EUROPE TRIP DAY06 PART2: ZAANS SCHANS & AMSTERDAM

Deretan windmills di Zaanse Schans. Antara shot terbaik aku sepanjang menjadi photographer tak bertauliah.

Catatan sebelum ini: Rotterdam & Keukenhof.

Kami meninggalkan Keukenhof dan ladang tulip di Lisse dengan perasaan yang sangat berpuas hati. Wife masih tersenyum sampai telinga sebab dapat  menunaikan wish list sejak sekian lama. Aku dengan Basir yang lelaki ni pun berasa teramat kagum. Kalau orang lelaki kagum dengan kecantikan taman bunga, maknanya cantik sangatlah tu.

Kalau ada yang belum perasan, more than half catatan dalam post sebelum ni wife yang tulis. Nak sangat tulis katanya. Aku tak kisah, bukan tak biasa. Selepas facebook dan instagram kena hijack, sekarang blog pula ;p. Sharing is caring kan? hehehe..
Destinasi seterusnya adalah menuju Zaanse Schans, sebuah perkampungan windmills yang popular di Netherlands ni. Tak jauh daripada Keukenhof, kira-kira 40 minit sahaja. Basir mengambil-alih steering waktu ni. Masa ni jam lebih kurang pukul 12.45pm. 

Perjalanan dari Lisse ke Zaanse Schaans melalui jalan-jalan kampung Netherlands yang tersangatlah cantik. Tenang, luas, terusan, windmills, basikal adalah beberapa perkataan yang aku terfikir tapi malas nak susun untuk menggambarkannya.

Dalam kawasan kampung ni kami banyak melalui bulatan (roundabout) yang saiznya kecil. Walaupun bulatan ini kecil, tetapi tetap bersistem, kadang-kadang siap ada bonggol halangan supaya kau masuk dan stay di lorong yang sepatutnya dan tidak suka-suka menukar lorong di tengah-tengah bulatan. Contohnya kalau nak keluar di exit ketiga, sewajibnyalah kau masuk ke bulatan di lorong paling dalam (paling kirilah kalau di Europe ni, kalau di Malaysia lorong paling kanan).

Ada sekali tu Basir tersilap keluar roundabout. Kalau kat Malaysia, suka hati je berhenti kat bahu jalan dan tengok tak ada kereta terus buat u-turn, tapi kat sini bahu jalan means laluan basikal. Jalan kampung ni memang tak banyak kereta dan memang boleh sangat kalau nak u-turn sesuka hati. Tetapi, sebagai pemandu yang mencontohi sivik pemandu tempatan, kami pun keluar ke satu lorong kecil untuk cari kawasan yang sesuai untuk berpatah balik. Lorong tu betul-betul kecil, muat-muat satu kereta je. Sudah, mana pulak nak pusing balik ni. Masa ni kami ternampak satu simpang masuk ke kilang perusahaan yang kecil (mungkin barn, kami pun tak pasti). Ok, boleh masuk separuh kereta ke simpang ni dan reverse balik untuk berpusing.

Tapi jalan masuk ke kilang tu berbukit sedikit, depan tu terus pagar kilang. Basir masuk simpang tu dan cuba reverse mendaki bukit lah kiranya. Dua tiga kali percubaan juga, maklumlah dah berapa tahun tak pandu kereta manual. Nak kena balancekan clutch, minyak dan handbrake dengan gear reverse. Masa ni pekerja-pekerja dutch tu peratikan je sampai kami naik segan.

Kau tahu apa pekerja dutch tu buat? Mereka bukakan gate automatik kilang mereka dan bagi kami u-turn kat dalam. Wah, sungguh hebat act of courtesy mereka. Sambil senyum dan melambai kepada kami. Kami pun melambai semula sebagai tanda terima kasih. Orang dutch memang terbaik.

Tak lama selepas itu, aku minta dengan Basir untuk tidur barang seketika. Kesempatan yang ada untuk berehat seketika macam ni perlu digunakan dengan sebaiknya. Kami ada beberapa hari lagi yang perlu drive long distance. Tengahari macam ni memang syok layan tidur dalam kereta.

Sedar-sedar, rupanya Basir dah terlepas simpang masuk ke Zaanse Schans. Here GPS ni kadang-kadang lambat bagi arahan, mungkin juga sebab sensor GPS aku kadang-kadang hilang panduan. Kali ni jalan lurus dalam kampung, lagilah susah nak buat u-turn, masa perjalanan bertambah 15 minit.

Rupanya dalam kami tersilap jalan tu kami dapat melalui celah-celah kampung yang sangat cantik. Ada jambatan dan jalan yang cuma boleh dilalui oleh satu kereta sahaja, jauh juga sampai yang di sebelah lagi satu kena perhatikan betul-betul trafik light. Kalau bertembuh kat tengah memang naya. Kat sinilah aku dapat shot gambar rumah di tepi canal kat bawah ni. Rumah dengan ruang landscape yang cantik, ditambah dengan terusan dan bot di hadapan rumah. 

Aku suka gambar ni sebab canal dia tenang dan menghasilkan reflection yang menggambarkan suasana kampung ni - peaceful. 

Typical view dekat kawasan kampung di Netherlands.

Kami tiba di kawasan Zaanse Schans lebih kurang pukul 1.45pm. Kawasan parking untuk visitor di sini adalah bersebelahan Zaanse Schans museum, €9 per entry. Kami cuma bercadang untuk singgah sekejap sahaja, sekadar ambil gambar dan beli fridge magnet. Jadi tak berbaloi masuk parking €9. RM40 tu. Aku memang dah survey petak parking tepi jalan yang free. Di seberang jambatan je. Cuma tak pasti ada kosong ke tak. Alhamdulillah, masa kami sampai ngam-ngam ada satu petak kosong.

Antara design rumah dutch. Kami parking tak jauh dari rumah ni.

Ketika kami baru sampai, jambatan Zaanse Schans ini dinaikkan untuk memberi laluan kepada kapal di bawahnya.

Di atas jambatan yang boleh nampak deretan windmills di Zaanse Schans. Ni nama dia posing windmills.

Kapal besar lalu depan rumah. Kau hade?

Wajiblah kena ada gambar berdua di sini.


Gambar berempat pun kena ada. 

Melompat lebih tinggi dengan Iphone 6s burst mode, memang power.

video youtube


Sebenarnya ada banyak tarikan di Zaanse Schans ni seperti kilang membuat clog, kilang cheese traditional, kilang rempah dan lain-lain. Tapi kami cuma masuk kedai souvenir dan membeli fridge magnet. Kami tak cukup masa untuk round sebab selepas ni kami akan ke Amsterdam pula. Banyak kedai di Amsterdam tutup awal, sekitar pukul 5 atau 6 petang. Jadi kami hadkan masa di sini.

Dalam perjalanan menuju ke kereta, sekali lagi jambatan ini ditutup dan diangkat untuk memberi laluan kepada kapal di bawahnya. Rezeki kamilah untuk melihat dengan lebih dekat. Sempat juga wife rekod video masa ni.





Kami bergerak meninggalkan Zaanse Schans pada pukul 2.40 petang. Rasa macam sekejap je, rupanya sejam juga kami di sini. Destinasi kami adalah ke kawasan parking P+R Olympic Stadion, Amsterdam. Parking di sini murah berbanding di tengah bandar Amsterdam yang boleh mencecah €25 sehari. Perjalanan cuma mengambil masa 20 minit.

Kami terus masuk ke tempat parking underground stadium. Segala barang disimpan rapi dalam bonet kereta dan kami cuma bawa backpack kecik sahaja untuk bermalam di Amsterdam. Makanan pula kami bawa beberapa paket Nasi Briyani Brahim's.

Aku dah check, sepatutnya dengan parking di sini kami hanya perlu membeli tiket tram pergi balik ke Amsterdam berharga €6.80 sahaja untuk empat orang, dan automatik kami akan dapat parking percuma. Maklumat ini ada di sini. Hati-hati, maklumat di sini tidak menerangkan sepenuhnya bagaimana sebenarnya sistem ini berfungsi.

Pertama, entrance ke tempat parking Olympic Stadium ni ada tiga lorong. Hanya satu lorong sahaja kita boleh dapat tiket P+R, iaitu lorong yang paling kanan. Kalau masuk melalui lorong yang lagi dua, kita akan dikira rate biasa, €25 sehari. Kami memang tak perasan dan salah masuk lorong, nasib baik bila dah parking, masa nak purchase tiket sempat bertanya pada customer service yang bertugas. Maka kami kena keluar balik dan masuk semula melalui lorong yang boleh dapat tiket P+R sahaja. Nasib baik yang salah masuk ni tak kena bayar apa-apa.

Kemudian, walaupun sudah memegang tiket P+R, bukanlah bermakna rate parking automatik rate P+R. Kita perlu beli tiket tram atau bas ke Amsterdam HANYA dari syarikat GVB. Tiket ini berwarna biru dan boleh dibeli di mesin berwarna biru juga di tempat parking. Sayangnya, mesin ini tidak menerima cash. Hanya kredit kad atau debit kad yang sudah diaktifkan pinnya sahaja diterima. Kami cuba dua kad tetapi tidak berjaya.

Jadi kami bertanya semula di kaunter customer service. Abang kulit hitam yang kurang mesra memberitahu bahawa tiket P+R yang aku maksudkan boleh dibeli daripada tram atau bus driver. Beliau tidak beritahu yang hanya bas dari syarikat GVB sahaja yang boleh dapat rate P+R ini. Kami yang tak tahu, keluar dari Olympic Stadium tunggu bus yang boleh ke Amsterdam city centre naik sahajalah mana-mana bas yang sampai dulu asalkan menghala ke Rijkmuseum. Kami naik bas warna maroon, memang bukan dari syarikat GVB. Nombor bas ini aku dapati dari google map. Aku dah salin semua nombor bas yang boleh turun di Rijkmuseum. Aku tak ambil maklumat tram sebab kalau naik tram, tempat turunnya jauh sikit dari Rijkmuseum. Manalah aku tahu yang P+R rate €6.80 ni untuk penumpang GVB sahaja. Maka terpaksalah kami bayar €2.50 seorang untuk perjalanan SEHALA ke Rijkmuseum. Banyak beza tu kalau nak banding dengan €6.80 dua hala termasuk parking. Tentang parking rate yang kami kena bayar, nanti bila keluar dari Amsterdam esok aku akan sambung cerita.

Lorong untuk P+R adalah yang paling kanan tu, dah laa ada divider. Gambar dari google street view.


Inilah bas berwarna maroon yang kami naik. Nombor bas dan masa ketibaan semuanya jelas kelihatan. Tram dan bas ada lorong khas, jadi kelewatan adalah very unlikely. 

Masa anggaran ketibaan di Rijkmuseum. Aku plan turun di sini sebab senang nak jalan kaki ke hostel yang aku book.

Dari Rijkmuseum ke Hans Brinker Hostel. 9 minit dan cuma melalui 3 canals.

First canal yang kami jumpa. Ini di belakang Rijkmuseum. Di depan Rijkmuseum ada sign I Amsterdam yang popular tu, tapi kami skip dulu sebab orang terlalu ramai. Esok bangun awal-awal pagi mesti tak ramai orang.

Walaupun cuma lalu 3 canals, setiap canal aku ambil gambar. Lawa kot. Walaupun masa ni dalam kepala tengah fikir sempat ke nak pergi kedai cookies Van Stapele Koekmakerij. Kedai ni tutup pukul 6 petang. Ada sejam lagi.

Kenalah ada gambar orang sebagai bukti ni gambar aku. 

Antara beberapa canal di Amsterdam yang tak ada pokok di tepinya. Unik juga sebab boleh nampak seni rekabentuk bangunan di Amsterdam ni. Kebanyakan bangunan di sini mempunyai saiz lebar yang kecil disebabkan cukai adalah berdasarkan lebar bangunan. Kalau perasan, sesetengah bangunan di sini juga kelihatan senget kerana mendapan tanah. Setelah beberapa ketika mendapan tanah tu berhenti sendiri dan kekallah bangunan itu dalam keadaannya begitu. Kekuatan bangunan ini disokong antara satu sama lain walaupun dibina berasingan.

Last canal sebelum sampai di Hans Brinker.

Aku takde ambil gambar hostel kami. Jadi aku cilok screenshot dari google street view. €27.84 perhead termasuk tax semua. Kira berpatutan sebab berada di tengah-tengah bandar Amsterdam. Signage hotel tapi sebenarnya hostel.

Gambar bilik kami yang dicilok dari hostelworld.com. Bezanya bilik kami ada empat locker. Bilik air private. Dapatlaa merasa jadi macam student balik.

Betul-betul di hadapan hostel Hans Brinker terdapat kedai sewa basikal King Bikes. Aku dah survey, ini antara kedai yang paling murah. Lagi best, boleh request pulangkan basikal tengah-tengah malam. 

Proses check in di Hans Brinker betul-betul macam daftar di hostel kolej. Kami dibekalkan dengan borang check in setiap orang satu borang. Banyak ball pen tersedia dalam bekas di atas meja receiptionist untuk setiap orang mengisi borang sendiri. Borang perlu dikepilkan beserta dengan passport dan diserahkan kembali kepada awek belanda penjaga kaunter. Pulangannya, kami medapat kunci. Setiap orang ada set kunci sendiri, kunci untuk bilik dan kunci locker. Label kunci sama sperti label plastik yang ada selitan kertas untuk ditulis nombor bilik. Murah habislah kiranya. Standard hostellah katakan.

Selesai check in, kami ke bilik untuk menyimpan bag dan ke tandas sekejap. Keluar semula terus ke King Bikes. Aku dah survey mode pengangkutan yang paling sesuai untuk digunakan dalam Amsterdam ni. Jaringan tram dan bas ada di mana-mana, tetapi daripada review di ttripadvisor, aku memilih untuk menyewa basikal. Tak terikat dengan schedule tram dan boleh parking di sebelah kedai jika perlu. Dan paling penting, dapat merasa naik basikal di Amsterdam. Kebanyakan bandar di Eropah ni memang mesra penunggang basikal, dan Amsterdam adalah antara bandar yang terkenal dengan imej penduduknya yang suka menggunakan basikal untuk ke mana-mana.

Di King Bikes, kami dilayan oleh Mikhail, seorang muslim yang membuka kedai menyewa basikal di sini. Apabila kami menceritakan bahawa kami dari Malaysia, dia segera bertanya betulkah kami pandai mengayuh basikal. Sebab baru bulan lepas seorang penyewa basikal dari Malaysia tapi tak pandai nak kawal sampai masuk canal. Hahaha.. Kedai King Bikes ni buka sampai pukul 6 sahaja, dan esoknya hanya dibuka pada pukul 9 pagi. Sedangkan kami nak sewa basikal sampai malam. Mikhail dengan senang hati cakap dia boleh datang ke kedai semula untuk kami pulangkan basikal pada pukul 10 malam. Rate sewa basikal adalah €10 untuk sehari. Sebarang tempoh sewa melebihi 3 jam dikira satu hari.

Ketika selesai urusan di King Bikes, jam sudah pun 5.30pm. Kami ada misi mencari cookies tersedap di dunia - ya, itulah jolokan yang diberikan oleh reviewer di tripadvisor. Kadang-kadang diorang ni exaggerate dalam menulis review, tapi nak bayangkan memang sedap betullah tu. Walaupun baru dua atau tiga tahun dibuka, Van Stapele sudah menjadi buah mulut pengunjung Amsterdam. Memang rugi kalau tak try ni.

Disebabkan nak segera ke kedai Van Stapele, aku dan wife cakap kami gerak dulu. Basir dan Faten masih membelek-belek basikal masing-masing. Faten kata dah lama sangat tak bawa basikal ni. So kami geak dulu, dengan andaian Basir & Faten ikut belakang. Dalam dua minit mengayuh, aku sebenarnya dah masuk beberapa turn. Barulah perasan Basir & Faten tak ada di belakang. Nak tunggu ke nak kejar biskut ni. Setelah bincang dengan wife, kita pergi Van Stapele dulu. Kalau sempat boleh bungkus untuk diorang sekali. Daripada semua orang tak dapat.

Dalam 5.45pm, kami sampai di depan kedai Van Stapele. Kecik je kedainya. Di celah-celah lorong. Kalau search kat google map sure jumpa. Tak susah pun nak pergi, dan tak jauh dari Bluemenmarkt. Tapi, nampaknya hasrat kami tak kesampaian. Walaupun belum pukul 6, kedai ditutup awal kerana cookies hari ini sudah habis. Memang tak ada rezeki nak merasa dan nampaknya kena datang Amsterdam lagi lain kali.

Kedai tutup maka bergambar sahajalah di depan kedai.

Kedai ni cuma menjual sejenis cookies sahaja. Tetapi pada waktu biasa beratur orang nak beli. Kedai belum sampai masa tutup pun dah terpaksa tutup sebab barang dah habis dijual.

Beginilah rupa cookies coklat Van Stapele. Gambar diambil dari blog Kevin & Amanda.

Setelah kecewa kerana tak dapat makan biskut coklat, kami berpatah balik mencari Basir & Faten. Menyelusuri jalan yang sama yang kami lalu tadi sampailah ke hostel Hans Brinker semula. Memang tak ada harapan nak jumpalah. Takkan diorang nak tunggu sahaja. Aku berdiri di depan hostel untuk menggunakan free wifi mereka lalu tinggalkan pesanan di whatsapp group kami. Susah juga tak ada sambungan internet ni. Nak beli simkad pun dah tinggal berapa hari je lagi, dan tak adalah kegunaan sangat pada masa biasa. Cuma dlaam keadaan kecemasan tak terduga macam ni sahaja.

Aku cadangkan diorang pergi dulu mana-mana yang nak pergi dan kalau nak join semula jumpa di hostel pukul 7.00pm. Nampaknya mereka juga belum online, tapi aku yakin sebelum pukul 7 Faten mesti online punya. Dia memang pakar mencari free wifi sepanjang trip ni.

So, aku dan wife meneruskan agenda kami yang seterusnya. Next signature food dekat Amsterdam ni adalah french fries. Ada beberapa kedai yang popular. Antara yang paling tinggi ranking adalah Vleminckx Fries berdekatan dengan Kalverstraat. Kalverstraat ni macam Oxford Streetlah, ada banyak kedai untuk shopping. Kami memang tak letak shopping sebagai agenda di Amsterdam ni. Cukup sekadar nak merasa makanan-makanan popular di sini.

Yang penting sesuai untuk vegetarian. Tiada lemak haiwan, apetah lagi babi.

Kalau dah macam ni panjang punya beratur nak beli fries, sedap sangatlah ni kot.

Besar-besar, dan kentangnya sungguh fresh. Texture kentang dia pun terasa berbeza daripada kentang yang biasa kita makan. 

Kami ambil dua medium berharga €2.70 setiap satu, ditambah €0.90 untuk sos dan mayonis. Lebih kurang macam tulah, aku tak ingat dah detailnya. Inilah makanan pertama kami selepas nasi beiyani kambing yang sepeket kongsi dua orang. Bukan kedekut nak makan, tapi malas nak buang masa untuk mencari makanan. Makan on the go sahaja.

Selesai makan jam sudah pun pukul 6.30pm. Sempat lagi ni untuk ke Bloemenmarkt, sebuah deretan kedai di pinggir canal yang popular dengan pelbagai produk untuk pelancong. Dari Vleminckx ke Bloemenmarkt ni sebenarnya jalan kaki dalam lima minit sahaja. Tapi, sebab ada basikal tak sampai dua minit kami dah ada di depan deretan kedai. 70% kedai dah pun tutup atau sedang ditutup. Senang ada basikal ni kami terus menuju ke kedai yang masih dibuka dan parking depan-depan kedai. Mikhail ada pesan kalau tinggal basikal walaupun sekejap even depan kedai, mesti kena kunci. Siap ada dua kunci dibekalkan.

Salah satu kedai yang masih dibuka di Bloemenmarkt.

Antara design fridge magnet yang dijual di sini. Ada banyak lagi.

Holland dan tulips berpisah tiada.

Gula-gula yang diperbuat daripada ganja. Aku tak pasti kalau bawa balik Malaysia lepas ke tak ni. 

Setelah membeli sedikit souvenir untuk diri sendiri dan ahli keluarga terdekat, kami bergerak ke hostel. Tepat jam 7.00pm kami di sana dan dapat online semula. Seperti dijangka, Faten sudah membalas whatsapp yang aku hantar tadi. Katanya mereka nak makan kebab dahulu di sebuah restoran arab. Area mana aku dah tak ingat. Memandangkan aku nampak mereka masih online, aku buat whatsapp call. Setelah diberikan location, aku bergerak ke arah mereka. Peta offline Amsterdam memang aku sudah save dalam handphone jadi tiada masalah untuk bergerak.

Mengayuh basikal di tengah bandar Amsterdam dalam suhu 10 degree C adalah sesuatu yang memang cool.

Dalam perjalanan ke tempat Faten dan Basir masih lagi sempat bershooting. Masa ni Amsterdam dah semakin tenang dan tak crowded. Hanya di sudut-sudut tumpuan pelancong sahaja yang crowded.

Setelah berjumpa Basir dan Faten, kami bergerak menuju ke Jordaan district. Jordaan adalah salah satu district di Amsterdamyang popular kerana dikatakan canal-canal di sini antara yang paling cantik. Dan kawasan ini juga sangat tenang terutamanya di sebelah lewat petang atau malam.

Seperti dikatakan, memang kawasan ni tersangat tenang. Sedang kami bergelak ketawa berborak, barulah perasan rupanya bunyi suara kami je yang ada di kawasan tu. Lepas tu barulah perlahankan suara masing-masing.

Yusuf Haslam tiru adegan inilah masa shoot filem Awie dan Erra dulu.

Hari dah semakin senja. Susah nak balancekan warna langit dan kekalkan exposure untuk foreground. Tak ada masa nak setting HDR. Sudahnya warna langit sudah diwipe out. Actual lagi lawa masa ni. 

Ok, kami pun nak jugaklah.

Memang terbaik tempat ni. Sebenarnya ada beberapa lorong lagi di Jordaan ni yang cantik-cantik, tapi kami tak sempat nak explore semua. Datang Netherlands dua hari tapi nak pergi tempat macam dua minggu punya list. Macam tu lah jadinya.

Salah satu tarikan yang popular di Jordaan adalah rumah Anne Frank House. Dah pukul 7 lebih pun masih ramai lagi orang beratur untuk masuk ke sini. 

Bersebelahan Anne Frank House adalah Westekerk, sebuah gereja dari tahun 1600an.


Dari Jordaan, kami bergerak ke Damrak Square. Kalau jalan kaki agak jauh juga. Even naik tram pun. Tapi dengan berbasikal, dalam lima minit sahaja. Memang berbasikal adalah mode pengangkutan yang paling praktikal di tengah bandar Amsterdam ni. 

Jika di Jordaan tadi adalah sebuah district yang sangat tenang dan damai, di Damrak suasana adalah seratus peratus berbeza. Mahunya tak happening, siap ada funfair lagi kat tengah-tengah tu. Masa ni hari sudah pun senja. Kami cuma menghabiskan masa di beberapa kawasan sekitar dan masuk beberapa kedai. Banyak juga kedai cenderamata dan tshirt yang murah-murah di sekitar Damrak ni. 


Fun fair di tengah-tengah Damrak Square.


Di sini juga terdapat muzium Ripley's Believe it or Not.



Sementara menunggu pulang ke hostel, kami makan churros Amsterdam dahulu. 


9.00 malam dan susana masih happening. Sesetengah bandar di Eropah ni sudah sunyi sepi pada waktu begini.



Kami sekadar berjalan-jalan sekitar Damrak sehingga pukul 9 malam dan kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang ke hostel. Walaupun jarak memandu hari ni tidaklah jauh seperti semalam, tetapi hari ni kami banyak berjalan kaki - di Keukenhof, Zaans Schans dan sekarang di Amsterdam.

Setibanya di hostel, terus panaskan nasi beriyani Brahim's. Sementara tu solat dan bersihkan diri. Pukul 10 malam kami turun berjumpa dengan Mikhail di depan hostel untuk pulangkan basikal. Asalnya rasa teringin nak bawak kamera dan pacak tripod di tepi canal kat Amsterdam ni, tapi badan sudah terlalu penat sebenarnya. Sekadar keluar hantar basikal dan masuk balik untuk tidur. Esok kami akan melalui perjalanan yang jauh sehingga ke Jerman.

Catatan seterusnya akan bersambung di entri yang akan datang.

CONVERSATION

4 comments:

  1. Malam kita makan Churros tu la kali terakhir Faten dengan glove yang penat kawe selamatkan di sungai freezing cold, Burton on the water dan lepas tu tercicir di Tower Bridge pulak dan akhirnya hilang terus di Damrak. Goodbye gloves.

    ReplyDelete
    Replies
    1. glove memang dah lama niat nak tinggalkan faten.. ko asik selamatkan je. percubaan kali ketiga dia berjaya nampaknya..

      Delete
  2. Di Damrak juga ada kedai Souvenir yang jual tshirt €5 sehelai, lepas dah keluar Amsterdam baru kawe menyesal tak beli tshirt kat situ.Sebab awalnya konon harap ada kedai lain lagi murah la. Lol. Mmg Malaysia punya perangai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menyesal.. patutnya aku beli baju luqman atau farhan kat sini.. last2 terpaksa beli last day kat paris €16 sehelai.. kalau beli kat ams boleh dpaat 3

      Delete

Back
to top