[PARIS LONDON 2017] DAY02 PALACE OF VERSAILLES
The Grand Garden of Versailles.
Catatan hari pertama dalam trip ini boleh dibaca di sini.
Hari kedua, Jumaat 27 April 2017. Hari ini aku bangun awal pagi, sebab dah plan nak ambil gambar sunrise dengan background Eiffel Tower. Pukul 4.30 pagi lagi aku dah bangun. Setelah mandi dan solat Subuh, terus bersiap untuk keluar. Kejutkan wife kalau-kalau dia nak ikut, tapi memandangkan malam tadi dia tidur lambat sikit dari aku melayankan si Aryan, maka aku keluar seorang diri.
Cuaca di luar sangat sejuk. Lain macam betul sejuknya. Langit masih kelihatan seperti malam yang gelap. Berkabus. Nampak gaya tak dapat laa nak shoot remang fajar pagi.
Memburukkan lagi keadaan, baru beberapa tapak melangkah, hujan pun turun. Awalnya cuma renyai-renyai tetapi bertukar menjadi lebat. Sungguh takde rezeki nak shoot sunrise cantik-cantik. Tapi since aku pun dah keluar, layankan sajalah kaki melangkah ke jambatan Bir Hakeim. Kira-kira sepuluh minit sahaja jalan kaki dari apartment kami.
Tengah aku tegakkan tripod, satu lagi masalah timbul. Kenapa tilt handle tripod ni tak ketat-ketat. Puas aku pusing. Belek-belek, rupanya skru di sebelah dalam dah tertanggal dan hilang, dan plastik pan head tu sendiri dah retak/pecah. Berkemungkinan rosak ketika di dalam flight, tertindih dengan beg berat barangkali. Maka berakhirlah riwayat tripod murah itu (dapat free masa beli kamera 10 tahun dulu). Tiada tripod untuk night photography samalah seperti tiada cermin mata bagi orang rabun.
Memandangkan aku tidak mahu berputus asa, aku cuba juga jadikan batu tiang jambatan Bir Hakiem sebagai tempat untuk aku hold kamera tu steady. Maka dapatlah aku shoot dengan exposure lama skit. Nak lama sangat dah tak boleh sebab hujan pun makin lebat.
Maka inilah hasilnya.
Not bad kan? Antara favourite shot aku untuk trip kali ini.
Lepas beberapa lama kat sini, aku jalan kaki lagi ke Trocadero. Sunyi betul Paris time ni. Juga kelihatan beberapa kelibat yang sedang jogging tengah-tangah hujan dengan sweat pant dan t-shirt sahaja. Rileks je. Aku pula dah makin menggigil kesejukan walaupun mamakai tiga lapis baju.
Ni pula gambar dari depan Trocadero. Tanpa tripod, maka boleh nampak cahaya lampu tu hasilnya tak sama macam gambar di atas. Exactly tempat yang sama aku ambil gambar tahun lepas. Tapi ini versi langit yang dipenuhi awan.
7 comments:
Post a Comment