[PARIS LONDON 2017] DAY06 JALAN-JALAN LONDON PART 1

Tower Bridge of London.

Catatan hari ke-lima boleh dicapai di sini.

Hari ke-enam, Selasa 2 May 2017. Pagi ni kami bangun pagi di BnB kami di Camden dengan penuh kesegaran selepas dapat berehat panjang malam tadi. BnB ni agak kecil, tapi ada cukup ruang untuk kami tidur. Ada dua queen bed dan satu sofa bed. Cukuplah untuk kami lima dewasa tiga kanak-kanak dan satu baby. Memang dah minta kebenaran tuan rumah untuk masuk ramai, katanya dia  okay asalkan guest dia okay. Dia juga membekalkan kami dengan bantal, comforter dan selimut yang cukup.

BnB ni terletak kira-kira 10 minit dari Camden Market, sebuah market hipster yang popular di London ni. Tujuan kami pilih BnB ni bukanlah sebab nak pergi Camden sangat, tapi kedudukannya yang boleh dikatakan di tengah-tengah London dengan harga yang agak berbaloi. Hanya £85/night. Ok sangatlah untuk kami yang memang bercuti secara bajet ni.

Cuma satu masalah, dapur BnB ni tak dapat dihidupkan. Kebetulan pula hostnya balik kampung ke Romania semalam selepas bagi kunci, kami mempunyai kesukaran untuk menghubunginya. Dah hantar whatsapp pun tak berbalas. Nak murah sangat kan, servis pun murahlaa. Kesudahannya kami masak dengan menggunakan rice cooker je sepanjang tiga hari menetap di sini.

Dari segi jarak ke underground station terdekat, station Camden, masih kira ok dalam 15 minute macam tu. Kalau kau jalan laju sikit dapatlah 10 minit. Tapi, kalau kau plan nak balik apartment waktu petang dan ingat nak keluar balik malamnya, memang tak jadilah jawabnya. 

Oleh kerana bilik air pun satu dan kami ada sembilan orang, kami ambil masa agak lama untuk bersiap. Cadangan aku kalau korang nak bercuti macam kami ni ramai-ramai, eloklah ambil dua apartment atau pun pilih yang ada lebih bilik air. Bagi kami yang sudah mind set percutian kali ni nak santai-santai je, jadi taklah pressure sangat. Lagi pun tempat yang nak visit hari ni kami dah sampai tahun lepas.

Sudahnya pukul 9.30 pagi baru kami keluar dari apartment. Kami berjalan kaki melalui Camden Lock market untuk ke underground station. Kelihatan beberapa pegerai sedang bersiap untuk membuka perniagaan. Kalau selepas pukul 10 pagi biasanya tempat ni akan mula crowded. 

Kami menaiki tube ke station London Bridge. Dari sini kami berjalan kira-kira 10 minit ke dataran di hadapan London City Council. Dari sini boleh laa bergambar berlatarbelakangkan Tower Bridge.

Aryan seronok berlari-lari di dataran yang luas ni. Bangunan belakang itulah London City Council.

Adam Haris.

Dahlia sudah pun baik dari demam dan ceria.

Cuaca hari ni pun dikira agak baik setelah beberapa hari sejak hari pertama trip ni kami berhadapan cuaca hujan dan mendung.





Kami berjalan menyeberangi Sungai Thames ke side yang sebelah satu lagi.


Tower Bridge dari sini kelihatan lebih dekat.


Lama juga kami ambil masa bersantai-santai di sini. Belum kira masa mencari toilet untuk budak-budak nak buang air. Dari Tower Bridge kami berjalan ke hadapan Tower of London, kelihatan ramai orang sedang beratur untuk membeli tiket masuk ke dalam bangunan yang berusia lebih 1000 tahun itu. 

Di belakang kami itu Tower of London.


Dari stesen Tower Hill, destinasi kami seterusnya adalah ke Greenwich Pier untuk menaiki Thames River Cruise. Masa ni aku telah silap tempat. Inilah jadinya bila itinerary tak dirancang dengan detail. Disebabkan trip kali ni aku agak santai-santai, dan kami pun dah pernah sampai London tahun lepas, aku taklah memperuntukkan begitu banyak masa study tempat-tempat yang aku nak pergi. Melihatkan dalam map underground cuma station North Greenwich station yang kelihatan, aku assume Greenwich Pier sepatutnya di situlah. Lagi pun di situ memang ada attraction lain seperti The O2 & Emirates Air Line (Cable Car).

Rupanya, Greenwich Pier sebenarnya jauh lagi dari sini. Pangkalan bot yang dijumpai di North Greenwich tu tak sama dengan tiket yang kami beli. Ada seorang staff yang bertugas di situ memberikan kami direction untuk ke Greenwich Pier. Kena naik bas pula. Agak berbelit juga directionnya dan lama juga kami mundar-mandir mencari stesen bas yang dimaksudkan. Dah jumpa stesen bas, terpaksalah mencari no bas dan pastikan laluannya adalah ke Cutty Sark. Sejam jugalah kami membazir masa dan akhirnya sampai juga ke tempat yang dimaksudkan. Oklaa, kiranya adalaa juga pengalaman mencari tempat yang dituju dengan cara manual ni. Kalau handphone ada sambungan data rasanya aku still lagi akan tanya Google dari tanya kat orang.

Dari stesen bas ke Greenwich Pier, kami berjalan melalui Greenwich Market. Bersih betul kawasan marketnya, walaupun menjual makanan basah seperti daging dan ikan.

Inila Cutty Sark, nama sebuah kapal layar jenis tea clipper antara yang terakhir dan terpantas pernah dibina. Apa itu tea clipper? Aku pun tak tahu sebab info ni pun aku baca seimbas je dari wikipedia.

Akhirnya kami berjaya menaiki bot untuk Thames River Cruise. Tiket ni dibeli dari TRS website. £8 je untuk dewasa dan £4 untuk kanak-kanak. Bot yang kami naik ni bergerak pukul 4 petang dari Greenwich Pier.

Asalnya cuma kami sahaja di bahagian atas bot. Kawasan ni basah sikit sebab hari hujan sebelumnya. Kami dah aim tempat baik punya supaya senang nak ambil gambar. Tapi bila sampai kat Tower Bridge ni segerombolan pelancong dari negara China datang serbu dan langkah bangku-bangku kat sini macam kami ni tak wujud. Nak bergambar satu family kat sini pun spoil.

Last-last kami duduk jelaa kat tepi. Baru laa dapat bergambar dengan aman ketika melalui di hadapan Tower of London.

Tak lama kemudian kami sampai di Westminster Pier.

Ok, dah nak turun.

Ramainya orang dekat Westminster Bridge ni. Nak bergambar dengan cantik pun susah. Memang susah nak dapat background Big Ben yang bebas dari orang lain.

Ini pula berlatarbelakangkan London Eye. Beza sungguh gambar tahun ni berbanding gambar tahun lepas ketika cuaca cantik. Kalau perasan kat tempat tinggi tumpuan pelancong macam ni agak kotor sedikit, sebab ada orang bawak perangai buang sampah merata-rata datang UK. Kalau kat kawasan yang local UK dominant biasanya takkan ada sampah macam ni. 

Close up sikit baru laa dapat elak dari nampak orang lain dalam gambar. 

Asalnya nak jalan kaki sampai ke London Eye, tapi budak-budak dah meragam kelaparan. Pagi tadi breakfast ala kadar dan tengah hari tadi cuma makan sandwich. Nak ke Trafalgar Square pun diorang dah tak larat nak berjalan. Maka kami mengalah sahajalah. Teruskan pergi makanlah kalau macam ni. Bincang punya bincang, kami decide nak merasa Burger & Lobsters. Last year datang London tak sempat nak merasa jadi tahun ni kenalah pergi.

Aku buka google maps yang dah disimpan dalam handphone untuk semak Burger & Lobster yang paling dekat dari sini - Leicester Square. Maka kami pun terus ambil tube di Westminster ke Leicester Square. Leicester Square ni rupanya berdekatan dengan China Town kat London. Sepanjang jalan kelihatan ada banyak tanglung dan restoran makanan cina. Dalam 10 minit berjalan kaki, kami pun menjumpai Burger & Lobster yang dimaksudkan. Tak sempat pun nak ambil gambar di sepanjang jalan kaki dan juga di hadapan restaurant. Biasalah, bila dah berjalan dengan anak-anak, perhatian dan tumpuan lebih diberikan kepada mereka berbanding kamera.

Kami Order tiga set je untuk kami berlima, cukuplah sekadar untuk dapat rasa. Patutlah Burger & Lobster ni famous, sedap rupanya. Kalau ke London cubalah pergi try. Sekarang ni kat Genting pun dah ada buka, tapi aku nampak orang update macam lain betul environment dia. Aku nak cerita sedap macamana pun tak tahu, aku share gambar jelah ya.


Dia dah potong lobster tu siap-siap. Isi lobsternya sungguh fresh dan manis.



Portion dia boleh tahan besar, jadi kami kongsi pun dah kira kenyang juga.


Dinding restoran ni dihiasi dengan lobster hidup dalam aquarium. Mimpi ngeri lobster tu tengok kawan dia kena makan. hahaha..

Selepas menikmati makanan di Burger & Lobster, kami ambil keputusan untuk terus pulang ke apartment untuk memudahkan kami solat jamak Zuhur & Asar. Maghrib masuk dalam pukul lebih kurang 8.30 malam dan ketika itu lebih kurang pukul 7 petang. Jadi masih sempat untuk kami pulang solat di apartment. Plan asal untuk ke kedai Lego Leicester Square - the biggest Lego store in the world - terpaksa ditunda terlebih dahulu sebab tak tahu nak cari ruang solat di mana area Leicester Square ni.

Dalam perjalanan pulang ke apartment, kami singgah di Sainsbury's Camden yang betul-betul di belakang apartment kami untuk membeli beberapa barangan dapur seperti fillet ikan (buat lauk), buah-buahan, salad, roti untuk dibuat sandwich esok pagi, telur, susu dan beberapa barangan lain - aku pun dah lupa. Tapi serius memang seronok membeli barangan dapur kat sini, dengan syarat jangan convert duit pound tu ke RM.

Sampai sini sahaja catatan hari ke-enam. Catatan trip hari ke-tujuh akan bersambung di entri yang akan datang.

CONVERSATION

11 comments:

  1. Salam tuan, sy nak tanya, masa sewa kereta kat paris dulu, ada deposit tak? Berapa biasanya mereka ambil ya? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Effa. Masa kat Paris 2016, saya sewa dengan Europecar, excess adalah EUR850. Tapi saya tak ingat sama ada saya kena swipe ke tak untuk EUR850 ni, kalau tak silap tak ada rasanya. Cuma kena sign agreement kalau ada berlaku apa-apa Europecar ada kebenaran untuk charge ke kredit kad tu.

      Berbeza dengan Easirent kat UK tahun ni, memang deposit sebanyak £1250 kena pre-authorized siap-siap, memang sangat bahaya sebenarnya, tapi kami gamble je. alhamdulillah takde kena apa-apa.

      Delete

  2. TERIMA JASA GUIDE EROPA ( PARIS, ITALY, DLL )

    Aurora Tours since 2014

    - Jasa private guide yang sangat berpengalaman dan tentu bisa berbahasa indonesia (paris, italy, dll)
    - Jasa penyewaan mobil + supir yang mempunyai sim eropa dan sangat profesional ( paris, italy, dll)


    Untuk melengkapi perjalanan anda, kami juga menawarkan :

    READY STOCK

    13GB 30 Days TRAVEL SIMCARD FOR EUROPE & UK*

    Harga sim card Rp. 500,000

    harga dijamin murah sekali karena normalnya untuk 3gb harganya Rp 650,000

    kami menjual simcard berkualitas dan murah

    - Untuk handphone 4G
    - Kuota 13GB selama 30 hari ( tidak bisa thetring/hotspot)
    - 250 menit telpon ke UK
    - 500 sms UK
    - Cover 34 negara Eropa & UK
    - kecepatan 60mbps


    anda bisa menghubungi kami ke :
    WA : +33771174763
    Line : @aurora2902

    apabila kurang yakin dan ingin melihat testi tour dan sim card kami bisa menghubungi kami ke contact diatas tersebut

    Terima kasih
    Happy Holiday

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan lebih manis kalau minta ijin dulu untuk tumpang iklan..

      Delete
  3. Salam tuan.. macam mana nak tau restoran atau makanan halal di london?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Ada beberapa apps yg boleh digunakan utk check lokasi dan review restoran halalmasa travel, termasuklah di London. Macam saya tak banyak makan luar, jadi tak guna pun apps tu. Lagi pun di London ni ada byk sangat makanan halal, jalan kakisikit pun boleh jumpa.

      Delete
  4. TERIMA JASA TOUR GUIDE PARIS & EROPA ( PARIS, ITALY, UK, BELANDA, BELGIA, SWISS, DLL )

    Cocok untuk yang ingin menghemat waktu & tidak tahu kota/negara yang akan dikunjungi

    KEUNTUNGAN :
    1. Menghemat waktu dari pada harus mencari lokasi/ takut nyasara
    2. Biaya terjangkau/ bias nego
    3. Waktu fleksibel ( hubungin terlebih dahulu )
    4. Tour guide bisa berbicara Bahasa Indonesia dan Inggris
    5. Free antar jemput ke bandara
    MENERIMA JASA PENYEWAA MOBIL + SUPIR EROPA ( PARIS, ITALY, UK, BELANDA, BELGIA, SWISS, DLL )
    1. Supir bisa berbahasa Inggris & Indonesia
    2. Mempunyai SIM Eropa
    3. Supir sangat berpengalaman dan professional

    Apabila kurang yakin dan ingin melihat testimonial bisa menghubungi contact dibawah ini. Terima Kasih

    Syarat & ketentuan :

    • Makan Tour guide di Tanggung peserta

    CP:
    WA : +33771174763
    Email : gratiaatanka@ymail.com

    ReplyDelete
  5. Salam..boleh emel kan iti x. naimleha88@gmail.com

    ReplyDelete
  6. salam tuan...mohon bertanya,berapa bajet perbelanjaan untuk di london?

    ReplyDelete
  7. Aslm..boleh tau tak nama bnb camden tu

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Ni link bnb tu. Dalam gambar macam best, tp sebenarnya tak best. Dapur pun tak boleh guna, kami masak guna rice cooker je.

    https://abnb.me/JG4uHIBIGU

    ReplyDelete

Back
to top