[PARIS LONDON 2017] DAY11 DARI PARIS KE KUALA LUMPUR
Eiffel Tower di hari terakhir kami di Paris. Cuaca masih juga sama seperti semalam.
Catatan hari sebelum ini boleh dicapai di sini.
Hari ini merupakan hari ke-11 trip Paris London kami kali ini, yang juga merupakan hari terakhir. Flight kami dijadualkan akan berlepas pada jam 10.40PM, jadi kami mempunyai separuh hari untuk berjalan-jalan di sekitar Paris. Pada perkiraan aku, paling lambat kami perlu bergerak ke airport adalah pada jam 4.00 petang. Dua jam diperlukan untuk persiapan berangkat, final packing dan mengemas rumah supaya ditinggalkan dalam keadaan yang sama seperti waktu kami check-in. Jadi, paling lambat kami perlu berada di apartment sebelum jam 2 petang.
[PARIS LONDON 2017] DAY10 JALAN-JALAN PARIS
View bandaraya Paris dari tingkat 2 Eiffel Tower.
Catatan hari ke-sembilan boleh dicapai di sini.
Hari ke-sepuluh, Sabtu 10 Mei 2017. Pagi ini kami bangun agak lambat. Lepas solat subuh lebih kurang pada pukul 5 pagi, masing-masing menyambung rehat. Kepenatan bermain sakan di Disneyland semalam masih lagi terasa. Badan pula seakan sakit-sakit dek kerana berjalan, berdiri dan mendukung kanak-kanak pada masa yang lama.
Penat macama mana pun, lebih kurang pukul 9 pagi kami bangun bersiap juga. Pagi ni family aku ada tiket naik ke Eiffel Tower pukul 11.00 pagi. Mandi dan sediakan sarapan labih kurang untuk alas perut. Cuaca di luar tak berapa menggalakkan, tapi memandangkan tiket sudah dibeli dan masanya sudaah fix, tiada pilihan lain kalau tak nak rugi.
Tiket untuk naik ke Eiffel Tour ni aku beli online di sini. Boleh lihat harga, opening times dan lain-lain maklumat di sini. Aku cuma beli untuk ke tingkat dua sahaja, bahagian pertengahan menara. Harga satu tiket untuk dewasa adalah €11 dan untuk kanak-kanak berumur 4-11adalah €4. Harga tahun ni dah naik jadi €16 untuk dewasa, manakala tiket kanak-kanak masih tidak berubah.
[PARIS LONDON 2017] DAY09 DISNEYLAND PARIS!!
Disneyland Paris
Catatan hari ke-lapan boleh dicapai di sini.
Maaf lama tak update blog, alhamdulillah aku dan isteri telah berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada 14 - 25 Feb yang lepas. Dan selepas itu pulak ada terlalu banyak komitmen kerja dan urusan yang perlu diselesaikan.
Hari ke-sembilan, Jumaat 5 Mei 2017. Sama seperti bas ketika ke London minggu lepas, bas ke Paris kami kali ini juga melintasi Selat Inggeris melalui tunnel dan bukannya feri. Untuk rehat secukupnya, laluan tunnel adalah lebih baik sebab kita tak perlu turun dari bas ketika sejam setengah melintasi selat ini. Kalau menaiki feri, ketika bas berada di atas feri, kita diarahkan turun untuk lepak atas feri. Kalau macam kami ni dengan anak-anak kecil, memang elok sangatlah lalu ikut tunnel.
Kami tiba di stesen bas Bercy pada pukul 8 pagi. Dari sini kami berjalan menuju ke station metro terdekat, stesen Bercy. Memang senang sebab dari sini kami cuma perlu menaiki metro tanpa bertukar stesen untuk ke Dupleix. Di Dupleix, kami berjumpa Alex sekali lagi untuk mengambil kunci rumahnya.
Dari segi susunan itinerary, sebenarnya hari ini kurang sesuai untuk ke Disneyland Paris kerana kami baru sangat tiba dari London. Satu faktor yang kurang sesuai adalah dari segi rushing. Dari turun bas kena ambil metro ke apartment, simpan barang, mandi, breakfast dan lepas tu baru keluar. Pukul berapa nak sampai Disneyland.
Faktor kedua yang perlu difikirkan adalah kepenatan. Tidur dalam bas bukanlah sama seperti tidur atas katil apartment, dengan kena gilir-gilir memangku anak kecil, diganggu pula kena turun dua kali untuk pemeriksaan imigresen. Tetapi, kami tidak mempunyai banyak pilihan lain kerana flight balik ke Malaysia adalah pada hari Ahad. Untuk pergi pada hari hujung minggu bukanlah satu pilihan yang bijak kerana pengunjung pada hari Sabtu & Ahad akan meningkat sekurang-kurangnya dua kali ganda. Maka, kami pun melupakan kepenatan dan membeli tiket Disneyland untuk hari Jumaat itu juga.
Buat pengetahuan korang yang mungkin tak tahu. Disney ada bangunkan Apps "Disneyland Paris" untuk mengetahui estimated wait times untuk each attractions, ada interactive maps, boleh tahu ride apa yang closed for refurbishment (maintenance), boleh check rides yang mana anak kau boleh naik (ada height restriction) boleh view entertainment schedule sebab ada banyak persembahan yang best untuk kau tengok dan pilih. Pendek kata sangat memudahkan. Macam kami yang pergi sehari tapi cover dua tempat terus ni begitu penting untuk kami pilih, persembahan apa yang paling dekat dihati anak-anak. Macam frozen tu sebabkan anak kami lelaki, walaupun katanya best, kami terpaksa skip, dan kami pilih untuk menonton Star Wars performance instead. Kebetulan pulak minggu aku pergi tu memang minggu star wars. Kami pergi tu sehari selepas May the forth. Kebetulan tahun 2017 adalah ulangtahun Disneyland Paris ke 25. Jadi aura magical tu macam terlebih pulak. Aku dan wife dah download apps ni awal-awal. Wife pun dah siap test beberapa bulan lebih awal untuk menjustifykan hari apa yang paling kurang orang bertandang ke Disneyland. Selalunya over the weekend, masa beratur boleh mencecah 60 sehingga 90 minit terutama ketika musim panas, jadi agak rugi la buang masa untuk beratur dan dapat cover berapa rides je. Buatlah perancangan rapi nanti ya.
Sedikit tips untuk memburu tiket diskaun atau promosi untuk ke Disneyland, terutamanya bagi kita yang hanya nak membeli tiket masuk ke theme park sahaja, tidak termasuk hotel Disneyland. Ada beberapa website yang menjual tiket Disneyland pada harga lebih murah berbanding harga promosi di website Disneyland sendiri. Aku membandingkan harga di beberapa website dan akhirnya memilih untuk membeli dari AttractionTix.co.uk. Banyak dapat jimat, £18 untuk tiket dewasa dan £17 untuk tiket kanak-kanak. Semua sekali penjimatan untuk lima tiket dewasa dan dua tiket kanak-kanak adalah £124, banyak tu. Antara website lain yang korang boleh survey sebelum membuat tempahan adalah 365ticket.com dan isango.com. Ada banyak lagi, boleh google sendiri tapi pastikan website tu genuine ya, jangan beli dari scammer pulak. Diskaun dari ejen ticket ini berbeza-beza mengikut masa, ko kena rajin sikitlah check dari masa ke semasa. Ada masanya harga dia jadi lebih kurang je dengan harga di website rasmi Disneyland Paris.
Tiket Disneyland Paris ni dibahagikan kepada tiga jenis mengikut hari. Ada hari yang dimark sebagai mini, magic atau pun super magic.Pembahagian ini dibuat berdasarkan low, high and peak season. Pemegang tiket Super Magic boleh pergi any date, pemegang tiket Magic boleh pergi hari yang mark sebagai magic atau mini, manakala pemegang tiket mini boleh pergi pada hari yang ditanda sebagai mini sahaja. Sebab tulah tiket mini yang paling murah. Alhamdulillah, hari kami pergi tu jatuh pada hari mini, jadi kami boleh beli tiket mini sahaja. Kalau korang nak tahu tarikh yang korang nak pergi tu kena beli tiket apa, boleh check di website Disneyland Paris.
[PARIS LONDON 2017] DAY08 JALAN-JALAN LONDON PART 3
Small birthday celebration at Hyde Park.
Catatan hari ke-tujuh boleh dicapai di sini.
Hari ke-lapan, Khamis 4 May 2017. Hari ini merupakan hari terakhir kami di London. Malam nanti kami akan bergerak ke Paris dengan menaiki bas. Pagi ni kami breakfast dengan lebihan spagethi malam tadi. Semua pekakasan memasak dah dikemaskan dan lebihan makanan pun kami simpan elok-elok dalam kabinat BnB ni. Sedekah untuk next guest, itupun bagi siapa yang makan beras. Kami perlu kurangkan berat bag untuk memudahkan kami bergerak.
Pagi ni kami keluar awal sikit dari semalam, lebih kurang pukul 9 pagi. Tempat pertama yang kami tuju adalah ke Victoria Coach Station, untuk meninggalkan luggage. Kalau nak bawa bag-bag ni berjalan pusing London memang kerja gila, dengan nak jaga anak-anak lagi mana nak enjoy lagi. Seperti yang aku ceritakan tahun lepas, tempat simpan luggage di Victoria Coach Station ni antara yang paling murah di London. Kalau di train station biasanya lebih mahal. Antara tempat lain yang aku dengar murah juga adalah di library, tapi tak digalakkan sebab kemudahan tu sebenarnya disediakan untuk mereka yang pergi library sahaja (walaupun tak dinyatakan begitu).
[PARIS LONDON 2017] DAY07 JALAN-JALAN LONDON PART 2
Hari ke-tujuh,
Rabu 3 May 2017. Setelah malam tadi makan nasi arab berlaukkan fillet ikan dari
Sainsbury, pagi ni kami makan makanan yang sama untuk breakfast. Wife buatkan
sedikit sandwich telur untuk plan berpicnic di Hyde Park. Cadangnya nak buat
mini celebration untuk birthday Aryan sebab dua minggu lepas tak sempat buat makan-makan
pun sebab kelam kabut nak siapkan kerja sebelum cuti panjang.
Plan hari ni,
pagi melawat Emirates Stadium. Mira & Irsyad peminat Arsenal, jadi
alang-alang dah ada kat London itinerary ni memang wajib le. Lepas tu nak ke
Natural History Museum yang gah di London ni dan kemudiannya bercadang untuk
berpicnic di Hyde Park.
Hari ni sama
seperti semalam, kami keluar rumah hampir pukul 10 pagi. Korang jangan contohi
sikap ni ya, rugi sangat dah datang jauh-jauh keluar lambat. Kami ni dengan
bilik air satu, nak menyiapkan kanak-kanak dan baby, lepas tu nak siapkan
makanan untuk bekal makan tengah hari lagi, so boleh laa dimaafkan (alasan semata..).
Kalau nak tido dan bermalas-malasan baik tak payah datang jalan sampai sini,
ambil cuti dan duduk jelaa kat Malaysia.
So, dari Camden
station kami menaiki tube ke King Cross station dan bertukar ke line Piccadilly
dan seterusnya turun di Holloway Road station untuk ke Emirates Stadium. Dari Holloway
Road station ni kena jalan kaki beberapa minit dah boleh nampak Emirates
Stadium dari celah-celah bangunan. Macam nilah bila stadium di tengah-tengah
bandar, sekelilingnya dipenuhi bangunan lain yang padat, jadi tak nampak gah
seperti mana yang kami pernah lawat Old Trafford dan Anfield tahun lepas.
Ketika berjalan kaki dari apartment ke Camden underground station. Selain sampah yang dalam bungkusan menanti untuk dikutip oleh lori, lain dari itu kaki lima ni langsung tak ada sampah walaupun kawasan ni bukanlah kawasan elit.
Rasanya belum ada lagi gambar kami dalam train kat London ni.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Popular Posts
-
Kembara Europe 6 Negara dengan kos RM5,400/pax. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menulis catatan perjalanan trip tahun lepa...
-
Tower Bridge of London. Catatan hari ke-lima boleh dicapai di sini . Hari ke-enam, Selasa 2 May 2017. Pagi ni kami bangun pagi d...
-
Kita berjumpa lagi, Eiffel Tower. Pemandangan hari pertama kami di Paris - Eiffel Tower dari Wall of Peace.
-
Aktiviti hari ketiga - Jalan-jalan London. Catatan hari ketiga ini adalah sambungan daripada Part 1 . Kami tiba di Victoria Coach ...
-
Disneyland Paris Catatan hari ke-lapan boleh dicapai di sini . Maaf lama tak update blog, alhamdulillah aku dan isteri telah berangka...
-
Europe Trip Day04: Paris!! Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini . Perjalanan Merentas Selat Inggeris Dalam bas ka...
-
Di perkarangan BnB kami. Bersih dan sangat tenang, rindunya! Ini adalah catatan hari ketiga dalam siri Europe trip kami kali ini. Klik ...
-
Engelberg, sebuah pekan kecil di mana terletaknya stesen cable car untuk ke Mount Titlis. Catatan hari sebelumnya boleh dibaca di sin...
-
Pierre Herme di La Vallee Village, Paris. Catatan ini adalah kesinambungan dari entri sebelum ini . Isnin, 25 April 2016. Basir ten...
-
Lake of Love (Minnewaterpark), Bruges Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini - Europe Trip Day04: PARIS . Selasa, 19 A...

Labels
- amsterdam
- belgium
- bercuti di paris
- blausee
- bruges
- cuti-cuti brugge
- cuti-cuti europe
- cuti-cuti giethoorn
- disneyland
- europe trip
- family
- featured
- germany travel
- giethoorn
- heidelberg
- hongkong
- interlaken
- jalan-jalan manchester
- jalan-jalan netherlands
- keukenhof
- lauterbrunnen
- london
- lucerne
- photography
- rheinfall
- travel dengan anak
- trip paris dengan anak
- tulips
