EUROPE TRIP DAY04 : PARIS


Europe Trip Day04: Paris!!

Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini.

Perjalanan Merentas Selat Inggeris

Dalam bas kami tidur sepanjang perjalanan, kecuali pada permulaannya sempatlah juga mencuba free wifi yang disediakan. Selain daripada free wifi, bas ini juga menyediakan slot power USB dan juga slot power point dua pin – bas operator dari France jadi dia ikut EU standard. Selain itu driver bas dah macam pilot, ketika memulakan perjalanan siap ada announcement dan perkenalkan diri, mula-mula dalam french kemudian english.

Kami tidur dengan sungguh nyenyak sehingga bas tiba di Dover Port, di mana kami diarahkan untuk meninggalkan bas yang akan masuk ke dalam perut feri. Sejurus sebelum bas menaiki Feri kami diarahkan keluar untuk pemeriksaan imigresen – cop passport untuk merekodkan kami sudah keluar daripada UK. Apabila bas dah parking dalam feri, kami diarahkan keluar dan berehat di atas feri – tak dibenarkan berada di dalam bas. Masa menunjukkan pukul 2am. Memang time tu mamai-mamai kami berempat naik ke level 4 bahagian bar feri. Lengang kawasan tu. Tak sama dengan beberapa blog yang menceritakan keadaan feri yang padat dengan penumpang sampai tiada kawasan untuk berehat. Mungkin ini hikmahnya Allah nak bagi kami cukup rehat didalam feri. Kalau bertolak dengan bas jam 8 tadi memang orang ramai dan boleh jadi kami tak akan ada tempat rehat yg selesa dlm feri tu. A blessing in disguise kan. Bila pandang semua kejadian yg berlaku tu dengan positif. Nescaya kita akan lebih rasa bersyukur dgn nikmat yang ada.

Bila bersembang dengan wife mengingatkan kejadian malam sebelumnya, kami hanya mampu tersenyum. Semua perasaan tertekan dan berdebar hilang dan yang masih ada dalam ingatan adalah perkara-perkara yang seronok sahaja. Cuaca sungguh cantik, kebanyakan tempat yang kami rancangkan kami dapat pergi, tiada kejadian yang tak diingini ketika memandu di sana – jadi apalah sangat setakat kena tinggal bas tu. Tak lari pun perancangan seterusnya.

Dan sebenarnya suatu yang sangat bernasib baik juga apabila kami boleh beli tiket bas last minute pada harga £26.50 atau €28/each. Sampai balik ke sini aku check harga tiket Oui Bus, kalau beli pada hari yang sama untuk bertolak, tiket siang adalah sekitar €39 dan pada sebelah malam €69. Tak tahu pula kalau beli di kaunter bas boleh dapat harga special. Biasanya online yang lagi murah.

Dalam blog-blog lain ada cerita yang feri yang merentas Selat Inggeris ni ada macam-macam kedai. Kiranya tak boringlah boleh jalan-jalan. Tapi bagi kami yang masih kepenatan, perkara yang paling best dibuat adalah mencari port tidur. Lagi pun keadaan di luar sangat sejuk, dengan angin laut yang agak kuat.

Kami jumpa bar yang lengang je. Sesekali ada laa nampak customer tengah makan minum. Dan ada juga yang tengah tidur. Kami apa lagi, cari port baik punya dan merebahkan badanlah. Bench dia style yang ada cushion tu, memang terbaik untuk dijadikan port tidur. Orang restoran pun biarkan aje kami tidur kat situ.

Dalam jam 4.15am kami dikejutkan oleh petugas feri untuk kembali ke dalam bas kerana feri hampir berlabuh di Calais Port. Kami siap-siap mengambil wuduk dalam toilet feri kerana subuh kami pasti di dalam bas nanti. Selesai melalui urusan imegresen di Calais Port, bas meneruskan perjalanan menuju ke Paris. Masa dah menunjukkan pukul 4.40am tapi sudah nampak macam ada remang-remang matahari nak naik. Rupanya, barulah kami teringat waktu Paris awal sejam dari London dan kami belum sempat menukar waktu di jam tangan lagi. Waktu sebenar masa ni sudah pun 5.40am rupanya. Waktu solat subuh di Paris masa ni adalah antara 4.40 AM ke 6.00 AM, lebih kurang macam tulah. Agak kelam kabut kami solat subuh dalam bas tu. Cuba cari arah kiblat dengan menggunakan apps setakat termampu dan bersolatlah kami sambil duduk di atas kerusi dalam bas tu. Kalau kami naik bas pukul 8 malam tadi, sepatutnya kami sempat solat bila tiba di Paris.

Lepas solat kami masing-masing bersembang dan dah tak boleh nak tidur. Sambil-sambil menikmati pandangan di luar. Rupanya ladang carnola di sini lebih luas dari yang kami lhat di UK. Kesan tinted daripada bas ni tak membenarkan aku untuk shoot gambar yang memuaskan kerana kesan pantulan. Last-last aku give up dan tertidur semula.

Antara gambar yang dapat aku shot. Pantulan sangat ketara kerana hari belum betul-betul cerah dan bas ni tinted agak gelap.

Jam 8.30 AM, kami tiba di Stesen Bas Quai de Bercy, Paris. Kami keluar dari bas dan keluarkan semua bag kami – kami adalah traveller yang paling banyak barang – typical asian traveller. Orang putih yang ada semuanya satu bag saja seorang, kacil-kecil pulak tu. Kami dah laa bag besar-besar, beranak-pinak pulak dengan bag primark semalam. Masa ni aku dah fikir, macam kena tukar kereta sewa je esok ni.

Dari tempat station bas tu aku rasa hairan juga, keadaan sekeliling langsung tak sama dengan yang aku survey. Rupanya bus station Quai de Bercy untuk Megabus dan Oui Bus tak sama, patutlah. Aku tak ada idea kedudukan kami di sebelah mana dan kedudukan metro train di sebelah mana. Cuba semak dalam Google map, maklumat agak terhad sebab bergantung pada offline map.

Ikutkan plan asal, dari sini memang nak naik Uber saje untuk ke BnB, kerana kami risau macamana laa nak angkut beg yang banyak dan berat ni naik metro. Kami memang dah minta kebenaran host BnB untuk check in dan tinggalkan barang awal di apartment dia. Oleh kerana kehabisan data, maka kami tak boleh stick dengan plan asal untuk naik Uber. Pilihan kedua adalah teksi. Driver teksi pertama yang kami tanya, kebolehan berbahasa inggerisnya sungguh limited. Suruh beri anggaran tambang pun tak boleh nak cakap, risau pula kalau kena tipu karang.

Berdasarkan tambang anggaran yang diberikan oleh Uber apps, dari sini untuk ke Dupliex (kedudukan apartment BnB kami) adalah €25. Kalau teksi, biasanya double. Tapi kalau boleh gigihkan diri untuk naik metro, cuma €1.41 sahaja seorang*.

*Nota:

Harga tiket single ride metro di Paris adalah lebih murah (€1.70) berbanding daripada di London (£4.90). Sebab tulah di London, sebenarnya Oyster Card adalah satu keperluan sebenarnya, terutamanya bagi yang stay lebih dari dua hari.

Kalau nak jimat lagi, kita boleh beli 10 keping tiket metro sekali gus (satu booklet dipanggil carnet : sebutan car-nay) Harga bundle menjadi €14.10 (€1.41/sekeping).

Harga yang aku sebut ini valid ketika trip kami tempoh hari. Bermula 1 Aug 2016, harga dah naik (€1.90 untuk single ticket dan €14.50 untuk carnet 10 ticket)

Paris juga ada daily pass. Kalau agak-agak banyak nak naik metro/tren dalam satu hari, boleh beli tiket daily pass ni – nama dia Mobilis, €7.30 satu. Kami tak beli Mobilis sebab dah plan yang hari ni kami cuma akan naik metro tiga kali sahaja..

Maklumat lanjut tiket train di Paris boleh dirujuk di sini.

Setelah berbincang, kami decide untuk naik Metro sahaja. Gigih betul. Alhamdulillah, rupanya kedudukan station Oui Bus ni sangat dekat dengan Metro, berbeza dengan Megabus yang kena berjalan lebih jauh - di seberang sebuah taman kawasan yang sama. Walau pun dekat, parah juga membimbit beberapa buah bag ni. Basir describe 'perasaannya seperti sedang menyertai pertandingan orang kuat saja'. Aku punya beban kira ok lagi, sebab luggage yang paling besar tu ada roda - sesekali sahaja kena angkat.

Time shopping semalam semua nak angkut. Hari ni barulah rasa tak terangkut.

Nasib baik station Metro Bercy ni ada escalator.

Setelah beli tiket metro 10 keping, kami terus menuju ke platform untuk metro line nombor 6. Nama laluan metro di Paris dibezakan menggunakan nombor. Kalau di London hari tu, ada nama khas seperti District, Circle, Central, Piccadilly etc. Alhamdulillah, dari Bercy ke Dupliex, kami tidak perlu bertukar laluan metro.

Suasana dalam metro dipenuhi dengan orang France yang tengah nak pergi kerja, tapi taklah crowded sangat. Mungkin sebab masa ni pun dah pun dekat pukul 9.00am. Kami tiba di Dupleix station lebih kurang pukul 9.35am. Kedudukan platformnya di tingkat atas dan kali ini tiada escalator, jadi kami perlu dua tiga kali turun naik tangga untuk bawa turun barang.

AirBnB Dupliex - Host: Alexandre

Kami memilih BnB kerana faktor mahu dekat dengan attraction pada harga yang paling murah. Kedudukan BnB yang kami pilih di Paris ni tak sampai 10 minit jalan kaki ke Eiffel Tower. Kedudukan metro station Dupliex pula betul-betul depan apartment. Apartment sekitar Eiffel Tower ni banyak juga bangunan lama, jadi ada antara BnB di kawasan ini tidak mempunyai kemudahan lif, walaupun kedudukan apartment di tingkat 6. BnB Alexandre ni taklah terlalu lama usianya, ada lif (walaupun saiz muat dua orang sahaja), dan rumah pun cuma di tingkat 1. Kos sewa semalam €105, termasuk service charge yang dikenakan AirBnB.

Kami mengumpulkan barang di hadapan apartment Alex dan aku call Alex dengan menggunakan handphone Basir. Credit Lycamobile dia ada banyak lagi, walaupun dah digunakan untuk call anak-anak di Malaysia. Sekali call, macam tak sampai £0.30 sahaja credit yang ditolak. Simkad Gifgaff aku sepatutnya masih ada baki juga, tapi mungkin aku yang tak tahu macamana nak aktifkan roaming service dia. Nampak line ada, tapi bila call & hantar sms tak lepas.

Alex sedang menunggu kami dari dalam apartmentnya. Sebaik sahaja aku call, terus dia turun untuk menjemput kami. Dengan barang-barang kami yang banyak tu dia tolong angkatkan sekali. Dia kebetulan baru tahun lepas melawat Malaysia. Suka sangat dia dengan Malaysia katanya, sampai aku tengok profile picture dia kat whatsapp pun guna gambar dia masa di Malaysia. Dia terangkan semua kemudahan yang ada di rumah dia, berikan password wifi. Rumah ni katanya memang tempat tinggal dia sendiri, bila ada guest dia akan tidur di rumah girlfriend dia.

Aku sempat tanyakan dia, is it okay kalau kami minta untuk tinggalkan sebahagian dari barang-barang kami yang banyak ni kat rumah dia, sebab dalam masa seminggu lagi kami memang akan menginap di sini semula. Dia dengan berbesar hati berikan kebenaran, kebetulan dalam masa seminggu ni memang tak ada guest lain yang menginap di sini. Alhamdulillah, satu kelegaan yang amat besar buat kami. Kalau tak macamana laa kami nak angkut barang yang banyak ni keliling lima negara. Dah laa book kereta pun Ford Fiesta aje.

Tengok tu barang kami ada berapa bag. Orang putih tengok pun naik heran. 

Alex dengan segera terus mencapai bag kami untuk diangkat. Bagus betul budaya tolong-menolong mereka.

Alex menunjukkan Metro map untuk pergi ke tempat-tempat utama. 

Setelah Alex meninggalkan kami, maka bermulalah misi kami - makan & tidur. Ya, itulah misi pertama sebab perut tersangat lapar dan badan teramat penat. Bahu aku ada garisan merah kesan sangkut bag primark yang dalam 10 kg semalam. Jauh juga jalan kaki dalam keadaan begitu, mahu tak sakit badan.

Sambil kami bergilir-gilir mandi dan bersihkan diri, para isteri mithali yang mengikuti trip ini bekerjasama menyiapkan makanan. Bau beras basmathi yang tengah dimasak tu hanya membuatkan kami bertambah lapar.

Sedap sungguh hidangan ini ketika perut tengah lapar. Selesai makan, kami berehat seketika. Aku lupa kami sempat tidur ke tak, tapi kami keluar untuk jalan-jalan hari pertama di Paris dalam pukul 12.30tgh.

Kambing kurma Brahim's, ayam masak merah Brahim's, daging dendeng, sambal ikan bilis, nasi basmathi panas dan kicap ABC. Pergh, terangkat.


Eiffel Tower

Dari BnB, kami berjalan kaki ke Eiffel Tower. Dalam lima minit berjalan kaki, dah boleh nampak puncak Eiffel di celah-celah bangunan. Lima minit kemudian, kami dah pun berada di taman Eiffel Tower.

Apa yang hebat sangat dengan Eiffel Tower ni sampai berjuta orang datang visit setiap tahun? Entahlah, aku pun tak tahu. Setiap orang ada penilaian yang berbeza, mungkin kalau civil engineer akan merasa kagum tentang macamana Gustave Eiffel boleh design struktur bangunan ni tanpa kemudahan komputer - segala load calculation semua buat manual. Engineer sekarang semua guna software dah.

Baru jalan kaki beberapa minit dah boleh nampak puncak Eiffel Tower dari celah-celah bangunan. Memang kedudukan BnB ni betul-betul dekat dengan Eiffel Tower.

Dalam 10 minit dah sampai sini.

Kami berempat.

Souvenirs yang dijual gerai di sekitar taman Eiffel Tower ni. Tapi lagi murah beli dengan abang-abang kulit hitam di sekitar taman ni.

Aturcara wajib orang perempuan: Selfie.

The other side menghadap Eiffel Tower. Menara tinggi tu adalah Menara Montparnasse - tempat kami akan ambil kereta sewa esok hari.

Sebab travel mate aku ni hensem, aku tepek gambar dia. Ada nampak macam pelakon Korea tak? Nasib baik putih, kalau tak aku cakap ada nampak macam Rajnikanth tadi. Haha..

Sesekali ambil guna portrait lens f1.8. Jarang-jarang handle dua kamera memang rasa malas, tapi bila tengok hasil rasa menyesal pula tak fully utilize dua-dua kamera.

Sebab aku yang paling banyak pegang kamera, maka gambar orang lainlah yang lebih banyak.

Aku rasa bas ni memang saja nak spoil orang nak bergambar. Dekat 10 minit dia berhenti kat situ.

Belum blah, sampai pasangan honeymoon pun dah naik rimas.

Yeah, akhirnya.

Best travel dengan pasangan sporting macam diorang ni. Basir cakap ko nak buat apa-apa pun jangan segan-segan, bukan selalu.

'Murah-murah ni, bang! mari beli' jerit abang kulit hitam. Diorang jual memang murah. FM cantik-cantik €10 dapat 5 keping (memang takkan jumpa laa harga macam Bayswater). Dekat bandar lain di Europe ni biasanya FM €5/each. Abang-abang kulit hitam ni ramai yang tahu cakap melayu - untuk basic urusniaga dia tahulah.


Bila zoom gambar ni, korang akan nampak ada nama-nama yang diletakkan di dinding tingkat pertama menara ni. Nama-nama ini adalah engineer, sceintist dan mathematician (men of science) yang secara langsung atau tidak langsung telah menyumbangkan ilmu mereka sehingga membolehkan menara ini terbina. 

Lagi dekat dengan menara, kita akan terasa kaki menara ni akan semakin besar. The same goes kalau kita berdiri dekat depan KLCC.



Sempat order crepe yang popular di sini.

Mmm.. nyumm..

Setelah agak lama lepak di sekitar Eiffel Tower, kami berjalan ke arah Trocadero. Dari sini boleh layan pemandangan Paris dan Eiffel Tower dari sudut yang lain, sebab di sini agak tinggi sedikit. Boleh nampak betapa ramainya orang di kawasan sekitar Eiffel Tower waktu ni. Selain daripada orang yang terlalu ramai, Trocadero juga sedang dalam construction masa ni, jadi banyak spot ambil gambar dah spoil jadi kami tidak membazirkan terlalu banyak masa untuk lepak di sini. 

Dari hadapan Trocadero.

Dari atas Trocadero.


Kami berjalan kaki menuju station metro Trocadero untuk ke Arc de Triomphe. Kami naik metro menuju ke Kleber. Jaraknya cuma dua station sahaja. Setakat ini, kami dah menggunakan 8 keping dari 10 keping metro tiket yang dibeli pagi tadi.


Macam nilah rupa dalam train metro Paris.

Sebenarnya aku tersilap, sepatutnya untuk ke Arc de Triomphe, kena turun lagi satu station di hadapan, betul-betul di bawah Arch, iaitu station Charles de Gaulle √Čtoile. Nasib baiklah dari stesen Kleber kami perlu berjalan kaki beberapa minit sahaja untuk sampai di Arc de Triomphe.

Monumen Arc de Triomphe adalah merupakan mercutanda utama kota Paris selepas Eiffel Tower. Dibina pada tahun 1806, kiranya kami melawat monumen ini pada ketika usianya genap 210 tahun. Ketika ia mula direkabentuk, tujuannya adalah untuk memperingati tentera-tentera Perancis yang terlibat dalam beberapa siri peperangan dalam Revolusi Perancis dan kemudiannya, ia turut menjadi tugu peringatan untuk mereka yang terlibat dalam Perang Napoleon. Beberapa siri peperangan antara kuasa besar Eropah ini sebenarnya telah membentuk jatidiri orang Eropah hingga ke hari ini.

Boleh tak siapa-siapa tolong tebang pokok tu?


Dari Arc de Triomphe, kami berjalan kaki di sepanjang jalan Champs Elysees. Ramainya orang di Paris hari ni. Di sepanjang jalan ini terletaknya beberapa butik-butik mewah dan kafe. Kami tak singgah mana-mana pun, sebab kami masih ada beberapa hari lagi untuk dihabiskan di sini nanti. Dari sini kami berjalan menuju ke Grand Palais & Petit Palais. 

Champs Elysees.



Petit Palais (kiri) dan Grand Palais (kanan). Di hujung jalan ini ada jambatan Pont Alexandre III - antara jambatan Sungai Seine yang paling cantik.

Petit Palais.

Grand Palais.



Dari Petit Palais, kami meneruskan langkah menuju ke Place de la Concorde, di bahagian hujung jalan Champs Elysees. Kiranya, Champs Elysees ni adalah sebatang jalan lurus, hampir 2km di setiap hujungnya ada Arc de Triomphe dan Palace de la Concorde. Hebat betullah perancangan bandar mereka. Semua tarikan utama berada di kedudukan yang strategik dan mudah dikunjungi.


Place de la Concorde juga menjadi tempat peringatan Revoluci Perancis, walaupun asalnya ia dibina sebelum zaman revolusi itu sendiri. Di tapak inilah suatu masa dahulu pernah diletakkan gilloutine dan beberapa kerabat diraja Perancis pernah dipancung di sini, antara yang notable adalah King Louis XVI dan Queen Marie Antoinette. 

Place de la Concorde


Dari Place de la Concorde, kami berjalan ke arah tepi sungai Seine. Saje nak ambil angin sungai. Matahari terik dah macam summer time, tapi temperature tetap juga sekitar 10 degree C.



Dari sini kami teruskan lagi berjalan menuju ke Jardin de Tueleris. Cuaca yang cantik menjadikan taman ini penuh dengan pengunjung yang ambil angin dan melepak. Salah satu kehebatan architechture Perancis adalah pada landscapenya yang luas dan bersimetri.

Ramainya orang melepak di Jardin de Tueleries.

Sebelah taman Jardin de Tueleries terletaknya Musee de Louvre. Masa kami sampai di sini, waktu sudah pun 4 petang. Jadi dah tak terlalu ramai orang di perkarangan museum ini. Biasanya kalau waktu 9am – 2pm, penuh orang beratur nak masuk dalam ni. Kami cuma mengambil peluang untuk bergambar dari luar sahaja.

Piramid Louvre rekaan arkitek Chinese American yang terkenal, I.M. Pei.





Sepatutnya dari sini, kami akan berjalan lagi terus ke Notre Dame. Tapi memandangkan kami semua sudah pun penat seharian berjalan, ditambah dengan kepenatan dalam kejadian hari sebelumnya masib belum hilang sepenuhnya, kami memutuskan untuk menamatkan eksplorasi bandar Paris sampai di sini sahaja untuk hari ini. Sementara nak berjalan ke Metro terdekat, aku cadangkan kami singgah di Pont Des Art.

Pont Des Art ni dahulunya penuh dengan mangga yang diletakkan pasangan bercinta, kononnya selepas dikunci di situ dan kuncinya dibuang ke Seine River, cinta mereka akan terkunci selamanya. Diorang tak tahu lepas tu pihak Council of Paris pergi potong mangga tu dan besinya dihantar ke tempat kitar semula. Hahaha. Oleh kerana terlalu banyak mangga yang dipasang di situ, sehingga mengakibatkan pagar jambatan itu pernah runtuh, sekarang pihak Council of Paris sudah memasang pagar kaca instead of jaringan besi. Jadi tiada lagi ruang untuk dipasangkan mangga.


Jambatan Pont des Art ni tempat best juga untuk melepak, cuma orang terlalu ramai je.

Pont des Arts

Tak dapat letak di Pont des Arts, kat penghadang sungai Seine pun jadilah.

Kami menaiki metro di Louvre-Rivoli untuk pulang ke apartment di Dupliex. Sampai di apartment lebih kurang pukul 6 petang. Aktiviti di apartment adalah mandi, solat, makan dan layan internet. Sempat check email office sekejap – nampaknya tidak apa yang urgent sangat untuk dilayan. Selepas berehat, lebih kurang pukul 9.30 malam, kami keluar jalan kaki ke Eiffel Tower untuk melihat pemandangan Eiffel Tower pada waktu malam.

Wah, cuaca sejuk betul kat luar. Berdasarkan semakan di internet, suhu ketika itu sekitar 6 degree. Ditambah dengan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa perancis ni, memang cukup untuk membuatkan orang asia tenggara macam kami ni menggigil. Tapi dikuatkan semangat juga, rugilah apartment dah dekat dengan Eiffel Tower tapi tak keluar untuk tengok.

Tak rugi kami keluar malam tu. Suasana yang sungguh berbeza pada waktu malam. Walaupun masih ada orang, tapi taklah ramai macam siang tadi. Cuma, lampu jalan di sekitar taman ni memang agak terhad. Cabaran sungguh nak set kamera dalam keadaan low light macam ni.



First time aku cuba combine 3 exposure untuk hasilkan gambar HDR ni. Gambar orang blur sebab total exposure time adalah 30 saat. Mana mampu tak bergerak langsung dalam 30 saat.

Ketika kami pulang ke apartment, jam sudah pun hampir pukul 11 malam. Tenaga perlu disimpan kerana esok kami akan drive all the way from France, singgah di Belgium dan terus memandu untuk bermalam di Netherlands. 


Apakah yang akan terjadi seterusnya? Tunggulah tulisan tersebut pada entri yang akan datang :)

CONVERSATION

19 comments:

  1. salam

    bas Oui ni ada seat reservation tak? macam megabus takde seat number dibagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Oui bus ni ada seat number, tak macam Megabus. Disebabkan kami beli last minute, kami dapat seat row kedua dari belakang.

      Delete
  2. Salam.. boleh share link apartment tuan kat paris x ? Cuba carik mcm x jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. ada banyak sangat bnb area sini.. tp tak banyak yg accept 1 night.. kalau minimum stay 2 or 3 nights above mmg byk..

      ni link bnb kami..
      https://www.airbnb.com/rooms/5590878

      harap membantu.

      Delete
  3. ola... u guna camera ape ya? LAWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar-gambar ni kebanyakannya dari DSLR nikon saya, model D5500. ada juga beberapa keping dari canon 550D. Gambar-gambar ni sebenarnya entri level DSLR atau pun mirrorless camera pun boleh dapat hasil macam ni, yang penting teknik dan setting kena betul. lens yang digunakan akan membantu terutamanya nak dapatkan gambar portrait dengan background blur..

      Delete
  4. TERIMA JASA TOUR GUIDE PARIS

    Cocok untuk yang ingin menghemat waktu & tidak tahu kota paris

    KEUNTUNGAN :
    1. Menghemat waktu dari pada harus mencari lokasi/ takut nyasara
    2. Biaya terjangkau/ bias nego
    3. Waktu fleksibel ( hubungin terlebih dahulu )
    4. Tour guide bisa berbicara Bahasa Indonesia dan Prancis
    5. Free antar jemput ke bandara CDG Paris

    Syarat & ketentuan :
    • Transport di tanggung masing2 peserta ( mobil ataupun transport umum )
    • Makan Tour guide di Tanggung peserta

    CP:
    WA : +33771174763
    Email : gratiaatanka@ymail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak kisah kamu mau beriklan di sini, tapi ikut adat ketimuran kita bisa saja minta ijin dulu ya ;)

      Delete
  5. Salaam...pass di paris & london boleh beli on the spot @ beli on line? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Pass train ke city pass? City pass tu termasuk untuk museum semua, yang tu saya tak pernah beli. Kalau awak maksudkan train pass, boleh beli on the spot ;)

      Delete
  6. Hi zahid,
    very interesting info & banyak membantu dlm planning itinerary saya. Mohon share your experience utk family saya. Saya nak stay kat apartment yang sama yg you stay di paris blh bantu tunjukkan ke? tank q yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi susie, thanks for your nice words. owner bnb yang kami tinggal kat paris tu dah remove dia punya listing kat AirBnB. Lagi pun tu rumah yang dia tinggal sendiri. Mungkin dia dah tak nak buat guest house lagi dah.

      awak boleh search di airbnb.com, jangan guna handphone tapi bukak di komputer/laptop. Paparan lebih besar jadi boleh browse guna map dan filter mengikut harga. good luc!

      Delete
  7. Salam... boleh tau area mana yr apartment di Paris tu.. mcm dekat sgt nak berjalan. Then i nak tanya bus Oui ni adakah mudah kalau kita travel in large family group with children.. tk ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Kami sewa di area Dupleix metro station, lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke Eiffel Tower. Sekarang ni owner apartment tu dah tak buat BnB dah. Tapi kalau awak search dalam map website AirBnB awak akan jumpa banyak listing area situ.

      Naik bas dengan large family taklah susah mana pun. Macam kami pergi tahun lepas, sembilan orang semuanya termasuk 4 orang kanak-kanak. Alhamdulillah, tak susah pun. Anak-anak tidur je dalam bas sebab penat seharian berjalan.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Hi Zahid,

    Baru balik dari my Europe trip with my family.Great experience and thank you very much for sharing your experience. Banyak membantu saya untuk planning tempat untuk melawat serta area parking. I manage to travel dari Paris ke Bruges, Brussels and a nite kat Rotterdam.Manage to eat the waffle but tidak sempat minum chocolate sbb dah habis for the day. Enjoyed all the suggested places and of course the cube house. Manage to taste the cookies kat Amsterdam. From cologne straight to manheim n next day straight to mount titlis & Lucerne. Tidur kat mulhouse & next day ke Paris. I missed the other places coz hari tak cukup. From my heart thank q so much for your detailed experience and willingness to share. Bless you & hope you travel more.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi susie..

      Wow.. thanks for the nice words and i'm so happy that my writing inspires and helps others to travel.

      Ni yang rasa nak sambung tulis lagi. Banyak entri dah tertangguh ni.

      Nanti sharelah gambar..

      Delete
  10. Hi...just read abt your blog. Very informative & i enjoy baca. Please write more.. hehe. Ok nk sambung baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi noya. Thanx for your nice words. InsyaAllah, masih mencari masa dalam kesibukan untuk teruskan menulis bloh. Hehehe..

      Delete

Back
to top