Posting pertama!


Sekadar gambar hiasan.

Wah, aku akhirnya ada blog sendiri. Sebenarnya tak ada sebab apa pun sangat untuk aku start memblog, tapi wife aku cakap aku patut ada blog. Sebab katanya dia suka tengok gambar-gambar yang aku shoot, tapi kalau nak tengok dalam flickr ia sekadar gambar dan tak banyak cerita. Nak ingat cerita kena re-call sendiri, which is something yang kurang seronok berbanding baca blog. 

Lagi pun dalam blog, kita boleh pilih beberapa gambar yang betul-betul penting sahaja berbanding dalam flickr kita masukkan semua sekali. Kadang-kadang nak cari gambar balik dalam flickr agak jenuh, sebab semuanya nak back up di situ.

Kadang-kadang aku pun enjoy juga bila blog orang yang aku follow, kalau aku teringat nak cari balik pasal cerita dia aku tau kat mana nak search. Kalau aku nak refer balik rujukan travel contohnya, aku boleh pergi blog dia dan search tajuk atau bandar yang dia pergi dan aku boleh dapat balik info yang aku cari dulu.

Kemudian buat aku terfikir, why not aku pun ada blog sebab aku memang sangat laa banyak nak refer pada gambar sendiri dan termasuklah info-info penting pasal travel yang aku pernah tahu. Di samping bolehlah share dengan orang lain, walau pun sebenarnya aku ni bukanlah traveller tegar mana pun, tapi sekurang-kurangnya apa yang aku dapat dari perkongsian orang sebelumnya, aku juga boleh berkongsi balik pada orang lain.

Orang kata first post tak perlu panjang, jadi lain kali sajalah aku sambung. 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top