KRABI & PHUKET 2019 - PART V - Sarapan Pagi Tradisi Thai & Pulang ke Malaysia

Laksa Thai - cuma 25baht di gerai di tepi jalan.


Hari ke-4, Sabtu 27 April 2019.

Hari ni merupakan hari terakhir di Krabi. Flight pulang ke Malaysia agak awal, jam 11 pagi. Kami cuma plan untuk menghabiskan waktu pagi ni dengan mencari sarapan cara orang Thai. Dah beberapa hari kami sarapan cara Malaysia walaupun berada di Thailand.

Tak jauh dari gerai makcik Yaminlah semalam, ada satu gerai kampung yang agak usang rupanya, tapi bersih. Nampak ramai orang beratur membeli sarapan pagi di sini, kami pun singgah. Bau ayam goreng semerbak, lagi buat bertambah lapar.


Aku pun tak pasti apa nama kedai ni, lagi pun ownernya tak pandai cakap melayu walau sepatah. Harga pun guna jari sahaja. Nasib baik ada juga pelanggan lain yang singgah yang tahu cakap Melayu jadi translator.

Apa yang best makan di gerai yang macam ni, harga dia sangatlah murah. Satu set lengkap nasi goreng dan lauk ayam cuma sekitar 25-30 baht. Ayam goreng 15baht. Seronok betul makan, boleh rasa macam-macam jenis makanan tradisi di Thailand yang kurang dipopularkan, tapi tetap sedap.

Air teh ais dan milo ais dia pun sedap. Samada milo di Thailand ni rasa dia tak sama dengan pasaran Malaysia atau pun campuran susu pekat yang berbeza aku tak pasti. Yang pasti memang pekat rasa coklat dia.

Gerai tidak bernama. Nampak peniaga muslim maka kami pun cuba.

Ayam goreng berempah 15baht (~RM2) seketul.  

Ramai sangat orang singgah gerai dia, kebanyakannya tapau bawa balik. Meja dia pun ada empat buah je.

Style bungkus bihun ni mengimbau memori zaman kanak-kanak betul. Tambah bihun kaler pink tu. Masa tahun 1990an bihun kaler pink ni masih ada dijual di Kelantan. Sekarang aku dah lama tak nampak.

Nasi ayam dia pun 25baht je. Boleh tahan sedap. Dia guna beras yang macam beras pulut tu.

Kuih-muih thai ni tak jauh beza dengan kuih-muih Malaysia. 

Laksa Thai. 


Nasi goreng siap dengan lauk ni pun semuanya 30baht sahaja. Ada yang siap lauk ayam/daging + telur lagi. Portion banyak, rasa pun sedap. 

Jam 9 pagi, kami pun bergerak menuju airport Krabi. Singgah isi petrol ketika hampir tiba di airport, sebab polisi pemulangan kereta adalah full to full. Proses memulangkan kereta berjalan dengan lancar. Pegawai ThaiRent tu cuma tengok keliling kereta sekejap sahaja dan terus sign borang terima kereta dalam keadaan baik. Aku boleh bagi review 5 star untuk ThaiRent - murah, kereta baru, dan proses yang sangat mudah dan tiada caj yang bukan-bukan.

Proses selanjutnya berjalan lancar. Flight on time dan kabi tiba di Malaysia dengan selamat.

Aku tidak bercadang untuk membentangkan detail bajet dan itinerary untuk trip Krabi ni sebab ianya terlalu simple dan sememangnya sudah banyak blog bercerita tentangnya. Lagi pun trip ni memang sekejap sangat untuk korang jadikan panduan. Kalau trip europe tu aku semangat sikit nak sahre detail sebab ramai yang minta.

Sehingga berjumpa lagi di entri akan datang - Melbourne 2019! (Dah tahun 2020 kau baru nak cerita tentang Melbourne 2019).

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top