EUROPE TRIP DAY12: FROM PARIS TO KUALA LUMPUR

Eiffel Tower, view dari Jambatan Bir Hakeim.

Catatan ini adalah catatan hari terakhir kami di bumi Eropah. Catatan sebelum ini boleh dicapai di sini.

Selasa, 26 April 2016, hari terakhir kami di Europe.  Pagi ni bangun-bangun seperti biasa, para isteri menyediakan sarapan. Saki-baki lauk sardin semalam masih boleh dimakan bersama dengan roti. Iced tea pun masih bersisa lagi. Hari ni kami tak masak nasi sebab beras yang dibawa dah habis. Periuk nasi pun kami dah packing dalam luggage. Setelah dua hari tidak berhubung, hari ni dapatlah kami berface time dengan anak-anak. Seronoknya mereka mendengar berita yang papa & mama akan pulang ke Malaysia pada hari ini.

Pantas sungguh masa berlalu. Sudah 12 hari dan kami sudah merentasi enam buah negara. Dua kali menyewa kereta dan memandu sendiri, menaiki feri merentasi selat Inggeris, memandu bot elektrik di Giethoorn, menunggang basikal di Amsterdam, menaiki cable car di Swiss dan hari ini tibalah masa untuk kembali ke Malaysia. Alhamdulillah, semuanya telah berlalu dengan lancar seperti yang dirancangkan. Kalau ada pun hiccup di antaranya, Alhamdulillah kami berjaya atasi dengan izinNya dan Allah sudah menyediakan jalan keluar yang tidaklah berliku sangat. Syukur.

Flight pulang ke Malaysia adalah pada pukul 10 malam dari CDG Airport, jadi hari ni kami masih mempunyai masa untuk dihabiskan berjalan-jalan santai di sekitar Paris. Tidak ada misi yang khusus, cuma perlu menunaikan hasrat para isteri yang mengidam ole-ole untuk diri sendiri. Kalau ada masa boleh juga melawat Galleries la Fayatte. Dan tak lupa misi seterusnya adalah mencari sellotape untuk seal kotak yang ingin dibawa pulang ke Malaysia.

Dari Dupleix, kami menaiki metro menuju ke station Franklin D Roosevelt di Champs Elysées.

Riak muka yang menandakan hati yang sudah berbunga-bunga bila ternampak lambang dua huruf tu.


Tak sempat pun nak singgah Laduree untuk merasa macaron yang famous ni. Singgah bergambar di hadapan kedai pun jadilah.

Wife dari beberapa bulan sebelum ke sini teringin sangat nak beli handbag LV ni untuk diri sendiri. Dah dua belas tahun bekerja boleh kira berapa je handbag yang dia ada. Dia akan pakai sampai lunyai. Tapi dia ni sejenis kedekut berkira juga, sampailah aku offer untuk topup separuh dari harga handbag tu, barulah nampak bersemangat nak beli. Macam-macam model yang dia dah hafal hasil dari kajian di website LV, tapi yang aku ingat Neverfull, Speedy dengan Turenne je. Itu pun sebab inilah antara model yang paling affordable. Yang lain boleh kirim salam lah, harga dia lebih dari keseluruhan kos trip kami. Kebetulan dia pun baru dapat bonus dan aku pulak baru dapat tax claim refund.

Suasana di dalam butik LV Champs Elysées Paris. Kalau kat Malaysia memang tak pernah terdetik nak jejak kaki. Kat sini confident pulak.

Lama juga tunggu wife membuat keputusan, nak pilih yang mana yang paling dia puas hati. Cuba zoom tengok muka Basir yang sedang menekan calculator untuk convert lepas diberitahu kalau speedy bag tu nak tambah tali dia je kena tambah lagi  180.

Sabarlah bro, duit boleh dicari.

Promoter kami orang Thailand. Dia yang prepare semua form untuk claim VAT nanti, katanya hanya perlu masukkan form tersebut dalam box yang tersedia di airport yang bertanda Global Blue.

Happy wife, happy life. 

Selesai misi di LV, tak sedar rupanya kami dah menghabiskan masa lebih dua jam dalam tu. Faten dah settle awal lagi, wife la, masih lagi berkira-kira nak beli ke tak pulak. Datang balik mood kedekut dia time ni. Dah beli handbag, perasaan untuk sampai ke Galleris La Fayette pun automatik menjadi pudar. Kami teruskan misi mencari sellotape sahajalah di sekitar Champs Elysées.

Sellotape yang dicari, tapi macaron pulak yang dijumpai. Kebetulan belum sempat rasa lagi macaron sepanjang berada di Paris, kami belilah sedikit sekadar untuk merasa beberapa perisa. 

Agak mahal juga, €2.80 seketul. Jangan convertlah. Kecil je, sekali ngap je dah boleh habis.

Makan macaron berlatarbelakangkan Arc de Triomphe. Paris hari ini agak gloomy berbanding hari pertama kami sampai di sini tempoh hari.

Setelah sellotape tidak berjaya dijumpai di Champs Elysées, kami mengambil keputusan untuk mencari di sekitar Dupleix. Cadangnya ingin berjalan kaki dari Bir Hakeim hingga ke Dupleix. Gambar Eiffel Tower agak menarik juga dari Jambatan Bir Hakeim.

Cuaca di sebelah timur Paris agak cerah sedikit, maka dapatlah aku shoot gambar yang lebih berseri dari jambatan Bir Hakeim ni. 

Masa ni dah start mixed feeling, seronok sebab dah hampir pulang ke Malaysia, rindu tak terkata pada anak-anak. Pada masa yang sama, bila terbayangkan kerja yang menimbun atas meja office rasa macam taknak balik pun ada.

Berakhirnya episod drama 12 siri slot Akasia. And they lived happily ever after.. Cliché sangat ending dia ni.

Ikutkan ada banyak lagi spot bergambar di sekitar sini, tetapi masa ni jam sudah pun 2.30 petang. Jika minggu lepas kami tertinggal bas di London, sudah pasti hari ni kami tak sanggup untuk tertinggal kapal terbang. Sellotape masih belum dijumpai, tetapi rasanya di antara Bir Hakeim ke Dupleix mesti ada kedai serbanika sebab kawasan ni ada banyak apartment kediaman.

Tekaan kami tepat sekali kerana hanya beberapa meter dari Bir Hakeim terdapat sebuah pasaraya Castorama, ia seperti House Depot atau pun Mr DIYlah kalau di Malaysia ni.

Inilah pasaraya Castorama, bersebelahan dengan stesen metro Bir Hakeim. Gambar dari Google Street View.

Lebih kurang pukul 3.30 pm, kami tiba di apartment dalam keadaan hujan renyai-renyai. Misi seterusnya adalah seal bungkusan, solat dan hubungi Uber untuk ke airport. Rumah Alex juga perlu dikemas supaya keadaannya kembali kepada sepertimana ketika kami mengambil kunci dari Alex. 

Lebih kurang pukul 5 petang, kami sudah pun bersedia untuk keluar dari rumah Alex. Kunci ditinggalkan sahaja di dalam rumah seperti yang dipesan oleh Alex. Pintu rumah dan pintu masuk utama di tingkat bawah akan terkunci secara automatik apabila ditutup. 

Bag kami yang sudah beranak-pinak. Kami mengaku kami sememangnya bukan backpackers. 

Sementara menghubungi Uber, aku snap gambar ni. Kedudukan rumah Alex ni sangat strategik kerana yang di depan itu adalah stesen metro Dupleix. Eiffel tower pula cuma 10 minit berjalan kaki dari sini.

Oleh kerana bilangan bagasi yang banyak, kami memilih untuk mengambil Uber van. Luas betul MPV buatan Mercedes ini. €80 untuk perjalanan dari Dupleix ke CDG Airport. Kalau kami ambil train, kosnya adalah €10/pax (€40 total), tetapi dengan mengambilkira bilangan luggage yang banyak kami terpaksa menempah Uber.

Tiba di CDG pada pukul 6.30 petang. Sempat bergambar dengan pemandu Uber yang tidak mahir untuk berbahasa Inggeris tetapi kelihatan peramah. Siap bertali leher. CEO yang part time buat Uber agaknya dia ni.

Memasukkan borang VAT refund. Banyak juga yang diclaim ni, harapnya tak ada yang sangkut.

Serious muka Basir masa ni, jampi bagi claim tu semua masuk akaun agaknya. Kami sepakat memilih refund melalui credit card instead of cash. Hassle-free.

Update : Setelah dua bulan kembali ke Malaysia, barulah kami menerima VAT claim tersebut, yang dicreditkan selang seminggu jarak antara satu form dengan yang lain. Alhamdulillah. Mudah aje rupanya claim tax ni. VAT Form yang diperolehi dari La Vallee & Butik LV hanya perlu dimasukkan ke dalam kotak Global Blue sahaja manakala VAT Form dari Clarks UK dan kedai souvenir di Bayswater perlu kami isikan secara manual nombor kredit kad dan beberapa informasi lain yang diperlukan. Resit & form perlu disahkan di kaunter dan kemudian diletakkan ke dalam box yang tersedia di sana. Proses ini cuma mengambil masa kurang setengah jam. Itupun lepas kami bergilir-gilir check sama ada apa yang diisikan itu tepat. Risaula kalau-kalau tersalah satu digit menyebabkan kegagalan kami mendapat claim tu. Lagipun kaunter memang kebetulan agak lengang ketika ini, kami bebas bertanyakan soalan kepada pegawai di sana.

Selesai urusan di sini kami bergerak untuk check in luggage pulak. Syukur kotak 'keranda' yang di alter secara manual tu betul-betul just nice ukurannya untuk di check in. Proses melalui imigresen agak lama. Kami terpaksa beratur dengan barisan yang panjang dan berlingkar-lingkar. Bayangkan sekiranya kami bertolak pukul 7 petang dari rumah Alex, nampak memang macam sempat sebab penerbangan kami jam 10 malam, mau kena tinggal flight dek kerana barisan panjang ni. Agak ngam-ngam masa kami untuk departure. Tak sempat duduk lama dah terus final call. Jadi seeloknya bersiaplah lebih awal sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak tertinggal kapal terbang.

Singgah last minute shopping di Disney Store dalam terminal. Teringat Aryan yang cukup suka dengan Disneyland. Semoga ada rezeki kami pergi bersama anak-anak nanti.

Berlepas pulang tepat jam 10 malam dari Charles de Gaulle Airport. Gambar ni masa kami sudah pun hampir tiba di Abu Dhabi jam 7 pagi, 27 April 2016. Bertolak semula dari Abu Dhabi jam 10.40 pagi dan tiba di Malaysia jam 10.20 malam. Semua waktu adalah waktu tempatan.

Kapal belum pun merentas jauh meninggalkan bumi Eropah kami dah mula terasa bahang kerinduan. Dah start throwback sepanjang tempoh kami kesana. Dari awal memasang angan-angan, merangka pelan dari tahun 2014 lagi, menyunting pasangan Basir dan Faten untuk menyertai pengembaraan kami, pertama kali perasaan menjejakkan kaki ke Heathrow, hinggalah tiba saat pulang ni. Sungguh, inilah pengalaman yang paling sukar diungkap dengan kata-kata. Mata pun masih belum mahu terlelap. Terasa euphoria atau perasaan over-whelmed tu masih ada. Bak kata orang, masih tak boleh moved-on la. Sementara aku menaip ni pun aku masih dalam mood syahdu mengenang kembali pengalaman ni. Wujudnya blog ini pun supaya aku tak lupa sekelumit pun kenangan-kenangan kami di sana. Atas sebab tu la aku mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan penulisan.

Dalam catatan yang akan datang, aku akan rumuskan itinerary kami dan yang paling ramai orang bertanya selama ini adalah berkenaan bajet perjalanan kami. Stay tuned.

Catatan tersebut boleh dibaca di sini.

CONVERSATION

6 comments:

  1. Thanks again for sharing. Very vivid storytelling - terasa macam saya juga turut mengembara bersama! And thank you for all the travel hacks and tips -- sangat-sangat berguna for travellers. Looking forward to begin charting our Keukenhof 2020 trip :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are welcome and thanks sudi jadi pembaca blog ni. semoga bermanfaat dan jugak semoga your 2020 trip berjalan lancar dan dipermudahkan.

      Delete
  2. Salam Zahid, nk tanya you blh claim beli barang di London di Paris ke ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ainun. Ya, saya claim VAT di Paris. Masa 2016 tu UK masih part of EU, jadi memang macam ni, kalau sekarang saya tak pasti.

      Delete
  3. Seronoknya baca entri tuan ni.. Rasa mcm part of the trip. Bab kotak tu tergelak sama saya baca. Doakan saya dan husband ade rezeki utk ke europe tahun depan. Insha allah. Sedang giat menabung lg ni hehe. Rasa was was juga ni nk backpack berdua dan blom pernah travel kan. Kot tuan ade apa2 lg tips utk kami ni selitkan lah sekali ya. Terima kasih 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. bab kotak tu memang kelakar habis.. sampai sekarang kitorang gelak bile cakap pasal tu.. Semoga dipermudahkan dalam perancangan dan perjalan puan dan suami nanti. InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Kalau ada apa-apa nak tanya boleh tinggalkan komen di mana-mana entri berkaitan.

      Delete

Back
to top