VIDEO : EUROPE TRIP PART 1 - UNITED KINGDOM

Sampai hari ni aku masih terasa penat menulis cerita tentang kejadian di London, jadi sementara aku mencari masa untuk sambung penulisan entri hari berikutnya, aku postkan video ringkas perjalanan kami setakat beberapa hari di UK.



Aku bukan pandai sangat bab video ni, baru nak belajar sikit-sikit. Maaf atas kualiti rakaman yang agak tidak memuaskan. Mungkin trip akan datang aku kena beli stablizer monopod untuk DSLR. Rakaman di atas hasil dari DSLR Nikon, Iphone wife & camcorder paling basic dari Panasonic. Bolehlah untuk diabadikan sebagai kenangan hari tua. 

CONVERSATION

12 comments:

  1. Salam Encik Zahid,

    Saya akan ke sana pada hujung tahun ini turun di airport heathrow dan balik pun di airport yg sama. adakah sy perlu membayar any cukai sebelum pergi? Sy juga akan ke paris, amsterdam, belgium & swiss. Jd sy nk double confirm berkenaan airport tax yg perlu dibayar. Sbb kawan sy flight turun ke paris, tp dia kena bayar airport tax RM350 (kata nya cukai untuk round europe). Harap En dapat membantu persoalan sy ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam RY. Semua airport tax sepatutnya sudah termasuk di dalam tiket kapal terbang, ianya tertera ketika kita membeli tiket. Jika kita beli dari airline yang well established, sepatutnya begitulah. Harga akhir yang dibayar ketika membayar tiket sepatutnya dah termasuk dengan airport tax ni. Tiada bayaran tambahan ketika mahu meninggalkan negara tersebut.

      Tentang kawan awak yang kena bayar airport tax RM350 di Paris sebagai cukai round europe tu tak pernah saya dengar. Cukai airport selalunya kita bayar melalui tiket kapal terbang tu je.

      Delete
    2. Jadi sy tak perlu risau berkenaan apa2 bayaran lah kan? Sy risau kalau tak lepas nk fly nnt just in case ada bayaran yg mcm kawan sy ckp kena bayar tu. Terima kasih jawab persoalan sy :)

      Delete
    3. sepatutnya begitulah.. saya tak pernah alami dan saya juga tak pernah dengar siapa-siapa dikenakan bayaran semasa nak keluar dari negara tu.

      awak beli tiket airlines mana?

      Delete
  2. Saya beli emirates turun di heathrow. Untuk trip kali ni saya akan pergi berdua, nak minta pendapat En Zahid. Mode of transport apa yang paling convenience untuk travel? Saya check global pass mahal sgt tak berbaloi rasa nya sorang dalam 2.5k-3k. Since setiap negara sy cuma akan stay 2-3 hari shj. Cadang nya nak naik train/bas sahaja. Cuma untuk bas makan masa panjang sbb saya pergi masa winter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Global pass mmg mahal kalau tak fully utilized. Awak pergi berapa negara. Banyak faktor utk dipertimbangkan seperti jarak antara negara/bandar yang awak kunjungi. Perjalanan bas yang panjang, kalau awak ambil bas malam, tak terasa sangat pun. Lagi pun dah boleh jimat kos penginapan malam tu.

      Kalau ada bajet lebih dan nak sampai lebih cepat, trainlah yg paling sesuai. Tak pun utk bandar yang jauh boleh guna easyjet.

      Delete
    2. Sy akan pg 4 negara (paris, swiss, amsterdam & belgium). Kalau sy check tic train utk 2 pax paris ke swiss around rm400++ mcm tu. Plan pun mmg nak naik bas mlm jimat accomodation.

      Di swiss sy plan nak naik mount titlis. Tp nak tanya ticket better beli in advance dari sini atau pergi sana boleh beli dkt sana senang? Sbb kalau boleh sy tak nak terikat & rushing dari satu tmpt ke satu tmpt.

      Boleh tahu masa En Zahid ke sana dulu berapa lama ambil masa untuk plan trip, transport etc? Terima kasih sudi jawab soalan2 sy.

      Delete
    3. Saya check dulu mt titlis ni sama je harga beli kat sana atau beli online. Sebab kami tak nak terikat dengan masa dan takut last minute nak tukar naik gunung lain ke, kami tak beli online.

      Saya plan dulu terlebih awal. Setahun lebih dah start plan secara kasar. Yang detailnya lepas beli tiket flight, kira2 7 bulan sebelum. Tapi buat sikit-sikitlah. Keep on google jadi sentiasa ada info baru kita dapat.

      Delete
  3. Sy nak tanya pendapat en zahid, flight sy dari kul-lhr akan smpi pukul 6.30ptg. Sy plan sampai terus ambil bas ke paris. Bas ke paris pukul 11.30 mlm (last bus). Dari airport ke station victoria coach sy plan nk ambil pukul 10mlm memandangkan perjalanan dlm 45min shj. Agak2 rushing tak? Sy risau takut flight delay akan jejaskan perjalanan. Lg satu masa trip ke sana en zahid ambil insurans apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikutkan, ada lima jam sebelum bas bertolak. Kalau flight on time dan urusan imigresen dan luggage tak ada masalah, sepatutnya sempat. Tapi, macam-macam boleh jadi, so agak berisiko. Memang rushing. Kalau dari airport untuk ke Victoria Station guna train, dari station train tu kena jalan kaki lagi ke station bus.

      Insuranse saya ambil AXA Travel Insurance.

      Delete
  4. Rasa better sy turun ke london dulu tido semalaman next day baru bertolak ke paris atau mcm perancangan diatas? Minta pendapat en zahid, mana yg lg better?

    Boleh tahu berapa cost insurance? Insurans cover tak ya utk flight delay/kalau booking yg kita dah buat tp terjejas sbb flight delay etc?

    Bagi insurans pula, en zahid beli through agent atau pergi sendiri ke HQ di kl?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 8kut personal opinion, saya akan stay dulu kat London semalaman. Esok pagi boleh jalan² London sekejap then malamnya ambil bas ke Paris.

      Delete

Back
to top