Showing posts with label bercuti di paris. Show all posts
Showing posts with label bercuti di paris. Show all posts
[PARIS LONDON 2017] DAY10 JALAN-JALAN PARIS
View bandaraya Paris dari tingkat 2 Eiffel Tower.
Catatan hari ke-sembilan boleh dicapai di sini.
Hari ke-sepuluh, Sabtu 10 Mei 2017. Pagi ini kami bangun agak lambat. Lepas solat subuh lebih kurang pada pukul 5 pagi, masing-masing menyambung rehat. Kepenatan bermain sakan di Disneyland semalam masih lagi terasa. Badan pula seakan sakit-sakit dek kerana berjalan, berdiri dan mendukung kanak-kanak pada masa yang lama.
Penat macama mana pun, lebih kurang pukul 9 pagi kami bangun bersiap juga. Pagi ni family aku ada tiket naik ke Eiffel Tower pukul 11.00 pagi. Mandi dan sediakan sarapan labih kurang untuk alas perut. Cuaca di luar tak berapa menggalakkan, tapi memandangkan tiket sudah dibeli dan masanya sudaah fix, tiada pilihan lain kalau tak nak rugi.
Tiket untuk naik ke Eiffel Tour ni aku beli online di sini. Boleh lihat harga, opening times dan lain-lain maklumat di sini. Aku cuma beli untuk ke tingkat dua sahaja, bahagian pertengahan menara. Harga satu tiket untuk dewasa adalah €11 dan untuk kanak-kanak berumur 4-11adalah €4. Harga tahun ni dah naik jadi €16 untuk dewasa, manakala tiket kanak-kanak masih tidak berubah.
[PARIS LONDON 2017] DAY02 PALACE OF VERSAILLES
The Grand Garden of Versailles.
Catatan hari pertama dalam trip ini boleh dibaca di sini.
Hari kedua, Jumaat 27 April 2017. Hari ini aku bangun awal pagi, sebab dah plan nak ambil gambar sunrise dengan background Eiffel Tower. Pukul 4.30 pagi lagi aku dah bangun. Setelah mandi dan solat Subuh, terus bersiap untuk keluar. Kejutkan wife kalau-kalau dia nak ikut, tapi memandangkan malam tadi dia tidur lambat sikit dari aku melayankan si Aryan, maka aku keluar seorang diri.
Cuaca di luar sangat sejuk. Lain macam betul sejuknya. Langit masih kelihatan seperti malam yang gelap. Berkabus. Nampak gaya tak dapat laa nak shoot remang fajar pagi.
Memburukkan lagi keadaan, baru beberapa tapak melangkah, hujan pun turun. Awalnya cuma renyai-renyai tetapi bertukar menjadi lebat. Sungguh takde rezeki nak shoot sunrise cantik-cantik. Tapi since aku pun dah keluar, layankan sajalah kaki melangkah ke jambatan Bir Hakeim. Kira-kira sepuluh minit sahaja jalan kaki dari apartment kami.
Tengah aku tegakkan tripod, satu lagi masalah timbul. Kenapa tilt handle tripod ni tak ketat-ketat. Puas aku pusing. Belek-belek, rupanya skru di sebelah dalam dah tertanggal dan hilang, dan plastik pan head tu sendiri dah retak/pecah. Berkemungkinan rosak ketika di dalam flight, tertindih dengan beg berat barangkali. Maka berakhirlah riwayat tripod murah itu (dapat free masa beli kamera 10 tahun dulu). Tiada tripod untuk night photography samalah seperti tiada cermin mata bagi orang rabun.
Memandangkan aku tidak mahu berputus asa, aku cuba juga jadikan batu tiang jambatan Bir Hakiem sebagai tempat untuk aku hold kamera tu steady. Maka dapatlah aku shoot dengan exposure lama skit. Nak lama sangat dah tak boleh sebab hujan pun makin lebat.
Maka inilah hasilnya.
Not bad kan? Antara favourite shot aku untuk trip kali ini.
Lepas beberapa lama kat sini, aku jalan kaki lagi ke Trocadero. Sunyi betul Paris time ni. Juga kelihatan beberapa kelibat yang sedang jogging tengah-tangah hujan dengan sweat pant dan t-shirt sahaja. Rileks je. Aku pula dah makin menggigil kesejukan walaupun mamakai tiga lapis baju.
Ni pula gambar dari depan Trocadero. Tanpa tripod, maka boleh nampak cahaya lampu tu hasilnya tak sama macam gambar di atas. Exactly tempat yang sama aku ambil gambar tahun lepas. Tapi ini versi langit yang dipenuhi awan.
[PARIS LONDON 2017] DAY01 KL – PARIS
Kita berjumpa lagi, Eiffel Tower. Pemandangan hari pertama kami di Paris - Eiffel Tower dari Wall of Peace.
EUROPE TRIP DAY12: FROM PARIS TO KUALA LUMPUR
Eiffel Tower, view dari Jambatan Bir Hakeim.
Selasa, 26 April 2016, hari terakhir kami di Europe. Pagi ni bangun-bangun seperti biasa, para isteri menyediakan sarapan. Saki-baki lauk sardin semalam masih boleh dimakan bersama dengan roti. Iced tea pun masih bersisa lagi. Hari ni kami tak masak nasi sebab beras yang dibawa dah habis. Periuk nasi pun kami dah packing dalam luggage. Setelah dua hari tidak berhubung, hari ni dapatlah kami berface time dengan anak-anak. Seronoknya mereka mendengar berita yang papa & mama akan pulang ke Malaysia pada hari ini.
Pantas sungguh masa berlalu. Sudah 12 hari dan kami sudah merentasi enam buah negara. Dua kali menyewa kereta dan memandu sendiri, menaiki feri merentasi selat Inggeris, memandu bot elektrik di Giethoorn, menunggang basikal di Amsterdam, menaiki cable car di Swiss dan hari ini tibalah masa untuk kembali ke Malaysia. Alhamdulillah, semuanya telah berlalu dengan lancar seperti yang dirancangkan. Kalau ada pun hiccup di antaranya, Alhamdulillah kami berjaya atasi dengan izinNya dan Allah sudah menyediakan jalan keluar yang tidaklah berliku sangat. Syukur.
Flight pulang ke Malaysia adalah pada pukul 10 malam dari CDG Airport, jadi hari ni kami masih mempunyai masa untuk dihabiskan berjalan-jalan santai di sekitar Paris. Tidak ada misi yang khusus, cuma perlu menunaikan hasrat para isteri yang mengidam ole-ole untuk diri sendiri. Kalau ada masa boleh juga melawat Galleries la Fayatte. Dan tak lupa misi seterusnya adalah mencari sellotape untuk seal kotak yang ingin dibawa pulang ke Malaysia.
Dari Dupleix, kami menaiki metro menuju ke station Franklin D Roosevelt di Champs Elysées.
Riak muka yang menandakan hati yang sudah berbunga-bunga bila ternampak lambang dua huruf tu.
EUROPE TRIP DAY04 : PARIS
Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini.
Perjalanan Merentas Selat Inggeris
Dalam bas kami tidur sepanjang perjalanan, kecuali pada permulaannya sempatlah juga mencuba free wifi yang disediakan. Selain daripada free wifi, bas ini juga menyediakan slot power USB dan juga slot power point dua pin – bas operator dari France jadi dia ikut EU standard. Selain itu driver bas dah macam pilot, ketika memulakan perjalanan siap ada announcement dan perkenalkan diri, mula-mula dalam french kemudian english.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Popular Posts
-
Kembara Europe 6 Negara dengan kos RM5,400/pax. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menulis catatan perjalanan trip tahun lepa...
-
Pertamanya aku nak minta maaf sebab entri ini dah pun tertangguh lebih daripada setahun. Tapi sebab aku memang berniat nak kongsikan, d...
-
Kita berjumpa lagi, Eiffel Tower. Pemandangan hari pertama kami di Paris - Eiffel Tower dari Wall of Peace.
-
Europe Trip Day04: Paris!! Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini . Perjalanan Merentas Selat Inggeris Dalam bas ka...
-
Giethoorn. Catatan ini adalah sambungan dari catatan hari ke-enam sebelum ini . Sebaik sahaja memulangkan basikal semalam, kami te...
-
Lake of Love (Minnewaterpark), Bruges Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini - Europe Trip Day04: PARIS . Selasa, 19 A...
-
Tower Bridge of London. Catatan hari ke-lima boleh dicapai di sini . Hari ke-enam, Selasa 2 May 2017. Pagi ni kami bangun pagi d...
-
Trip Melbourne ini terjadi setelah perancangan selama lebih daripada setahun. Kami memang berangan untuk pergi Melbourne ni dah lama, s...
-
Flagstaff Garden 03 Aug 2019. Itinerari hari ini adalah aktiviti bebas tanpa penglibatan daripada pihak travel agensi. Selepas bersarapan de...
-
Engelberg, sebuah pekan kecil di mana terletaknya stesen cable car untuk ke Mount Titlis. Catatan hari sebelumnya boleh dibaca di sin...
Search This Blog
Instagram Shots
Labels
- amsterdam
- belgium
- bercuti di paris
- blausee
- bruges
- cuti-cuti brugge
- cuti-cuti europe
- cuti-cuti giethoorn
- disneyland
- europe trip
- family
- featured
- germany travel
- giethoorn
- heidelberg
- hongkong
- interlaken
- jalan-jalan manchester
- jalan-jalan netherlands
- keukenhof
- lauterbrunnen
- london
- lucerne
- photography
- rheinfall
- travel dengan anak
- trip paris dengan anak
- tulips









