[PARIS LONDON 2017] DAY04 PART2 BIBURY

Arlington Row, Bibury. Deretan perumahan yang masih didiami tertua di England.

Catatan sebelum ini boleh dicapai di sini.

Lebih kurang pukul 4 petang kami memandu meninggalkan Cotswold Wildlife Park. Destinasi seterusnya adalah menuju ke Bibury. Di sana terdapat beberapa tarikan seperti Arlington Row dan Bibury Trout Farm. Sebenarnya, aku dan wife pernah sampai sini tahun lepas, tapi sempat melawat Arlington Row sahaja kerana waktu kami sampai sudah pun lebih kurang jam 8.30 malam. Nasib baik sempat lagi ambil gambar, walaupun dalam remang-remang senja. Jadi kali ini bolehlah melawat sekali lagi. Lagi pun, jarak pemanduan dari Cotswold Wildlife Park hanya 20 minit sahaja.

Di kawasan parking Cotswold Wildlife Park, sebelum memulakan perjalanan ke Bibury.

Ini pula kereta sewa family Mira.

Kami sebenarnya sudah agak terlambat, plan asal sepatutnya kami keluar dari Cotswold Wildlife Park selewat-lewatnya 2 petang, tapi dua jam sudah terlebih. Semuanya gara-gara anak-anak yang seronok sangat bermain di taman permainan dalam tu. Lepas tu pula terjumpa taman bunga dalam tu, tambah lagilah masa untuk bergambar. Biarlah, asalkan semua orang seronok. Hari pun masih siang dan masih sempat lagi untuk ke Bibury dalam keadaan siang.

Kami tiba di Bibury dengan pemandangan yang jauh berbeza daripada tahun lepas. Satunya sebab cuaca masih terang dan Bibury kelihatan bertambah cantik dalam keadaan terang begini. Kedua, ramainya orang dan banyaknya kereta. Langsung tak sama macam tahun lepas. Iyalah, jam baru 4.30 petang. Tahun lepas tu dah hampir malam jadi memang kami sajalah pelawat yang ada. Tapi kami kira okay lagi, ada blog yang aku baca sampai kat Arlington Row hari sudah pun malam. Lagi kesian sebab tak nampak apa, bukannya ada lampu jalan pun kat deretan rumah tu.

Kami parking agak jauh sedikit dan berjalan kaki dalam 150meter ke Arlington Row. Oleh kerana jalan kaki yang agak jauh (bagi kanak-kanak), Adam & Ariff langsung dah tak layan arahan kami nak bergambar satu family. Kami pun biarkan sahajalah mereka bermain tepi sungai sambil layan tengok ikan dalam air yang sangat jernih. Dah tak larat nak panggil.

Kereta diorang dapat parking dekat sikit dengan Arlington Row. Time kami sampai diorang dah pun jalan-jalan kat sini.

Lain betul gambarnya compare dengan tahun lepas masa hari dah hampir malam. 

Pemilik kereta kuning, Mr Maddox akhirnya akur menjual kereta kuningnya. Sekarang dah beli kereta warna grey. Lain betul gambar ni berbanding gambar tahun lepas yang diambil ketika hari hampir malam.

Ini gambar yang hampir malam. Patutnya aku ambil dari angle yang sama.

Adam dan Ariff dah berlari-lari tengok itik kat tepi sungai. Tak ada gambar complete satu family kat sini.

Aryan je yang sentiasa tak lekang dengan kami. 

Dari Arlington Row kami berjalan kaki ke Bibury Trout Farm. Berjalan di sebelah Sungai Coln dan menikmati pemandangan sungai yang jernih dan diserikan dengan kawanan itik. Oleh kerana nak cepat ke Bibury Trout Farm, tak sempat pun nak ambil gambar banyak-banyak.

Bersih dan tenang betul kampung ni. 

Sungai ni semak je sebelah dia, tapi nampak cantik sebab tersangat bersih.

Ketika kami tibe di Bibury Trout Farm, jam sudah pun 5.15pm, dan Bibury Trout Farm ditutup pada jam 5.30pm. Kami cuma sempat membeli fridge magnet dan sedikit kudapan di kedai bahagian entrancenya sahaja. Kami sekadar melihat Bibury Trout Farm ni dari luar, memang cantik sebenarnya. Tambahan pula pada musim bunga, landscape di sekitarnya dihiasi pokok-pokok yang sedang mengeluarkan bunga berwarna-warni. Aku pulak tak sempat nak ambil banyak gambar sebab melayan anak-anak yang nak makan dan lepas tu dah tak terkawal berlari-lari di kaki lima jalan. Kaki lima jalan agak sempit, jadi kenalah tengok-tengokkan mereka juga.

Laluan pejalan kaki di bahagian dalam Bibury Trout Farm. Kami tak sempat masuk pun.


Struggle betul nak dapat gambar yang ok. Budak-budak bukan reti nak duduk diam bila nak ambil gambar.

Kira-kira jam 6.30 petang, kami berbincang dengan family Mira sama ada ingin mengikut plan asal untuk ke Swindon Designer Outlet. Tetapi memandangkan semua sudah penat dan anak-anak pun minta nak balik, kami putuskan untuk terus pulang ke BnB Karen. Masih sempat untuk solat di rumah memandangkan Maghrib hanya masuk jam sekitar 8.30 malam.

Dalam perjalanan pulang ke BnB Karen, terjumpa ladang rapeseed yang ada ruang untuk kami berhenti di tepi jalan. Tapi sayangnya kawasannya berpagar tak boleh nak masuk dalam tu.

Berhenti di sebelah ladang rapeseed. Kuning saujana mata memandang. Tapi kawasannya berpagar, tak dapatlah nak shoot dalam ni.

Ambil gambar dari luar sajelah.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, wife ingatkan barang makanan untuk esok hari dah berkurangan. Maka kami cuba search melalui apps Here We Go di mana terdapat Sainsbury atau Coop yang terdekat dengan rumah. Malangnya kebanyakan yang berhampiran sudah pun ditutup pada pukul 6.00 petang. Ada yang 24 jam tetapi jauh sedikit, maka kami decide pulang ke rumah dahulu kerana mengejarkan waktu solat.

Semasa di rumah Karen, dengan bantuan wifi mudahlah untuk aku search di mana kedai yang paling dekat. Maka aku jumpa ada sebuah Coop kira-kira 6km dari rumah Karen. Coop ni ditutup pada pukul 11 malam, jadi aku keluar setelah uruskan anak-anak dan makan malam.

Masa aku keluar tu dalam pukul 10 malam macam tu. Aku langsung tak ada idea macamana gelapnya kampung di countryside UK ni pada waktu malam, tambahan pula pada hari yang langsung tiada cahaya bulan (mendung sangat time tu, baru lepas hujan). Lampu kereta menyuluh jalan dan di kiri kanan jalan yang kelihatan hanyalah semak dan pokok. Melalui jalan yang sangat sempit, muat satu kereta je. Langsung tak berselisih dengan kereta lain. Kalau berselisih memang satu kereta kena ke tepi. Dalam hati ke manalah GPS ni nak bawa aku pergi. Tapi alhamdulillah, dalam 10 minit kemudian barulah aku jumpa satu kawasan yang ada lampu jalan. Dan di situlah terletaknya Coop yang aku cari. Macam tak percaya ada kedai Coop besar di celah-celah kampung macam ni.

Apa yang best aku nak cerita kat sini, aku beli macam-macam, baru £6 lebih. Ada telur 6 biji, tomato, salad, roti dengan coklat cip, mee segera (mee segera dia tak sedap langsung), Dorito (jajan yang popular kat UK), dan dua bekas sardin. Sebab murah sangat tak pasal aku pergi tambah dengan Costa Cappucino large, total baru £8.98.

Gambar gelap, lagi pun gambar dari handphone je ni.



Aku sampai rumah kira-kira jam 11 malam. tengok wife dan anak-anak semua dah tido. Aku ambil masa sekejap untuk transfer gambar dan caj gajet-gajet yang ada. Esok kami akan memandu ke London untuk pulangkan kereta dan beraktiviti di sekitar London untuk 4 hari sebelum berangkat semula ke Paris.

Catatan akan besambung lagi di entri yang akan datang.

CONVERSATION

7 comments:

  1. Salam Zahid,nak tanya sewa kereta tu perlu ke ambik cross border card check?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Izyani,

      Saya tak ambil cross border cards masa sewa kereta di UK tahun ni dan tahun lepas, sebab saya drive within UK sahaja. Masa sewa kereta di Paris dan bawa ke 5 negara tahun lepas, dalam terms & condition dah dinyatakan cross border included, so saya tak perlu bayar extra. Yang penting kena check terma & syarat syarikat sewa kereta yang awak nak ambil. Kalau dalam tu dinyatakan kena bayar extra untuk cross border, better bayar atau cari company lain. Kalau jadi apa-apa naya nanti insurance tak cover.

      Sebenarnya sesetengah syarikat sewa kereta apply cross border cards sebab dia mempunyai limit dengan syarikat insurance. Contohnya, T&C insurance kereta hanya cover di UK sahaja, maka jika kita nak bawa keluar dari UK, kita kena bayar certain fee as Cross Border Cards. Sebenarnya bukan bayar kebenaran untuk cross sempadan, tapi bayar extended insurance & breakdown coverage.

      Delete
  2. Salam Zahid...sorry tanya lagi...the best dlm byk2 sewa kereta kat europe..mana paling ok ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. sorry lambat reply. Yang elok, ambillah dari company yg betul-betul establish dan ada nama, sebab company macam ni biasanya akan jaga nama diorang. Ada beberapa company yg dia umpan dengan harga rendah, kemudian macam-macam hidden charges yang dia akan kenakan, beum kira yang sengaja kenakan penyewa kalau tak beli insurance tambahan dari mereka.

      Company yang jarang ada masalah, daripada review-review yang saya baca: Avis, Europecar, Sixt, Hertz.. Bukan tak ada kes langsung, tapi sangat jarang berbanding kalau awak baca review untuk Easirent atau Green Motion.

      Delete
  3. Tuan, utk trip ni, any particular reasons kenapa you sewa two separate cars, instead of one large van? For my group of 8 adults, I'm planning to rent a 9-seater van hoping for easier logistical coordination, and cheaper parking rates perhaps. Appreciate your thoughts. Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rena, roughly sewa dua kereta lagi murah dari sewa satu mini-van, tapi kalau kira2 dengan minyak rasa macam back to square juga. Tak ingat sangat actual reason masa booking dulu, rasa macam sebab nak sewa yang paling murah je kot. Lagi pun kitorang ambil kereta kat tengah city, tak banyak choice masa tu, tambah terkena duration tu public holiday hari Isnin. Semua harga sewa kereta naik melambung masa tu.

      Delete

Back
to top