EUROPE TRIP DAY05 PART2: FROM BRUGES TO BRUSSELS
Atomium, Brussels.
Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini : From Paris to Bruges.
5.00 PM, 19 April 2016. Kami meninggalkan Bruges menuju ke Brussels. Tempoh perjalanan adalah sekitar sejam setengah sahaja. Kami berhenti di kawasan RnR untuk menunaikan solat jamak Zuhur & Asar. Sudah tentu tiada surau disediakan, kami cuma parking di bahagian paling belakang dan cari ruang yang paling mudah untuk menghamparkan tikar solat. Nasib baik juga Basir ada bawa yoga mat, bolehlah digunakan sebagai alas untuk solat. Kami berwudhuk dari botol spray yang Faten bawa. Air boleh diisi di toilet RnR, tetapi bayaran masuk ke toilet adalah €0.50. Tak ada orang jaga tapi kena kena masukkan coin dalam machine barulah boleh lalu melepasi palang.
RnR di sini adalah kepunyaan syarikat minyak yang buka pump station di sebelah highway. Mereka maintain sendiri tetapi aku perhatikan dalam sesebuah RnR cuma seorang dua pekerja sahaja. Paling-paling pun tiga orang. Mereka ni kebanyakannya multi tasking - selain jadi cashier mereka jugalah yang susun barang dan bersihkan kedai dalam stesen minyak. Tandas pula tak perlu nak dibersihkan selalu sebab boleh kata semua pengguna di sini bertanggungjawab memastikan tandas yang mereka guna ditinggalkan dalam keadaan bersih - walaupun dah bayar mahal. Cukup opposite dengan Malaysia. Dah bayar 0.30sen pun susah nak tekan flush.
Kami juga isi petrol sebanyak €30 di sini.
Lega setelah dapat menunaikan kewajipan sebagai muslim. Orang putih lalu just pandang tapi mereka buat tak kisah je.
Typical view di tepi jalan di Belgium.



