Lake of Love (Minnewaterpark), Bruges
Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini - Europe Trip Day04: PARIS.
Selasa, 19 April 2016. Pagi ini kami bangun solat subuh pada pukul 5 pagi, dan kemudiannya terus mengemas dan bersiap. Barang-barang perlu dikemaskan dengan baik, sebab separuh daripadanya perlu ditinggalkan di apartment Alex. Nasib baiklah host BnB yang baik hati ini benarkan kami tinggalkan barang di sini, kalau tak aku pun tak pasti macamana nak angkut semua barang ni masuk kereta Ford Fiesta. Masa kat Malaysia hari tu aku dengan wife siap pergi tengok kereta Ford Fiesta kat showroom, untuk pastikan bonetnya cukup untuk menampung bag kami berempat. Tapi itu belum mengambilkira beg yang terberanak semasa di Primark London tempoh hari.
Sambil mengemas, kami masak nasi dan panaskan lauk. Sarapan pagi ni kami sempat masak sardin, malam tadi sempat singgah kedai runcit untuk membeli bawang. Diserikan dengan jus oren dari kedai yang sama. Harga cuma €2 seliter, tetapi dia punya pekat memang terbaik. Sedap punya pasal sampai lupa nak ambil gambar.
Antara kelebihan kedudukan rumah Alex ni adalah kedudukan kedai runcit, kedai buah-buahan dan restoran halal semuanya tak sampai lima minit jalan kaki. Kalau tinggal lebih lama pun seronok juga, dapatlah rasa macam orang Paris. Memang seronok bila boleh tinggal lebih lama di satu-satu bandar, kita akan terasa lebih terbiasa dan blend dengan suasana bandar tu. Tapi bagi kami yang pertama kali sampai Europe, fokus utama adalah untuk visit seberapa banyak tempat. Untuk Paris, kami tak rasa ralat sangat, sebab nanti kami akan kembali ke sini semula dalam masa seminggu. Contoh yang paling dekat adalah London tempoh hari, sehari di London memang tersangat suntuk. Memang kena pergi lagi. London, mung tunggu aku datang.
Kami bersarapan dengan makanan berat, sebab dalam perjalanan nanti kami nak elakkan buang masa untuk makan di restoran. Dalam perjalanan nanti kami akan alas perut dengan roti dan juga makanan signature di Belgium. Bila seronok berjalan, tak terasa lapar sangat pun. Tapi yang penting, sarapan mesti heavy untuk bekalan tenaga sepanjang hari nanti.
Sambil bersiap, kami hubungi anak-anak di Malaysia dengan menggunakan Skype - boleh buat video call dengan lancar. Rata-rata internet di BnB yang kami singgah speednya tak kurang daripada 30mbps - ada yang sampai 100mbps. Seronok dapat tengok anak-anak depan mata, sampai tak terasa sangat pun sedang berada jauh beribu batu. Dalam sehari, asal jumpa free wifi, kami akan cuba video call, tapi everytime tu juga kami akan check waktu di Malaysia sekarang pukul berapa.
Ambil kereta di Europcar Paris Gare Montparnasse
Dalam pukul 8 pagi, aku dan Basir keluar untuk mengambil kereta di Gare Montparnasse - salah satu international train station di Paris. Aku pilih ambil kereta di sini sebab ia agak senang untuk didatangi dari arah Dupleix dan boleh diconsider paling dekat. Ada beberapa blog menulis bahawa, mengambil kereta di train station ataupun airport akan jadi mahal sebab kena bayar airport/train station surcharge. Daripada apa yang aku jumpa dan bandingkan, sebenarnya tempat paling jimat untuk menyewa kereta adalah sama ada di airport atau di train station. Mungkin aku akan tuliskan satu entri khas untuk kongsikan apa yang aku jumpa ini.
Dari Dupleix ke Gare Montparnasse, kami cuma perlu menaiki metro tanpa perlu bertukar haluan - ia cuma dipisahkan oleh lima station. Dalam 10 minit kami dah sampai. Keluar dari Metro Station kami terus naik ke tingkat dua untuk ke kaunter Europecar di Hall Pasteur. Agak tersorok juga, nasib baik kami dah study kedudukan kaunter Europecar ini melalui map yang didownload di website mereka.
Sama seperti di London tempoh hari, kami menempah kereta melalui Economycarrentals.com. Setelah dibandingkan antara banyak-banyak website, termasuk website Europecar sendiri, harga daripada Economycarrentals adalah yang terbaik - malahan bezanya hampir separuh. Kali ni kami turut membeli zero excess insurance memandangkan tempoh sewa lebih lama. Kami juga tambah bayaran untuk second driver. Dekat UK hari tu gamble je Basir drive tanpa declare dekat company sewa kereta, alhamdulillah tak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Urusan di Europecar berjalan lancar. Aku & Basir perlu menunjukkan International Driving Permit (IDP) - Alhamdulillah kami dah bersedia. Walaupun banyak juga blogger dari Malaysia beritahu yang kita tidak perlu menunjukkan IDP untuk sewa kereta di Paris, tetapi undang-undang baru sejak 2015 sebenarnya memerlukan penyewa kereta selain dari Eropah untuk menunjukkan IDP. Walaupun dalam kebanyakan kes mereka hanya lepaskan sahaja, tetapi ada juga kami baca pengalaman penyewa di Tripadvisor yang memberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan menyewa kereta di Paris kerana tiada IDP. So, betterlah sediakan awal-awal. Tak mahal mana pun, cuma RM150 di kaunter JPJ berdekatan anda. Boleh juga buat di kaunter JPJ UTC.
Kami diberikan Citroen C3 berbanding Ford Fiesta yang ditempah. Memang jodoh kami dengan kereta buatan Perancis untuk trip kali ni. Dekat London hari tu tempah Ford Focus, tapi dapat Peugeot 308.
Tempat mengambil kereta adalah di tempat parking Hotel Pullman, bangunan bersebelahan train station Gare Montparnasse. Ketika keluar dari train station ni, aku keluar side yang salah, jadi dah terbazir masa mencari Hotel Pullman. Nasib baik ada orang tunjukkan. Dah jumpa Hotel Pullman, kami terus ke level B4, di mana Europcar menyimpan kereta sewa mereka. Sampai di sana, kami dapati pejabat mereka berkunci. Kelihatan banyak petak parking yang sudah direserved untuk Europecar.
Lalu kami cuba ke bahagian belakang dan terjumpa seorang staff Europecar sedang membersihkan kereta. Kami memberitahu yang kami ingin mengambil kereta, tapi staff ini tak bercakap apa. Daripada bahasa isyaratnya, kami faham yang dia suruh kami tunggu di hadapan pejabat. Lama juga kami tunggu, lepas satu kereta, kereta lain pula yang dibasuhnya. Naik hairan juga, takkan staff Europcar ni tak reti nak layan customer dahulu. Kami pergi semula untuk minta dipercepatkan, rupanya dia langsung tak tahu cakap english. Entah apa yang dicakapnya dalam french. Tapi kami dapat agak dia bukanlah staff yang akan memberikan kami kunci kereta.
Lebih setengah jam menunggu,aku cakap kat Basir suruh dia tunggu di sini, aku pergi ke kaunter Europecar semula. Kali ni baru jumpa jalan shortcut dari Pullman ke untuk terus masuk ke Pasteur Hall Gare Montparnasse. Ada jejantas yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini rupanya. Sampai di kaunter, aku komplain dengan nada yang agak tidak puas hati kerana dibiarkan menunggu lama tanpa layanan di pejabat serahan kunci kereta. Staff di situ meminta maaf dan memberitahu bahawa staff bertugas keluar bersarapan dan sudah pun dalam perjalanan. Aku tanya berapa lama lagi, katanya staff tersebut baru sahaja meninggalkan tempat ini dan sedang berjalan kaki ke tempat parking kereta.
Aku pun cepat-cepat berpatah balik untuk ke tempat parking. Baru dalam 100 meter macam tu, staff di kaunter tadi berlari memanggil aku - rupanya kawan dia tadi tertinggal kunci kereta di kaunter. Huh, rupanya memang ditakdirkan aku datang untuk ambil kunci kereta sendiri. Sampai di tempat parking aku nampak staff tadi dengan tiada gaya rasa bersalah atau say sorry terus bawakan kami ke tempat kereta Citroen C3. Sedikit kecil rasanya daripada Ford Fiesta. Aku cuba argue tapi dia keep mentioned this car is same class with Fiesta. Dan memang diorang tak ada kereta lain dah untuk kelas ni. Aku ada baca, kalau argue juga silap-silap kita akan dapat kereta yang lebih besar dalam kelas yang berbeza tanpa bayaran tambahan. Tapi, memandangkan kami sudah terbazir masa lebih dua jam untuk mengambil kereta, maka aku lupakan jelah hasrat nak minta kereta lain.
Citroen C3 ni sama kelas dengan MyVi, cuma pemanduannya lebih stabil sebab lebih berat, memang kereta Eropah kebiasaannya macam nilah. Bonet dia hanya lebih besar sedikit dari MyVi, nasib baiklah Alex benarkan kami tinggalkan hampir separuh daripada barang kami di rumah dia. Kalau tak confirm kena keluar kos lebih untuk upgrade kereta. Kos sewa kereta di Paris ni €185.50, untuk sewaan unlimited mileage selama tujuh hari, termasuk kos untuk additional driver. Aku rasa ini adalah rate paling rendah yang aku jumpa, kalau tak tambah additional driver, kos cuma dalam €140. Kalau korang boleh share apa-apa penemuan korang dari website lain yang lebih kompetitif, sangatlah dialu-alukan.
Nota:
Aku asalnya dah tempah dengan Avis, hampir €300 kosnya walhal belum ditambah additional driver. Tetapi setelah jumpa web Economycarrentals.com, aku batalkan tempahan (Avis tidak kenakan apa-apa caj pembatalan, malahan semasa tempahan pun tiada caj awal yang dikenakan, kesemuanya perlu dibayar di kaunter). Pada permulaan tempahan dengan Economycarrentals, lebih kurang empat bulan sebelum trip, aku dapat book pada harga harga €240, sudah termasuk additional driver.
Syukur pada Tuhan, lebih kurang dua bulan sebelum trip aku terasa ingin check rate di Economycarrentals sekali lagi, kali ni harganya jauh lebih murah, €185.50 – kereta yang sama, seorang additional driver dan pendek kata semua samalah. Rupanya, tempahan kereta di web ini tak semestinya paling awal kita akan dapat harga paling murah. Dah jumpa harga lebih murah, aku batalkan tempahan yang sebelum ini dan buat tempahan baru (Economycarrentals pulangkan bayaran 10% pendahuluan ke dalam kad kredit aku dalam masa seminggu dari tarikh pembatalan).
Lebih setengah jam menunggu,aku cakap kat Basir suruh dia tunggu di sini, aku pergi ke kaunter Europecar semula. Kali ni baru jumpa jalan shortcut dari Pullman ke untuk terus masuk ke Pasteur Hall Gare Montparnasse. Ada jejantas yang menghubungkan kedua-dua bangunan ini rupanya. Sampai di kaunter, aku komplain dengan nada yang agak tidak puas hati kerana dibiarkan menunggu lama tanpa layanan di pejabat serahan kunci kereta. Staff di situ meminta maaf dan memberitahu bahawa staff bertugas keluar bersarapan dan sudah pun dalam perjalanan. Aku tanya berapa lama lagi, katanya staff tersebut baru sahaja meninggalkan tempat ini dan sedang berjalan kaki ke tempat parking kereta.
Aku pun cepat-cepat berpatah balik untuk ke tempat parking. Baru dalam 100 meter macam tu, staff di kaunter tadi berlari memanggil aku - rupanya kawan dia tadi tertinggal kunci kereta di kaunter. Huh, rupanya memang ditakdirkan aku datang untuk ambil kunci kereta sendiri. Sampai di tempat parking aku nampak staff tadi dengan tiada gaya rasa bersalah atau say sorry terus bawakan kami ke tempat kereta Citroen C3. Sedikit kecil rasanya daripada Ford Fiesta. Aku cuba argue tapi dia keep mentioned this car is same class with Fiesta. Dan memang diorang tak ada kereta lain dah untuk kelas ni. Aku ada baca, kalau argue juga silap-silap kita akan dapat kereta yang lebih besar dalam kelas yang berbeza tanpa bayaran tambahan. Tapi, memandangkan kami sudah terbazir masa lebih dua jam untuk mengambil kereta, maka aku lupakan jelah hasrat nak minta kereta lain.
Citroen C3 ni sama kelas dengan MyVi, cuma pemanduannya lebih stabil sebab lebih berat, memang kereta Eropah kebiasaannya macam nilah. Bonet dia hanya lebih besar sedikit dari MyVi, nasib baiklah Alex benarkan kami tinggalkan hampir separuh daripada barang kami di rumah dia. Kalau tak confirm kena keluar kos lebih untuk upgrade kereta. Kos sewa kereta di Paris ni €185.50, untuk sewaan unlimited mileage selama tujuh hari, termasuk kos untuk additional driver. Aku rasa ini adalah rate paling rendah yang aku jumpa, kalau tak tambah additional driver, kos cuma dalam €140. Kalau korang boleh share apa-apa penemuan korang dari website lain yang lebih kompetitif, sangatlah dialu-alukan.
Nota:
Aku asalnya dah tempah dengan Avis, hampir €300 kosnya walhal belum ditambah additional driver. Tetapi setelah jumpa web Economycarrentals.com, aku batalkan tempahan (Avis tidak kenakan apa-apa caj pembatalan, malahan semasa tempahan pun tiada caj awal yang dikenakan, kesemuanya perlu dibayar di kaunter). Pada permulaan tempahan dengan Economycarrentals, lebih kurang empat bulan sebelum trip, aku dapat book pada harga harga €240, sudah termasuk additional driver.
Syukur pada Tuhan, lebih kurang dua bulan sebelum trip aku terasa ingin check rate di Economycarrentals sekali lagi, kali ni harganya jauh lebih murah, €185.50 – kereta yang sama, seorang additional driver dan pendek kata semua samalah. Rupanya, tempahan kereta di web ini tak semestinya paling awal kita akan dapat harga paling murah. Dah jumpa harga lebih murah, aku batalkan tempahan yang sebelum ini dan buat tempahan baru (Economycarrentals pulangkan bayaran 10% pendahuluan ke dalam kad kredit aku dalam masa seminggu dari tarikh pembatalan).
Sebelum aku bawa kereta tu keluar, aku sempat juga semak kalau-kalau ada apa-apa kesan calar yang tidak direkodkan. Rupanya memang ada, bukan satu tapi dua tempat. Bahaya betul kalau tak perasan nanti bila dipulangkan dia caj atas kad kredit aku pulak. Overall experience aku boleh kata Green motion punya service di London berganda lebih bagus dari servis Europcar di Paris. Aku tak tahu sama ada sebab faktor orang London vs Paris atau memang company punya nature.
Kami keluar dari parking ketika jam dah pun hampir pukul 11 pagi. Dah dua jam lari dari perancangan awal. Terus buka Here dan setkan koordinat rumah Alex. Montparnasse ni adalah kawasan lebih tinggi daripada kawasan Eiffel Tower, jadi ketika drive di sini dalam keadaan kita akan melihat terus ke Eiffel Tower.
Perjalanan ke rumah Alex memakan masa hampir 20 minit juga, padahal naik tren tadi cuma 10 minit sahaja. Biasalah, bila sangkut dengan traffic light dan first time bawa kereta di tengah bandar Paris ni, memang aku bawak macam kura-kura je laa.
Sampai di Apartment, kami cepat-cepat angkat barang dan isi dalam bonet – penuh satu bonet kereta. Memang sah kalau tak tinggal barang rumah Alex confirm kena uprgrade kereta.
Memulakan perjalanan ke Bruges
Angkut barang dan tinggalkan kunci, hampir pukul 11.45 juga kami bergerak. Risaunya dah tengahhari kami masih belum meninggalkan Paris. Sebaik sahaja nak memulakan perjalanan, aku perasan GPS here tidak dapat detect route untuk ke destinasi kami di Bruges, Belgium. Sepatutnya tiada masalah, aku dah pun download peta-peta daerah dalam France yang mencukupi untuk laluan ke Belgium. Mungkin ada yang tertinggal. Silap besar sebab tak test dulu sebelum meninggalkan rumah Alex pagi tadi. Aku tak nak download semua map France sebab storage phone aku 16GB je. Dan silap juga tak minta wife tolong downloadkan sebab Iphone dia takde masalah storage lagi, sebab dia punya 64GB.
So, masa nilah bergunanya plan C kami - GPS Garmin yang aku bawak sebagai backup. GPS ni sangat lama dah, kiranya teknologi outdatedlah. Tapi, dalam keadaan macam ni memang sangat berguna, bak kata pepatah tiada rotan akar pun berguna juga. Aku memang dah download map europe sepenuhnya untuk install dalam GPS Garmin kepunyaan Basir ni. Maka pemanduan kami keluar dari Paris dibantu dengan GPS yang skrin pun di antara nampak dan tak nampak aje.
Pemanduan kali ni sangat mencabar kerana aku kena melalui beberapa kawasan yang sangat padat, ditambah dengan penunggang-penunggang skuter dalam Paris ni memang suka mencelah-celah. Laju pulak tu. Dahlah jalan di sini memang sangat sempit kalau nak dibandingkan dengan jalan di KL. Dan, ini juga first time aku bawak kereta steering belah kiri, dan kena sntiasa ingat yang lorong aku adalah di sebelah kanan. Roundabout pulak adalah lawan arah jam, bukan ikut pusingan jam macam yang dah biasa bawa di Malaysia.
Yang paling mencabar adalah memandu melalui bulatan Arch de Triomphe. Tak sangka pulak kena lalu bulatan ini. Bulatan ini ada 12 simpang keseluruhannya, dan yang best, di tengah bulatan ini tak ada garisan. Pandai-pandai kaulah. Another best part is, kawasan ini adalah satu-satunya kawasan dalam Paris yang bila kau accident, insurance tak cover.
Kau tengokle macam mana dalam bulatan Arch de Triomphe ni. Aku sebenarnya dah bertenang, tapi suara-suara anak kapal ni kadang-kadang buat aku terkonfius pulak mana yang silapnya. Alhamdulillah, kami berjaya mengharungi ujian pertama ini.
Berpandukan GPS Garmin yang dah lama ni (old but gold), kami akhirnya berjaya keluar dari bandar Paris dan masuk highway, walaupun beberapa kali juga salah masuk simpang. Hahaha.. Rupanya apps Waze & Here yang kita guna hari ini sudah ada banyak kemajuan berbanding apps GPS yang awal-awal dulu.
Part yang lambat nak biasakan diri bila memandu di sini adalah saiz jalan yang kecil. Sebab dah aku dah terbiasa bila drive kat Malaysia aku akan jarakkan kereta lebih kurang satu atau dua kaki dari line jalan di sebelah kanan, maka aku pun asik nak terikut cara yang sama (satu atau dua kaki dari line jalan sebelah kiri sebab steering sebelah kiri). Sebenarnya disebabkan saiz lane yang kecil, bila kereta kita sudah terjarak dua kaki di satu bahagian, bahagian sebelah lagi tu sebenarnya dah termasuk lane orang. Dua tiga kali kena hon sebab ni. Tapi orang sana dia hon bukan panjang macam orang kita, diorang hon just nak beritahu. Kalau orang kita hon dah sikit punya panjang, nak bagitahu marah sangat le tu dah masuk jalan dia.
Part yang lain tu sebenarnya taklah susah mana. Sekejap je boleh biasakan diri. Kadang-kadang tu adalah juga tercari tombol gear di sebelah kiri. Hahaha.. Nasib baik kedudukan minyak, brek & clutch masih sama macam kereta steering sebelah kanan. Kalau yang ini pun terbalik confirm termati-mati kereta ni nak boleh biasakan.
Pemandangan dalam perjalanan dari Paris ke Bruges dipenuhi dengan ladang-ladang yang sangat luas. Ladang-ladang di sini kelihatan lebih landai dan rata berbanding dengan apa yang kami lalui di UK, di mana ia lebih berbukit-bukit sedikit. Mungkin juga ladang di sini terdapat begitu sedikit pokok-pokok yang besar dan tinggi, jadi yang mendominasi pemandangan adalah padang dan ladang yang sungguh luas. Ia tetap cantik kerana sememangnya suatu pengalaman yang baru bagi kami.
Ladang canola dan wind turbine di France.
Tiada pintu gerbang atau pemeriksaan di antara sempadan France & Belgium. Kami pun tak perasan bilakah yang sebenarnya kami sudah keluar dari France. Memang beginilah keadaan di semua Schengen area yang meliputi hampir kesemua negara-negara EU, kecuali Bulgaria, Croatia, Cyprus, Ireland, Romania dan United Kingdom. Terutamanya apabila kita memandu di highway, lebih-lebih lagi tak perasan sempadannya. Kalau lalu jalan kampung, biasanya akan ada signboard sempadan antara dua negara.
Apabila berada di dalam kawasan Belgium, pemandangan sedikit berubah. Konsep ladang pun tidak lagi sama seperti di France yang seluas mata memandang. Di sini kelihatan ladang yang berskala lebih kecil dan ada juga kelihatan kawasan perindustrian. Yang aku perasan, warna rumput pun berbeza. Di sini rumputnya kelihatan lebih tebal dan hijaunya lebih pekat.
Ketika baru tiba di sempadan Belgium.
Kambing di sini saiznya lebih besar, dah macam anak lembu.
Ladang punya besar tapi berapa ekor je lembu yang dia bela. Seronok lembu-lembu ni nak meragut. Dahle rumput tebal-tebal.
Ladang punya besar tapi berapa ekor je lembu yang dia bela. Seronok lembu-lembu ni nak meragut. Dahle rumput tebal-tebal.
Besar kecik besar kecik je aku tengok pokok ni.
Walaupun rumah peladang, tapi kita boleh lihat yang rumah mereka cantik dan besar. Boleh jadi peladang di sini lebih kaya dari orang yang bekerja di bandar.
Aku admire betul dengan landscape ladang dan rumah mereka. Kalaulah dapat luangkan masa menjadi pekerja sukarela dalam program voluntourism mesti best ni.
Cuaca pun cantik hari ini. Alhamdulillah.
Hampir pukul 2 petang, kami sudah pun memasuki kawasan Bruges. Bermakna aku dah memandu selama lebih kurang tiga jam. Not bad juga estimation time yang diberikan oleh Google map sebelum ini. Waktu perjalanan dari Google map aku gunakan untuk rangka itinerary, dengan menambah buffer time sekitar 10%. Apabila sudah keluar dari highway, dapatlah melihat susun atur bandar dan perumahan mereka dengan lebih dekat. Kebanyakan rumah walaupun kecil, tetapi tetap mempunyai ruang yang mencukupi di antara satu sama lain dan ruang pejalan kaki sentiasa diutamakan. Bab kebersihan memang tersangatlah bersih. Lebih bersih daripada Paris yang pastinya.
Ketika hampir memasuki pusat bandar Bruges, jalan yang ditunjukkan oleh Here ditutup kerana ada construction. Sejak masuk kawasan Belgium tadi aku dah bertukar menggunakan Here semula menggantikan khidmat Garmin. Itulah kali pertama dan terakhir Garmin ini digunakan dalam trip ni. Aku membuat pusingan U tetapi Here masih menunjukkan jalan yang sama. Macam biasa, zoom out map dan cuba cari jalan secara manual. Pada masa yang sama aku counter check dengan Google map dalam handphone. Peta beberapa bandar utama dalam trip ni aku dah save siap-siap dalam handphone, jadi bolehlah gunakan Google map walaupun sedang offline. Sangat membantu terutama apabila berjalan kaki dalam sesebuah bandar.
Setelah melalui beberapa jalan sempit di celah-celah rumah orang, akhirnya kami bertemu dengan jalan masuk ke pusat bandar Bruges. Bandar Bruges hari ini adalah kecil sahaja, kalau nak berjalan kaki ke seluruh bandar ini dalam masa tak sampai sehari pun boleh. Apa yang menarik dengan bandar ini ialah ia merupakan bandar lama yang hampir kesemua bangunannya masih mengekalkan struktur binaan asal. Sesetengah bangunan di sini ada yang telah terbina sejak kurun ke-12 lagi.
Penutupan jalan ini mengakibatkan kami kehilangan 20 minit.
Perumahan di luar kawasan bandar Bruges.
Berjaya masuk ke pusat bandar Bruges. Jalan di sini amat sempit, bertambah perlahan kerana ramainya pengunjung berjalan kaki di sini. Memang bandar dia tak mesra kereta.
Bruges (atau Brugge dalam bahasa tempatan) merupakan antara pusat ekonomi terbesar Eropah ketika kurun ke-17. Dalam dokumentari Rick Steve, beliau mengatakan bahawa skala bandar Bruges pada kurun ke-17 adalah sama besar dengan London. Tetapi, setelah Belgium mengalami kemelesetan ekonomi, bandar Bruges tidak lagi berkembang dan saiznya kekal sebegitu sampai hari ini.
Mengikut plan asal kami akan parking selama tiga jam di Parking Pandreitje, sebuah ruang parking underground. Tetapi memandangkan plan kami sudah lari banyak, kami putuskan untuk limitkan masa di sini untuk sejam setengah sahaja. Kebetulan ketika hendak ke Parking Pandreitje, kami terjumpa ruang street parking yang kosong. Terus masuk sahajalah. Street parking ni €2/jam, mahal sedikit daripada parking berpusat bawah tanah. Kalau Parking Pandretje tu €2.80 untuk dua jam atau €4 untuk 4 jam. Sebenarnya plan untuk parking di Parking Pandretje bukan sebab murah sangat pun, beza pun sikit je. Tapi kebiasaannya street parking di Bruges ni susah nak dapat.
Misi pertama adalah untuk ke Coudenys, the most photographed spot in Bruges (sebenarnya Coudenys ni nama kedai photography service di tempat tu). Kemudian ke dataran Burg Square sebelum mencari Wafel Chez Albert yang paling popular di sini. Selepas itu barulah kami akan ke Bruges Market Place.
Tempat kami parking cuma 100 meter dari Coudenys. Selepas bayar parking di mesin sebanyak €2, kami berjalan kaki ke Coudenys.
Ketika berjalan kaki ke Coudenys, terserempak dengan kereta kuda yang membawa pelancong bersiar-siar di sini. Saiz kuda ini sangat besar, aku tak pasti kuda jenis apa ni. Ever wonder why the horse eyes are covered? Read this.
Sebelum sampai di Coudenys, terjumpa kafe yang mempunyai deco bunga yang cantik. Tumpang bergambar sekejap.
Inilah spot yang dikatakan paling banyak gambar diambil di Bruges. Memandangkan musim bunga tahun ini sedikit terlambat, pokok yang selalu menjadi subjek dalam gambar di sini belum berdaun pun lagi.
Tengok berapa tripod yang ada - semua bukan kamera cikai-cikai. Pendek kata Nikon D5500 aku paling murah lah di antara yang ada di situ.
Photographer cuba mengambil gambar terbaik untuk dimasukkan di dalam profile account mereka. Aku tak ada masa nak pacak tripod bagai. Nak buat long exposure tengah-tengah cuaca cerah macam ni kena pasang filter lagi.
Susah ni nak dapat kosong macam ni. Orang sebelum kami sikit punya lama pose dekat sini.
Dari situ kami berjalan ke Burg Square. Dataran ini taklah besar mana, tetapi di sini terletaknya Stadhuis yang merupakan pejabat Bruges City Council sejak 1300an. Di sebelahnya pula terdapat Oude Civiele Griffie (Old Civic Registry).
Di hadapan Bruges City Council. Bangunan yang ada lining berwarna kunig keemasan itu pula adalah Oude Civiele Griffie.
Restoran di sekitar Burg Square
Dari Burg Square, ada satu lorong kecil yang dinamakan Breidelstraat yang menghubungkan Bruges Market Square. Di lorong ini terdapat beberapa kedai cenderamata dan Belgian Chocolate, dan yang paling penting di sini terletaknya Chez Albert, #1 waffles shop in Bruges. Sesetengah review di tripadvisor katakan they made the best belgian waffles, even lagi sedap dari kat Brussels. Memang kena try.
Tanpa buang banyak masa kami terus ke Chez Albert. Seperti yang diceritakan oleh forumer tripadvisor, biasanya barisan beratur nampak panjang sedikit, tapi jangan tertipu sebab service mereka tip top. Sekejap sahaja dia layan setiap customer.
Pelbagai pilihan kombinasi. Waffles kosong kat sini €2.50. Kalau kedai biasa-biasa €1 boleh dapat.
Sebelum membeli, dua benda kena buat. Pertama, tanya benda ni sesuai untuk vegetarian ke? Dia jawab Yes - tiada unsur haiwan dalam inredient dia. Yang kedua, ambil gambar.
Kami ambil topping yang simple je sebab taknak spoil dough dia yang memang dah sedia sedap. Yang strawberry coklat ni €5.50 dan yang karamel €3.50. Worth every penny. Sedap gile-gile.
Kami berempat cari port dan makan di tepi jalan sahaja. Kena makan panas-panas ni, kalau tak rugi. Aku tak tahu macamana nak describe, tapi totally different dengan waffles yang biasa orang jual kat Malaysia ni. Paling berbeza dough dia. Padat tapi lembut. Manis yang sedang-sedang saja.
Memang sesuai betul gambar dekat business card dia.
Tengok waffles Chez Albert yang kosong je pun boleh buat rasa nak pergi Bruges lagi.
Option topping.
Thanks to tripadvisor for the great recommendation.
Macam-macam bentuk coklat dijual, termasuklah kepingan coklat yang tak jadi (atau memang saje dibuat bentuk tak jadi). Boleh dipech-pecahkan setelah dibeli.
Boleh kata kesemua kedai di sini sangat teratur dan kemas.
Chocolate spread yang ala-ala nutella, tetapi jauh lebih sedap. Owner kedai ni bagi kami rasa setiap satu walaupun kami dah cakap kami taknak beli. Yang pasti aku memang menyesal sebab tak beli.
Kedai cenderamata di sini juga tidak mengecewakan. Banyak pilihan fridge magnet dan shot glass yang cantik-cantik.
Provinciaal Hof yang merupakan tempat persidangan parlimen sejak kurun ke 13. Tetapi Belgium hari ini berpusat di Brussels.
Belfry of Bruges. Menara jam dan juga merupakan observation point untuk bandar ini pada zaman dahulu.
Map 3D dari google map. Laluan jalan kaki kami ni dekat je, dari tempat parking ke Market Place kalau tak singgah mana-mana tak sampai 10 minit.
Dari tempat parking kereta kami memandu ke Old Chocolate House. Kedai ini juga aku dapat maklumat dari tripadvisor. Lain macam betul bila baca review hot chocolate dia. "Definitely the best hot chocolate in Belgium, if not in the world' tulis mereka. Setelah dua kali berpusing ditempat yang sama barulah kami berjumpa kedainya. Tak susah pun sebenarnya, cuma bila cari dari dalam kereta dan ada pula kereta di belakang, tak boleh nak suka hati berhenti. Nak cari parking satu masalah juga ni, jadi kami putuskan aku pergi beli dulu dan park tepi jalan tanpa mengganggu lalu-lintas. Ni betul-betul buat perangai orang Malaysia - jangan contohi aksi ini.
Aku masuk dan terus order hot chocolate 4. Sambil-sambil tu aku tanyakan dengan owner kedai ok ke aku parking depan kedai dia sekejap ni. Katanya kalau polis datang sure kena saman, walau pun ada orang dalam kereta. Hehe, aku pun tahu sebenarnya. So aku minta dia cepatkan sedikit sebab aku cakap kat dia dah pusing dua kali tapi tak ada parking. Orang Europe biasanya tak buat perangai macam ni. Bagi diorang biar parking jauh asalkan ikut peraturan. Kalau kena saman memang not worth it. Memang tak sampai lima minit kami singgah lepas dapat hot chocolate terus beredar, nak beli coklat kat kedai ni pun terpaksa dibatalkan. Cari dekat Brussels nantilah.
Marvellous! Rasanya aku tak perlu nak tulis review panjang-panjang, tengok saja apa yang pelanggan perkatakan tentang hot chocolate mereka di tripadvisor.
Bahagian dalam the old chocolate house.
Berlako jap depan kedai. Minum dalam kereta je sebab risau kena saman.
Dari sini kami drive dalam 500 meter dan syukur alhamdulillah, ada banyak ruang parking berdekatan tasik Minnewaterpark. Dari tempat parking lagi kami sudah terkesima dengan warna pantulan dari tasik ini yang juga dikenali dengan jolokan Lake of Love. Aku cuma meletakkan syiling untuk parking sekitar setengah jam sahaja. Jam sudah pun 4.30 petang dan kami masih perlu meneruskan perjalanan ke Brussels dan Rotterdam pada hari ini juga.
Dari jauh tasik ini kelihatan bagaikan hamparan cermin yang luas. Subhanallah!
Cantik stranger ni ambilkan gambar kami. Stranger yang sama tadi posing sikit punya lama dekat Coudenys.
Sudut di sebelah satu lagi Minnewaterpark dipenuhi dengan angsa. Angsa ni memang mencantikkan rupa tasik ni, cuma aku rasa terlalu banyak. Nasib baik dalam gambar ni tak banyak sangat angsa datang menyibuk.
Basir & Faten.
Kami bergerak keluar dari Bruges untuk ke Brussels ketika jam sudah pun hampir pukul 5.00 petang. Walaupun agak terkejar-kejar masa, kami sangat berpuas hati kerana memasukkan Bruges sebagai sebahagian daripada tempat persiggahan dalam trip kali ini.
Catatan seterusnya untuk trip hari kelima ini akan bersambung di entri yang akan datang. Terima kasih kerana membaca (atau sekadar tengok gambar) sehingga setakat ini.
nice sharing
ReplyDeleteterima kasih, saudara ;)
Deletesalam tuan zahid AG...
ReplyDeletenak tanya adakah waffle yg di sediakan tu halal... risau gak saya masa di NY .. mmg saya pun tak makan... risau kan tepung dia... ada kandungan yg syubhah..
This comment has been removed by the author.
Deletesalam tuan.
Deletehukum syubhah tidak sama pada semua orang, mungkin syubhah pada tuan, tetapi tidak pada orang lain, bergantung kepada ilmu dan keyakinan masing-masing. contohnya ada sahabat nabi saw tidak pernah mendengar hadis yang daging kuda halal dimakan, maka hukum memakan daging kuda baginya adalah syubhah. manakala bagi sahabat yang pernah mendengar hadith keharusan memakan daging kuda, maka hukum bagi dirinya adalah halal.
produk waffle asasnya adalah semua bahan dari pertanian seperti tepung, gula, venilla essence, butter, susu, baking powder dll. Toppingnya pun dari coklat, madu dan buah-buahan. pada saya secara zahirnya waffle makanan yang halal.
tapi jika tuan masih ragu dan tidak yakin, tuan jangan makan, sebab hukum pada tuan kekal syubhah. pernah suatu ketika saidina umar mahu mengambil wuduk dari satu sumber air, ada sahabat bertanyakan pada orang tempatan 'air ni bersih ke?', lalu saidina umar memberi isyarat 'jangan jawab, sebab aku ingin mengambil wuduk'. maksudnya apabila telah tetap keyakinannya, maka tidak menjadi tanggungjawab orang lain untuk mempersoalkan atau menyelidiki bagi pihaknya.
jangan risau, kalau benda haram kami pun tak makan ;)
Dalam kaedah Fiqh, ada disebutkan:
Deleteالْحُكْمُ الْحَادِثُ يُضَافُ إِلَى السَّبَبِ الْمَعْلُوْمِ لاَ إِلَى الْمُقَدَّرِ الْمَظْنُوْنِ
Hukum suatu perkara dikaitkan dengan sebab yang sudah diketahui bukan dengan sebab yang masih diperkirakan (yang disyaki).
yes Bruges...my wishlist. Insyaallah...tq for sharing tips kat Bruges esp Hot Choc tu
ReplyDeleteBruges, bandar kecil yang sangat cantik – bangunan klasik, the best waffle & hot chocolate are here. Menyesal spent dua jam lebih je kat sini. Memang kena ada dalam wishlist, sebab saya yang dah pergi pun rasa nak pergi lagi..
Deletesy ada baca kt beberapa blog psl Bruges, x ramai org Msia yg ke sini. Siap sy ada follow page Bruges ni kat FB lagi bila tau pasal Bruges. I ll take note...kena spend lebih masa la kat sini kan..dah alang2 smpai.
DeleteBeautiful Brugge. Thanks for sharing! Memang Brugge antara pekan Eropah paling cantik pernah saya lihat. Saya ke sini pada tahun 2006 - solo traveller waktu tu. Back then tak terbaca pulak review pasal hot chocolate atau waffle sedap dalam TA. Yang banyak org comment was on Brugges' embroidery lace, diamonds, and chocolates. Semoga diberi kesempatan ke sini lagi insyaAllah.
ReplyDelete