KRABI & PHUKET 2019 - PART IV - ROTI YAMINLAH & KRABI NIGHT MARKET

Pancake Roti Yaminlah.

Pulang dari aktiviti island hopping, kami membersihkan diri dan solat di hotel. Anak-anak terlalu penat, jadi kami ambil keputusan untuk berehat sekejap. Lebih kurang pukul 6 petang barulah kami keluar bersama ibu dan abah mertua aku.


Kami menuju ke Rotee Yaminlah, tempat makan pancake yang sangat popular di kalangan orang Malaysia. Pancake di sini sebenarnya macam roti canai di tempat kita, tapi versi yang berlainan. Tebaran roti ni taklah selebar menebar roti canai. Dan biasanya roti ni dihidangkan dengan pelbagai campuran topping yag menarik seperti tuna, pisang, mangga, nutella, cheese, ayam dan macam-macam lagilah.

Gerai pancake makcik Yaminlah di popular di kalangan pelancong dari Malaysia. Satu sebabnya adalah makcik ni pandai cakap melayu. Katanya dia pandai cakap melayu ni hasil dari interaksi dengan pelancong dari Malaysia selama lebih 15 tahun. Dia tak pernah tinggal di wilayah Thailand berbahasa melayu seperti Pattani atau pun Narathiwat.

Sebab yang paling utama gerai makcik ni popular sebenarnya kesedapan pancake dia yang tak sama dengan gerai lain. Kami pernah juga try gerai lain punya, memang takleh lawan makcik Yaminlah punya.

Kedudukan gerai makcik ni dulunya di tepi pantai Ao Nang. Tapi sejak kadar sewa gerai di tepi pantai semakin naik, makcik Yaminlah dah berpindah ke bahagian belakang. Agak jauh dari tempat tumpuan pelancong. Namun, sebab dia popular di kalangan pelancong, jauh pun orang cari juga.

Makcik Yaminlah ada lagi satu gerai pancake yang diuruskan oleh menantu dia. Yang menantu dia jaga ni aku tak pasti sama ke tak kualiti dan kesedapannya.

Pelbagai jenis pancake yang makcik Yaminlah ni buat. Klik pada gambar untuk zoom.

Kedudukan gerai pancake makcik Yaminlah sekarang ni betul-betul depan 7-eleven. Kalau korang biasa guna google maps type je plus code 3R27+63. Tak pun klik je kat sini.

Sempoi je gerai makcik ni. Tepi jalan menuju ke Masjid Al-Aman. Kedudukan masjid tu dalam 350 meter ke depan.

Berselera menikmati pancake.

Nutella + gajus. Boleh tahan sedapnya.



Yang ni kalau tak silap cheese di dalam + mayonis di luar.




Dari gerai pancake makcik Yaminlah, kami drive ke pekan Krabi untuk mengunjungi pasar malam Krabi. Di Thailand ni, salah satu tarikan di mana-mana bandar adalah dia punya night market. Sebab dekat night market ni ada jual macam-macam makanan signature Thailand. Pulut mangga, kerabu maggi, udang galah goreng, buah-buahan dan macam-macam lagilah.

Krabi night market ni cuma dibuka pada hujung minggu, iaiatu pada hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Selain makanan, terdapat juga pelbagai barangan souvenir seperti fridge magnet & t-shirts. Harga pun boleh dikirakan agak murah.

Kitorang taklah suka sangat dengan t-shirt i love places ni, tapi t-shirt i love krabi ni cantik dan tebal pula kainnya pada harga yang murah. 80thb (sekitar RM10.70) sahaja. 

Suasana pasar malam di Krabi sama seperti di kebanyakan bandar Thailand yang lain, dipenuhi dengan pelancong. 


Pulut mangga di sini dijual pada harga 60thb. Harga standard pasar malam lah. Kalau di restoran biasa dijual dalam harga 80-100thb.

Pulang dari pasar malam, kami singgah pula di Restoran Medina Ao Nang. Restoran ni dimiliki oleh Hj Ismail, orang Malaysia yang dah lama berkahwin dengan orang Krabi dan menetap di sini. Mesra sangat orangnya. Siap datang lama bersembang di meja kami. Dapat nenas free sementara menunggu makanan sampai. Kami order goreng-goreng je sebab masih lagi terasa kenyang makan pancake makcik Yaminlah tadi.

Hj Ismail yang berasal dari Kedah dan sekarang menetap di Krabi. 

Tekun bersembang.

Nenas ni diberi percuma kepada setiap pelanggan sementara menunggu makanan disiapkan. Nenas yang sangat manis ni ditanam sendiri oleh Hj Ismail.





Restoran beridentitikan Malaysia.

Aku order set nasi untuk merasa tomyam dia. Sama ada aku dah agak kenyang atau tekak aku dah tak boleh terima tomyam, aku rasa tom yam restoran ni so-so aje. 

Ariff order nasi goreng tomyam.


Selesai makan, kami terus pulang ke hotel. Berehat sekejap dan terus tidur. Esok dah nak balik Malaysia semula.

Entri akan datang aku akan sambung cerita hari terakhir di Krabi, macamana kami sarapan di gerai buruk semata-mata nak merasa makanan sarapan tradisi orang Thai sebelum kami berangkat ke lapangan terbang.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top