EUROPE TRIP DAY06 PART1: ROTTERDAM & KEUKENHOF
Keukenhof, the most visited tulips garden in the world.
Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini - From Bruges to Brussels.
Rabu, 20 April 2016. Netherlands! Ya, aku sangat suka dengan Belanda. Dari pasukan bolasepak, landscape, hinggalah orang Belanda itu sendiri. Negara cantik yang penduduknya sangat mesra dan merendah diri. Tak berlagak. Sebab tu nama blog ni pun diambil dari perkataan belanda yang bermaksud 'the adventures'.
Pagi ini kami bangun di apartment BnB yang betul-betul di tengah-tengah bandar Rotterdam. Malam tadi kami cuma makan Mamee Chef cup dan pagi nya pula kami bersarapan dengan Nasi Beriani Brahims dan merasa hot chocolate yg tersedia di BnB. Nak kejar itinerary punya pasal, maka bab makan diletakkan ke tepi buat sementara. Tak larat nak masak dah dan juga tak nak bazirkan masa untuk keluarkan periuk nasi dan lauk-pauk. Lagi banyak barang yang dikeluarkan dari kereta, lagi banyak masa yang diperlukan untuk mengemas semula nanti. Sepatutnya kereta kami didaftarkan oleh Faysal (owner BnB kami) untuk mendapatkan parking percuma di sini, tetapi oleh kerana Faysal hanya mendapat nombor pendaftaran kereta tak sampai sehari, pendaftaran tidak sempat dibuat. Kami terpaksa gamble masuk petak parking yang kelihatan kosong di belakang apartment. Di ruang hadapan apartment juga ada petak parking, tetapi ada meter. Dahlah meter tu kelihatan tak ada slot untuk masukkan coin atau wang kertas. Walaupun dah lewat, risau juga nak gamble kalau-kalau pagi nanti kena saman. Alhamdulillah kereta kami selamat hingga ke pagi.
Update: - Hanya setelah balik Malaysia aku dapati street parking di Rotterdam sebenarnya free antara jam 11 malam hingga 9 pagi. Jadi sepatutnya tak ada masalah pun kalau aku parking depan-depan apartment Faysal hari tu. Dan memang betul mesin street parking tak ada slot untuk bayar cash, hanya boleh bayar dengan kredit kad atau debit kad sahaja. Kat sana bayar €1 dengan menggunakan kad kredit bukanlah perkara yang pelik. Rujukan maklumat parking di Rotterdam boleh didapati di Cityguiderotterdam.com atau Rotterdam.nl/parking.

Semalam merupakan hari pertama kami menyewa kereta di tanah besar Europe ni Dan kami dah drive hampir 600km (anggaran Google map adalah 545 km, tapi aku pasti actual distance adalah lebih daripada itu, termasuk yang tersalah masuk jalan, berhenti di RnR, mencari parking etc). Tapi itu bukanlah rekod perjalanan sehari yang paling jauh dalam trip kali ini. Semasa di UK tempoh hari kami drive 745km (juga anggaran dari google map) dan melawat empat attractions dalam masa sehari. Kalau nak follow itinerary kami ni boleh juga, tapi kena fitlah. Alhamdulillah kami berempat ada stamina yang cukup. Macam aku dan wife, dua bulan sebelum ke Europe, kami cuba uji stamina dengan mendaki bukit broga dan bukit kelebang di Ipoh selain berjogging dengan anak-anak setiap hujung minggu. Kalau tak pancit jugak kot sebab dah lama sangat tak bersenam.
Badan masih terasa agak penat, tetapi selepas bersarapan dan minum Hot chocolate terasa segar semula. Rutin harian di sana, buat video call ke Malaysia untuk bercakap dengan anak-anak di Malaysia sekejap untuk melepaskan rindu pada anak-anak. Diorang seronok je kat rumah, sebab neneknya datang teman sekali. Kalau ada nenek, budak-budak ni memang suka sangatlah. Kadang tu time buat video call pun macam tak heran je. Kita pula yang terlebih-lebih nak bercakap dengan diorang.
Kami kemaskan rumah sekadar sepertimana ketika kami masuk semalam. Masa kami masuk semalam pun tak kemas sangat sebenarnya, patutlah review BnB ni biasa-biasa saje part kebersihan. Tapi part location dan harga memang boleh bagi 5 star - €68 untuk sebuah apartment di tengah-tengah bandar Rotterdam. Sebulan dua yang lepas aku semak dekat AirBnB, Faysal dah menaikkan harga sewanya menjadi double (update : Apartment Faysal sudah takde dalam BnB listing pulak)
Kalau sampai awal semalam bolehlah keluar jalan kaki di sekitar bandar Rotterdam ni. Oleh kerana tak sempat, pagi ni kami bercadang untuk singgah sekejap di Cube House sahaja sebab ada banyak lagi aktiviti di tempat lain yang sudah dirancangkan hari ini.
Rotterdam at night. Photo by Sander Meertins