[PARIS LONDON 2017] DAY04 PART2 BIBURY
Arlington Row, Bibury. Deretan perumahan yang masih didiami tertua di England.
Catatan sebelum ini boleh dicapai di sini.
Lebih kurang pukul 4 petang kami memandu meninggalkan Cotswold Wildlife Park. Destinasi seterusnya adalah menuju ke Bibury. Di sana terdapat beberapa tarikan seperti Arlington Row dan Bibury Trout Farm. Sebenarnya, aku dan wife pernah sampai sini tahun lepas, tapi sempat melawat Arlington Row sahaja kerana waktu kami sampai sudah pun lebih kurang jam 8.30 malam. Nasib baik sempat lagi ambil gambar, walaupun dalam remang-remang senja. Jadi kali ini bolehlah melawat sekali lagi. Lagi pun, jarak pemanduan dari Cotswold Wildlife Park hanya 20 minit sahaja.
Di kawasan parking Cotswold Wildlife Park, sebelum memulakan perjalanan ke Bibury.
Ini pula kereta sewa family Mira.
Kami sebenarnya sudah agak terlambat, plan asal sepatutnya kami keluar dari Cotswold Wildlife Park selewat-lewatnya 2 petang, tapi dua jam sudah terlebih. Semuanya gara-gara anak-anak yang seronok sangat bermain di taman permainan dalam tu. Lepas tu pula terjumpa taman bunga dalam tu, tambah lagilah masa untuk bergambar. Biarlah, asalkan semua orang seronok. Hari pun masih siang dan masih sempat lagi untuk ke Bibury dalam keadaan siang.
Kami tiba di Bibury dengan pemandangan yang jauh berbeza daripada tahun lepas. Satunya sebab cuaca masih terang dan Bibury kelihatan bertambah cantik dalam keadaan terang begini. Kedua, ramainya orang dan banyaknya kereta. Langsung tak sama macam tahun lepas. Iyalah, jam baru 4.30 petang. Tahun lepas tu dah hampir malam jadi memang kami sajalah pelawat yang ada. Tapi kami kira okay lagi, ada blog yang aku baca sampai kat Arlington Row hari sudah pun malam. Lagi kesian sebab tak nampak apa, bukannya ada lampu jalan pun kat deretan rumah tu.
Kami parking agak jauh sedikit dan berjalan kaki dalam 150meter ke Arlington Row. Oleh kerana jalan kaki yang agak jauh (bagi kanak-kanak), Adam & Ariff langsung dah tak layan arahan kami nak bergambar satu family. Kami pun biarkan sahajalah mereka bermain tepi sungai sambil layan tengok ikan dalam air yang sangat jernih. Dah tak larat nak panggil.
Kereta diorang dapat parking dekat sikit dengan Arlington Row. Time kami sampai diorang dah pun jalan-jalan kat sini.
Lain betul gambarnya compare dengan tahun lepas masa hari dah hampir malam.