[PARIS LONDON 2017] DAY08 JALAN-JALAN LONDON PART 3

Small birthday celebration at Hyde Park.

Catatan hari ke-tujuh boleh dicapai di sini.

Hari ke-lapan, Khamis 4 May 2017. Hari ini merupakan hari terakhir kami di London. Malam nanti kami akan bergerak ke Paris dengan menaiki bas. Pagi ni kami breakfast dengan lebihan spagethi malam tadi. Semua pekakasan memasak dah dikemaskan dan lebihan makanan pun kami simpan elok-elok dalam kabinat BnB ni. Sedekah untuk next guest, itupun bagi siapa yang makan beras. Kami perlu kurangkan berat bag untuk memudahkan kami bergerak.

Pagi ni kami keluar awal sikit dari semalam, lebih kurang pukul 9 pagi. Tempat pertama yang kami tuju adalah ke Victoria Coach Station, untuk meninggalkan luggage. Kalau nak bawa bag-bag ni berjalan pusing London memang kerja gila, dengan nak jaga anak-anak lagi mana nak enjoy lagi. Seperti yang aku ceritakan tahun lepas, tempat simpan luggage di Victoria Coach Station ni antara yang paling murah di London. Kalau di train station biasanya lebih mahal. Antara tempat lain yang aku dengar murah juga adalah di library, tapi tak digalakkan sebab kemudahan tu sebenarnya disediakan untuk mereka yang pergi library sahaja (walaupun tak dinyatakan begitu).


Sampai di Victoria Coach Station, kami terus ke tempat simpan luggage. Fee simpanan luggage masih lagi sama seperti tahun lepas, tapi orang yang jaga tahun ni agak strict sedikit. Kalau tahun lepas, asalkan kami ikat semua bag pada satu bag besar, dia kira satu bag besar sahaja. Kali ni orang tu takde kompromi, satu bag tetap dikira satu bag. Masa tu Mira sempatlah simpankan barang dia dalam dua bag sahaja untuk ditinggalkan, lagi satu bag dibawa berjalan. Tapi isinya dipindahkan siap-siap. Kami pula cuma satu bag yang perlu ditinggalkan, tambah satu lagi bag Luqman.

Dari Victoria Coach Station, kami berjalan kaki sahaja menuju ke Buckingham Palace. Dua kali sampai London, tapi tetap belum sempat nak tengok Buckingham Palace Changing of The Guards.

Cuaca pagi ni sangat mendung. 

Depan Buckingham Palace ni pun sentiasa ramai pelancong. 


Bendera diraja UK sedang berkibar di atas istana ini menunjukkan Queen Elizabeth ada di sini. Jika tidak, bendera Union Jack akan dinaikkan.

Kami tidak mengambil masa yang lama di Buckingham Palace. Cukup untuk bergambar sekeping dua sahaja. Kami kemudiannya berjalan menuju ke arah Hyde Park untuk menyambung hasrat berkelah di sini yang terbantut semalam akibat hujan lebat.

Di dalam kawasan Hyde Park. Nampak cantik pulak kawasan jalan kaki ni. 

Kami terserempak dengan seekor tupai yang meminta makanan. Tak pernah terbayang seekor tupai liar boleh menjadi sejinak ini. Mungkin kerana tupai di sini tak pernah jumpa dengan manusia yang memberikan ancaman kepadanya. 

Tengok tu, mintak makanan sampai siap nak panjat badan orang lagi. Dah macam pet.


Burung merpati tak payah cakaplaa. Memang pantang nampak orang jalan kaki dia datang ingat orang nak bagi makanan. Aryan bukan main seronok lagi.


Tempat yang kami tuju di dalam Hyde Park ni adalah The Serpentine, sebuah tasik yang agak besar. Ada satu hujung sebelah timur tasik ni sering menjadi kawasan orang lepak-lepak sambil memerhatikan kawanan angsa, itik dan merpati. Kalau korang dah tonton movie Kingsman The Golden Circle, kawasan nilah yang Eggsy tenggelamkan kereta dia.

Dekat sini lagi banyak kawanan merpati. Mana taknya, semua pengunjung nak beri makanan kat sini.

Angsa dan itik yang sangat bersih. 

Mother & sons.

Mother & son.



Dari The Serpentine, kami mencari perdu pokok yang sesuai untuk kami hamparkan alas untuk berpicnic. Alhamdulillah, sekejap je kami menghabiskan makanan yang dibawa. Sedap kek yang dibeli dari Caffe Concerto semalam. Begitu juga dengan buah anggur dari M&S Simply Food.

April baby.



Dahlia yang takde mood.


Adam Haris dengan Achunya.

Aryan & Dahlia, dua orang sepupu yang merupakan kawan bermain dan kawan bergaduh.

Kami lepak di sini sehingga dekat pukul 3 petang. Sempat solat Zuhur & Asar jamak di sini. Wudhu diambil dari air yang dah dibawa dalam botol mineral. Kalau nak ke tandas, boleh pergi ke restoran dekat sudut The Sertentine tu, tapi kat situ ada tulis besar-besar for customer only. Oleh kerana tandas tu kat luar, ramai je yang bukan customer guna tandas tu. Kalau korang nak tumpang guna, hormat sikitlah. Jangan masuk ramai-ramai dan jagalah kebersihan. Lagi bagus, kau belilah aiskrim ke kat restoran tu. Solat kat taman adalah solusi yang terbaik bila tak tahu nak cari tempat solat kat mana di negara-negara Europe ni. Tak perlu risau, tak ada orang kacau pun.

Dari tempat kami berpicnic, kami berjalan menuju ke Hyde Park Corner underground station. Masa ni kami sekeluarga berpecah dengan family Mira. Mira nak belikan handbag untuk mak mertuanya di Oxford Street, manakala kami perlu menunaikan janji kepada anak-anak untuk dibawakan ke Lego Store di Leicester Square.  Dari Hyde Park Corner kami menaiki train Piccadily line menuju ke Liecester Square.

Kami tiba di Leicester Square lebih kurang pukul 3.30 petang. Di area Leicester Square ni rupanya sangat meriah. Jarang pula dengar orang bercerita tentang kawasan ni. Walaupun hari tu hari Khamis, tapi suasana seolah-olah hujung minggu. Ramai orang lepak-lepak dan yang paling best, banyak persembahan jalanan seperti silap mata, break dance dan busking. Kami sempat berhenti sekejap untuk melayan sekumpulan anak muda yang menari lincah berlatarbelakangkan lagu Gangnam Style. Memang power budak-budak tu. Kalau aku ada masa nanti aku compilekan videonya. Sayang takde ambil gambar pulak.

Lepas layan satu lagu tu, kami teruskan ke Lego Store. Memang besar Lego Store ni, dua tingkat - Lego Store yang paling besar kat atas muka bumi. Dan orang pun tersangatlah ramai. Crowded betul dalam tu. Budak-budak memang seronok sangat. Dapat main yang free loose pun dah seronok sebab macam-macam bentuk ada. Tambahan pula pada pukul 4 petang hari tu ada free gift dari Lego, kanak-kanak boleh mendapatkan satu pek permainan Lego kereta F1 secara percuma, dengan syarat mesti dipasang sendiri oleh kanak-kanak tu di situ dan ditunjukkan hasilnya. Aku cuba dapatkan tiga kupon untuk Ariff, Adam dan Aryan, tapi mereka cuma beri dua sahaja. Aryan masih terlalu kecil untuk buat pasang Lego kereta tu sendiri, kata mereka. Oklah, dapat dua pun, sebab besar juga kereta tu. Aku anggarkan valuenya tak kurang dari £5 setiap satu.

Dalam Lego Store ni ada replika ikon-ikon London seperti underground tube...

.. & Big Ben. Ada juga telephone booth yang warna merah tu.

Ini section kanak-kanak yang lebih kecil - toddler. Legonya besar-besar, sesuai dengan umur mereka.

Ariff sedang menyiapkan Lego keretanya sendiri. 

Diorang memang minat sangat dengan Minecraft. Kami beli ni pun sebab birthday diorang sebulan dua yang lepas tak belikan apa-apa. £79 kot, aku pun dah lupa. Masa ni macam-macamlah suruh diorang janji, jangan bergaduh, jangan berebut mainan, kena kongsi dengan adik dll. Semua laju je janji manismu dilafazkan. 

Muka seronok sangatlah tu.

Kami beredar setelah hampir sejam setengah di sini.

Di hadapan Lego Store ni ada M&M World. Besar juga kedai M&M ni, tapi kami masuk sekejap je sebab masa yang agak singkat.

Lagi satu kedai bertemakan kanak-kanak di Leicester Square.

Dalam pukul 6.00 petang macam tu kami bergerak meninggalkan Leicester Square dan menuju ke Harrods di Brompton Road yang kami pergi semalam. Sudah pun set dengan family Mira untuk jumpa di sana. Seperti yang aku ceritakan, semalam pergi untuk survey jam tangan hantaran, hari ni pergi untuk beli pula. Kami terpaksa rushing sebab nak pastikan kami sampai di Victoria Coach Station sebelum pukul 9 malam. Mengambil pengajaran daripada kejadian tahun lepas, kami ambil bas pukul 10 malam kali ni dan ingin berada di station sejam sebelum bas dijadualkan bergerak. 

Tidak apa yang menarik untuk aku ceritakan di antaranya. Seperti biasa, walaupun membeli barang yang sudah disurvey, membeli-belah bukanlah suatu benda yang kau boleh anggap orang perempuan boleh beli-dan-blah. Banyak lagi urusan lain yang perlu diselesaikan, antaranya ialah mengisi borang claim VAT, dan tak kurang juga melihat barang-barang lain. Nasib baik masa ni Aryan kepenatan dan tidur dalam troli, jadi aku bolehlah memberi wife masa untuk urusannya. 

Lebih kurang jam 8.30 malam, kami menaiki train untuk ke Victoria Station. Sebelum berjalan dari Victoria Station menuju ke Victoria Coach Station, satu perkara yang aku perlu lakukan adalah memulangkan oyster card. Jangan lupa pulangkan, boleh claim balik £5 deposit dan claim berapa baki yang ada dalam kad tu. Untuk melayakkan kau dapat claim deposit £5 tu, kad itu mestilah dipulangkan lebih dari 48 jam selepas kali pertama penggunaannya. Kalau kurang, kau cuma boleh claim baki duit yang ada dalam kad tu sahaja. Kad oyster boleh dipulangkan di mana-mana train station.

Untuk menjimatkan masa dan selaku ketua rombongan, aku kumpulkan kelima-lima oyster card dan cuma aku seorang sahaja yang beratur di kaunter. Di sini aku tak pasti sama ada cashier telah tersilap atau aku telah ditipu kerana kesilapan yang disengajakan. Setiap kad mempunyai baki £8.xx (aku tak ingat berapa penny kat belakang tu, sikit sangatlah). Sepatutnya aku menerima sekurang-kurangnya £40, tetapi disebabkan aku rushing aku tak kira duit tu di kaunter dan kesilapan yang lebih besar ialah aku tak ambil resit (cashier tu tak automatik bagi resit menyebabkan aku syak 'kesilapan' itu disengajakan). Sebab dalam kepala aku fikir nak cepat ke stesen bas, aku cuma kira duit tu sambil berjalan di luar dari kawasan kaunter. Aku nak pergi claim balik pun aku tak ada bukti. Jadi burnlah £8.xx kat situ. Rugi woo, dah dekat RM50.

Jadi korang, walaupun orang UK baik-baik kebanyakannya, tapi bukanlah tak ada kemungkinan sesetengahnya tetap nak menipu. Tambah diorang tengok kita yang bukan orang sana ni macam boleh makan je kan. Tapi aku pun tak pasti juga, sebab ada kemungkinan juga dia tak sengaja. Anyway, point aku adalah berhati-hatilah setiap masa, mintalah resit dan kira wang baki £ anda. Kalau MYR kau nak berlebih kurang takpelah jugak.

Cerita selanjutnya untuk hari ni tak ada apa yang menarik sangat pun. Kami pergi stesen bas, ambil luggage dan naik bas apabila tiba masanya. Yang menariknya adalah tiket bas kami ke Paris hari ni cuma berharga £12 seorang, dari Ouibus. Ada wifi dalam bas dan ada plug untuj caj handphone. Bagi dunia hari ini, dengan dua kemudahan ini semasa travel sudah pun seolah-olah kau mendapat lima puluh peratus daripada kenikmatan dunia. Tandas dalam bas pun kategori boleh diterima, dan boleh ambil wudhu dalam tu. Rajin-rajinkanlah survey dan memburu tiket bas ni. Tiket ni aku beli ngam-ngam 60 hari sebelum tarikh berelepas.

Oklah, catatan hari selanjutnya akan bersambung di entri yang akan datang. Jumpa di Disneyland Paris esok!

CONVERSATION

6 comments:

  1. Salam tuan, boleh dapatkan nama hotel/airbnb di paris dan london untuk 9 orang seperti trip tuan kali ni?

    Thanks

    ReplyDelete
  2. Salam...nak tanya ada tak link airbnb Alex di paris tu? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Alex tu dah tak buat BnB dah. Rumah tu rumah dia duduk sendiri, sesekali ada guest dia akan tidur rumah girlfriend dia. Rasanya dia dah nak kahwin dan decide tak buat BnB lagi.

      Delete
  3. Salam tuan..nk tanya, di victoria coach station tu boleh simpan beg overnight ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan Adris,

      Dalam website mereka diletakkan rate per 24 hours, jadi saya faham memang boleh tinggal overnight.

      https://tfl.gov.uk/modes/coaches/victoria-coach-station-facilities

      Delete
    2. tqvm tuan..nice blog & very informative

      Delete

Back
to top