PARIS-LONDON 2017: OVERVIEW

Trip Paris & London 2017

Seperti biasa, aku bukanlah rajin sangat update blog sebaik sahaja selepas pulang dari trip. Bagi biar lama sikit dan bila dah start rasa gian nak travel, barulah mula menulis semula. Bila dah start lupa kenangan-kenangan tu, barulah keperluan untuk menulis mula mendesak.

Alhamdulillah, kami sekeluarga diberikan kesempatan dan rezeki untuk menjejakkan kaki ke Paris dan London pada penghujung April yang lepas. Tak pernah aku terfikir yang aku akan mampu bawak kami berlima untuk bercuti sejauh ini, ini semua kerana promosi harga tiket yang hampir tak masuk akal oleh Qatar Airways pada penghujung 2016. Harga tiket pergi balik KUL-CDG hanyalah RM1270 seorang. Daripada aku plan nak bawa famili ke Melbourne, terus ke Paris & London jadinya. Bagi aku & wife, ini kali kedua kami menjejakkan kaki di dua bandar ini setelah kali pertama pada tahun lepas.

Video rangkuman trip Paris & London 2017.


Aku tak bercadang untuk menulis secara detail catatan perjalanan kali ini hari demi hari. Mungkin aku cuba rangkumkan beberapa hari catatan perjalanan dalam satu entri. Untuk permulaan, aku mulakan dengan beberapa persediaan yang kami lakukan untuk trip kali ini.

Tiket Flight

Ini adalah sebab utama terjadinya trip ini. Perancangan awal, kami nak bawak anak-anak pergi Melbourne pada musim sejuk, sekitar August atau September tahun ni. Sementara menantikan promosi AirAsia yang tiba sekitar Oktober/November tahun lepas, tiba-tiba Qatar Airways membuat promosi besar-besaran. Lagi banyak tiket yang ditempah, lagi murah harganya. Check harga KL-Paris untuk lapan orang, cuma RM1270 sahaja per pax. Dalam masa yang cukup singkat, kami ambil keputusan untuk membeli tiket murah ini. Benda-benda lain fikir kemudian. Hahaha.. kira gamble jugalah masa ni.

Romobongan kali ini turut disertai oleh adik ipar aku, Mira dan suaminya Irsyad berserta anak diorang Dahlia yang hampir berusia dua tahun. Seorang lagi adik ipar aku yang masih belajar pun turut menyertai kami sekeluarga. Jadilah kesemuanya sembilan orang.

Accomodation

Cabaran paling besar adalah mendapatkan BnB yang boleh memuatkan sembilan orang. Ya, memang sukar. Kebanyakan host menolak walaupun kami sebenarnya lima orang sahaja dewasa, selebihnya sembilan, tujuh, tiga dan dua tahun. 90% Host menolak, walaupun rumah mereka boleh muat sampai 7 orang dewasa. Tapi, Alhamdulillah, akhirnya ada juga host yang boleh menerima. Kami tak buat kerja yang biasa orang Malaysia buat, tempah untuk lima orang tapi bawa sembilan orang ;p. Semuanya kami dah minta persetujuan host sebelum membuat tempahan.

28 April 2017. Eiffel Tower from Bir Hakeim Bridge. Dari apartment aku cuma berjalan kaki selama 10 minit untuk ke sini.

Tarikh dan Bilangan Hari

Untuk bilangan hari, kami rancang untuk 10 hari, tetapi oleh kerana tiket pada hari ke-11 untuk pulang ke Malaysia adalah lebih murah, maka kami jadikannya 11 hari terus. Enam hari di UK dan lima hari di Paris. Kami pilih tarikh 26 April hingga 7 May 2017. Tarikh ni dipilih sebab nak cuba elak waktu summer, salah satu sebab kos sewa kereta waktu summer biasanya akan lebih mahal. Tambahan pula kami cuba nak elak cuti di antara bulan puasa sehingga bulan raja haji, dua-dua raya nak ambil cuti. Tambahan pula 1 May adalah public holiday di sini, jadi kami dah jimat cuti satu hari.

Ingatkan pergi bulan April boleh dapat sewa kereta murah tetapi end up kena juga bayar £70 untuk dua hari. Tahun 2016 kami sewa kereta yang sama class cuma £35 untuk tempoh yang sama. Kenapa mahal, sebabnya aku silap susun itinerary. Hari yang kami sewa kereta tu termasuk hari 1 May, yang merupakan public holiday di UK (juga di France). Dan public holiday tu jatuh hari Isnin, menjadikan permintaan kereta sewa melonjak. Automatik semua syarikat menaikkan harga sewa kereta masing-masing. Korang kalau nak sewa kereta kat sana, cuba check dulu kalau terkena public holiday better susun balik itinerary. Macam kami, masa tu semua accomodation dah ditempah so tak berbaloi untuk tukar plan.

Masuk balik cerita tentang accomodation, satu kelebihan AirBnB adalah harganya tidak berubah walaupun kau sewa sewaktu peak season seperti ada public holiday contohnya. Berbeza sekali kalau dibandingkan dengan aplikasi hotel seperti Booking.com dan Agoda. Sewaktu peak season, automatik harganya menjadi semakin mahal.

Route & Negara

Yang ini tak memerlukan masa yang panjang untuk difinalized. Menyedari yang kami bawa kanak-kanak, maka tak usah berangan nak pergi banyak negara. Kalau ikutkan malas, kami nak pergi London & Paris sahaja. Tetapi, sebab trip ni untuk meraikan anak-anak, kami rasa ada baiknya juga kami bawa mereka melihat kampung-kampung di UK dan bawa mereka ke farm theme park yang sememangnya banyak di sana. Hajat di hati seperti teringin sangat untuk ke Amsterdam sebab tahun lepas sempat singgah sekejap sahaja. Tetapi bila dikira-kira, macam terlalu berkejar-kejar pula.

Maka jadilah trip ini sebagai Paris, London dan Cotswolds.

Cotswolds Wildlife Park

Di Arlington Row. Inilah ahli rombongan selain dari kami anak-beranak. Mira, Luqman, Dahlia & Irsyad. 

Aktiviti & Tempat Lawatan

Ini pun kami rancang dan putuskan dalam masa yang singkat. Tempat-tempat utama di Paris dan London, dan kalau dah pergi ke Paris dengan bawa budak-budak, sudah tentu destinasi yang tak boleh miss adalah Disneyland Paris. Untuk mengisi itinerary enam hari di UK, kami selitkan dengan menyewa kereta dan melawat kampung-kampung di Cotswolds dan melawat Durdle Door, kira-kira tiga jam perjalanan dari London.


Durdle Door

Disneyland Paris.

Tower Bridge of London.

Aryan belated birthday celebration @ Hyde Park.

Thames River Cruise.

Makanan

Seperti biasa, bila dah menginap di apartment, rugilah kalau tak masak sendiri. Kami banyak juga bawa lauk-lauk kering dari Malaysia seperti sambal ikan bilis & kacang. Dan yang paling best, kami sempat masak ayam masak merah dan daging black pepper sehari seblum fly. Simpan beku dan wrap, masuk dalam flight all the way ke Paris. Masuk dalam freezer, elok sampai hari last kami kat sana ;)

Macam trip tahun lepas, kami juga bawa kicap, beras, paste nasi arab dan sudah tentu periuk nasi. Makanan lain banyak juga yang dibeli di sana seperti sayur-sayuran, spagethi, sardin, telur dan fillet ikan. Ada juga kami sediakan makanan ringan seperti coklat dan kerepek untuk tenangkan anak-anak bila meragam.


Aku rasa cukup ini dulu sebagai permulaan. Detail entri untuk trip ini akan menyusul kemudian. Cuma aku fikirkan mungkin aku tidak akan menulis sedetail trip 2016. Tambahan pula trip dengan membawa kanak-kanak ni, itinerary yang boleh diisi tidaklah sama seperti pergi sesama orang dewasa sahaja. Belum sampai Paris, baru transit je pun dah macam-macam drama. Hahaha. Nantilah aku ceritakan.

Emirates Stadium.

Musee de Louvre.


CONVERSATION

11 comments:

  1. assalamualaikum, boleh share bajet & itinerary tak? saya merancang jugak nak bawak anak tapi blur pulak bab ni..ringkasan pon xpe. email saya sakura_lover09@yahoo.com tq

    ReplyDelete
  2. untuk saya juga plz, harap dapat share itinerary
    halunicky82@gmail.com

    ReplyDelete
  3. dear thanks for shearing your experience . i am searching for comparison of these two cites . and your post helps me a lot.
    airport parking deals uk

    ReplyDelete
  4. Tuan, kalau tak silap, dlm entri trip 2016, tuan ada kata beras di UK sangat murah. Is this still valid? Trip saya nanti ada 8 orang dewasa -- macam tak terpikul beras kalau bawak dari M'sia rasanya. Hehe. If it's cheaper there, then perhaps for our party of 8, it's better to buy our stock there?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rina, ya beras kat sana boleh consider murah, sebab diorang cuma jual beras basmathi. Sekitar £1 ataupun £1.50 sekilo, kalau kat Malaysia pun beras basmathi average dalam RM10++ sekilo. Saya tetap bawa beras dari Malaysia cuma tak banyaklah. After few days cari beras kat sana pulak. I would recommend you to carry maybe just about 2-3 kgs. At least, tak payah susah-susah nak cari kedai masa first few days kat sana.

      Delete
  5. assalamualaikum, boleh share bajet & itinerary tak? saya merancang jugak nak bawak anak cuma x berapa nak pandai ..ringkasan pon xpe. email saya zarith_sofra@yahoo.com tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofra. Saya memang tengah tulis entri budget & itinerary, insyaAllah tak lama lagi akan menyusul. Sorry for taking too long tp update.

      Delete
  6. Salam, boleh ke saya tau nama air bnb di Paris. bila saya cuba link di atas , linknya bukan ke pautan BnB tuan. Lagi satu bila pergi ke London , apartment tu masih dicaj atau owner tak caj sepanjang di London? boleh x saya dapatkan email untuk contact sbb ada beberapa perkara lg saya nak tny. TK ~ Anis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anis. Host BnB tu beritahu dia dah tak buat rumah dia jadi BnB lagi dah. So sad.. sebab rumah dia murah dan location sangat strategik. Masa kami kat London, dia xcaj pun. Dia caj per night yg kitorang stay saja. Siap bagi kami tinggalkan barang, even dalam peti ais ada makanan Malaysia.

      Boleh je komen kat sini, mungkin boleh jadi panduan untuk orang lain juga. Kalau nak emel juga boleh send kat m.zahid10@gmail.com

      Delete
  7. salam...
    boleh bagi tips mcm mana nk dpt tiket murah selain skyscanner?
    specifically mcm mana encik boleh came across harga tiket tu?
    baru nk plan ke europe, and just found your blog.
    very helpful and seronok baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      1. Follow page airlines yg kita target nak beli tiket mereka dan letakkan sebagai see first. Kalau diorang buat promo maka kita tak terlepas.
      2. Follow page² kaki travel kat Malaysia ni, diirang suka share kalau ada promo tiket murah. Antara page yg kerap update harga tiket flight adalah Pemburu Tiket Murah.

      Delete

Back
to top