EUROPE TRIP DAY02 PART 2: LIVERPOOL

Anfield, Liverpool Stadium.

Catatan hari ketiga ini adalah sambungan daripada Part 1.

Kami meninggalkan Old Trafford pada pukul 11.30 AM, empat jam sebelum perlawanan Manchester United v Aston Villa akan berlangsung. Memang aku fan United dari zaman sekolah, tapi aku bukanlah jenis suka spend banyak pada kelab bola ni. Baju jersi ori pun tak pernah beli. But, am I a true fan? I guess yes. Aku boleh cerita berapa appearance Paul Scholes untuk United, aku kenal bukan setakat manager yang menang semua ketiga-tiga UCL untuk United, aku juga boleh cakap Ryan Giggs tak pernah letak bola masa nak ambil corner pakai tangan, dan aku kenal bukan sahaja Ronaldo, Beckham, George Best & Sir Bobby Charlton, malah aku boleh cerita tentang Duncan Edwards dan Dennis Irwin – dan pelbagai fakta rare yang kebanyakan plactic fan tak tahu. Sembang pasal bola ni menarik, tapi nak jumpa true fan tu susah menjadikan tak seronok sangat nak sembang. The reality is, setiap kelab memang ada jenis fan suam-suam kuku ni.

Yang aku tahu, penyokong Liverpool ni jarang yang plastic. Mostly true fan. Biasanya fan kelab yang jarang-jarang menang cup ni diorang memang betul-betul minat. Dekat Malaysia ni ramai juga fan yang macam ni, biasanya abang-abang otai yang ikut bola England zaman 80an – diorang ni ada yang minat West Ham, Newcastle, Aston Villa dan lain-lain.

Samalah dengan sorang yang ikut trip kali ni, memang peminat tegar Liverpool dia ni. Biasanya fan Liverpool dan Man United ni pantang jumpa. Ada je nak mengena. Aku jenis tak ambil pusing sangat pasal ni, walaupun aku tahu bagi sesetengah orang bergurau lebih-lebih pasal team kesayangan diorang boleh buat gaduh. Memang ada orang macam ni. Bagi aku, kita perlu respect kawan lebih daripada kita respect kelab yang kita sokong – ini akan membantu kita berfikiran terbuka bila kena troll dan tidak berlebih-lebih bila nak troll kelab orang lain. Lagi bagus kalau kita boleh recognize kejayaan team rival, congratulate them atau encourage them to try harder next time.

Masa Liverpool finished second behind United, season 2008-09, aku cakap kat kawan aku – “Apa yang Liverpool capai tahun ini adalah incredible memandangkan team Liverpool takde depth macam MU. Rafa Benitez should get enough credit for what he’s achieved this season. Tahniah dan cuba lagi, semoga nasib akan lebih baik season hadapan”. Kawan aku cakap ‘wow, macam tak percaya fan MU cakap macam ni. Ke menganjing ni?’. Aku taklaa menganjing, tapi kalau iya pun, sekurang-kurangnya itu lebih baik dari Rafa Benitez yang enggan congratulate Man United pada masa tu.

Perjalanan ke Liverpool dari Old Trafford mengambil masa lebih kurang 50 minit. Dekat je. Semasa travel tempat baru, 50 minit perjalanan ni sangat sekejap sebenarnya.

Signboard Liverpool mula kelihatan sejak dari Manchester lagi. Nampak sangat dekat je Liverpool ni dari Manchester. Berjiran je. 

ETA masih seperti yang dirancangkan dalam itinerary.

Liverpool adalah sebuah bandar pelabuhan. Kalau tempat kita boleh bayangkan macam Pelabuhan Klanglah. Tapi, dari segi port, Klang punya port berganda lebih besar. Liverpool kelihatan hanya seperti sebuah pekan lama. Walaupun nampak lama, tapi kebersihannya memang boleh dikagumi. Kawasan kaki lima rumah kedai sungguh bersih dan kemas. 

Macam nilah rupa kawasan perumahan berhampiran bandar Liverpool.

Walaupun bangunan lama, tapi kawasannya sungguh terjaga dan bersih.

Kami memandu untuk parking di sebelah Stadium Anfield di bahagian centenary stand. Kami datang dari Anfield Road, coordinate memang dah set tepat-tepat dah kat kawasan parking, tapi pintu pagar untuk masuk ke Centenary Stand ditutup. Terpaksalah kami pusing stadium melalui jalan yang agak jauh dan akhirnya baru jumpa pintu masuk untuk parking. Rupanya bila semak dalam Google Street View, memang pintu pagar dari arah Anfield Road selalu ditutup. Kalau korang nak datang, dinasihatkan awal-awal ambil jalan Walton Breck Road (A5089) supaya tak tercari-cari pintu masuk. Kami rugi dalam 10 minit nak cari pintu masuk ni sebab banyak bahagian jalan di sini one way. Jauh juga untuk berpusing balik (tambah tak tahu simpang mana yang paling mudah untuk ke seberang stadium sebelah lagi satu).

Kawasan parking ni memang free bila non-matchday. Kalau hari matchday ini adalah kawasan parking player Liverpool. Tempat kereta siapalah aku parking ni. Kedatangan kami adalah sehari selepas hari memperingati peristiwa Hillsborough Tragedy yang meragut 96 nyawa penyokong Liverpool (15 April 1989). Nasib baik juga sehari selepas, sebab kalau pada hari memperingati kejadian tu, stadium tour ditutup.

Centenary Stand. Kelihatan group tour sebelum kami baru nak masuk. Juga kelihatan ada banyak jambangan bunga diletakkan sempena memperingati 96 orang mangsa Tragedi Hillsborough.


Sebaik sahaja parking, kami berpecah. Basir belanja aku tiket Liverpool tour sementara wife dan Faten jalan-jalan dulu kawasan sekitar stadium. Boleh lepak di kafe juga. Ikutkan aku nak suruh Faten je ikut Basir, tapi Basir kata biarlah peminat bola yang masuk. Baru ada nilai appresiasi. Nak masuk semua buat rugi je. Tiket berharga £17 seorang, aku dah tolong Basir belikan online. Tiket boleh dibeli di sini.

Jam 12.45PM aku dan Basir terus pergi register ke bahagian melapor diri untuk tour pukul 1. Kami diberikan slip pengesahan dan diminta tunggu di luar stadium berhadapan statue Bill Shankly. Sementara menunggu kami layan bergambar di depan papan iklan utama stadium ni. Walaupun tak segah Old Trafford, tapi Anfield adalah stadium yang mempunyai auranya yang tersendiri.

Ini dia rupa tiket Anfield Tour. Ingatkan kalau lawa boleh simpan.

Lepas ambil tiket, terjumpa wife & Faten semula depan Liverpool Store. 


Kau tengok muka Basir tu. Ni contoh riak muka happy tak terkata. 

Simbolik bergambar depan The Kop stand: Kami datang untuk menakluk.

Tepat pukul 1 petang tour pun bermula. Guide tour kami hari ni adalah Jack & Robert. Memang otai habis diorang ni. Knowledgeable and they really looked doing their job with full of passion. Tour bermula di depan statue Bill Shankly, dan kemudian kami dibawa masuk melalui Centenary Stand. Masa ni Main Stand Anfield tengah construction . Baru je construction ni siap. Banyak ruang tarikan utama di Anfield ni di sebelah Main Stand seperti ruang persalinan utama, dan yang paling Basir rasa ralat – lorong kecil yang ada sign ‘This is Anfield’.

Dari Centenary Stand kami di bawa ke dalam Stadium, ruang VIP, ruang penonton, dan seterusnya ke bahagian padang. Memang hebat betullah cara diorang jaga padang bola. Dan baru aku tahu rupanya bermula 2015, rumput di Anfield ni adalah campuran daripada 97% natural grass + 3% artificial grass. Teknologi ini membolehkan padang tahan lebih baik, dan boleh digunakan untuk lebih banyak perlawanan (sehingga 3 kali lebih banyak) daripada padang yang menggunakan rumput natural yang biasa. Groundsman jaga rumput ni macam gunting rambut kepala, milimeter perfect lah ukuran dia.

Nasib baik kat sini pun ada signage ni. Tak ori pun takpelah. Yang ori tak boleh access sebab construction.

New manager in da house.

Lawa betul padang dia. Kelihatan main stand yang dalam pembinaan ketika ini. 

Dalam stadium juga ada jambangan bunga diletakkan sempena memperingati tragedi Hillsborough.

Jauh menung bang. Tengah fikir, agaknya bilalah Liverpool nak menang EPL ni. One fine day, it will happen..

Bersama penyokong cilik dari Norway. Ok, aku tipu.. tak tahu pun diorang ni dari mana..

Liverpool Museum. Lima buah UCL dalam Museum. Kalau true Liverpool fan, boleh bagitahu yang mana original dan bukan replica? Obviously, yang sebelah Basir tu adalah orginal. Diberikan permanently kepada Liverpool semasa memenanginya pada tahun 2005. Hanya lima kelab pernah menerima trophy ini tanpa perlu pulangkan balik. Liverpool adalah yang kelima dan terakhir.
Ok, aku mengaku menyesal tak bergambar di sini.

Yes, ada Manchester United dalam list tu. Engraved for our 1999 UCL glory. Hampir sahaja nama Bayern Munich yang tercatat di situ. Only football fan yang tahu cerita. Trophy ni original, awarded permanently by UEFA.

Museum Liverpool mempunyai satu segmen yang dinamakan Steven Gerrard Collection. Ni semua jersi yang Stevie G punya personal collection.

Jersi yang dipakai Gerrard berserta medal yang diterima Stevie G semasa final UCL 2005.

Selepas tour, singgah Liverpool Store dan membeli sedikit cenderamata. Dan bergambar di hadapan Paisley Gateway. You'll never walk alone gateway xdapat access jugak sebab construction. Aku sempat beli jersi kat store Liverpool, tapi bukan untuk diri sendiri - ada orang pesan. 

In the meanwhile, diorang lepak kat kafe stadium Liverpool. Bila tanya best ke tak? Jawapannya adalah wifi laju. I take it as best gile lah tu.


Kami meninggalkan Anfield lebih kurang pada pukul 2.45PM. Destinasi seterusnya adalah Masjim Abdullah Quillam, masjid tertua di England. Masjid ini mempunyai sejarah yang unik kerana setelah ia dibuka pada tahun 1887 (di tempat lain), ia dipindahkan ke bangunan sekarang pada tahun 1889, tetapi setelah Abdullah Quillam meninggalkan England, anaknya tidak mampu meneruskan operasi kerana kekurangan dana pada masa itu dan masjid bersejarah itu terpaksa ditutup. Hanya selepas lebih 100 tahun kemudian, pada tahun 2014, masjid ini dibuka semula setelah banyak kerja-kerja pembaharuan dan pembaikpulihan dilakukan. 

Ketika kami singgah untuk bersolat, kawasan wudhuk lelaki masih belum siap sepenuhnya. Kami tak pasti sama ada tiada heater atau pun kami yang tak jumpa suis (memang tak cari suis pun sebab kami je yang nak berwudhuk). Maka berwudhuklah kami dengan air sejuk persis air batu sejuknya.




Ruang solat lelaki. Ruang ini mempunyai heater yang secukupnya untuk keselesaan para jemaah.


Pintu masuk utama Masjid Abdullah Quilliam. Pintu di sebelah kanan tu pula adalah access ke ruang solat perempuan.

Kami meninggalkan Liverpool untuk ke Cotswold. Pemandangan di sepanjang perjalanan adalah antara yang tercantik sepanjang trip kami kali ni. Cerita dan gambar akan bersambung di bahagian akan datang.

CONVERSATION

1 comments:

  1. Kita parking di Skipper's lot, No. 14 - Jordan Henderson.

    ReplyDelete

Back
to top