The Grand Garden of Versailles.
Catatan hari pertama dalam trip ini boleh dibaca di sini.
Hari kedua, Jumaat 27 April 2017. Hari ini aku bangun awal pagi, sebab dah plan nak ambil gambar sunrise dengan background Eiffel Tower. Pukul 4.30 pagi lagi aku dah bangun. Setelah mandi dan solat Subuh, terus bersiap untuk keluar. Kejutkan wife kalau-kalau dia nak ikut, tapi memandangkan malam tadi dia tidur lambat sikit dari aku melayankan si Aryan, maka aku keluar seorang diri.
Cuaca di luar sangat sejuk. Lain macam betul sejuknya. Langit masih kelihatan seperti malam yang gelap. Berkabus. Nampak gaya tak dapat laa nak shoot remang fajar pagi.
Memburukkan lagi keadaan, baru beberapa tapak melangkah, hujan pun turun. Awalnya cuma renyai-renyai tetapi bertukar menjadi lebat. Sungguh takde rezeki nak shoot sunrise cantik-cantik. Tapi since aku pun dah keluar, layankan sajalah kaki melangkah ke jambatan Bir Hakeim. Kira-kira sepuluh minit sahaja jalan kaki dari apartment kami.
Tengah aku tegakkan tripod, satu lagi masalah timbul. Kenapa tilt handle tripod ni tak ketat-ketat. Puas aku pusing. Belek-belek, rupanya skru di sebelah dalam dah tertanggal dan hilang, dan plastik pan head tu sendiri dah retak/pecah. Berkemungkinan rosak ketika di dalam flight, tertindih dengan beg berat barangkali. Maka berakhirlah riwayat tripod murah itu (dapat free masa beli kamera 10 tahun dulu). Tiada tripod untuk night photography samalah seperti tiada cermin mata bagi orang rabun.
Memandangkan aku tidak mahu berputus asa, aku cuba juga jadikan batu tiang jambatan Bir Hakiem sebagai tempat untuk aku hold kamera tu steady. Maka dapatlah aku shoot dengan exposure lama skit. Nak lama sangat dah tak boleh sebab hujan pun makin lebat.
Maka inilah hasilnya.
Setelah selesai breakfast dengan makanan berat (makan nasi), kami keluar ke stesen metro Dupliex. Makan berat siap-siap nanti senang sikit bila berjalan boleh makan tengah hari dengan makanan ringan-ringan je, taklah rugi masa nak mencari makanan. Dari stesen metro Dupleix ni boleh terus beli tiket tren RER untuk ke Palace of Versailles.
Secara ringkasnya sistem tren di Paris ni terbahagi kepada dua. Satu Metro, dan satu lagi sistem RER. Dan ada juga tram, tapi tram ni tak banyak sangat orang guna rasanya. Ok, kita tak perlu cerita pasal tram sebab aku pun tak tahu sangat, dan juga sebab kemungkinan besar traveller macam kita ni tak guna pun tram kat Paris. Kalau nak tahu juga tentang tram kat Paris boleh refer dalam Paris train map yang boleh didownload di sini.
Basically Metro adalah rangkaian light transit train yang digunakan di pusat bandar Paris. Jarak antara stesen agak dekat. Dan yang belum biasa dengan metro ni kena berhati-hati sebab masa dia berhenti di satu-satu stesen cuma 10 saat. Ya, aku pernah set time di antara masa dia buka pintu dan tutup pintu, memang 10 saat sahaja. Jadi bagi yang travel dalam group macam kami, plan betul-betul stesen yang nak turun dan pastikan alert dengan barang dan anak-anak. Kang tertinggal sorang anak dalam train tu jenuh laa.
RER pula adalah rangkaian train yang menghubungkan pusat bandar Paris dengan pinggir bandar Paris. Contohnya kalau nak ke airport CDG, atau Disneyland, atau ke Palace of Versailles, kena laa beli tiket RER. Tak boleh guna tiket metro. Tapi, dengan memegang tiket RER, korang boleh naik metro untuk ke stesen RER terdekat tanpa perlu beli tiket Metro lagi. Pening tak?
Contohnya macam ni, dari Dupleix kami perlu naik Metro untuk ke stesen RER Champ de Mars. Kami tak perlu beli tiket Metro, kami terus beli tiket RER C untuk ke Versailles berharga €3.65 sehala. Tiket yang sama boleh digunakan untuk naik metro dan seterusnya bertukar train RER untuk ke Versailles.
Maklumat train RER C ke Palace of Versailles boleh dirujuk di sini. Ingat station yang bernama Versailles-Rive Gauche atau pun Versailles Chateau (Chateau bermaksud Palace) maka korang akan sampailah ke sana.
On the way jalan kaki balik, singgah stall tadi untuk beli aiskrim.
Not bad kan? Antara favourite shot aku untuk trip kali ini.
Lepas beberapa lama kat sini, aku jalan kaki lagi ke Trocadero. Sunyi betul Paris time ni. Juga kelihatan beberapa kelibat yang sedang jogging tengah-tangah hujan dengan sweat pant dan t-shirt sahaja. Rileks je. Aku pula dah makin menggigil kesejukan walaupun mamakai tiga lapis baju.
Ni pula gambar dari depan Trocadero. Tanpa tripod, maka boleh nampak cahaya lampu tu hasilnya tak sama macam gambar di atas. Exactly tempat yang sama aku ambil gambar tahun lepas. Tapi ini versi langit yang dipenuhi awan.
Ini gambar tahun lepas di tempat yang sama. Versi tengah hari yang langitnya sungguh cemerlang.
Hampir jam 6 pagi aku berjalan semula balik ke apartment. Hajatnya nak singgah beli roti untuk sarapan, tapi takde satu pun kedai yang bukak. Yang ada pun baru tengah mengemas untuk dibuka.
Kedai serbaneka berhampiran Bir Hakeim. Sayang belum dibuka, kalau tak banyak roti yang dijual dalam ni.
Stesen minyak Total di ground floor bangunan. Di stesen minyak inilah aku mengisi minyak pada tahun lepas sebelum menghantar kereta. Kebanyakan stesen minyak di tengah bandar Paris dibina dari ubahsuai tingkat bawah bangunan sahaja. Kalau zoom (klik) pada gambar ni boleh nampak harga Ron95 adalah €1.528 dan diesel pula €1.399 seliter. Harga di stesen minyak dalam kawasan bandar biasanya lebih murah daripada di highway, tetapi kalau betul-betul tengah bandar macam ni dia akan jadi harga macam kat highway.
Sampai di apartment, rupanya wife dah siap masakkan nasi dan panaskan lauk. Aku tolong siapkan budak-budak, sebab seawal jam 7 pagi kami dah plan untuk keluar. Itinerary hari ini adalah ke Palace of Versailles. Family Mira tak ikut kitorang hari ni, diorang bercadang nak lawat Musee du Lurve dan Jardin des Tuelleries dulu, dan kawasan-kawasan sekitarnya.Setelah selesai breakfast dengan makanan berat (makan nasi), kami keluar ke stesen metro Dupliex. Makan berat siap-siap nanti senang sikit bila berjalan boleh makan tengah hari dengan makanan ringan-ringan je, taklah rugi masa nak mencari makanan. Dari stesen metro Dupleix ni boleh terus beli tiket tren RER untuk ke Palace of Versailles.
Secara ringkasnya sistem tren di Paris ni terbahagi kepada dua. Satu Metro, dan satu lagi sistem RER. Dan ada juga tram, tapi tram ni tak banyak sangat orang guna rasanya. Ok, kita tak perlu cerita pasal tram sebab aku pun tak tahu sangat, dan juga sebab kemungkinan besar traveller macam kita ni tak guna pun tram kat Paris. Kalau nak tahu juga tentang tram kat Paris boleh refer dalam Paris train map yang boleh didownload di sini.
Basically Metro adalah rangkaian light transit train yang digunakan di pusat bandar Paris. Jarak antara stesen agak dekat. Dan yang belum biasa dengan metro ni kena berhati-hati sebab masa dia berhenti di satu-satu stesen cuma 10 saat. Ya, aku pernah set time di antara masa dia buka pintu dan tutup pintu, memang 10 saat sahaja. Jadi bagi yang travel dalam group macam kami, plan betul-betul stesen yang nak turun dan pastikan alert dengan barang dan anak-anak. Kang tertinggal sorang anak dalam train tu jenuh laa.
RER pula adalah rangkaian train yang menghubungkan pusat bandar Paris dengan pinggir bandar Paris. Contohnya kalau nak ke airport CDG, atau Disneyland, atau ke Palace of Versailles, kena laa beli tiket RER. Tak boleh guna tiket metro. Tapi, dengan memegang tiket RER, korang boleh naik metro untuk ke stesen RER terdekat tanpa perlu beli tiket Metro lagi. Pening tak?
Contohnya macam ni, dari Dupleix kami perlu naik Metro untuk ke stesen RER Champ de Mars. Kami tak perlu beli tiket Metro, kami terus beli tiket RER C untuk ke Versailles berharga €3.65 sehala. Tiket yang sama boleh digunakan untuk naik metro dan seterusnya bertukar train RER untuk ke Versailles.
Maklumat train RER C ke Palace of Versailles boleh dirujuk di sini. Ingat station yang bernama Versailles-Rive Gauche atau pun Versailles Chateau (Chateau bermaksud Palace) maka korang akan sampailah ke sana.
Stesen RER di Champ de Mars memang sentiasa sibuk. Seawal jam 7 pagi dah crowded macam ni.
Papan elektronik di stesen RER C Champ de Mars untuk memastikan korang tak salah naik train.
Muka segar pagi ni selepas semalam penat baru sampai dari Malaysia.
Luqman follow kami untuk dijadikan photographer & cameraman.
Palace of Versailles, atau pun dalam french disebut Château de Versailles, adalah bekas istana diraja Perancis yang pertama kali dibina pada tahun 1624. Selain daripada terkenal dengan senibina dan rekabentuk dalaman yang sangat mewah, kompleks istana ini juga mempunyai kawasan taman istana yang sangat luas dan dibahagi dengan beberapa bahagian seperti Petit Trianon, Grand Trianon, Garden of the Grand Trianon, Marie Antoinette's Estate, Orangerie of Versailles dan Grand Canal. Kawasan taman ni sangat luas, tak cukup berjalan dalam satu hari. Tak sampai separuh dari bahagian dalam taman ni yang kami explore. Budak-budak pun dah penat dan kami sendiri pun dah tak larat. Sampai pukul 3 petang juga kami di sini.
Kalau korang nak pergi, dinasihatkan beli tiket online siap-siap. Dah ada tiket online pun dekat setengah jam juga beratur untuk pemeriksaan keselamatan. Kalau beratur nak beli tiket lagi biasanya aku baca kat trip advisor boleh sampai dua jam. Orang memang tersangat ramai. Tambah kalau korang datang pada hari Sabtu atau Ahad.
Tiket online boleh dibeli di sini. Harga tiket €20 untuk hari yang tiada musical fountain, dan €27 untuk hari yang ada. Ini adalah tiket untuk full access, palace & garden. Bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah, boleh dapat free entry ke palace, tapi untuk kawasan garden kami kena bayar €8 seorang untuk Adam & Ariff. Rupanya bayaran masuk ke garden pada hari yang ada musical fountain dikenakan pada kanak-kanak 6-17 tahun. Kami bayar kat pintu masuk garden tu je, kat sini barisan beratur taklah panjang macam kat luar.
Harga dari third party agency setakat yang aku cari tak ada yang lebih murah daripada beli direct dengan official website.
Di perkarangan pintu masuk Palace of Versailles. Cuaca mendung dan langit masih dipenuhi awan.
Ini pula dah masuk bahagian dalam gate.
The Royal Chapel.
Untuk budak-budak memang boring sikitlah datang sini. Dalam banyak-banyak benda yang dipamerkan, kuda jelah yang menarik perhatian Aryan.
Hall of Mirrors. Salah satu kawasan yang paling popular di sini. Crowded sangat, mustahil boleh ambil gambar tanpa kehadiran manusia lain.
Ni pulak kat galeri Battle of Bastille, satu galeri tentang peperangan penting yang memulakan Revolusi Perancis.
Terpegun melihan ketepatan dan ketelitian rekaan taman Orangie de Versailles.
Keluar dari bangunan istana, kami berjalan menuju ke bahagian garden. Di sinilah kami diminta membeli tiket untuk Ariff & Adam, sebab hari ni ada musical fountain. €8 seorang untuk yang berumur 6 tahun hingga 17 tahun. Kalau dewasa €9.50, tetapi kami tak perlu bayar lagi sebab memegang tiket full access (dipanggil passport).
Bangunan istana Versailles yang diambil dari salah satu kolam menghala ke garden.
Jalan kaki lagi dan kami tiba di perkarangan yang memisahkan kawasan istana dengan Garden of Versailles - kompleks garden yang sebenar. Yang tadi kami dah jalan dalam 200 meter tu baru pra-pra aje.
Kawasan garden yang mula-mula ni dinamakan Garden & Grove. Dalam ni ada macam-macam grove tapi kami tak sempat pun nak tengok semua. Tersangat luas.
Akhirnya jumpalah satu stall dalam ni. Makan sandwich cheese dan aiskrim je. Jadilah sekadar untuk alas perut, sebab pagi tadi dah makan nasi kat rumah.
Aiskrim dia lembut dan sedap. €2.50 satu, kalau tak silaplah.
Aiskrim dia lembut dan sedap. €2.50 satu, kalau tak silaplah.
Lepas dah makan, ajak budak-budak untuk berjalan semula. Sampai di area sini masing-masing minta berhenti dulu. Dalam hati kitorang dok fikir satu trianon pun belum sampai lagi. Kat sana ada Grand Trianon, Petit Trianon dan Marie Antoinette Estate. Kat sanalah baru nampak kecantikan sebenar taman-taman Versailles.
Sementara budak-budak main kejar-kejar burung merpati area sini dan memerhatikan angsa dan itik di kolam berdekatan, aku ambil beberapa keping gambar lagi dari sini.
Kemudian kami sambung berjalan lagi lebih kurang 10 ke 15 minit, dan bila semak peta di handphone, rupanya jauh lagi kedudukan trianon tersebut. Jam dah pun hampir 3 petang dan kami perlu menaiki bas untuk ke London pada malam ini. Jadi, kami ambil keputusan untuk berpatah balik sahaja. Macam nilah bila travel dengan kanak-kanak, terpaksa melupakan itinerary yang dirancangkan kerana kita perlu bertimbangrasa dengan kemampuan dan minat mereka.
Kami jalan sampai area sini sahaja. Ikutkan tak sampai 20% daripada Garden Versailles yang kami cover. Di hujung jalan sana kita kena belok kiri barulah jumpa Petit Trianon. Masuk dalam lagi akan jumpa Grand Trianon. Paling-paling pun 20 minit jalan kaki dari sini.
Sekurang-kurangnya mereka masih ada mood untuk bergambar. Itupun umpan on the way balik janji kena beli aiskrim tadi lagi sekali.
Mamanya pun nak jugak join.
On the way jalan kaki balik, singgah stall tadi untuk beli aiskrim.
Lebih kurang jam 3.30 petang kami melangkah keluar dari kompleks istana ini. Hanya 1/4 sahaja yang kami sempat explore. Kami juga tak mahu bergerak terlalu lambat sebab malam ni kami perlu menaiki bas untuk ke London. Tak mahu episod tertinggal bas seperti tahun lepas berulang kembali.
Catatan yang selanjutnya akan bersambung dalam next entri.
this is among the msian travel blog so far .. in term of pictures and story telling tq
ReplyDeletesalam zunaidi. tak adalah, banyak lagi blog traveller-traveller otai di luar sana yang dah menang macam-macam award. saya ni beginner sangat dalam memblog. anyway thanks for your nice words.
DeleteSangat seronok membaca travelog tuan...bnyak info2 menarik dan berguna dapat dijadikan panduan untuk bawa family kesana nanti...terima kasih tuan....
ReplyDeletesama-sama tuan. saya juga banyak mengambil manfaat dari tulisan orang lain sebelum ini ;)
Deletepic sume pkai dslr yer?
ReplyDeleteYa, saya guna Nikon
Deletei think that location is most beauty full from all of them that you visit . specially first 2 or 3 pictures.
ReplyDeleteGatwick airport cheap parking
Thanks for this post. I really enjoy your point of view on this topic.
ReplyDeletesaxenda injection malaysia
aesthetic clinic in kl
chemical peel procedure in malaysia