EUROPE TRIP DAY03 PART 1: LONDON

Di perkarangan BnB kami. Bersih dan sangat tenang, rindunya!

Ini adalah catatan hari ketiga dalam siri Europe trip kami kali ini. Klik di sini untuk membaca catatan hari sebelumnya.

Pagi di Hounslow

Waktu kami booking BnB di Hounslow ni memang dah duly noted, ada review mengatakan terlalu dekat dengan airport ni bunyi kapal terbang all the time, nak-nak Heathrow ni among the busiest airport in the world. Tapi sebab BnB ni agak murah dan terletak berhampiran kota London so kami proceed booking di sini. Added value kawasan ni adalah free parking dan wifi.

Sepanjang kami memandu di kawasan Hounslow ni macam kawasan ni ada ramai orang islam. Ada masjid yang agak besar dan banyak kedai-kedai Pakistan kelihatan di sepanjang jalan. Selain tu terdapat Tesco Express, Sainsburys dan Asda malahan Primark, H&M & Clarks pun ada buka outlet di sini. Memang semuanya walking distance sahaja dari BnB kami. Waktu booking beberapa bulan sebelum tu wife dah plan macam-macam nak jalan kaki ke semua tempat ni. Nak cari strawberry la, beli sayur-sayur nak masak la. Keseronokan pilih BnB sebagai penginapan ni kami dapat menggunakan kitchen dia. Tapi sampai-sampai sini pun dah jam berapa, tu pun ada hati nak keluar untuk tengok night view kat tengah London. Nasib tak jadi, badan pun perlukan rehat jugak.

Hah, ni la kapalterbang, snap dari tingkap rumah Irene, dekat je macam atas rumah aje.. tapi bunyinye takdelah annoying mana.. tidur kami pun masih lena. Maybe sebab penat sangat pun.

Bangun-bangun pagi, ikut itinerary hari ni kami akan cover main attractions di London, tapi sebelum tu kena hantar kereta sewa dulu, sebab malamnya kami akan menaiki bas yang berjaya di purchase dengan harga cuma £1, yes u heard that right. £1 aje. Tapi satu seat jelah dapat rate tu, lagi 3 seats harga £16, pun masih murah sebab beli awal dua bulan.


Selepas mandi, sempat video call untuk bercakap dengan anak-anak di Malaysia. Kami dah install skype di handphone nenek diorang so boleh bervideo call dengan free. Seronoknya dapat tengok diorang depan mata dan melepas rindu walau jaraknya beribu batu.

Pagi itu kami bersarapan nasi lemak Brahim's. Kena isi perut kenyang-kenyang dulu.Kalau dah seronok berjalan makan pun boleh lupa. Tapi kalau dengan anak-anak, waktu makan antara yang paling penting untuk dititik beratkan, keberjayaan trip dikira apabila mood anak-anak ok. Dan mood yang ok bersangkut paut dengan perut yang kenyang. Ikutkan waktu pergi Hong Kong dengan anak-anak dulu, macam dah tak berapa boleh go dengan Brahim's dah, tapi kali ni sedap pulak rasa nasi lemaknya, dimakan panas-panas. Irene & Katia belum kelihatan, biasalah hari Ahad dan jam pun baru dalam pukul lapan pagi. Mungkin masih belum bangun atau saja memberikan peluang kami menggunakan dapur dahulu. So memang macam rumah tu kami yang punye la. Tapi kami diperhatikan oleh kucing tuan rumah, tak sempat nak interview nama dia. Kami panggil dia kucing CCTV. Ada je kat mana-mana. Masuk bilik dia follow, turun dapur dia follow.

Sebelum keluar nak tinggalkan rumah, kami pastikan semuanya berada dalam keadaan bersih dan tersusun. Ketika travel di luar, kita bukan sahaja membawa nama Malaysia, tetapi juga nama baik agama kita. Biarlah orang bukan Islam pandang orang Islam ni pembersih seperti yang diajarkan dalam agama kita.

Kucing CCTV yang tak berapa mesra muka serious je tapi suka menyebok tengok apa kitorang buat. 

Dining table kat tepi tu penuh dengan paket-paket hot chocolate, English tea, dan roti yang dibuat sendiri oleh Katia. Nampak tak nasi lemak Brahims atas meja tu.

Living hall BnB kami. Penuh permainan anak dia, Tak berpeluang nak bersembang sangat walaupun serumah dengan host sebab kami sampai malam dan pepagi dah keluar semula.

Morning stroll, kapalterbang atas kepala aje.


Sesekali test portrait lens dari Canon. Tapi bila dah travel, memang kau takkan ade masa sangat nak handle sampai dua kamera. 

Aku dan wife sejurus selepas memulangkan kunci dan bid goodbye to BnB Host, Katia.

Hantar pulang kereta sewa.

Dalam perjalanan ke Holiday Inn, kami perlu singgah untuk mengisi minyak terlebih dahulu. Kami perlu pastikan minyak berada pada level yang lebih atau sekurang-kurangnya sama dengan keadaan ketika kami mengambilnya. Ada option untuk untuk pulangkan dengan keadaan tangki kosong tapi perlu topup harga kereta sewa £10. Masa ambil kereta tu aku agak minyak dalam tu tak sampai £10 kot, so aku tak ambil. Terma ni berbeza mengikut syarikat sewa kereta. Kebanyakan syarikat lain menawarkan ambil full & return full. Konsepnya sama sahaja - tiada benda free dalam dunia ni.

Memandangkan kami nak ke stesen minyak terlebih dahulu, aku gunakan Waze instead of Here - guna data untuk cari stesen minyak terdekat. Aku isi minyak £9 (punya tak nak rugi sebab tak ambil offer £10 tu) dan meter minyak menunjukkan level yang tinggi sedikit dari semasa kereta diambil. Jadilah. Sebab dah guna Waze, aku teruslah taip Holiday Inn Heathrow untuk ke tempat Green Motion. Dan aku pun ikut sahaja guide yang diberikan. Sekali sampai, rupa-rupanya kami dah datang ke Holiday Inn yang salah. Rupanya ada banyak Holiday Inn berdekatan dengan Heathrow ni. Patutlah masa lalu tadi jalan tak sama langsung dengan jalan yang dilalui hari tu. Sepatutnya kami stick menggunakan koordinat tu, agak rugi masa kami tersesat sebab menuju ke Holiday Inn yang salah.

Sebelum pulangkan kereta kami parking dulu dan cek satu body kereta awal-awal takut ada kesan calar yang kami terbuat sepanjang pemanduan. Time ni memang berdebar maklumlah pengalaman pertama memandu kereta sewa. Aku dropkan Basir dan Faten di depan Holiday Inn manakala aku dan wife pergi parking kereta di tempat inspection. Kat sana siap ada car wash, setiap kereta yang dipulangkan terus masuk ke bahagian untuk dicuci, memang efisien la. Proses pemulangan pun berjalan lancar walaupun mengambil masa yang agak lama dan kami perlu isi beberapa borang lagi sebelum semuanya selesai.

Kereta Peugeot 308 yang berjasa selama dua hari. Kereta kotor sebab hujan pada hari pertama. Tapi kami pastikan bahagian dalam dibersihkan dahulu sebelum kereta dipulangkan.

Sempat juga aku tanya kat staff Green Motion, kalau pandu kereta terlebih sedikit di kawasan yang ada speed trap, macam lebih 5 mph macam tu boleh kena saman ke. Dia cakap biasanya lebih sikit-sikit tak kena, tapi kalau ada dia akan inform dan caj dalam kad kredit. First part jawapan tu macam lega dah, dengar yang second part tu gulp jugalah. Kami berdoa supaya takde la saman-saman yang kami dapat selepas pulangkan kereta tu. Alhamdulillah, memang tak kena.

 Sementara menunggu tu kami bertembung dengan delegasi dari MAS satu bas yang menginap di Holiday Inn tersebut. Malaysia di mana-mana.

Uber pertama kami di London

Destinasi kami seterusnya adalah untuk ke Victoria Coach Station. Ada beberapa pilihan untuk ke sana, kalau naik train banyak sangat kena bertukar sebab nak ke train station pun kena naik bas dulu. Kalau naik teksi, harganya terlalu mahal. Maka alternatifnya adalah Uber. Aku memang dah install Uber dalam handphone dan register nombor kad kredit. Semua dah ready.

Cuma ada satu masalah - aku kehabisan data. Tak perasan semalam ada pasang hotspot, wife dah terlebih guna. Lagi pun £5 simkad ni kalau tak silap Gifgaff bagi 250MB sahaja. Simkad Basir & Faten pula, langsung kami tak tahu macamana nak beli data. Wifi hotel pula ada password. Maka aku terpaksalaa beratur di reception untuk minta kalau-kalau boleh dapat password wifi. Lama pula nak beratur ni, ada ramai tetamu dan setiap seorang lama pulak layanannya. Akhirnya tiba giliran aku, terus receptionist tu berikan sepotong kertas yang dah tersedia ada password wifi. Kena log in dan valid untuk 24 jam.

Dekat 20 minit aku beratur nak dapatkan kertas ni.

Selesai masalah sambungan internet, masalah lain pula datang. Bila request driver kat dalam Uber tu, nampak seolah-olah kereta Uber tu dah dekat. Tapi tak sampai-sampai. ETA asalnya 5 minit, kemudian jadi 10 minit. Aku tak sabar lalu cuba tekan button contact driver dalam Uber. Option pertama cuba hantar sms, dapat auto reply dari Uber kata 'Sorry, your driver is currently messaging another user. Please wait until they're headed your way or call them to get in touch'. So aku cuba call, langsung tak masuk talian.

Resah juga sebab timing dah lari banyak dari itinerary awal. Aku tekan butan cancel dan request driver sekali lagi dalam apps Uber. Dapat kereta yang sama dengan yang tadi. Nampak kereta tu dalam map tak ada rupa macam menghala ke sini. Cancel lagi sekali, dan kali ni bila request balik dapat kereta Skoda, pemandunya bernama Khaja Masoud. Alhamdulillah, tak sampai 10 minit dia sampai di perkarangan hotel.

Khaja berasal dari Kazakhstan tapi dilahirkan di Amsterdam. Dah lebih 10 tahun dia berada di UK bersama abangnya mencari rezeki. Keluarganya yang lain tinggal di Amsterdam. Katanya, di UK banyak peluang pekerjaan dan lebih seronok berbanding di negara asal, kami memperkenalkan diri sebagai orang Malaysia. Nasiblah dia kenal Malaysia, sebuah negara Islam yang maju katanya, bangga jugak kami.

Kalau ikut perancangan, waktu ETA tu kami dah berada di Tower Bridge. 

Kos Uber pada hari ini, dari Holiday Inn M4 Heathrow ke Victoria Coach Station. Kos seorang £6.50. Lebih murah dan lebih mudah daripada menaiki train. Cuma pastikan ada internet ready kat handphone.

Cerita tentang perjalanan ke beberapa tempat attraction di London akan aku sambung dalam entri yang seterusnya

CONVERSATION

2 comments:

  1. saya cuba cari aptment yg tuan ambil di london tp x jumpa. boleh bagi link tak.. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni rumah kitorang duduk tu:

      https://www.airbnb.com/rooms/5266466

      Delete

Back
to top