DAY 02 – MELBOURNE CITY TOUR : FLAGSTAFF GARDEN, QUEEN VICTORIA MARKET, HOISER LANE, FEDERATION SQUARE & BRIGHTON BEACH

Flagstaff Garden

03 Aug 2019.

Itinerari hari ini adalah aktiviti bebas tanpa penglibatan daripada pihak travel agensi. Selepas bersarapan dengan sandwich telur, kami berkumpul di lobi apartment untuk sama-sama berjalan kaki ke Flagstaff Garden. Dekat je, dalam 5 minit jalan kaki dah sampai. Flagstaff Garden ni ada vibe Hide Park di London, cuma saiznya taklah besar mana.



Dari Flaggstaff garden kami ke Queen Victoria Market, seberang jalan je dari situ. Kalau datang Melbourne, memang tak sahlah kalau tak datang QVM. QVM ni macam Sentral Marketlah kalau kat KL, ada banyak barangan cenderamata seperti t-shirt, jacket, fridge magnet, keychain, semualah. Yang menariknya, harga agak berpatutan. Contohnya t-shirt round neck yang kualiti kainnya agak baik, cuma berharga AUD5, sekitar RM15. Dan jaket sejuk pula cuma AUD10. Memang banyak helai juga kami beli.



Dari QVM, kami berjalan kaki ke Elizabeth Street untuk ke The Borek Bakehouse, sebuah kedai/stall menjual borek dan gozleme, sejenis makanan yang berasal dari Turki. Nama macam canggih, tapi sebenarnya roti yang dibakar dengan inti ayam, kambing, sayur, cheese dan sebagainya. Macam pizza jugalah kot, cuma bezanya inti dia kat dalam. Sedap dan harganya agak murah.

Tak jauh pun daripada QVM tadi, kalau jalan kaki dari QVM menuju ke QVM trams station, toleh ke arah McDonalds mesti akan nampak kedai ni. Nak lagi senang kalau korang ada internet bukak je link ni: https://goo.gl/maps/FNWbZKqHwsbG38qz6


Dari luar tak susah nak nampak kedai ni. Cari je signboard warna hijau yang terkeluar tu confirm jumpa.

Ini adalah Borek. Yang paling sedap rasanya spicy lamb. Crispy di luar dan lembut di dalam.

Ini pula Gozleme.

Kami kemudiannya menaiki tram di stesen QVM ke Federation Square, Flinders Street. Penggunaan public transport di Melbourne adalah menggunakan myki card, sama konsepnya seperti kad Touch n Go di Malaysia. Maklumat lanjut mengenai myki card dan tambang public transport di Melbourne boleh didapati di sini: https://www.ptv.vic.gov.au/tickets/fares/metropolitan-fares

Dari QVM, kami menaiki tram untuk ke Federation Square. Boleh naik tram no 19, 27 atau 59 dari QVM dan turun di Flinders Street Railway Station. Dari sini kami berjalan kaki ke Hosier Lane. Hosier Lane ni lorong-lorong  yang dipenuhi dengan street art ala grafiti. 


Melbourne Tram Route No 19.





Dari Hosier Lane kami berjalan ke persimpangan St Kilda/Swanston Street & Flinders Street. Simpang empat ni kira macam 'Heart of Melbourne", sebab semua tempat boleh pergi dari sini. Bersebelahan simpang empat ni terdapat Federation Square, Flinders Street Railway Station, St Paul Cathedral dan banyak lagi tempat menarik yang lain.

Di hadapan Flinder St Railway Station.

Selepas itu kami menghabiskan masa untuk lepak di Federation Square. Minum kopi dari 7-Eleven berdekatan dan menonton pelbagai persembahan street dance yang ada di sini. Terlalu rileks time ni sampai aku lupa ambil gambar. Gambar bawah ni diambil dari google (gambar time summer ni). Masa kitorang lepak hari tu taklah sampai crowded macam ni sekali.


Sepatutnya kami berjalan kaki ke taman Alexandaria dan Queen Victoria Garden, tapi masing-masing dah kepenatan dan kami fikir nak solat dengan selesa, kami putuskan untuk pulang ke apartment terlebih dahulu sebelum keluar semula.

Di apartment, kami membeli kebab untuk makan tengah hari. Selepas solat jamak Zuhur dan Asar, kami keluar semula untuk ke Brighton Beach. Sewaktu kami keluar, jam sudah pun menunjukkan pukul 5 petang. Kami menaiki metro train dari Southern Cross Station ke Brighton Beach. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit.

Kebetulan pada hari ini ada perlawanan Australia Football League (sejenis ragbi - tapi peraturan lain sikit daripada ragbi tempat lain) di Marvel Stadium yang bersebalahan dengan Southern Cross Station, maka train kami penuh sesak dengan para penyokong yang baru pulang dari menonton perlawanan di Stadium. Dan di sinilah aku terserempak dengan Will Connolly. Kalau korang masih ingat, Will ini terkenal satu dunia sedikit masa dahulu dengan gelaran “egg boy”. Beliau adalah budak remaja yang menghempas telur di atas kepala seorang senator Australia bernama Fraser Anning. Puncanya? Anning memberikan komentar bahawa punca berlakunya kejadian serangan tembakan rambang di Masjid Christchurch, New Zealand pada bulan Mac adalah kerana membenarkan kemasukan fanatik Muslim ke negara berkenaan.

Pada mulanya segan juga nak tegur takut-takut salah orang. Tapi setelah memberanikan diri, dapatlah kami semua bertegur sapa dengan anak muda hebat ini. Dapatlah bergambar dengan selebriti yang bukan mudah nak dijumpai ni. Sehingga hari ini, Will masih giat dalam kerja-kerja charity di Melbourne. Malahan melalui crowdfunding yang dia jalankan, dia pernah menyumbangkan hampir AUD100,000 kepada mangsa tembakan masjid Christchurh.



Dari stesen Brighton Beach, kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke spot famous untuk bergambar, Brighton Beach Bathing Boxes. Jauh juga jalan kaki, dalam 15 minit. Sewaktu tiba di sini, hari sudah pun hampir senja. Baru 5.45 petang tapi sudah macam nak malam. Memang beginilah rupanya bila travel waktu winter, itu pun nasib baik juga winter di Melbourne ni pendeknya siang tu tak ketara sangat.




Sewaktu pulang ke apartment dari Brighton Beach, kami singgah di Coles Victoria Garden shopping centre untuk membeli sedikit barang dapur. Besar jugak Coles ni, jadi kami beli barang dapur untuk beberapa hari terus, boleh simpan dalam peti ais di apartment. Alhamdulillah di sini ada jual ayam halal, senang nak masak nanti. Harga barang-barang pun jauh lebih murah daripada yang aku beli di 7-Eleven semalam. Kebanyakan supermarket di Melbourne ni pukul 6 petang dah tutup, tapi Coles Victoria Gardens ni buka sampai pukul 12 malam. Kalau korang nak cari barang tengah malam boleh cari Coles dalam Google Maps, ada yang tutup pukul 9pm, 10pm dan yang kami pergi ni tutup tengah malam. 


Selepas beli barang kami pun pulang ke apartment. Sampai apartment dah pun hampir pukul 10 malam. Malam ni makan megi je sebab tak larat nak masak, tapi aku masih bersemangat nak keluar malam untuk ambil gambar di sekitar Melbourne. Malam tu aku keluar dengan adik ipar bongsu aku, Luqman. Alhamdulillah, cuaca cantik malam tu. Kami keluar di kawasan Stadium Marvel dan Dockland, memang cantik sangat kawasan ni pada waktu malam. Sangat tenang, sampai nak bercakap pun tak berani kuat-kuat sebab terlalu sunyi.






CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top