MELBOURNE 2019 - OVERVIEW


Trip Melbourne ini terjadi setelah perancangan selama lebih daripada setahun. Kami memang berangan untuk pergi Melbourne ni dah lama, sejak pulang dari trip Paris-London 2016. Disebabkan kami pergi Europe tanpa membawa anak-anak, kami cuba plan satu trip oversea ke negara empat musim untuk bawa diorang semua.

Sudah tentu Melbourne adalah antara destinasi empat musim yang paling sesuai. Jarak yang tidak terlalu jauh dari Malaysia, harga tiket penerbangan yang tidak terlalu mahal untuk kami berlima, pelbagai aktiviti menarik boleh dipilih untuk kanak-kanak, dan yang pastinya Melbourne adalah satu destinasi yang memunyai tarikan yang seimbang antara nature dan city. Nak explore city pun best, nak explore nature pun memang unik.

Perancangan untuk ke Melbourne pada 2017 pun dibuat, dan itinerary mula dirangka. Idea dah ada dalam gambaran, cuma tunggu promosi tiket AirAsia sahaja. Kami memang target promosi AirAsia bulan November. Dulu waktu pergi Hong Kong pun kami sambar promosi bulan November.

Namun, belum sempat November tiba, pada bulan September Qatar Airways melancarkan promosi habis-habisan. Harga tiket flight return KUL-Paris cuma RM1270 seorang. Maka terpaksalah kami membatalkan hasrat untuk ke Melbourne pada 2017 dan bawa anak-anak bercuti di London & Paris. Bila promosi November AirAsia tiba, kami tetap juga cuba lihat harga ke Melbourne. RM760 return. Not bad. Tiket ke Melbourne yang di bawah RM900 sudah dikira murah dan berbaloi.

Tahun 2018 pula kami cuma keluar negara untuk menunaikan umrah, maka plan ke Melbourne ditunda ke 2019.

Asalnya nak tunggu promosi AirAsia pada bulan November 2018, tapi tiba-tiba di penghujung June 2018, kami terjumpa promosi AirAsia ke Melbourne dengan harga RM550. Dalam masa dua tiga tahun monitor tiket Melbourne, inilah kali pertama kami jumpa harga serendah ini. Biasa yang paling rendah kami pernah jumpa pun dalam RM750++. Rupanya harga yang murah kali ini ditawarkan kerana AirAsia akan menukar operasi di Melbourne dari Tullamarine Airport ke Avalon Airport. Avalon Airport ni kira macam LCCT kita yang dulu, lapangan terbang kos rendah. Apabila AirAsia bertukar airport atau pun membuka laluan ke destinasi baru, memang kebiasaan AirAsia akan mengadakan promosi besar-besaran yang hampir pasti tidak akan dijumpai lagi pada masa akan datang.

Disebabkan harga yang sangat rendah, wife bukalah peluang kepada adik-beradik dan ibu abah dia, kalau-kalau ada yang nak ikut. Tiket murah macam ni rugi pula kalau tak ajak pergi ramai-ramai. Bila dah buka tawaran dalam group whatsapp, semua sekali berminat nak pergi. Masa tu ahli keluarga kami 23 orang semuanya, termasuk ibu abah, enam orang adik beradik, ipar-duai serta anak-anak sedara. Menggigil juga tangan aku beli tiket semua orang, cuma keluarga Along wife aku je diorang beli sendiri.


Persiapan dan Perancangan

Apabila 23 orang nak akan turut serta dalam rombongan kali ini, maka itinerary aku yang asal dah tak terpakai lagi. Plan aku yang asal, kami akan sewa kereta dan menginap di beberapa tempat mengikut tempat yang kami nak tuju seperti Appollo Bay, Philip Islands, Dandenong dan sebagainya. Tapi bila dah 23 orang kesemuanya dan kebanyakan mereka belum biasa memandu di luar negara, aku tak berani untuk guna kaedah ni. Lagi pun, untuk bertukar-tukar accomodation dengan bilangan kanak-kanak yang ramai pasti tidak praktikal.

Maka aku mula mencari pilihan kedua iaitu menyewa apartment di tengah-tengah Melbourne dan mencari mini bus untuk disewa selama enam hari kami di sana. Beberapa quotation untuk sewaan mini bas diperolehi dan aku juga berasa sangat struggle untuk susun itinerary dan mencari accomodation yang terbaik.

Satu lagi masalah yang timbul adalah kebanyakan syarikat sewaan bas meminta kami membuat bayaran penuh sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh kami memerlukan perkhidmatan mereka. Kami agak risau untuk membuat bayaran ke luar negara pada jumlah yang besar. Mana nak tahu website yang kami jumpa tu scammer ke. Kalau bukan scammer sekali pun, macam-macam perkara boleh berlaku.

Aku pun cuba alternatif lain iaitu dengan mecari pakej ground yang diruruskan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Melbourne. Kebetulan sejak 2016 dulu aku ada simpan beberapa contact ejen yang buat servis tour guide di Melbourne ni. Dan ini adalah keputusan terbaik aku dalam mengendalikan trip ni.

Aku dapat tawaran yang sangat murah dari Ayyash Farouk Travel & Tours Sdn Bhd. Owner Ayyash Farouk ni mula menyediakan perkhidmatan tour guide dan pakej ground di Melbourne sejak dia belajar di Melbourne beberapa tahun yang lepas. Kini dia meneruskan bisnes tour guide dan pakej pelancongan ni dari Malaysia.

Dari dulu aku mempunyai satu tanggapan, dengan dunia internet dan maklumat di hujung jari, kenapa kita perlu guna ejen lagi? Semuanya kita boleh uruskan sendiri dan pastilah harganya akan lebih menjimatkan kerana kita tidak perlu membayar komisen kepada ejen. Tetapi, telahan ini tidaklah sentiasa benar. Ada banyak masalah dan risiko yang kita tidak dapat selesaikan sendiri. Ejen tour guide ini mempunyai access kepada lebih maklumat yang tidak terdapat di internet.

Pengalaman mereka mengedali banyak group di sana tetap mengatasi maklumat yang kita boleh perolehi di internet. Mereka juga mempunyai network atau hubungan yang baik dengan penyedia perkhidmatan pengangkutan menyebabkan mereka mendapat payment term yang lebih baik - bayar selepas trip selesai. Kalau kita orang biasa yang jadi one-off client ni approach syarikat bas ni, kita perlu membuat bayaran penuh up-front dan harga yang diberikan juga lebih tinggi daripada apa yang diperolehi oleh tour guide.

Bila lantik ejen ni, memang senang kerja aku. Google maklumat sikit-sikit je untuk counter check maklumat yang diberikan oleh ejen. Banyak kali juga itinerary bertukar. Maklum sajelah, bila ada 23 orang yang dibawa, maka macam-macam idea tempat yang nak dituju. Dan apa-apa itinerary juga perlu disesuaikan dengan bajet semua orang. Setiap kali aku minta ubah itinerary, setiap kali itulah pihak Ayyash Farouk perlu mengemaskini sebut harga mereka. Aku ingat, lebih lima revision kot sebut harga tu. Namun pihak Ayyash Farouk rileks je melayan permintaan kami.

Lega bila dah ada orang yang menguruskan pakej ground kami di sana. Aku cuma perlu mengendalikan group yang ramai ni dari KLIA sahaja. Sampai di airport sana, sudah ada yang menunggu untuk bawa kami ke apartment dan untuk aktiviti setiap hari pun, bas dan tour guide eklusif untuk group kami sudah menunggu. Cuma hari pertama dan terakhir sahaja kami free & easy tanpa tour guide. Akulah yang jadi tour guide untuk dua hari tu.

Sebelum aku post entri day by day kami kat sana, sedikit gambar yang aku boleh share.

Trip: Melbourne 2019
Tarikh: 2-8 Aug 2019
Bilangan Hari: 6H5M
Bilangan Peserta: 22 orang
Plan asal 23 orang. Ahli bertambah kepada 24 setelah ada ahli keluarga yang baru lahir, walau bagaimana pun, Mira & Baby Amir tak dapat ikut disebabkan baby tak sihat dan warded pada minggu kami fly.


12 Apostles

Flinders Street Railway Station


Mt Buller

Maru Koala Park

The Nobbies, Philip Island

Great Ocean Road

Loch Ard Gorge

CONVERSATION

2 comments:

  1. Replies
    1. Silakan tuan. Terima kasih untuk trip yang awesome ini. Bila lagilah boleh terbang oversea ni.

      Delete

Back
to top