EUROPE TRIP DAY05 PART2: FROM BRUGES TO BRUSSELS

Atomium, Brussels.

Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini : From Paris to Bruges.

5.00 PM, 19 April 2016. Kami meninggalkan Bruges menuju ke Brussels. Tempoh perjalanan adalah sekitar sejam setengah sahaja. Kami berhenti di kawasan RnR untuk menunaikan solat jamak Zuhur & Asar. Sudah tentu tiada surau disediakan, kami cuma parking di bahagian paling belakang dan cari ruang yang paling mudah untuk menghamparkan tikar solat. Nasib baik juga Basir ada bawa yoga mat, bolehlah digunakan sebagai alas untuk solat. Kami berwudhuk dari botol spray yang Faten bawa. Air boleh diisi di toilet RnR, tetapi bayaran masuk ke toilet adalah €0.50. Tak ada orang jaga tapi kena kena masukkan coin dalam machine barulah boleh lalu melepasi palang. 

RnR di sini adalah kepunyaan syarikat minyak yang buka pump station di sebelah highway. Mereka maintain sendiri tetapi aku perhatikan dalam sesebuah RnR cuma seorang dua pekerja sahaja. Paling-paling pun tiga orang. Mereka ni kebanyakannya multi tasking - selain jadi cashier mereka jugalah yang susun barang dan bersihkan kedai dalam stesen minyak. Tandas pula tak perlu nak dibersihkan selalu sebab boleh kata semua pengguna di sini bertanggungjawab memastikan tandas yang mereka guna ditinggalkan dalam keadaan bersih - walaupun dah bayar mahal. Cukup opposite dengan Malaysia. Dah bayar 0.30sen pun susah nak tekan flush.

Kami juga isi petrol sebanyak €30 di sini.

Lega setelah dapat menunaikan kewajipan sebagai muslim. Orang putih lalu just pandang tapi mereka buat tak kisah je. 

Typical view di tepi jalan di Belgium.


Kami tiba di kawasan parking bersebelahan Hotel Ibis Brussels pada pukul hampir 7.00 PM. Maklumat parking boleh didapati daripada Google map. Rate boleh disemak diwebsite mereka Interparking.be. Hari masih cerah kerana maghrib hari ini di Brussels adalah pada pukul 8.46 PM.

Kawasan parking ni cuma dua minit dari Grand Place. Kedai-kedai di Brussels kelihatan lebih meriah berbanding dengan Bruges. Mungkin disebabkan bilangan pengunjung yang lebih ramai. Kami tak merancang untuk makan wafel lagi, tetapi aiskrim €2 di kedai ini betul-betul menarik perhatian.



Gambar sedikit blur, tapi dah tak tahan dah nak makan. Sedapnya.

Walaupun dari tempat parking ke Grand Place dekat je, macam-macam kedai kami singgah. Selesaikan dulu barang wajib beli - fridge magnet.

Macam-macam saiz patung budak kencing ni dijual dengan pelbagai harga.

Kami juga singgah di Les Galeries Royales Saint-Hubert - shopping arcade yang ala-ala Galleria Vittorio Emanuele di Milan. Exclusive sangat sampai kami tak berani nak masuk mana-mana butik, ambil gambar dari luar sahajalah.

Brussels City Museum di Grand Place. 

Another Museum here. Grand Place ni dikelilingi dengan bangunan-bangunan lama yang cantik cantik . Aku tak ada wide lens yang boleh cover whole area Grand Arcade ni jadi malas nak shoot banyak gambar sangat. Lagi pun orang terlalu ramai walaupun dah lewat.

Setelah kagum melihat senibina bangunan-bangunan yang berusia sekitar 600 tahun di sini kami beredar untuk ke Manneken Pis. Aku pun tak faham sangat kenapa patung budak lelaki kencing ni boleh jadi tarikan di Brussels ni. Tapi sebab lokasinya pun takdelah jauh sangat dari Grand Place ni, kami berjalan jelah ke situ.

Di celah-celah orang yang tersangat ramai, sempatlah juga bergambar di sini. 


Sekejap je kami di sini. Setelah ambil gambar kami bergerak ke Grand Place semula melalui laluan yang berbeza sedikit. Paling banyak kedai di sini adalah kedai menjual coklat dan wafel - dah memang imej Brussels kan. Kami takde mood sangat nak shopping dah sebab risau takut lambat sangat sampai ke bnb di Rotterdam nanti. Sambil-sambil tu aku sempat sms kepada host BnB kami malam ni untuk arrange masa nak jumpa dan ambil kunci. 


Memang banyak kedai di sini menggunakan patung budak ni sebagai simbol 

Aku tak pasti macamana rasa waffles di Belgium ni sebab aku tak try. Banyak kedai di sini offer €1 untuk waffles kosong. Masa ni masih teringat kesedapan waffles Chez Albert di Bruges jadi tak terasa nak try waffles tempat lain dah. 

Satu lagi tempat yang aku plan untuk singgah adalah kedai jual french fries.Walaupun nama kentang goreng adalah french fries, tahukah korang yang french fries sebenarnya berasal dari orang-orang belanda di Belgium? Di Brussels terdapat beberapa kedai fries yang agak popular, tetapi yang lebih popular terdapat di Amsterdam.

Salah satu kedai fries yang mendapat rating yang tinggi di tripadvisor adalah Belgian Frit'n Toast. Aku dah mark dalam map, tak jauh pun dari tempat parking tadi. Ketika kami sampai, barisan beratur pun agak panjang - memang confirm sedaplah ni kot. Sampai turn, kami sempat bertanya kalau-kalau fries yang mereka jual menggunakan lemak sayuran atau lemak haiwan, pendek kata sesuai untuk vegetarian ke tak. Dengan jujur pekerja itu memberitahu yang fries mereka menggunakan lemak haiwan, siap cakap lagi 'not suitable for muslim'. Bagus betul peniaga di sini, mereka begitu mengutamakan integriti dan memahami soalan kami lebih dari sekadar ditanya.

Sebelum meninggalkan Brussels, kami sempat juga singgah di Chocopolis untuk membeli sedikit coklat. Tak sahlah kalau tak keluar dari Belgium tanpa membawa coklat. Seronok pilih coklat di sini sebab dapat rasa dulu. Beli sedikit sahaja sebab agak mahal, €24 sekotak. Tapi rasa memang sedap sangat, tak tahu nak explain macamana sedapnya. Pekerja di sini pun sama, jujur menerangkan mana-mana coklat yang sesuai untuk kami rasai. Memang kedai ini menjadi tumpuan pelancong membeli coklat jadi mungkin mereka sudah arif bahawa pelancong muslim tak boleh makan sembarangan ingredients. Coklat Belgium ni biasanya tak tahan lama, tahan untuk sebulan dua je dari tarikh ia dibuat kerana mereka mengelak daripada menggunakan bahan pengawet berlebihan supaya tidak menjejaskan rasa coklat mereka.


Setelah membeli coklat, kami ke tempat parking dan membayar parking €4.80 untuk dua jam. Kami meneruskan perjalanan menuju ke Rotterdam untuk bermalam di sana. Di tengah perjalanan, kami akan singgah di Atomium yang terkenal di Brussels ni.

Kami tiba di perkarangan Atomium ketika waktu maghrib dan hari beransur gelap. Kawasan parking di sini memang free, tetapi agak limited kalau datang pada waktu biasa. Kebetulan kami memang sudah lambat, jadi memang mudah untuk mendapat parking.

Atomium adalah bangunan yang dibina sempena World's Fair 1958 yang diadakan di Brussels. Selain daripada Atomium, World's Fair juga adalah merupakan sebab tertubuhnya Eiffel Tower di Paris pada tahun 1889. Kalau sampai awal, boleh masuk dalam bangunan ni dan ada escalator yang menghubungkan antara sfera-sfera bangunan ni. Canggih kan binaan ini, hebat teknologi orang-orang Eropah ni. Nasib baik juga kami sampai lambat, rupanya ia kelihatan lebih cantik pada waktu malam.

HDR dari tiga exposure berbeza. Tak berapa menjadi sebab aku lupa nak shoot dalam RAW. 

Keadaan sekeliling terlalu gelap, terpaksa menggunakan built in flash dari DSLR. Gambar diambil dengan bantuan tripod.

Sebab dah tak ada orang, jadi suka hati jela posing macamana pun. Konon-konon nak buat macam bentuk Atomium kat belakang tu laa.

Yang ni aku tak faham posing jenis apa. Idea siapa pun aku dah tak ingat. Hahaha..

Dah macam octopus dah aku tengok sekali imbas mana satu tangan si Basir ni. 

Kami meninggalkan Atomium untuk ke Rotterdam ketika jam sudah pun menunjukkan pukul 9.30 malam. Pagi kami berada di Paris, sekarang kami berada di Belgium dan sekejap lagi kami akan berada di Netherlands. Driving waktu malam ni memang tugas aku. Basir memang support dengan berkaraoke lagu-lagu MP3 yang dah save dalam pendrive. Wife pun sesekali bertanya aku ok ke tak, risau juga dia kalau aku terlelap masa driving. Maklumlah hari ini kami telah pusing 3 negara menaiki kereta. Haha.

Kami tiba di Rotterdam pada jam 11.45 malam. Host BnB kami sudah memberikan sms arahan tetang di mana kunci telah disimpan dan segala maklumat mengenai rumahnya tersedia di atas kertas bercetak di atas coffee table rumahnya. Tiba di sana dalam keadaan terlalu penat dan agak lambat, kami dah tak berapa berselera untuk memasak atau makan berat-berat. Cuma keluarkan pek nasi briani Brahims dan Mamee Chef untuk mengalas perut. 

Secara keseluruhannya, itinerary hari ini adalah tempat persinggahan sahaja. Kami memang plan nak bermalam di Netherlands sebab pada keesokan harinya ada terlalu banyak itinerary yang ingin dibuat di sana. Esoknya juga adalah merupakan antara top 3 highlight percutian wife. Kami hanya singgah di Bruges dan Brussels sekitar dua atau tiga jam je di setiap tempat. Timing lari dalam tiga jam daripada perancangan awal, faktor paling utama adalah proses mengambil kereta di Europcar yang tidak efisien di Paris, selain daripada kami beberapa kali tersilap jalan ketika ingin keluar dari Paris kerana tak upload keseluruhan peta Paris kedalam phone. 

Personally, aku lebih suka Bruges daripada Brussels. Mungkin sebab dia ada canal, Lake of Love yang sangat picturesque, mungkin juga sebab tak crowded sangat macam Brussels, atau pun mungkin juga sebab waffles Chez Albert. Sambil type ni pun aku masih terasa-rasa kesedapannya. 

Catatan seterusnya akan bersambung dalam entri untuk hari ke-enam. Wife asik tanya bila nak tulis pasal Netherlands. 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top