[PARIS LONDON 2017] DAY09 DISNEYLAND PARIS!!
Disneyland Paris
Catatan hari ke-lapan boleh dicapai di sini.
Maaf lama tak update blog, alhamdulillah aku dan isteri telah berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 14 - 25 Feb yang lepas. Dan selepas itu pulak ada terlalu banyak komitmen kerja dan urusan yang perlu diselesaikan.
Hari ke-sembilan, Jumaat 5 Mei 2017. Sama seperti bas ketika ke London minggu lepas, bas ke Paris kami kali ini juga melintasi Selat Inggeris melalui tunnel dan bukannya feri. Untuk rehat secukupnya, laluan tunnel adalah lebih baik sebab kita tak perlu turun dari bas ketika sejam setengah melintasi selat ini. Kalau menaiki feri, ketika bas berada di atas feri, kita diarahkan turun untuk lepak atas feri. Kalau macam kami ni dengan anak-anak kecil, memang elok sangatlah lalu ikut tunnel.
Kami tiba di stesen bas Bercy pada pukul 8 pagi. Dari sini kami berjalan menuju ke station metro terdekat, stesen Bercy. Memang senang sebab dari sini kami cuma perlu menaiki metro tanpa bertukar stesen untuk ke Dupleix. Di Dupleix, kami berjumpa Alex sekali lagi untuk mengambil kunci rumahnya.
Dari segi susunan itinerary, sebenarnya hari ini kurang sesuai untuk ke Disneyland Paris kerana kami baru sangat tiba dari London. Satu faktor yang kurang sesuai adalah dari segi rushing. Dari turun bas kena ambil metro ke apartment, simpan barang, mandi, breakfast dan lepas tu baru keluar. Pukul berapa nak sampai Disneyland.
Faktor kedua yang perlu difikirkan adalah kepenatan. Tidur dalam bas bukanlah sama seperti tidur atas katil apartment, dengan kena gilir-gilir memangku anak kecil, diganggu pula kena turun dua kali untuk pemeriksaan imigresen. Tetapi, kami tidak mempunyai banyak pilihan lain kerana flight balik ke Malaysia adalah pada hari Ahad. Untuk pergi pada hari hujung minggu bukanlah satu pilihan yang bijak kerana pengunjung pada hari Sabtu & Ahad akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda. Maka, kami pun melupakan kepenatan dan membeli tiket Disneyland untuk hari Jumaat itu juga.
Buat pengetahuan korang yang mungkin tak tahu. Disney ada bangunkan Apps "Disneyland Paris" untuk mengetahui estimated wait times untuk each attractions, ada interactive maps, boleh tahu ride apa yang closed for refurbishment (maintenance), boleh check rides yang mana anak kau boleh naik (ada height restriction) boleh view entertainment schedule sebab ada banyak persembahan yang best untuk kau tengok dan pilih. Pendek kata sangat memudahkan. Macam kami yang pergi sehari tapi cover dua tempat terus ni begitu penting untuk kami pilih, persembahan apa yang paling dekat dihati anak-anak. Macam frozen tu sebabkan anak kami lelaki, walaupun katanya best, kami terpaksa skip, dan kami pilih untuk menonton Star Wars performance instead. Kebetulan pulak minggu aku pergi tu memang minggu star wars. Kami pergi tu sehari selepas May the forth. Kebetulan tahun 2017 adalah ulangtahun Disneyland Paris ke 25. Jadi aura magical tu macam terlebih pulak. Aku dan wife dah download apps ni awal-awal. Wife pun dah siap test beberapa bulan lebih awal untuk menjustifykan hari apa yang paling kurang orang bertandang ke Disneyland. Selalunya over the weekend, masa beratur boleh mencecah 60 sehingga 90 minit terutama ketika musim panas, jadi agak rugi la buang masa untuk beratur dan dapat cover berapa rides je. Buatlah perancangan rapi nanti ya.
Sedikit tips untuk memburu tiket diskaun atau promosi untuk ke Disneyland, terutamanya bagi kita yang hanya nak membeli tiket masuk ke theme park sahaja, tidak termasuk hotel Disneyland. Ada beberapa website yang menjual tiket Disneyland pada harga lebih murah berbanding harga promosi di website Disneyland sendiri. Aku membandingkan harga di beberapa website dan akhirnya memilih untuk membeli dari AttractionTix.co.uk. Banyak dapat jimat, £18 untuk tiket dewasa dan £17 untuk tiket kanak-kanak. Semua sekali penjimatan untuk lima tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak adalah £124, banyak tu. Antara website lain yang korang boleh survey sebelum membuat tempahan adalah 365ticket.com dan isango.com. Ada banyak lagi, boleh google sendiri tapi pastikan website tu genuine ya, jangan beli dari scammer pulak. Diskaun dari ejen ticket ini berbeza-beza mengikut masa, ko kena rajin sikitlah check dari masa ke semasa. Ada masanya harga dia jadi lebih kurang je dengan harga di website rasmi Disneyland Paris.
Tiket Disneyland Paris ni dibahagikan kepada tiga jenis mengikut hari. Ada hari yang dimark sebagai mini, magic atau pun super magic.Pembahagian ini dibuat berdasarkan low, high and peak season. Pemegang tiket Super Magic boleh pergi any date, pemegang tiket Magic boleh pergi hari yang mark sebagai magic atau mini, manakala pemegang tiket mini boleh pergi pada hari yang ditanda sebagai mini sahaja. Sebab tulah tiket mini yang paling murah. Alhamdulillah, hari kami pergi tu jatuh pada hari mini, jadi kami boleh beli tiket mini sahaja. Kalau korang nak tahu tarikh yang korang nak pergi tu kena beli tiket apa, boleh check di website Disneyland Paris.
13 comments:
Post a Comment