Pertamanya aku nak minta maaf sebab entri ini dah pun tertangguh lebih daripada setahun. Tapi sebab aku memang berniat nak kongsikan, dan aku rasa ia tetap memberikan manfaat kepada orang lain maka aku tetap tuliskan juga. It’s better late than never.
ITINERARY
Itinerary kali ini aku rangka untuk disesuaikan dengan ahli rombongan seramai sembilan orang, lima dewasa tiga kanak-kanak dan satu baby. Ia satu pengalaman merangka itinerary yang sangat berbeza berbanding pengalaman tour europe 2016, yang mana aku memimpin kumpulan empat orang dewasa. Antara yang aku perlu ambil perhatian adalah kekuatan dan mood kanak-kanak yang sangat berbeza dengan orang dewasa.
Antara langkah-langkah yang aku ambil adalah:
Pada hari pertama, kami menaiki flight Qatar Airways dari Kuala Lumpur pada jam 8.50 malam, transit di Doha selama dua jam sebelum meneruskan perjalanan ke Paris. Tiba di Paris pada jam 7.15 pagi keesokan harinya. Hari pertama kami cuma bersiar-siar santai di sekitar taman Eiffel Tower. Hari kedua pula kami melawat istana Palace of Versailles yang penuh bersejarah dan mempunyai rekaan dalaman yang sungguh klasik sebelum menaiki bas ke London di sebelah malam.

- Pilih beberapa tempat lawatan yang menarik minat kanak-kanak. Antaranya sudah pastilah Disneyland Paris. Kami juga melawat animal farm di Cotswolds yang juga sangat mesra kanak-kanak. Selain itu, kami juga melawat Natural History Museum & perkenalkan Lego World di Leicester Square.
- Bilangan dan jarak tempat lawatan dalam sehari perlu diminimumkan supaya anak-anak tidak bosan.
- Standby coklat dan mainan yang mudah dibawa ke mana-mana untuk mententeramkan mood mereka apabila perlu. Kami sediakan beberapa surprised egg kinder-joy yang dibawa dari Malaysia. Simpan jangan bagi budak-budak nampak, keluarkan satu-satu je apabila perlu.
- Buat itinerary yang agak flexible – bersedia untuk batalkan seseuatu tempat lawatan jika anak-anak dah meragam atau tak larat untuk terus berjalan.
- Bawalah stroller, walaupun anak kau dah lapan tahun. Tiba masanya dia akan penat dan malas nak jalan. Lagi compact lagi bagus. Kami bawa yang boleh lipat dan jadikan macam bag sandang, kadang-kadang bukan stroller saja yang masuk dalam bag tu.
Pada hari pertama, kami menaiki flight Qatar Airways dari Kuala Lumpur pada jam 8.50 malam, transit di Doha selama dua jam sebelum meneruskan perjalanan ke Paris. Tiba di Paris pada jam 7.15 pagi keesokan harinya. Hari pertama kami cuma bersiar-siar santai di sekitar taman Eiffel Tower. Hari kedua pula kami melawat istana Palace of Versailles yang penuh bersejarah dan mempunyai rekaan dalaman yang sungguh klasik sebelum menaiki bas ke London di sebelah malam.
Bersiar-siar di sekitar Eiffel Tower pada hari pertama di Paris.
Palace of Versailles, Paris.
Pada hari ketiga, kami sempat melawat terminal 9¾ di King Cross station sebelum mengambil kereta sewa dan bertolak ke Durdle Door. Pada malamnya kami bermalam di Bromham, satu kawasan kampung di Cotswolds. Pada hari ke-empat, kami membawa anak-anak berseronok di Cotswolds Wildlife Park dan selepas itu melawat sebuah kampung lama di Bibury. Hari ke-lima pula kami cuma memandu pulang ke London untuk menghantar kereta sewa sebelum bersiar-siar di Marble Arch dan membeli-belah di Primark.
Durdle Door, Jurrasic Coast, Lulworth
Arlington Row, Bibury.
Di sebelah Thames River, berlatarbelakangkan Tower Bridge.
Menaiki Thames River Cruise dari Greenwhich ke Westminster.
Emirates Stadium.
Hari ke-sembilan pula kami menghabiskan masa seharian untuk berseronok di Disneyland Paris. Pada hari seterusnya, kami bersiar-siar di sekitar Paris, termasuklah menaiki Eiffel Tower dan melawat Galeries La Fayette serta Musee du Louvre di sebelah petang.
Disneyland Paris.
Hari ke-sebelas, yang merupakan hari terakhir kami di Paris, diisi dengan aktiviti bersantai di Sacre Coure dan bergambar di sekitar Bir Hakim Bridge sebelum bertolak ke airport.
Secara ringkasnya, itinerary kami selama sebelas hari itu adalah seperti di bawah:
Hari 1 : KL - Paris
Hari 2 : Versailles, Paris - Menaiki bas malam ke London
Hari 3 : London - Durdle Door - Bromham
Hari 4 : Cotswold Wildlife Park - Bibury
Hari 5 : Bromham - London
Hari 6 : London Tour (Tower Bridge, Thames River Cruise, Big Ben, London Eye)
Hari 7 : London Tour (Emirates Stadium, Harrods, Natural History Museum, Hyde Park)
Hari 8 : London Tour (Buckingham Palace, Hyde Park, Lego World) - Menaiki bas malam ke Paris
Hari 9 : Disneyland Paris
Hari 10 : Paris Tour (Eiffel Tour, Galleris La Fayatte, Musee du Louvre)
Hari 11 : Paris (Sacre Coure) - KL
Berapa kami habis untuk trip ni? Itulah soalan yang paling banyak aku terima. Jawapannya adalah tak sampai RM3200 seorang, termasuk tiket kapal terbang, penginapan, makan, kos sewa kereta, kos pengangkutan dalam bandar (metro & tube), tiket bas antara Paris-London pergi balik, tiket masuk Disneyland, airport transfer dan insurans perjalanan kami sekeluarga - pendek kata semua sekalilah.
Macamana kami boleh pergi Paris-London 11 hari dengan kos tak sampai RM3200 seorang dengan kesemua aktiviti ini? Meh nak cerita.
BUDGET
Bajet trip ni aku rangka berdasarkan kesesuaian dan kesanggupan kesemua ahli rombongan. Keputusan mengenai jenis penginapan dan pengangkutan semuanya telah dibuat dengan mengambil kira pandangan semua.
Tiket Flight
Secara ringkasnya, itinerary kami selama sebelas hari itu adalah seperti di bawah:
Hari 1 : KL - Paris
Hari 2 : Versailles, Paris - Menaiki bas malam ke London
Hari 3 : London - Durdle Door - Bromham
Hari 4 : Cotswold Wildlife Park - Bibury
Hari 5 : Bromham - London
Hari 6 : London Tour (Tower Bridge, Thames River Cruise, Big Ben, London Eye)
Hari 7 : London Tour (Emirates Stadium, Harrods, Natural History Museum, Hyde Park)
Hari 8 : London Tour (Buckingham Palace, Hyde Park, Lego World) - Menaiki bas malam ke Paris
Hari 9 : Disneyland Paris
Hari 10 : Paris Tour (Eiffel Tour, Galleris La Fayatte, Musee du Louvre)
Hari 11 : Paris (Sacre Coure) - KL
Video rangkuman trip Paris & London 2017.
Macamana kami boleh pergi Paris-London 11 hari dengan kos tak sampai RM3200 seorang dengan kesemua aktiviti ini? Meh nak cerita.
BUDGET
Bajet trip ni aku rangka berdasarkan kesesuaian dan kesanggupan kesemua ahli rombongan. Keputusan mengenai jenis penginapan dan pengangkutan semuanya telah dibuat dengan mengambil kira pandangan semua.
Tiket Flight
Tiket penerbangan adalah penyumbang terbesar untuk bajet percutian kami. Namun, seperti yang pernah aku ceritakan sebelum ni, trip ini terjadi pun sebab kami terjumpa tiket yang sangat murah. Asalnya nak mengintai tiket ke Melbourne untuk satu family, terjumpa tiket ke Paris harga macam pergi Melbourne, maka ke Europelah kami.
Tiket ke Europe, sama ada Paris, Amsterdam, London, Milan atau mana-manalah negara West Europe, kalau harga sekitar RM3,000 tu kira harga standardlah. Bawah RM2,500 boleh dikira murah. Bawah RM2,000 ko memang lucky. Tapi, kalau bawah RM1,500, pejam mata dan terus beli. Tak payah pikir banyak walaupun kau baru balik Europe beberapa bulan yang lepas.
Itulah yang terjadi pada kami, bulan Mei 2016 balik Europe, terjumpa promo Qatar Airways RM1270 ke Paris pada bulan September. Terus sambar sampai sembilan orang jadinya.
Penginapan
Kami menggunakan perkhidmatan AirBnB untuk kesemua penginapan kami, kecuali di Paris. Sebenarnya, aku kenal host BnB Paris ni melalui AirBnB juga, semasa lawatan Europe tahun 2016. Untuk kali ini, aku contact dia direct, tanpa melalui BnB, alhamdulillah beliau sangat seronok untuk memberikan harga diskaun yang hampir pasti tak dijumpai kat mana-mana tempat lain, €230 untuk tiga malam. Bagi sebuah apartment di tengah-tengah bandar Paris, bersebelahan stesen Metro dan paling best, hanya 10 minit jalan kaki ke Eiffel Tower. Pada harga sebegini bagi aku sangat-sangat berbaloi. Tambahan pula, dengan melakukan transaksi di luar website AirBnB, kita tidak perlu membayar service fee sekitar 10-12% kepada AirBnB.
Di London, kami menggunakan perkhidmatan AirBnB untuk kami sekeluarga dengan kos €335 untuk tiga malam. Penginapan ni agak jauh sedikit, konon nak dekat dengan Camden sebab nak pergi Camden Market dan nak dekat dengan BnB family adik ipar aku. Kami cuba juga cari host BnB yang boleh accept 9 orang kat London ni, sangat susah nak jumpa dan setakat yang kami jumpa pun harga agak mahal. Jadi kami decide untuk split rumah kat sini macam dekat Paris.
Untuk penginapan di Bromham, UK, kami mendapat persetujuan dengan host untuk tinggal satu rumah. Walaupun dalam iklan rumahnya boleh memuatkan 7 orang sahaja. Tapi sebab kami ada 4 orang kanak-kanak dan rumahnya memang besar, jadi beliau terima saja kehadiran kami. Kosnya adalh €242 untuk dua malam, kami bersetuju untuk membayar 65% dari kos ini dan selebihnya portion family adik ipar aku.

Dear Qatar Airways, please repeat this promotion price.

BnB di Bromham yang cukup besar untuk memuatkan kami 9 orang. Di tengah bandar Paris dan London, kami split supaya lebih jimat.
Pengangkutan Antara Bandar
Untuk pengangkutan antara London dan Paris, kedua-dua hala kami menggunakan bas. Selain tiketnya murah ia juga boleh mengurangkan kos penginapan untuk dua malam. Cuma, kami agak tersilap dalam menyusun hari transit. Bas kami dari Paris ke London adalah pada hari Jumaat malam Sabtu, di mana Isnin selepasnya adalah hari cuti umum di sana (1 May - Cuti hari buruh di Paris dan cuti Bank Holiday di UK). Dengan cuti hujung minggu yang panjang, automatik harga tiket bas naik mencanak. Harga tiket bas di sana berubah-ubah mengikut masa, macam tiket kapal terbang AirAsia atau pun harga tempahan bilik hotel. Tak fix macam tiket KL-Kota Bharu kat tempat kita. Itinerary pula dah tak boleh nak diubah sebab semua penginapan dah pun ditempah.
Lama juga aku mencari, akhirnya aku jumpa juga pada harga €32 dari Alsa Bus, sebuah syarikat Spain. Kalau dari company lain dalam €45 ke atas. Boleh baca lanjut di sini.
Untuk pengangkutan melawat countryside UK pula, kami menyewa kereta selama dua hari. Sekali lagi harga sewa kereta telah naik berganda kerana cuti hujung minggu yang panjang. Harga sewa kereta dan tiket bas biasanya perlu dibook sebelum dua hingga satu bulan sebelum tarikh untuk mendapatkan harga yang paling baik. Manakala AirBnB aku kena book lebih awal, sebab kami dua family jadi susah sikit nak cari BnB yang boleh muat kami semua dalam satu rumah, atau pun dua rumah yang tidak terlalu jauh.
Kereta kali ni kami sewa daripada syarikat Easirent. £85 untuk dua hari, tambah £15 untuk tiga biji child seat. Inilah harga paling murah yang aku berjaya jumpa untuk tarikh ni, sangat berbeza dengan tahun 2016, untuk tempoh sewaan yang sama iatu dua hari, kami cuma dapat harga £38 sahaja. Dahla sewa dari Easirent ni memang gamble habis. Sebabnya review di tripadvisor menunjukkan syarikat ni akan lakukan apa sahaja untuk mengenakan extra charges kepada customer. Kami ambil je tapi pada masa yang sama kami beli Excess Insurance Coverage berharga £8.97 dari iCarhireinsurance.com untuk membolehkan kami claim kalu ada apa-apa kerosakan yang perlu dicover.
Memang kami kena juga bayar extra kepada Easirent, sebab katanya kami lambat hantar setengah jam dari waktu yang sepatutnya. Mereka juga cuba claim yang kami dah rosakkan cermin hadapan kereta tersebut. Panjang ceritanya kalau nak tulis kat sini, boleh buat satu entri khas untuk Easirent ni. Pendek cerita, selepas berbincang kami cuma perlu bayar harga pulang lewat sahaja sebanyak £15.
Kos petrol pula adalah £42 sahaja, manakala kos parking cuma sekali sahaja di Durdle Door, £4.
Kereta Ford Focus yang disewa dari Easirent.
Pengangkutan Dalam Bandar
Untuk di London, kami beli Oyster Card pada harga £25, dalam ni ada £5 deposit yang boleh diclaim selepas Oyster Card dipulangkan, tetapi tidak boleh kurang daripada 48 jam daripada tempoh penggunaan kali pertama. Maknanya kalau korang pergi London kurang dari dua hari lebih baik beli daily pass saja. Kami ada top up £10, tapi masa pulangkan Oyster Card kami dapat balik dalam £8 termasuk deposit yang £5 tu. Jadi kos tube di London kami adalah £27 untuk seorang dewasa. Kanak-kanak boleh travel free.
Untuk di Paris, kami beli satu set carnet yang mengandungi 10 tiket metro. Carnet untuk dewasa berharga €14.90 manakala kanak-kanak berumur 4-10 tahun menggunakan carnet berharga €7.45. Kalau beli tiket single per ride, harga satu tiket adalah €1.90 dan kanak-kanak juga menggunakan tiket yang sama. Jadi memang untunglah beli tiket carnet ni. Boleh beli di kaunter mahupun di mesin tiket metro.
Kos Tiket Attraction
Tiket Disneyland kami beli dari third party, bukan beli direct dari website Disneyland Paris, sebab lebih murah. Kami beli dari AttractionTix.co.uk, dapat £43 untuk dewasa dan £39 untuk kanak-kanak. Kalau dari website rasmi beza sampai £18, bergantung kepada waktu promosi.
Tiket Palace of Versailles kami beli dari website rasmi, sebab tak jumpa mana-mana website third party yang menjual pada harga yang lebih murah. Kalau nak pergi sini, wajiblah beli tiket online awal-awal kalau tak nak rugi masa beratur beli tiket.
Tiket Cotswolds Wildlife Park pula berharga £14/dewasa dan £9.50/kanak-kanak.
Satu lagi tiket attraction yang kami beli adalah untuk ke-second floor Eiffel Tower yang berharga €11 untuk dewasa dan €4 untuk kanak-kanak. TIket ini juga kami beli online untuk mengelakkan barisan beratur yang panjang. Cuma kelemahannya bila beli online, masanya sudah fix jadi kalau kebetulan dapat cuaca yang teruk pun tak boleh tukar. Kalau beli manual di kaunter, bolehlaa tengok cuaca dulu sebelum decide nak beli tiket.
Kami membeli travel insurance untuk pakej satu keluarga yang berharga RM210. Kos makan pula, kami tak keluarkan yang banyak, sebab kami memang masak di apartment dan makan berat pada waktu pagi dan malam. Tenghahari je kadang-kadang makan kebab atau sandwich. Ada juga hari yang wife buat sandwich kat rumah dan bawa keluar sebagai bekal makan tengahhari. Jadi jumlah keseluruhan yang kami habiskan untuk makan kat luar tak sampai RM1000. Jumlah ini tak termasuk swipe kad kredit untuk makan di Burger & Lobster, dan lain-lain swipe untuk shopping. Aku tak masukkan sebab benda ni bergantung pada pilihan masing-masing. Kira bukan kos wajiblah. Selain itu aku ada beli simkad €10, sekadar back up bila nak hubungi tuan rumah atau family adik ipar aku bila kami berpecah.
Aku bentangkan kos-kos ni dalam jadual di bawah:
Kalau ada nak tanya apa-apa bolehlah tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah. Walaupun mungkin lambat, insyaAllah aku akan balas juga. Doakan aku murah rezeki untuk pergi trip yang lain supaya dapat ambil gambar yang best-best dan boleh menulis tentang trip itu pula.

Oyster Card untuk kegunaan pengangkutan dalam bandar di London.
Selain metro, kami juga gunakan Paris RER Train untuk perjalanan yang lebih jauh, iaitu ketika pergi ke Palace of Versailles (€7.30/Dewasa, €3.60/kanak-kanak, return) , Disneyland (€14.90/Dewasa, €7.50/kanak-kanak, return) dan juga airport transfer pergi dan balik (€10/dewasa, €7/kanak-kanak - sehala).
Kos Tiket Attraction
Tiket Disneyland kami beli dari third party, bukan beli direct dari website Disneyland Paris, sebab lebih murah. Kami beli dari AttractionTix.co.uk, dapat £43 untuk dewasa dan £39 untuk kanak-kanak. Kalau dari website rasmi beza sampai £18, bergantung kepada waktu promosi.
Tiket Palace of Versailles kami beli dari website rasmi, sebab tak jumpa mana-mana website third party yang menjual pada harga yang lebih murah. Kalau nak pergi sini, wajiblah beli tiket online awal-awal kalau tak nak rugi masa beratur beli tiket.
Tiket Cotswolds Wildlife Park pula berharga £14/dewasa dan £9.50/kanak-kanak.
Satu lagi tiket attraction yang kami beli adalah untuk ke-second floor Eiffel Tower yang berharga €11 untuk dewasa dan €4 untuk kanak-kanak. TIket ini juga kami beli online untuk mengelakkan barisan beratur yang panjang. Cuma kelemahannya bila beli online, masanya sudah fix jadi kalau kebetulan dapat cuaca yang teruk pun tak boleh tukar. Kalau beli manual di kaunter, bolehlaa tengok cuaca dulu sebelum decide nak beli tiket.
Lain-lain Perbelanjaan
Kami membeli travel insurance untuk pakej satu keluarga yang berharga RM210. Kos makan pula, kami tak keluarkan yang banyak, sebab kami memang masak di apartment dan makan berat pada waktu pagi dan malam. Tenghahari je kadang-kadang makan kebab atau sandwich. Ada juga hari yang wife buat sandwich kat rumah dan bawa keluar sebagai bekal makan tengahhari. Jadi jumlah keseluruhan yang kami habiskan untuk makan kat luar tak sampai RM1000. Jumlah ini tak termasuk swipe kad kredit untuk makan di Burger & Lobster, dan lain-lain swipe untuk shopping. Aku tak masukkan sebab benda ni bergantung pada pilihan masing-masing. Kira bukan kos wajiblah. Selain itu aku ada beli simkad €10, sekadar back up bila nak hubungi tuan rumah atau family adik ipar aku bila kami berpecah.
Aku bentangkan kos-kos ni dalam jadual di bawah:
Ringkasan catatan perbelanjaan kami.
Kalau ada nak tanya apa-apa bolehlah tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah. Walaupun mungkin lambat, insyaAllah aku akan balas juga. Doakan aku murah rezeki untuk pergi trip yang lain supaya dapat ambil gambar yang best-best dan boleh menulis tentang trip itu pula.
By the way tuan, since last 2 years this trip happened.. rasa2nya ada possible to get that kind of airfare lagi tak?? range within RM1500++.. hahaha survey dapat dalam around RM2500+ je ni..
ReplyDeleteSalam Naz. Dari pemerhatian sejak dua tahun lepas, belum pernah jumpa harga macam ni lagi. Paling rendah pernah jumpa sekitar RM1500++ ke RM1700. Kalau fly dr Singapore Airport ada llebih kerap promotion harga ticket, tapi itulah. Kena tambah harga tiket ke Singapore lagi (dan tambah cuti)..
DeleteAssalamualaikum Tuan. Seronok baca pengalaman Tuan di London & Paris. Jika tak keberatan, boleh share tak contact AirBnB di Paris tu sekali dengan link airbnb sekali.Terima kasih Tuan.
ReplyDeleteWaalaikumussalam tuan. Owner BnB Paris tu dah tak buat BnB dah.. soo sad..
DeleteAnyway, terima kasih atas kunjungan tuan
Oyeke.. Takda rezeki saya nampaknya...kena cari penginapan lain kat airbnb la lepas ni.
DeleteSalam tuan, utk luggages tuan letak dimana ye jika baru sampai paris pagi, if tiket bas ke london malam, ada tempat simpan luggages ke? Tq
ReplyDeleteWassalam tuan. Ada banyak je tempat left luggage. Paling praktikal tinggal kat stesen bas atau pun bergantung pada itinerary tuan. Boleh check dan book storage online kat bagbnb.com juga. Search ikut location. Harga dalam €5 macam tu utk satu bag.
DeleteSalam..apartment di paris tu dekat dgn eiffel tower kn? blh share contact no. @ email host utk apartment yg u stay kt paris tak? I plan nk pegi sn january 20.
ReplyDeleteSalam Arleena. Memang dekat sangat dengan Eiffel Tower tapi sayangnya host bnb tu dah tak buat rumah dia jadi bnb lagi. All the best untuk trip awak nanti.
DeleteSaya nak book bas dari paris ke uk. Cumanya x pasti mcm mana nak pastikan bas yg dibooking tu bukan melalui feri tetapi melalui eurotunnel.
ReplyDeleteIjan, saya rasa tak ada cara nak tahu. Kalau check dekat syarikat-syarikat bas pun, mereka tak fixkan laluan mana. Mereka tulis either by eurotunnel or by ferry.
DeleteIkut nasiblah kot.
apa nama apartment yang you stay in Paris? and contact number?
ReplyDeleteSalam Shila.
DeleteSayangnya owner bnb tu dah tak buat apartment dia jadi bnb lagi. Tapi banyak je airbnb area Dupleix/Eiffel Tower tu.
Assalamualaikum, Sedikit sebanyak summary expenses dapat membantu saya untuk trip saya nanti Jan 2020.
ReplyDeleteTerima Kasih
Waalaikumussalaam. Sama-sama dan selamat mengembara.
DeleteSeronok baca pengalaman adik. Yg suka travel dlm rumah ni cuma kak n anak bujang. Wish I can jalan2 lepas bersara ni(cdg 2020)ni last keje. Tq atas info yg berguna utk jln sendiri sbb selalu ikut TA. Wish you good luck, dpt travel lagi.
ReplyDeleteterima kasih. tak apa, dah bersara pun masih boleh jalan-jalan. It's never too old to travel. may your dream come true..
Deletehai... boleh x bagi AirBnB di london n Paris tempat sis menginap. Sy bercadang utk ke paris CNY next year
ReplyDeleteHi Yanzbob,
DeleteAirBnB yang dekat Paris tu, ownernya dah tak buat rumah dia jadi BnB lagi. Dekat London pulak, murah memang murah.. tapi saya tak berapa nak recommend sebab agak jauh dari underground. Rumahnya pun tak berapa bersih. Kalau search dekat AirBnB banyak je apartment yang boleh dipilih berdasarkan itinerari dan citarasa tuan sendiri.
Salam..yg video tu record pakai apa? Travel bwk tripod skali tak? Nice vid and photos btw
ReplyDeleteSalam Azim.
DeleteVideo tu 100% pakai handphone. Most of the video taken with my RM700 China phone. Handphone harga macam tu time 2016, kualiti tak bagus mana pun. Tapi dengan bantuan DJI gimbal videonya stabil dan movement pun smooth. Dulu gimbal tu saya beli RM1100++, tapi sekarang ni RM300 dah boleh dapat brand china yang bagus.
Oh, ya.. Saya travel memang biasa bawa tripod sekali. Check in dalam luggage sebab sesetengah airlines/airport dia tak bagi masuk cabin.
DeleteWasalam. oic thank you. tulah tgh pikir gak ni sbb nk kurangkan space luggage haha. pastu skrg kalo record pkai iphone battery cpt abis. thanks anyway. ouh ya yg Bibury tu within Cotswold AONB tu ke? ke tempat berbeza
DeleteAzim.. Yup, Bibury tu dalam Cotswolds tu jugak. Saya ingat next travel boleh tinggalkan tripod DSLR. Bawak monopod handphone yg convertible to tripod tu je. Macam reliable juga.
Deletesalam, inshaAllah 13/01/2020 saya dan suami akan berlepas ke london. sy nk tye mengenai oyster card. kalau macam kami should be ambil yg daily atau minggu. actually saya tak berapa faham sangat tentang card ni. terima kasih
ReplyDeleteSalam Lieza,
DeleteBergantung pada berapa hari awak berada di London. Kalau tiga hari ke atas, maka berbaloi ambil oyster card. Kalau sehari atau dua hari boleh ambil daily pass.
Selamat berkelana, semoga segala urusan dipermudahkan. Enjoy your holiday!
Salam, saya nak tanya. Harga tiket flight tu 2 ways atau one way?
ReplyDeleteSalam. Harga tu 2 way, return. Saya ada attach screenshot harga tiket tu.
DeleteAssalam.nak tnya pasal oyster card tu..kalau pegi 5 org 1 family,kena beli bape card ye.xfaham sgt.
ReplyDeleteWaalaikumussalaam. Sorry, tak perasan mesej tuan. Bergantung kepada umur anak tuan/puan sebenarnya. Bawah 11 tahun tak perlu Oyster Card.
DeleteSalam. Betul tu. Saya juga dpt tiket murah hanya 1200rm dgn Qatar airways.
ReplyDeleteRoute kami 15 org
Pergi Kul London
Balik Copenhagen Kul.
Kami berangkat nov 2016.
Dari London ke Sofia dgn easyjet.
Sofia ke Macedonia sewa coaster.
Macedonia ke Paris dgn quiz air
Paris, Brussels dn Amsterdam dgn bas.
Di Amsterdam 8 org pulang ke kl.
Tinggal kami 7 org jelajah lagi.
Dari Amsterdam ke Stockholm.
Stockholm ke kiruna.
Dari Kiruna ke Narvik, Norway sgn Scandinavia train.
Dari Narvik ke arctic circle kami sewa kereta pandu sendiri.
Kemudian ke Abisko, Sweden dgn Scandinavia train.
Then, dari Abisko, Kiruna ke Stockholm sekali lg kerana kami akan ke Helsinki dgn feri 10 tingkat " viking line " dgn hrg hnya €10 return tiket. Namun kami tidak berpatah balik ke Stockholm tp dari Helsinki kami naik flight to Copenhagen. Dari Copenhagen ke klia. Kami jelajah 9 negara dgn kos rm6500 shj.
Negara Sweden, Norway Dan Denmark sngt Mahal, lbh mahal dari swisszland. Kalau setakat London dan Paris kosnya lbh sorang 3k shj
Salam encik maaf nk tnya saya agak x fhm sbb 1st nk travel jauh. Ticket yg saya tgok dkm Skyscanner pg blik dr kul doha london doha kl utk 3 dewasa 2 knk2 sorg 1300 tp kno air port tax 5k? Total 13k utk march. N jika plan kesana utk jln2 shj tp x nk pg paris better rent car or public transport je?
ReplyDeleteSalam Puan. Maaf lambat reply. Lama tak bukak blog ni tak perasan ada komen.
DeleteTentang tiket tu puan cuba tengok total nanti. Skyscanner bukan ejen, nanti puan kena pilih ejen jualan tiket seperti MyTrip, Traveloka, Expedia, BudgetAir dan sebagainya dalam tu. Kemudian last sekali tengok total termasuk semua tax. Biasanya tak jauh beza dengan mana-mana ejen.
Kalau London sahaja tengok jugalah nak jalan-jalan dalam bandar sahaja atau ada banyak country side yang Puan nak lawat. Kalau nak pergi beberapa country side, sewa kereta memang praktikal. Tapi kalau nak jalan-jalan sekitar London, public transport sudah memadai.
assalammualaikum tuan, sy nak tanya tentang kids untuk naik bus di europe, until umur berapa yg tak perlu requirement carseat in bus ye?
ReplyDeleteSalam Tuan. Maaf atas kelewatan membalas komen tuan. Setakat pengetahuan saya, kebanyakan negara di Europe tidak mewajibkan penggunaan car seat untuk public transport seperti bas dan teksi, walaupun ada syarikat bas letak dekat ticket t&c - child seat is under passenger responsibility.
DeleteYang wajib adalah penggunaan seatbelt, walaupun untuk kanak-kanak.
bacaan lanjut: https://www.rhinocarhire.com/Drive-Smart-Blog/Child-Car-Seat-Laws-Europe.aspx
"Bus / coach travel does not require a child seat, however where regular seatbelts are provided, children aged 3-12 must use them (as all passengers)."
salam tuan, untuk beli insurans full coverage, boleh beli asing-asing ke? macam tuan beli dari icarhireinsurance, print copy tu dan bagi pada kaunter syarikat kereta sewa ke ?
ReplyDeleteSalam Tuan, maaf atas kelewatan membalas komen tuan. Full coverage insurans daripada pihak luar (third party), syarikat penyewa kereta tidak akan mahu ambil bahagian apa-apa mengenainya. Dengan erti kata lain, kalau berlaku apa-apa pada kereta yang kita sewa, kita bertanggungjawab membayar jumlah yang tidak diinsuranskan kepada syarikat penyewa kereta. Kemudian, menggunakan report dan salinan resit bayaran, kita kena buat claim kepada syarikat insurans third party tadi.
DeleteKira agak berisiko laa, tapi murah. Bolehlah sekadar back up.