Walaupun leceh dan agak time consuming, aku dapati menulis blog adalah satu benda yang fun. Terutama bila baca balik entri tu di kemudian hari. Terasa memori tu sentiasa segar. Sebenarnya terlalu banyak memori dalam hidup aku ni dah tak dapat nak recall – terutama sebab aku taklah kumpul gambar-gambar masa kecik sangat. Famili pun bukan jenis ada kamera. Aku minat kamera dan mula ada kamera sendiri pun masa zaman university. So, dengan adanya blog – di samping flickr, facebook, youtube personal chanel – blog ni sangat bagus digunakan sebagai keeping memory tool. Kalau aku tahu dari zaman sekolah rendah aku dah start memblog.
Kali ni nak cerita pasal trip Europe kami berempat – aku, wife, Faten & Basir. Faten ni sepupu wife aku, Basir tu husband dialah.
Ok, terus kepada tajuk cerita. Trip ni kami rancang dah lama. Lama sangat. Kalau kira dengan angan-angan, lagilah lama. Wife berangan nak pergi Europe sejak sebelum kahwin. Aku pulak biasa-biasa je dengan angan-angan dia tu, sebab setahu aku memang mahal nak sampai sana. Sampailah bila dah ramai orang pergi dan share kos trip diorang secara sendiri, aku akui sebenarnya trip eruope ni adalah trip mampu pergi.
Season
Kami memang pilih musim bunga. Sepatutnya waktu peak musim bunga. Tapi jadi tak berapa peak sebab season kat Europe tahun ni adalah antara paling lambat dalam beberapa tahun. December 2015 pun, dicatatkan London mengalami ‘the warmest Christmas in 100 years’ – lebih kurang laa, aku pun tak ingat exactly rekod untuk berapa tahun.
Tujuan kami pilih musim bunga sebab wife nak sangat pergi taman tulip terbesar kat Europe dan paling ramai dikunjungi di dunia (memang ramai gila-gila) – Keukenhof. Sebab tulah pilih timing yang betul-betul peak musim bunga.
Bilangan Hari
Bilangan hari penting sebab mempengaruhi banyak perkara, terutama sekali bajet. Seminggu terlalu pendek, dan dua minggu atau lebih terlalu panjang. Satu concern bab bajet, satu lagi pasal nak cuti berapa lama laa pulak. Sepanjang aku kerja, belum pernah ambil cuti lebih dari seminggu. Jadi kami buat keputusan 12 hari, campur dengan hari flight balik jadi 13 hari juga sebenarnya.
Route & Negara
Ini sebenarnya melibatkan beberapa pertukaran. Baca dalam blog ada yang buat sampai 12 negara dalam 20 hari, ada yang hardcore betul, buat 9 negara dalam 9 hari, ada jugak yang cuma datang London, paris & Amsterdam je. Bagi kami yang first time nak sampai Europe, mestilah kalau boleh nak visit sebanyak mungkin tempat. Macamana pun, kita tak boleh tamak sangat. Kalau sekejap sangat singgah satu-satu tempat jadi tak seronok juga, melainkan tempat tu biasa-biasa saja.
Route asal yang aku buat sepatutnya London - Paris - Brussels - Amsterdam - Frankfurt - Munich - Salzburg - Venice - Milan - Zurich dan balik ke Paris. Semuanya jadi lapan negara. Memang boleh buat, tapi bila kaji balik route ni terlalu banyak kilometer untuk dipandu. Memang seronok boleh sampai Austria dan Italy, tapi bila kaji apa yang menarik, kami jatuh cinta dengan Switzerland. Jadi nak stay lama kat Switzerland, maka kami buang dulu Austria dan Italy. Dari Franfurt, terus ke Cologne - Lucerne - Lauterbrunnen/Interlaken (2 malam) - Zurich dan balik ke Paris semula.
Plan di UK juga bertambah, asalnya cuma nak sampai London sahaja. Tapi Basir nak sangat pergi Liverpool - die hard fan lah katakan. Alang-alang pergi Anfield, memang tak sah laa kalau tak pergi Old Trafford. Kami juga tambah sehari bermalam di Cambridge - Rumah kawan se-UKM yang sekarang bekerja di sana.
Our route. Dua kali sewa kereta. Jumlah kilometer di atas map hampir 3000 km.
Mode Transport
Untuk pengangkutan antara bandar, terdapat beberapa pilihan. Boleh naik train, kapal terbang, bas, atau sewa kereta pandu sendiri. Kami pilih untuk sewa kereta di UK untuk dua hari, naik bas ke Paris, dan sewa kereta lagi sekali untuk tour 5 negara dan patah balik ke Paris.
Kenapa tak sewa kereta kat London all the way sampai habis dan balik semula ke London? Pertama, kadar sewa kereta akan jadi lebih mahal sebab bila nak cross border, there is certain fee, aku tak ingat berapa. Kedua, kalau hantar kereta kat London, maknanya kami kena balik Malaysia ikut Heathrow airport, benda yang aku nak elakkan sebab Hathrow airport tax tinggi. Lebih jimat beli tiket multi-city KUL-LHR, CDG-KUL. Kenapa tak pilih option ambil kereta di London dan hantar di Paris? Ini tersangat mahal - hanya premium kereta sahaja yang available untuk option ni.
Lagi pun, sewa kereta kat UK untuk drive steering belah kanan, dan sewa kereta di Paris lebih sesuai untuk tour tanah besar Europe sebab steering belah kiri. Bila lagi nak merasa drive kereta left hand drive kan. Dengan cara ni jugak aku dapat elakkan bawak kereta utk naik feri cross England - France.
Antara kelebihan drive kereta sendiri berbanding naik mode transport yang lain adalah kau boleh suka hati rancang sendiri masa perjalanan. Tak perlu terikat dengan schedule flight atau bas atau train. Yang paling best, kau boleh berhenti mana-mana yang kau suka (di tempat yang dibenarkan berhentilah - kat sana bukan macam Malaysia suka hati nak berhenti di lorong kecemasan).
Accomodation
Ini juga antara elemen utama dalam sesebuah perjalanan. Hotel, apartment atau hostel? Untuk trip kali ni kami guna AirBnB dan juga Hostelworld. AirBnB ada yang kami ambil whole apartment, dan ada juga merasa tinggal dengan host. Satu pengalaman baru yang sangat bermakna.
Mengapa ambil AirBnB dan hostel, sedangkan kalau explore betul-betul dekat booking.com atau agoda.com, memang boleh dapat hotel untuk rate yang sama atau tak jauh bezanya? Rate yang boleh diconsider murah untuk menginap satu malam di Europe adalah sekitar €20 ke €25 (plus minus RM100 per night). Mungkin murah sikit lagi dan mungkin mahal sikit masih acceptable.
Hotel 2 atau 3 star memang boleh jumpa bilik berdua yang harga sekitar €60 per night. Tetapi biasanya hotel ni jauh dari kawasan bandar. Walaupun kami ada kereta, menginap jauh dari bandar bukanlah option yang bagus sebab kami nak maksimumkan masa yang dapat spend di sesuatu tempat. Dengan AirBnB, kami boleh dapat apartment €100 untuk 4 orang yang jaraknya jalan kaki sahaja ke Eiffel Tower.
Another plus point is, dengan menginap di apartment ni kami boleh masak. Bawak periuk nasi dan lauk dari Malaysia, jadi kami boleh berjimat dengan memasak di Apartment - biasanya masak nasi dan panaskan lauk je. Paling-paling pun goreng telur dan goreng ikan untuk tambahan.
Detail yang lain akan ditulis dalam setiap hari kejadian.
Makan-minum.
Macam aku sebut tadi, kami banyak berjimat dengan membawa makanan dari Malaysia. Makan di luar hanya sesekali sahaja. Namun, signature makanan tetap kami aim - macam wafel di Belgium, hot chocolate di Brugge, crepe di Paris, french fries di Amsterdam, ice cream dll. Kebab tu makan juga bila tak sempat nak masak.
Airport di Europe ni tak strict macam di Australia yang mana semua makanan nak kena declare kalau bawak masuk. Kami siap tapaukan makanan rempah-ratus dari Malaysia sekotak besar untuk dibawa pada kawan yang kerja di Cambridge. Takde masalah pun ketika melepasi kastam dekat airport.
Antara bekalan yang dibawa untuk 12 hari perjalanan kami - beras basmathi (beras mesti sedap), serunding, sambal belimbing hitam, daging dendeng, sambal ikan bilis-kacang-tempe-kentang (yang ni ada versi masak sendiri dan beli), lauk-pauk segera brahim's (untuk ada kuah je), sekotak dua nasi beriyani brahim's (yang ni takleh bawak banyak, muak), dan tak lupa juga sedikit bekalan mee segera.
Selain makanan, bekalan 3 in 1 milo, nescafe latte, mocha dan hot chocolate cadbury pun dibawa secukupya. Fatin dan Basir siap bawak susu pekat lagi buat teh tarik, terbaiklah. Tak dilupakan kicap Jalen (takde kicap Jalen, kita terpaksa batalkan ekspedisi ini). Tapi sebenarnya aku bawak kicap ABC, sebab kicap ni ada packaging kecik, botol plastik dan penutupnya memang mesra traveller. RM2.30 je kat Giant. Sedap pun sedap. Bukan jenis yang pekat macam kicap ABC botol besar tu. Yang ni lebih kurang macam cap kipas udang, walaupun personally aku lebih suka kicap kipas udang.
Serunding daging, sambal belimbing hitam, sardin cap ayam, telur goreng, nasi panas dan kicap ABC (tiada dalam gambar). Seriously, ini adalah antara hidangan paling sedap dalam hidup aku.
Persiapan Gajet
Ini juga penting. Sangat penting sebenarnya. Gajet dicipta untuk memudahkan urusan kita, maka semestinya kita jangan mengsia-siakan usaha orang yang mencipta gajet.
Untuk ambil gambar dan video, aku bawa DSLR Nikon D5500 yang memang dibeli setahun yang lepas - semata-mata untuk trip ni, di padan dengan lens Sigma 18-50MM F2.8. Kelengkapan murah je, kelas beginner. Nak beli yang mahal, tak padan sebab aku bukanlah buat bisnes tangkap gambar pun, photography cuma sekadar hobi untuk mengabadikan gambar famili & travel.
Additional lens aku bawak Nikon prime lens 50mm F1.8. Lens yang bagus, tapi aku jenis malas sikit nak tukar-tukar lens masa travel. So, lens ni hampir tak digunakan.
Aku jugak bawak DSLR pertama aku, walaupun sensornya aku rasa ada problem skit. Sebab exposure dia kena set manual baru ok. Kalau guna apperture priority, dia tak bagus sangat. Selalu over exposed. Kit Lensnya pun dah rosak, so aku padankan je dengan portrait lens Canon aku 50mm F1.8.
Untuk video, aku juga bawak camcorder Panasonic. Yang ni basic je, sesekali kalau nak rekod video boleh guna. Selebihnya adalah spare bateri, remote untuk Nikon, tripod Nikon dan handphone masing-masing.
Handphone penting bukan sahaja boleh ambil gambar anytime, tapi penting juga untuk keperluan navigasi kami. Aku install Here WeGo untuk keperluan GPS di handphone Xiaomi aku & Iphone wife aku. Untuk backup, aku juga installkan map Europe di Garmin GPS kepunyaan Basir - old but gold. Ada masanya ia sangat diperlukan. Kesemua koordinat persinggahan aku dah set as favourite so bila nak memandu dah tak perlu key-in lagi.
OK, rasanya itu sahajalah dulu persiapan kami untuk trip ni. Yang lain tu rasanya tak lah banyak sangat kalau pun belum disebutkan.
Doakan aku ada masa nak sambung menulis entri pasal trip ni.
Catatan hari pertama trip ini boleh di baca di sini.

Power bank dan monopod juga penting.
OK, rasanya itu sahajalah dulu persiapan kami untuk trip ni. Yang lain tu rasanya tak lah banyak sangat kalau pun belum disebutkan.
Doakan aku ada masa nak sambung menulis entri pasal trip ni.
Catatan hari pertama trip ini boleh di baca di sini.
0 comments:
Post a Comment