KRABI & PHUKET 2019 - PART III - PHI PHI ISLAND HOPPING

Island hopping adalah satu aktiviti wajib bila berkunkung ke Krabi.



Day 03, Jumaat, 25 April - Hari ni kami akan melakukan aktiviti island hopping. Ibu dan abah mertua aku tak nak ikut, mereka nak jalan-jalan di sekitar Ao Nang ni je.

Terdapat banyak pilihan pakej pulau di Krabi, antaranya Phi Phi Island, Four Islands, Hong Island dan banyak lagi. Ada pakej yang naik long tail boat dan ada yang guna speedboat. Kalau pakej Phi Phi Island ni lebih sesuai untuk ambil pakej speedboat sebab agak jauh dari pengkalan bot Ao Nang.

Pagi tu kami bersarapan di Restoran Roti Canai Bangnara Roti. Roti canai dia boleh tahan juga, tapi kari dia agak manis. Kalau korang biasa makan roti canai di Kelantan, korang akan familiar dengan rasa kuah kari macam ni. Kat Kelantan, diorang biasa tambah gula dalam kuah gulai roti canai.

Kami menunggu di hadapan hotel bermula jam 8 pagi seperti yang diberitahu oleh Abang Eddy. Sebenarnya kedudukan Hotel Ao Nang Buri ni taklah jauh sangat dari pengkalan bot Ao Nang ke Phi Phi Island, tetapi memandangkan syarikat pengendali pakej pulau ni akan pusing untuk mengambil ahli rombongan dari segenap ceruk hotel, maka yang dekat nilah diorang ambil antara paling last. Hampir pukul 9 pagi barulah kami dijemput.


Sarapan di Roti Bangnara.




Pulang dari breakfast, kami sempat singgah bergambar di tepi pantai Ao Nang.




Waktu menunggu van / tuk-tuk menjemput kami ke aktiviti air.

Pada mulanya kami dibawa untuk melapor diri ke check point utama syarikat pengendali pakej. Rupanya syarikat ni beroprasi betul-betul di hadapan patung ikan yang kami bergambar di atas. Di sini kami diasingkan mengikut pakej pulau-pulau yang kami pilih. Ingatkan dari sini kami akan terus dibawa menaiki bot, rupanya bagi peserta pakej Phi Phi island kami perlu naik tuk-tuk sekali lagi untuk ke pengkalan yang berlainan pula.

Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut speedboat. Kumpulan kami sungguh multi racial, ada orang putih, ada China, India, Thailand sendiri dan ada sekumpulan anak muda dari Kelantan. Jumlah penumpang dalam satu bot lebih kurang 30 orang.

Off to island hopping.

Persinggahan pertama kami adalah di Bamboo Island. Pulau ni kecil sahaja tetapi mempunyai pantai yang cantik dan jernih. Kami singgah di sini lebih kurang satu jam. Dapatlah layan anak-anak mandi laut sambil main kejar ikan-ikan kecil.

Tiba di Bamboo Island. Deretan speed boat yang membawa pelancong ke sini.

Jernih betul air dia.

Semua happy. 

Dari Bamboo Island kami melawat Viking Cave dan Monkey Bay. Di sini kami cuma melihat gua viking dan kawanan monyet dari atas bot. Nak ambil gambar pun susah sebab kami duduk di bahagian belakang. Tak ada apa yang menarik sangat pun.

Viking cave. Aku lebih tertarik kepada warna air laut tu.

Persinggahan seterusnya adalah aktiviti mandi-manda di Pileh Bay. Kalau kat Bamboo Island tadi kami mandi laut dari tepi pantai, kali ni kami mandi dari atas bot. Dekat sini bot berhenti tengah-tengah lagoon tu dan terjunlah dari atas bot. Agak dalam juga lagoon ni. Oleh kerana lagoon ini dikelilingi bukit yang menghijau, air laut kelihatan seolah-olah hijau/turqoise pekat di sini.


Satu cabaran bila guna gopro dalam air ni, bila lens depan tu kena air kadang-kadang tak perasan ada air yang halang lens. Banyak gambar yang jadi macam ni. Inilah bahana first time guna gopro - pinjam orang.

Nampakkan air dia hijau/turqoise pekat. 


Dari Pileh Bay ke Maya Bay.

Dari Pileh Bay kami di bawa melawat Maya Bay. Tetapi kami tidak dibenarkan singgah di pantainya kerana pihak penguasa Thai mengambil keputusan untuk menutup Maya Bay bermula June 2018 sehingga notis dikeluarkan. Keputusan ini diambil untuk usaha pemulihan hidupan laut termasuk coral yang terjejas teruk kerana aktiviti pelancongan yang terlalu padat di kawasan ini sejak 20 tahun yang lalu. Populariti Maya Bay yang meningkat mendadak setelah penggambaran filem The beach lakonan Leonardo diCaprio dibuat di sini pada tahun 2000 menjadikan teluk ini sasaran utama pelancong. Kalau korang pernah sampai masa pantai ni dibuka dulu memang korang tahulah sesak macamana Maya Bay ni.

Bot boleh datang sampai had yang ada bendera merah ni sahaja. 

Memang nampak cantik pantai ni, pasirnya yang putih bersih dan air laut yang jernih kebiruan.


Meninggalkan Maya Bay.

Dari Maya Bay kami dibawa ke Phi Phi Don untuk menikmati makan tengah hari. Makanan dihidangkan secara buffet di Chongkhao Resort, termasuk dalam pakej islan hopping ni. Sedap juga makanannya walaupun taklah banyak pilihan pun lauknya. 

Bot kami berlabuh di Loh Dalum Beach, salah satu pantai yang ada banyak access ke resort-resort di Koh Phi Phi.

Banyak tour operator yang ambil pakej lunch di sini, suasana macam dewan makan asrama. Ada empat jenis lauk je, tapi semuanya sedap.


Pantai Loh Dalum ni tenang je. Ada banyak resort di sekitar pantai ni.

Dari Phi Phi Don, bot membawa kami ke perhentian aktiviti terakhir sebelum pulang ke Ao Nang iaitu aktiviti snorkeling di Lohsamah Bay. Aku boleh bagi 3 star untuk aktiviti snorkeling ni sebab tak banyak sangat jenis ikan yang boleh di lihat dan coral dia pun tak cantik sangat. Biasa-biasa je. Kalau di Sabah ataupun pulau-pulau di pantai timur Malaysia aku rasa berganda lebih cantik lagi.  

First snorkeling experience for them. Seronok sangat diorang.



Ikan jenis ni je yang banyak. Ikan jenis lain tak banyak dan penakut, nampak orang je terus lari jauh-jauh.

Adam & Ariff tak ambil masa yang lama untuk mahir snorkeling. Aryan langsung tak mahu turun.



Nampak tak coral dia, macam boring je kan?



Selepas aktiviti snorkeling, lebih kurang pukul 4.30 petang kami pun dibawa pulang ke Jeti Ao Nang semula. 

Jeti Ao Nang. Dia takde jeti pun, dari susur pantai ni terus naik atas bot. 


Deretan long tail boat.


Dari sini kami dibawa pulang ke hotel masing-masing dengan tuk-tuk yang panjang. Itulah sahaja pengalaman island hopping kami yang kami rasakan agak berbaloi dari segi kecantikan pulau-ulau yang kami lawati. Cuma bab snorkeling tu aku rasa boleh dapat lagi best dekat Malaysia.

Kami pulang membersihkan diri, solat dan berehat sekejap di hotel. Tak lama kemudian kami keluar semula untuk menikmati Roti Yaminla yang popular di sini dan berkunjung ke Krabi Night Market. Aku sambung di entri akan datanglah, sebab entri ni dah terlalu panjang.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top