat bawah, kami menaiki lif untuk ke tingkat 1. Kemudian naik lagi ke tingkat dua. Cantik view bandaraya Paris ni dari atas, nampak tersusun dan terancang sangat. Cuma, nasib kami tak berapa baik sebab cuaca yang sangat berkabus. Hujan yang masih belum mahu berhenti juga menyebabkan kami tak dapat bertahan lama kat atas tu. Sejuk sangat bila sesekali angin datang menyerbu. Tapi Adam & Ariff rileks je macam tak Malaysia. Last-last jaket pun tak nak pakai. Kulit batu betul budak-budak ni.

Dari tingkat bawah ke tingkat 1. Dari sini kita boleh nampak landasan lif yang senget.


Excited nak naik Eiffel Tower.

Trocadero dari tingkat dua Eiffel Tower.

Seine River & Jambatan Bir Hakiem. Cuaca sangat kelam dan hujan masih lagi sedang turun ketika ini.





Dengan cuaca yang tak berapa mengalu-alukan kedatangan kami di Eiffel Tower hari ni, kami pusing sekejap sahaja kat atas tu. Ambil gambar beberapa keping kat atas dan sesekali kena berteduh untuk lap kamera yang terkena air hujan.

Masa kat sini, kami ada pengalaman kena marah teruk dengan pengawal keselamatan. Ceritanya macam ni, disebabkan bilangan pengunjung yang agak ramai, memang sukar untuk aku menolak stroller Aryan kat atas ni. Stroller ni pun boleh lipat dan disimpan di dalam beg. Aku parking beg stroller ni di bahagian tepi sementara aku mengambil gambar dari platform tingkat dua ni. Tengah leka ambil gambar, aku dah jauh sedikit dari beg stroller tu. Kalau bercakap tentang serangan pengganas, memang unattended bag adalah item yang paling sensitif. Sebaik sahaja pengawal keselamatan perasan bag tu kat situ tanpa ada siapa yang mengaku dia yang punya (masa tu kami dah jauh dari bag tu, aku pun dah terleka). Bila dah kecoh-kecoh tu barulah aku perasan beg stroller aku yang dikecohkan. Nasib baik masa aku pergi mengaku tu pengunjung semua dah buat tak kisah. Agaknya mereka pun tahu itu bag stroller je kot. Takkanlah aku boleh bawak naik bom kat atas ni setelah pemeriksaan yang penuh ketat di tingkat bawah.

Walaupun view yang cantik menjadi terhad dengan cuaca yang suram, kami kira dah puas hati juga sebab dapat melaksanakan checklist yang tak sempat dibuat pada tahun lepas. 


Turun dari Eiffel Tower, kami berjalan-jalan sekejap di taman sambil mencari crepes. Hujan sekejap-sekejap rintik, dan kadang-kadang menjadi lebat. Jadi, selepas makan crepes kami mengambil keputusan untuk balik ke apartment sahaja. Badan masih terasa penat, saki-baki kesan berjalan seharian di Disneyland semalam. Lagi pun, dengan cuaca yang sebegini, nak berjalan dan bergambar sangat pun tak berapa bersemangat.




Kami pulang ke apartment dan menyediakan makan tengah hari. Lepas makan kami sambung rehat sampai lebih kurang pukul 4 petang. Kami check dengan family Mira, rupanya diorang pun tak keluar sejak dari pagi. Jadi kali ni kami decide untuk keluar bersama-sama. Plannya nak pergi Gallery La Fayette & Musee du Louvre. 

Waktu keluar ke Gallery La Fayatte tu aku tak ada ambil banyak gambar pun. Sebabnya ada satu perkara yang selalu berlaku kat Paris ni telah berlaku atas kat salah seorang dari kami. Dompet Irsyad kena curi dek penyeluk saku dalam Metro. Selalu dengar cerita dari blog orang lain je, tapi kali ni berlaku ke atas ahli rombongan sendiri. 

Kitorang memang sedia maklum yang kat Paris ni sangat banyak penyeluk saku dan sangat kena berhati-hati. Irsyad pun letaklah dompetnya di poket jeans hadapan. Sebab dia rasa kalau poket depan ni susah sikitlah orang nak seluk, sebab depan-depan kan. Dan dia pun memang selalu check dan selalu juga letak tangan kat poket tu untuk mengelakkan kena seluk. Kebetulan hari Sabtu tu keadaan Metro agak sesak, langsung tak sedar bila kejadian tu berlaku. Sedar-sedar dompet dah takde dah dalam poket. Memang profesional betul diorang buat kerja.

Keluar dari Metro, kami pun teruslah mencari balai polis untuk membuat laporan. Nasib baik passport tak hilang. Kalau tak lagi jenuh. Berpandukan panduan yang diberikan oleh guard Gallery La Fayette, kami berjalan lebih kurang 15 minit untuk menjumpai balai polis yang dimaksudkan. Malangnya ketika kami ingin membuat laporan, polis di situ menasihatkan kami untuk pergi ke station polis yang lain disebabkan sudah ada ramai yang sedang beratur untuk membuat laporan. Memang kebanyakannya kes pick pocket. Setelah bertanyakan di mana kami tinggal, polis tersebut mencadangkan untuk kami membuat laporan di Annexe du, kira-kira 10 minit jalan kaki dari Eiffel Tower.

Selepas itu, barulah kami menyambung plan kami untuk berjalan-jalan di Gallery La Fayette. Tak ada apa yang nak dibeli pun, cuma sekadar nak sampai sahaja. Dua kali sampai Paris, belum pernah lagi menjejakkan kaki ke shopping mall yang terkenal ni.

Gallery La Fayyette ni ada beberapa bangunan dengan nama yang sama, tapi the one yang famous dengan kubah yang cantik tu bukan kat belakang diorang ni, tapi kat depan. Kitorang betul-betul berada depan bangunan tu time ni.

Inilah shopping mall Galley La Fayyette yang famous tu. Kalau kaki shopping boleh laa shopping kat sini, tapi harga taklah murah macam kat La Vallee. 

Dekat tingkat atas ada satu Disney Store yang agak besar. 

Tak lama kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Musee du Louvre. Belum sempat lagi nak ke sana untuk bergambar satu family. Masa ni hari dah pun mulai gelap.  Gagahkan jugalah, at least adalah juga gambar kat sana. 

Kami menaiki Metro dari station Chaussée d'Antin La Fayette dan turun di station Palais Royal Musée du Louvre - satu laluan je tanpa perlu bertukar train. Keadaan agak gelap waktu kami sampai, dapatlah juga bergambar dengan bantuan lampu kuning di sekitar Musee du Lourve. 

Hari sudah pun tersangat gelap waktu kami sampai di sini. 

Keadaan yang gelap memaksa aku menaikkan setting ISO, menyebabkan noise gambar yang agak teruk. Tapi kira oklah ada gambar kat sini dari tak ada.

Bila berjalan dari station metro, kita akan dapat melihat sedikit bahagian dalaman museum ni melalui satu cermin besar. Hebat betul rekaan dalaman museum ni. Padanlah sebagai sebuah museum yang paling ramai dikunjungi di dunia. Kira-kira 7.4 juta pengunjung melawat Musee du Louvre setiap tahun. 

Kami tak ambil masa yang lama pun di sini. Ikutkan aku nak ambil gambar piramid Musee du Louvre ni lagi banyak, tapi memandangkan tripod pun sudah rosak, tak ada makna sangatlah nak ambil gambar long exposure. Anak-anak pun dah mengadu kepenatan.  Lebih kurang jam 9.30 malam, kami pun bergerak pulang ke apartment. Kalau ikutkan plan asal, sepatutnya kami nak berjalan ke Eiffel Tower malam ni, untuk menikmati pemandangan Eiffel waktu malam buat kali terakhir sebab esok kami dah pun akan pulang ke Malaysia. Namun, dengan anak-anak yang sudah kepenatan dan kelaparan, kami terpaksa pulang ke apartment dan menyediakan makanan. Bila dah sampai apartment, memang sangat malas untuk keluar semula walaupun Eiffel Tower cuma 10 minit jalan kaki dari apartment kami.

Aku akan sambung cerita hari berikutnya pada entri selepas ini, sebelum aku buat satu lagi entri terakhir mengenai ringkasan itinerary dan bajet keseluruhan trip ini. Maaf sebab drag terlalu lama, tapi aku kira isinya tetap masih relevan untuk rujukan sesiapa sahaja yang berminat. Jumpa lagi.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top