KRABI & PHUKET 2019 - PART II - JALAN-JALAN PHUKET

Patong Beach, Phuket

Day 02- Khamis, 25 April, 2019

Itinerari yang dirancangkan untuk hari ini adalah island hopping. Kami sudah pun menempah pakej Phi Phi Island tour melalui ejen pakej pulau Krabi yang dijumpai di internet. Nama syarikat tersebut adalah The Blueworld Travel & Tour dan nama owner dia Abg Eddy. Orang Malaysia yang dah lama buat perniagaan di Krabi ni. Dia juga menjalankan perniagaan restoran di sini, Malaysia Krabi Restaurant yang terletak tidak jauh dari Masjid Al-Munawwarah Ao Nang.

Awal-awal pagi lagi Abg Eddy menghubungi aku untuk meminta maaf kerana dia termiss untuk book slot Phi Phi Island untuk kami. Banyak sangat group family day dari Malaysia yang dia uruskan sehari dua ini sehingga terlupa nak book trip Phi Phi Island kami.

Setelah berbincang dengan wife, kami bersetuju untuk menunda rancangan melawat pulau hari ini dan menggantikan dengan program yang dirancangkan untuk esok hari iaitu untuk pergi ke Emerald Pool. So tukar hari sajelah.

Abg Eddy menjemput kami bersarapan di restorannya. Masa bersarapan tu Abg Eddy sempat bertanyakan apa plan gantian untuk hari ni. Bila diberitahu kami akan ke Emerald Pool, dia mmencadangkan supaya kami drive ke Phuket memandangkan kami di sini selama tiga hari sahaja. Phuket lebih menarik dari Emerald Pool katanya. Nak mandi-manda, esok dah memang pergi pulau. Lagi banyak aktiviti yang boleh dibuat di Phuket. Biasa je orang drive Krabi-Phuket balik hari dari Krabi ni.

Jarang aku buat plan ad-hock macam ni, tapi bila orang local yang cadangkan biasanya jarang yang tak best. Teringat suatu masa dulu masa di Germany kami membatalkan hasrat untuk ke Stuttgart dan menggantikan dengan lawatan ke Heidelberg atas cadangan host apartment, dan ia jadi antara keputusan paling best dalam trip tu.

Setelah berbincang dengan ibu & abah mertua, mereka pun turut teruja untuk ke Phuket. Plan nak ke Krabi, tak jangka boleh sampai ke Phuket sekali.

Di depan hotel Ao nang Buri, ready untuk keluar jalan-jalan.

Ni pula depan hotel ibu & abah mertua aku. Sebab bilik ni addition last minit kami ambil hotel bersebalahan.

Bersama abang Eddy BlueworldTravel di depan restorannya, Malaysia Krabi Restaurant.Banyak juga pilihan untuk breakfast di restoran dia ni, kombinasi masakan melayu & thai.

Jam lapan pagi selepas bersarapan kami terus memulakan perjalanan ke Phuket. Perjalanan dari Ao Nang ke Patong Beach Phuket memakan masa tiga hingga empat jam. Senang je drive kat Thailand ni. Seingat aku kami ada lalu tiga roadblock. Sekali je kena tahan dan disoal oleh polis dalam bahasa Thai. Bila diberitahu kami dari Malaysia yang sewa kereta di sini terus kami disuruh meneruskan perjalanan. Nasib baik polis tu tak tanya kenapa bawa lebih penumpang.

Kami singgah di Family Mart untuk beli simkad bapa mertua aku. Perhatikan kaki lima mart ni, sangat bersih walaupun kawasan kampung. 

Rupa highway di Thailand. Sangat selesa memandu di sini. Tiada tol tapi kualiti jalan memang terbaik.

Orang cakap nenas Thailand memang sedap dan manis. Nampak orang jual nenas tepi jalan menuju ke Phuket, terus kami berhenti. Yang belum kupas lima biji untuk 100bht. Yang dah kupas aku lupa macamana harganya.

Manis sangat. memang sedap.

Sebenarnya dalam dua jam lebih sahaja kami dah pun sampai ke jambatan untuk ke Pulau Phuket. Tetapi dari situ hendak ke Patong Beach memakan masa hampir sejam. Kalau tadi banyak drive di highway, dalam pulau ni lebih banyak traffic light dan simpang.

Kami tiba di Patong Beach lebih kurang jam 11.30 pagi. Parking agak penuh, tetapi kami bernasib baik direzekikan ada kereta yang keluar tepat-tepat sewaktu kami tiba. Pekan Patong ni nampak sangat happening. Ramai sangat pelancong di merata tempat.

Sebelum buat apa-apa kita bergambar dulu.

Cantik pantai dia. Landai dan nyaman. Banyak pokok untuk berteduh. Pasir pun sedap dipijak.

Beberapa objek perlu dikaburkan.

Aryan kalau jumpa pasir, memang syurga dunia buat dia.





Seronoklaa diorang dapat mandi laut.



Time orang nak wefie tu laa dia pergi tukar baju kat belakang tu.


Setelah hampir dua jam budak-budak ni mandi laut, aku ajak diorang tukar baju kat tandas awam tepi pantai tu. Lama juga nak salin baju budak-budak ni, tandas awam kat situ ada satu bilik mandi je. Selepas itu kami singgah untuk bergambar di signage Patong Beach sebelum mencari kedai makan. Perut dah lapar sangat dah masa tu.


Aku buka Google Maps dan search halal restaurant. Ada banyak pilihan di area sini. Baca review sekejap, kami pun menuju ke Hasim Halal Restaurant, dekat dengan Masjid Nurul Islam (Masjid Patong). Apa-apa yang skor 4.0 star ke atas biasanya sedaplah tu. Restoran ni ada 4.3, kira not bad.

Selepas makan, kami singgah untuk solat Zuhur & Asar di Masjid Patong @ Masjid Nurul Islam ni. Alhamdulillah dapat mengerjakan kefardhuan dalam keadaan selesa. Sempat juga aku belek-belek kitab lama dekat masjid ni. Rupa kulitnya sama seperti kitab jawi di pondok-pondok di Malaysia, cuma bezanya yang dekat sini dalamnya semua tulisan siam. Kitab-kitab ni banyak menyumbang kepada perkembangan dan survival jati diri masyarakat Islam di Thailand.


Hasim Halal Food ni betul-betul sebelah Masjid Patong (Masjid Nurul Islam).

Tengah lapar dapat makan masakan macam ni memang terbaik. 

Pemandangan dari tingkat tiga masjid. Kabel berselirat ni memang pemandangan biasa di Thailand.

Selepas solat Asar kami bergerak ke Banzaan Food Village (fresh market). Saje nak tengok kalau-kalau harga buah-buahan di sini murah. Kami pusing sekejap je dekat sini. Kami simpulkan harga buah-buahan dekat sini taklah lebih murah dari di Malaysia, cuma bezanya kat sini semua buahnya sangat segar. Gred dia macam kau beli dekat Cold Storage atau dekat hentian RnR Plus. Mangga-mangga yang disusun berkilat rupa dia. Kalau compare dari segi gred yang sama, maka bolehlah dikatakan di Thailand ni harga dia murah. Tapi kalau compare dengan buah-buah longgok di pasar malam kita, harga di pasar malam kita memang lebih murah. 

Peniaga Thai ni sporting betul. Asalnya nak ambil gambar candid je, dia offer masuk dalam gambar sekali.

Nenas kecil ni adalah jenis nenas yang paling manis. Nak kata diorang rendam asid buah pun selalu nampak diorang kupas depan-depan. memang dulu pernah viral nenas jenis ni ada campuran cyclamic acid, tapi tu khas untuk kes versi frozen brand Dragon King sahaja. Kalau yang jual fresh kat market ni takde masalah untuk dimakan.

Buahan-buahan tempatan Thailand - smaa je dengan Malaysia.

Kami sempat jugalah shopping teh Chatramue di sini. Harga kat sini dapat 80baht untuk pek 400 gram. Kira murah dah tu. Sesetengah tempat ada yang jual harga 90 atau 100baht. Dekat airport harga dia 120baht. Nak tau kat mana paling murah? Kat Shoppee Malaysia RM9.50 (THB69.26) sahaja. Tak payah cari jauh-jauh sampai Thailand. Tapi kena tanggung kos poslah. Alang-alang datang Thailand nak laa beli something yang signature dari sini.

Sebelum bertolak balik ke Krabi, kami naik ke Big Budha Phuket. Sebenarnya kami mencari beberapa view point yang boleh nampak sunset, sebab ada banyak suggestion bila datang Phuket ni dicadangkan naik atas bukit untuk tengok sunset. Antara tempat view yang freaa adalah di sini. Tinggi betul rupanya bukit ni, curam dia macam naik Bukit Tinggi atau Ganting. Bayangkan kereta sewa kami Nissan Almera 1.2cc membawa empat dewasa dan 3 kanak-kanak. Cuak juga aku yang drive ni. Nasib baik laa boleh lepas.

View dari sini agak cantik juga. Tapi cuaca pada hari petang tu agak mendung dan berjerebu, jadi langit tak berapa clear. Lagipun area yang dapat view paling ok dari atas ni ada construction. Kami lepak sekejap je kat sini dan ambil keputusan untuk turun semula. Berhenti jugalaa tepi jalan yang ada view boleh nampak sunset dari atas bukit.

Big Budha Phuket. Patung budha ni boleh dilihat dari bawah, sedang duduk atas puncak bukit. Tapi view poit dari sini tak dapat access sebab under construction.

Turun tengok sunset dari tepi jalan je, tapi view agak kelam sebab cuaca mendung hari tu.

Kalau tak jerebu lawa juga view dari sini.

Lepas matahari terbenam kami bergerak pulang ke Krabi dan tiba pada jam lebih kurang 10 malam. Malam tu singgah beli roti je di kawasan RnR Stesen Minyak untuk alas perut. Lagi pun kami lunch pukul 4 petang tadi. Satu hari yang agak memenatkan tetapi sangat puas hati dapat sampai Phuket walaupun tak plan apa-apa.


Berhenti isi minyak & toilet break. Rnr ni tidak ada pekerja khas yang maintain seperti Rnr Plus di malaysia. Hanya dimaintain oleh pihak stesen minyak. Tapi attitude pengguna yang membantu mengekalkan kebersihannya. Malaysia terkehadapan berbanding Thailand dalam banyak segi, tetapi tidak dari segi sikap rakyatnya terhadap kebersihan.

Another break. Kali ni driver nak beli kopi sebab dah penat. Penumpang pulak nak alas perut dengan roti. Lepas dapat makanan semua orang dah segar mata maka dapatlah teman driver drive sampai hotel di Krabi.

Cerita selanjutnya tentang trip island hopping kami akan bersambung pada entri akan datang.

CONVERSATION

1 comments:

  1. Wow, cool post. I’d like to write like this too – taking time and real hard work to make a great article… but I put things off too much and never seem to get started. Thanks though. PHUKET VILLA

    ReplyDelete

Back
to top