EUROPE TRIP DAY02 PART 3: BOURTON-ON-THE-WATER

Somewhere in Cotswolds.

Catatan hari ketiga ini adalah sambungan daripada Part 2.

Kami meninggalkan Masjid Abdullah Quilliam dengan satu perasaan bersyukur kerana dapat menunaikan solat dalam keadaan yang selesa. Bagi aku yang pernah membaca kisah perjalanan hidup dan kerja dakwah Abdullah Quilliam, dapat bersolat di sini menginsafkan aku tentang betapa besarnya jasa dan pengorbanan mereka yang membuka jalan dakwah dalam keadaan masyarakat yang tidak mengenal Islam langsung. Sheikhul Islam Abdullah Quilliam (gelaran yang diberikan oleh Sultan Abdul Hamid ll, sultan terakhir empayar Othmaniyah) merupakan native British pertama yang direkodkan memeluk Islam, dan orang pertama juga menubuhkan institusi agama islam di England, bertempat di Liverpool.

Syeikh Abdullah Quilliam. Photo credit: abdullahquilliam.com

Pada tahun 1888, beliau secara rasmi  mengisytiharkan (declare) keislaman beliau, pada ketika berumur 32 tahun. Sejak dari itu, beliau mula berdakwah dan berjaya mengislamkan 50 orang dalam tempoh dua tahun pertama. Kerja ini sudah tentu bukanlah mudah dalam keadaan Islam terlalu asing di sana. Menghadapi tekanan dan ugutan, malahan cubaan mengakibatkan kecederaan fizikal pada beliau dan jemaah tidak mematahkan semangat beliau. Melalui Abdullah Quilliam Soceity (asalnya adalah Liverpool Muslim Institute), sehingga hujung tahun 1897 (hampir 10 tahun), bilangan mereka yang memeluk Islam dan berdaftar dengan institusi ini hanyalah 152 orang sahaja. Hari ini, bilangan penganut Islam di United Kingdom sudah mencecah 3 juta orang (dengan lebih 50% adalah mereka yang dilahirkan di luar UK).

Syeikhul Islam Abdullah Quilliam meninggal sebagai H.M. Leon (Harun Mustapha Leon - ada beberapa teori kenapa beliau menukar nama beliau) pada tahun 1932 dan dikebumikan di Woking, West Surrey, England. Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama para anbiya’, auliya’ dan syuhada’, InsyaAllah.

Destinasi kami seterusnya adalah Bourton-on-the-Water, dalam daerah Cotswolds. Cotswolds terkenal dengan bangunan-bangunan dan pekan lama serta ia masih mengekalkan suasana seperti England pada beberapa ratus tahun yang dahulu – kecuali ada kereta, itu pun tak banyak sebab jalan pun kecil. Kalau ada masa, boleh juga melawat beberapa stesen keretapi steam dalam Cotswolds yang masih beroperasi sebagai tarikan pelancong. Kalau bawa anak-anak yang minat Thomas & Friends, memang sesuai sangatlah.

Hari ni kami tidak mempunyai banyak masa, maka kami putuskan untuk ke Bourton-on-the-water dan juga Bibury sebelum bertolak balik ke London. Bourton-on-the-water adalah sebuah pekan lama yang di tengah-tengahnya mempunyai sungai yang sangat jernih dan ia diserikan lagi dengan kehadiran kawanan itik –itik comel dan bersih. Aku pun tak pasti macamana itik ni boleh bersih berkilat berbanding itik-itik kat Malaysia ni.

Perjalanan dari Liverpool ke Bourton-on-the-Water mengambil masa yang agak lama, kira-kira tiga jam. Dan sedikit sahaja laluan highway untuk ke Cotswolds dan selebihnya lalu jalan countryside dan kadang-kadang jalan yang sangat kecil. Speed limit juga berbeza-beza antara 40 mph hingga 60 mph (65 hingga 95 kmh), namun jalan ini tak banyak kamera seperti di highway.

Walaupun jalan kecil dan tidak boleh memandu laju, tetapi pemandangan di kiri-kanan jalan adalah tersangat cantik. Bagi aku ini adalah kali pertama melihat apa yang dikatakan kecantikan alam yang tak habis-habis. Biasanya aku pegi satu-satu tempat yang cantik, contohnya pantai di pulau ke, habis round pantai tu itulah kawasan yang cantik tu. Yang selepas tu dah jadi pemandangan yang biasa-biasa saja. Tapi di sini, sepanjang tiga jam memandu, perasaan terpegun tidak habis-habis. Langsung tidak ada rasa mengantuk, walaupun kami daripada pagi lagi sudah keluar dan beraktiviti.
Makan pun alas perut dengan roti sahaja. Belum ada tempat sesuai untuk makan bekalan makanan yang diberikan oleh Zuhalmy & Mas.

Ladang biri-biri, kuda, lembu dan juga tanaman seperti gandum dan canola sungguh luas dan cantik. Sungguh mempersonakan. Lagi best, kadang-kadang ada arnab liar melintas depan kereta. Risau sungguh kalau terlanggar. Ada sesekali arnab liar ni lari dari kereta kita dia tak jumpa lubang untuk dia masuk sebab semak tepi jalan terlalu tebal maka dia berlari-lari arnab (macam melompat-lompat tu) dari kereta sampai dia jumpa tempat persembunyian yang dia rasa selamat. Comel sangat. Kami rasa hari itu adalah hari kami paling banyak sebut subhanAllah.

Brace yourself, loads of images ahead.



Kalau tengok live ni, dah macam scene dalam siri kanak-kanak Teletubbies. Tunggu jugak 4 makhluk pujaan budak tu keluar tapi takde.

Padang rumput kosong dengan sepohon pokok sebagai subjek pun aku rasa cantik.

Ladang kambing biri-biri yang sememangnya sangat banyak sepanjang perjalanan.



Matahari menyinari ladang bunga canola. Pokok canola ni belum berbunga sepenuhnya.


Saujana mata memandang..



Salah satu pekan yang dilalui ketika dalam perjalanan ke Bourton-on-the-Water.



Sudah menghampiri Bourton-on-the-Water.
Semua gambar-gambar semasa drive ni - kalau dari kamera DSLR aku adalah ketika Basir drive. Kalau aku drive, Basir lebih suka menikmati pemandangan dan merekod video berbanding mengambil gambar. 

Sebenarnya mengambil gambar menggunakan DSLR dari dalam kereta semasa kereta bergerak ada tips dan setting yang perlu diikuti. Kalau pakai setting auto memang susah sikit nak dapat capture apa yang kita kehendaki. Kalau ada masa nanti InsyaAllah aku akan menulis tentang ini. Buat masa sekarang perlu concentrate nak tulis tentang trip ni dulu.

Akhirnya kami tiba di Bourton-on-the-Water. Rupanya kereta VW Golf yang kami follow sejak sejam yang lepas pun menuju ke sini. Sampai sudah gambar yang aku ambil ada kereta tu kat depan. 


Senang je parking di sini. Mungkin juga sebab kami sampai dah lambat. Kalau tak silap percuma untuk tiga jam pertama.



Peaceful. Can you feel it?

The other side

Oh Itik, bersihnya kau.

Cantik juga orang Korea ni ambilkan gambar kami.

Sebab dia ambil cantik jadi kami minta dia tolong ambil satu lagi menghadap di sebelah yang lain pula.

Kasi chancelah bergambar ala-ala honeymoon ni ;p

Slot drama Akasia.


Ketika kami sedang seronok bergambar dan merakam video, tiba-tiba hujan turun. Eh, bukan hujan.. saljilaa. Bagi aku dengan wife yang memang belum pernah jumpa salji original ni memang jakun sekejap. Basir & Faten tak heran sebab dulu pernah main ski kat Beijing. Kami ni pernah main salji tiruan je kat i-city. Memang rezeki berjumpa salji petang tu, walau pun tak lebat. Sampai dah tak ingat sejuk.

Faten & Wife minta tolong ambilkan gambar melompat. Ni semua terpengaruh dengan gambar orang lain lah ni. Layankan aje. Sebenarnya nak rekod boomerang je. Tengah seronok diorang melompat atas jambatan sungai tu dua tiga kali, Faten tercampak sebelah glove dia dalam sungai. Rupanya nampak je macam tenang, sebenarnya arus dia laju juga. Sekejap je glove tu makin jauh.

Pada masa ni Basir yang gentleman tu berlari masuk dalam sungai untuk menyelamatkan glove isteri tersayang. Sejuk gila kot air dia. Orang putih yang lalu lalang tu tengok kitorang siap cakap 'he'll be freezing cold'. Oh, sebelum tu nasib baik dia sempat fikir untuk bukak kasut dan stokin.


Gambar tak sharp sebab terlalu spontan. Nak suruh dia stay lama lagi dalam tu tak sampai hati pulak.

Ingatkan boleh tulis habis sehingga Bibury, tapi nampaknya aku kena stop sini dulu. Mungkin aku akan create next part atau akan update entri ni sahaja untuk sambungan aktiviti hari kedua kami.

Stay tuned..

++++++++++++++++++++++++++

Sambungan dari entri Bourton-on-the-Water

Selepas hampir sejam di sini, kami bergerak ke Bibury pula dengan perasaan yang sungguh puas hati. Tak sia-sia masukkan itinerary untuk ke sini sebelum balik ke London walaupun perjalanan menjadi sedikit jauh. Ikutkan lagi seronok kalau sampai lebih awal di Bourton-on-the-Water ni, bolehlah jalan-jalan kedai cenderamata dekat sini.

Waktu kami meninggalkan BOTW, jam sudah pun 7.45PM. Hari masih cerah sebab dalam bulan April ni pukul 8 lebih baru masuk maghrib. Untung juga hari siang yang panjang, boleh jalan-jalan lama sikit. Jarak perjalanan dari BOTW ke Bibury cuma mengambil masa setengah jam.

Bibury merupakan antara kampung paling cantik dalam Cotswolds. Dan di sini terletak sebuah lorong perumahan yang dikenalpasti sebagai deretan rumah yang tertua di England masih didiami sehingga sekarang - Arlington Row. Bangunan rumah itu mula didiami sejak kurun ke-17, tetapi bangunan itu sebenarnya dibina jauh lebih awal - pada tahun 1380! Pada asalnya ia merupakan stor bulu kambing (wool) yang kemudiannya diconvert menjadi tempat kediaman kepada penenun. Berdasarkan sejarah zaman medieval, english wool adalah antara wool yang terbaik dan mendapat permintaan tinggi dari negara eropah yang lain.

Bibury was once described by William Morris (1834-96) as "the most beautiful village in England". In fact, Fox News says that Bibury is one of the world's most picturesque villages, and an article on the Huffington Post website (1st May 2014), titled "The Most Charming Towns In Europe You'll Want To Visit ASAP", mentioned Bibury. -Bibury.com

Kami cuma target untuk ke Arlington Row memandangkan hari sudah hampir gelap. Ikutkan beberapa lagi tarikan lain di Bibury ni - ada Bibury Trout Farm dan beberapa kawasan sekitar St Mary Church yang sangat picturesque. Parking di sini free untuk tiga jam pertama. Waktu kami sampai, ada sekumpulan pelawat about to leave the scene. Dan selepas itu cuma kami je di situ.

Dalam perjalanan ke Bibury. Hari dah mula nak gelap.

Dalam perjalanan sempat berhenti di tepi ladang biri-biri. Luas betul ladangnya. Biri-biri di kampung saya dibela dalam kandang kecil dan bersesak-sesak. Agaknya bukan orang Malaysia sahaja mengimpikan untuk tinggal di UK, kambing Malaysia pun sama. 

Sungai Coln yang merupakan salah satu punca Sungai Thames.

Pejabat Pos Bibury.

Inilah deretan rumah yang dikatakan tertua di England.

The famous yellow car was there. Want to know how famous this car is? Read these coverages - The Telegraph, Daily Mail, The Mirror & BBC.


Tiada mangsa untuk dijadikan photographer. Wefie sajelah. Nak keluarkan tripod pun dah malas sebab dah gelap time ni.



Hari sudahpun semakin gelap,  tengok jam rupanya dah pukul 8.45PM. Gambar di atas tu semuanya guna ISO tinggi, so tak nampak gelap sangat. Kalau zoom nampak noise teruk tu. Kami pun terus bergerak ke destinasi seterusnya - tempat menginap malam ini di Houslow, London. Kedudukan Hounslow adalah begitu hampir dengan Heathrow. Perjalanan memakan masa sejam empat puluh lima minit. Masa ni aku pun tak tahu macamana masih bertenaga, jadi aku offer untuk drive all the way. Basir memang kurang prefer untuk drive malam, even kat Malaysia pun. 

Dalam perjalanan ni ada lalu highway dan buat pertama kali kami kena bayar tol £4.80 (highway dari Cambridge ke Liverpool kami tak jumpa tol). Semasa di Bourton-on-the-Water tadi aku dah SMS host BnB malam ni yang kami mungkin akan terlambat sedikit. Host BnB, Irene & Katia kata dia tak kisah since dia memang tinggal di rumah yang sama. 

Kami tiba di Hounslow pada pukul 10.30 PM. Kami disambut Irene dalam keadaan memakai gown tidur sahaja (nasib orangnya tak seksi mana) dan dia mengalihkan sedikit keretanya supaya aku boleh parking depan rumah. Orangnya sangat friendly. Pengalaman pertama berjumpa host, baru aku tahu bagaimana mereka melayan tetamu. Mula-mula mereka memperkenalkan ahli rumah tu, Katia dan anak dia, kemudian mereka tunjukkan semua bahagian dalam rumah yang tetamu boleh access, dan apa barang yang boleh guna. Macam rumah Irene & Katia ni, dia beri kebenaran kami guna semua kelengkapan dapur, kalau nak tengok tv pun boleh. irene siap offer kami baguette dan beberapa pastry di dapur (Katia adalah seorang pastry chef).

Bilik kami di tingkat dua dan setakat itu sahaja limit kami. Tingkat tiga adalah bilik tuan rumah. Bagi kami ini sudah lebih dari mencukupi kerana tujuan kami datang ke sini adalah untuk berjalan-jalan dan bukan untuk memerap dalam rumah atau hotel. Kos semalaman sewa di sini untuk kami berempat adalah €81. Kiranya €20 sekepala. Semua tempahan accomodation aku seragamkan buat dalam Euro - senang nak kira.

Kami pun naik ke bilik yang memuatkan dua katil queen dalam tu, siap dengan complimentary coffee, tea, hot choc & jam. Turut disertakan adalah map london dan oyster ticket, sekiranya kami perlukan hanya perlu top up aje (since kami singgah untuk bermalam sahaja so kami tak dapat nak guna oyster card tu, kalau tak bila pula nak pulangkan balik). Kiranya macam duduk dalam bilik hotel. Diorang ada bela kucing, wife memang suka kucing, tapi dia allergic dengan bulu kucing, so sepanjang malam tu matanya merah dan asik terbersin aje. Bekalan ubat-ubatan memang dia dah standby pun. Mujur tak melarat. Nak bercuti ni faktor kesihatan pun perlu dititik beratkan, bekalan ubat-ubatan basic memang kena bawak sebab nak cari farmasi satu hal, dan harganya pun jauh lebih mahal dari harga di Malaysia. Tambahan pula, undang-undang di sana menetapkan ubat-ubatan ini tidak boleh diprescribe dengan mudah. Wife memang dah prepare satu pouch penuh dengan keperluan ubat siap ubat arang sakit perut, panadol, pain killer, minyak angin, analgesic cream kalau cramp semua ada. Memang terbaiklah persiapan dia. Dan syukur ke hadrat Allah yang tentu-tentunya, kami sihat sepanjang keberadaan kami di sana.

Wife & Faten panaskan makanan yang ditapau oleh Mas pagi tu dengan microwave dekat kitchen, dan kami buka serunding-serunding yang dibekalkan oleh Mak Ngah (ibu Faten), sampai empat jenis serunding Mak Ngah buat untuk Faten. Daging, ikan, udang dengan apa entah, semuanya sedap-sedap. Ada yang kami dah ratah separuh masa dalam kereta on the way ke sini. Cerita sedih pasal serunding ni pun ada lepas ni. Nanti aku sambung. Cerita makanan pun banyak part jugak. Lepas kekenyangan, kami membersihkan diri, pindahkan gambar ke dalam laptop untuk kosongkan memory card dalam camera, bersembang-sembang, solat dan akhirnya terus terlena sampai ke pagi.

Maaf tiada gambar malam ni kerana dah terlalu penat. Esok sahajalah ambil gambar.

Tips tempah BnB

Sedikit tips bila menempah rumah tumpangan melalui AirBnB. Bagi mereka yang bercadang untuk tour Europe menggunakan kereta sewa macam kami, satu perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah parking. Terutama bila memilih rumah tumpangan berhampiran dengan bandar. Parking adalah sangat limited di kebanyakan bandar di eropah. Selain daripada mahal, parking di perkarangan residen tanpa ada pelekat yang dibenarkan juga boleh dikenakan saman (bergantung kepada peraturan sesebuah bandar). 

Dengan menempah rumah tumpangan melalui AirBnB, kita boleh filter carian kita dengan memilih option 'free parking on premises'. Booking.com & Agoda juga ada option ini, tapi perlu berhati-hati kadang-kadang dia letak 'parking on premises available, charges may be applied'. 

Aku suka survey dan settlekan masalah 'nak parking di mana' awal-awal lagi supaya tidak banyak masa dibazirkan kerana mencari tempat parking. 

Tamat sudah cerita hari kedua. Jumpa lagi dalam entri hari ketiga nanti..

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top