Kami di Cotswold Wildlife Park.
Catatan hari ketiga boleh dicapai di sini.
Sabtu, 29 April 2017. Pagi ini kami bangun dalam keadaan yang segar di BnB kami di Bromham, Chippenham. Menghirup udara segar di countryside UK ni sememangnya adalah suatu perasaan yang sungguh indah. BnB kepunyaan Karen ni rumah berkembar, tapi ada dua buah rumah ni je yang design macam ni. Mungkin kepunyaan ahli keluarga Karen juga. Walaupun terdapat beberapa buah rumah yang berdekatan, dan banyak juga kereta di kawasan parking, tapi kita tak dengar pun suara orang. Yang kedengaran hanyalah suara alam dari luar. Di kampung ni ada banyak ladang dan kawasannya benar-benar masih tidak terkesan dengan pembangunan. Pun begitu, kita boleh lihat rumput di kaki jalan tetap ditrim rapi dan tanpa kehadiran sampah.
Wife dah bangun lagi awal dari aku, dia kejutkan aku solat subuh dah terbau nasi lemak yang sungguh harum. Tak sia-sia bawa santan dan daun pandan dari Malaysia. Dapur rumah Karen ni sungguh luas dan lengkap menjadikan pengalaman memasak di sini sungguh menyeronokkan.
Setelah semua bersiap, kami menikmati sarapan nasi lemak dengan kopi nescafe latte panas. Dalam cuaca sejuk begini, tidak ada perkara lain yang lebih memberi kenikmatan.
Dapur BnB Karen yang luas dan lengkap. Dalam kabinet tu macam-macam ada. Dari makanan hingglah ke peralatan.
Tiga bilik tidur di tingkat atas mempunyai jumlah katil yang mencukupi untuk kami semua. Selimut dan tilamnya sangat selesa.
Bangun pagi nasi lemak dah tersedia atas meja makan.
Karen turut menyediakan permainan untuk kanak-kanak dalam BnBnya.
Chef pagi ni sempat posing belakang rumah. Kebanyakan rumah kat UK ni akan ada ruang atau laman belakang rumah.
Kami memandu keluar dari rumah untuk ke Cotswold Wildlife Park lebih kurang pada pukul 8.30 pagi. Agak terlambat sedikit sebenarnya. Tujuan kami ke wildlife park adalah untuk mengisi itinerary dengan aktiviti yang anak-anak suka, pada masa yang sama biar mereka boleh belajar sesuatu tentang haiwan dan tengok dengan lebih dekat macam mana sistem ladang di sini. Di countryside UK ni sebenarnya ada terlalu banyak farm theme park untuk kanak-kanak. Cotswold Wildlife Park ni adalah gabungan antara konsep zoo dan farm.
Perjalanan dari Bromham ke Cotswold Wildlife Park memakan masa lebih kurang sejam lima belas minit. Kami melalui beberapa kawasan pekan dan selebihnya adalah kawasan kampung. Cuaca agak mendung di sepanjang perjalanan jadi kami tak berapa kisah untuk ambil gambar. Mungkin sebab tahun lepas gambar-gambar yang diambil dari dalam kereta terlalu awesome dalam keadaan cuaca cantik, jadi bila cuaca mendung macam ni tak berapa bernafsu nak ambil gambar.
Kawasan parking kereta agak luas, teringat time parking kat Keukenhof tahun lepas. Walaupun tak seluas Keukenhof, tapi sistem parkingnya sama. Semua kereta berdisiplin memenuhkan satu-satu lorong sebelum parking di lorong yang berikutnya.
Begitu juga ada satu kawasan buai yang seakan flying fox, memang kanak-kanak suka sangat berayun di sini. Parents yang bawa anak mereka main flying fox tu automatik hadkan anak mereka main dua kali je dan lepas tu turun. Tak perlu ada orang jaga dan tak ada berebut. Masing-masing nak persilakan main dulu.
Sikap tidak mementingkan diri dan berkongsi kemudahan yang ada sememangnya cerminan sikap orang UK secara umum. Hatta di jalan raya dan di stesen keretapi kita boleh melihat sikap yang sama - mindful of others.
Kami tiba di
kawasan parking ketika jam 10 pagi, tepat-tepat waktu park dibuka. Kelihatan
banyak kereta yang sedang beratur untuk memasuki kawasan parking. Di pintu
masuk parking terdapat dua laluan dan di kedua-dua laluan ada booth untuk
membeli tiket. Bagi yang dah membeli tiket secara online, tunjukkan sahaja
e-tiket yang diprint dan kita akan dibenarkan masuk. Kalau korang datang dengan
dua kereta macam kami, eloklah satu kereta sediakan satu salinan tiket. Sebab
tiket dia bukan satu-satu. Kalau beli sembilan tiket pun dia cuma bagi satu page
sahaja, seperti salinan di bawah.
E-Tiket dia macam resit bayaran je. Kalau datang dengan dua kereta better buat dua salinan siap-siap.
Kawasan parking kereta agak luas, teringat time parking kat Keukenhof tahun lepas. Walaupun tak seluas Keukenhof, tapi sistem parkingnya sama. Semua kereta berdisiplin memenuhkan satu-satu lorong sebelum parking di lorong yang berikutnya.
Antara aktiviti
utama yang boleh dibuat di sini adalah melihat haiwan-haiwan wildlife seperti badak
sumbu aka rhinosaurus, zebra, singa, unta, zirafah, meerkat, penguin dan beberapa
haiwan lain. Sambil tu kita juga boleh bawa anak-anak tengok barn dan bagi makan kat kambing. Selain itu ada mini train untuk round kawasan wildlife park ni dengan bayaran tambahan £1/pax. Dan, part yang paling best untuk budak-budak adalah taman permainan yang luas dan sangat unik.
Setelah habis pusing melawat haiwan-haiwan, kami berikan masa dua jam untuk anak-anak bermain di taman permainan. Keunikan taman permainan ini adalah ia dibina dengan gabungan nature, iaitu di tengah-tengah pokok-pokok yang besar dan tinggi, rasa macam main taman dalam hutan. Tempat panjat-panjat di celah-celah pokok ni boleh sampai ketinggian bangunan dua tingkat. Semua binaan ini dibangunkan dari kayu-kayu pine, menjadikan kita betul-betul terasa dekat dengan nature. Pondok-pondok dan laluan jambatan antara pokok-pokok sungguh teguh dan menyakinkan, budak-budak ni tak terasa takut pun walau pada ketinggian sebegitu.
Apa yang menyeronokkan, walaupun kami ni hanyalah sebahagian kecil sahaja dari orang luar, tapi semua memberikan kerjasama dan melayan kami dengan baik. Kalau beratur nak naik buai ke contohnya, sekejap sahaja parents yang anaknya di atas buai akan suruh anak dia turun dan bagi peluang kepada orang lain pula. Yang bagusnya, anak-anak mereka tak pula protes. Dengan rela hati turun dan berlari ke arah permainan lain. Sungguh hebat mentaliti dan didikan mereka.Setelah habis pusing melawat haiwan-haiwan, kami berikan masa dua jam untuk anak-anak bermain di taman permainan. Keunikan taman permainan ini adalah ia dibina dengan gabungan nature, iaitu di tengah-tengah pokok-pokok yang besar dan tinggi, rasa macam main taman dalam hutan. Tempat panjat-panjat di celah-celah pokok ni boleh sampai ketinggian bangunan dua tingkat. Semua binaan ini dibangunkan dari kayu-kayu pine, menjadikan kita betul-betul terasa dekat dengan nature. Pondok-pondok dan laluan jambatan antara pokok-pokok sungguh teguh dan menyakinkan, budak-budak ni tak terasa takut pun walau pada ketinggian sebegitu.
Begitu juga ada satu kawasan buai yang seakan flying fox, memang kanak-kanak suka sangat berayun di sini. Parents yang bawa anak mereka main flying fox tu automatik hadkan anak mereka main dua kali je dan lepas tu turun. Tak perlu ada orang jaga dan tak ada berebut. Masing-masing nak persilakan main dulu.
Sikap tidak mementingkan diri dan berkongsi kemudahan yang ada sememangnya cerminan sikap orang UK secara umum. Hatta di jalan raya dan di stesen keretapi kita boleh melihat sikap yang sama - mindful of others.
Unta di sini dari jenis yang berbulu lebat, mungkin unta jenis ini yang sesuai dengan cuaca di sini.
Zebra pun ada.
Rhino yang sangat besar dan selalu bergaduh sesama sendiri.
Adam ni kadang-kadang dia yang bongsu. Adik pulak yang kena berjalan.
Berehat seketika setelah penat berjalan. Di sekitar padang ni ada banyak family, kebanyakannya locals sedang menghampar tikar dan berpicnic hujung minggu.
Kambing di sini sangat jinak sehingga sanggup panjat badan kita untuk meminta makanan.
Manja betul kambing ni. Makan pun nak bersuap, padahal yang dibagi makan tu rumput kat situ juga.
Note to self: Pastikan tukar setting camera to full auto sebelum minta orang tolong ambil.
Taman penguin. Comel sangat penguin ni.
Dekat dalam ni juga ada mini taman bunga, cantik sangat.
Asal jumpa bunga mesti nak petik bagi mama, tak sempat nak larang.
The Mira's Family.
Orang perempuan kalau dah jumpa taman bunga haruslah bergambar sakan.
Kami meninggalkan Cotswold Wildlife Park pada pukul 4 petang. Seronok sangat. Di bawah ni aku compilekan video aktiviti pada hari tersebut. Sorry video panjang sikit, sebab aku dah nak delete klip-klip video dari dalam laptop, jadi apa yang ada aku gabungkan supaya boleh backup kat youtube terus.
0 comments:
Post a Comment