SHORT GETAWAY - KRABI & PHUKET 2019 - PART I


Ini cerita trip lapan bulan yang lepas. Dah lama, tapi better late than never. Ada juga sesuatu yang aku boleh update dalam blog ni. Boleh juga jadi panduan diri sendiri pada masa akan datang. Mungkin juga boleh jadi panduan bagi yang tak pernah pergi ke Krabi.

Plan trip Krabi ni dibuat lebih kurang dua bulan sebelum je. Hampir sahaja aku tak jadi ikut, sebab company tiba-tiba minta aku station dekat Saudi selama sebulan. Asalnya aku beli tiket untuk famili kami berlima. Apabila mendapat arahan untuk ke Saudi, setelah berbincang dengan wife kami decide beli tiket untuk ibu & abah mertua. Aku tak jadi pergi pun, at least parents in law aku boleh temankan anak-anak aku dan wife ke sana. Taklah rugi harga tiket kalau cancel semua.

Setelah Visa Saudi aku dah pun diluluskan dan aku pun dah mindset tak jadi pergi Krabi, tup-tup kurang dari seminggu dari tarikh sepatutnya aku ke Saudi, company suruh aku stay Malaysia pulak. Ada arrangement lain yang diorang aturkan. So, akhirnya dapatlah jugak aku join dan lead trip Krabi ni balik.



24 April 2019 - Rabu

Fligh kami dijadualkan terbang dari KLIA2 pukul 4.15 petang, tapi 4.30 petang baru boarding. Biasalah AirAsia, delay tu dah memang lumrah. Tambah flight petang macam ni jarang nak sharp. Nak ambil flight pagi beza RM70 per pax, kami proceed jelah flight petang. Macam ni laa bila beli tiket tak plan dari awal.

AirAsia ni sesekali diorang ada buat flash sale. Flash sale yang macam ni selalunya taklah murah sangat, tapi still murahlah daripada beli time takde sale. Tiket kami harga average dalam RM180/pax return. Tiket ke Krabi ni kalau aim betul-betul pernah je orang dapat RM99/pax. Kes kami ni sebab dah kemaruk sangat nak berjalan, beli jelah apa yang ada.

Masa ni tengah demam Avengers:End Game. Ada Iron Man sedang berkawal di KLIA2 masa tu. Budak-budak ni memang suka sangat dengan Iron Man.

Flight berlepas jam 5 petang dan kami tiba sejam dua puluh minit kemudian. Waktu Thailand lewat sejam, jadi masa kami tiba tu jam lebih kurang pukul 5.30 petang waktu Thailand.

Sampai sana terus ke kaunter sewa kereta ThaiRent. Aku dah book siap-siap melalui economycarrental.com. RM250 untuk sewa Nissan Almera selama 3 hari, ambil hari Rabu pulang hari Sabtu. Aku rasa agak berbaloi harga yang aku dapat ni. Aku sewa kereta 5 seater sebab asalnya sepatutnya kami berlima je. Ada juga terfikir nak upgrade, tapi last minute changes ni aku tengok mahal pulak rate sewa MPVnya. Baca-baca kat internet, di Thailand ni tak strict sangat dengan lebihan passenger, so proceed jelah bersempit-sempit 4 dewasa 3 kanak-kanak. Lagi pun plan asal takdelah nak jalan jauh mana pun. Takat nak airport transfer dan pergi night market dan makan-makan.

Aku dah survey airport transfer cost dari Krabi Airport ke Ao Nang ni. Saja aku bentang kat korang option-option yang ada sebagai panduan.

Pilihan airport transfer dari Krabi Airport ke Ao Nang:

1. Kalau korang pergi tak ramai, dalam dua atau tiga orang, boleh naik bas je dari Airport ke Ao Nang. Harga 150baht seorang. Cari bas warna putih, biasanya Mercedes. Terang-terang tulisan kaler biru tulis Ao Nang - Airport kat dahi bas tu.

Bas airport ni akan berlepas dari airport setiap 45 minit atau pun apabila bas penuh. Biasanya dalam masa 30 minit macam tu bas ni akan penuh. Bas terakhir pukul 10 malam. Berapa lama nak sampai Ao Nang tu bergantung kepada berapa banyak kali bas ni berhenti. Biasanya dalam sejam ke sejam setengah macam tu.

Kalau naik bas untuk airport transfer, macamana untuk pengangkutan di sekitar Ao Nang dan pergi Krabi Town? Yang ni korang boleh sewa motor atau naik tuk-tuk je.

Macam nilah rupa bas Airport Krabi tu. Gambar dipinjam dari blog orang.

2. Kalau empat atau lima orang, boleh naik teksi dengan harga 600baht satu teksi. Kalau ramai lagi boleh juga ambil van, 1050baht macam tu untuk satu van. Van ni jugak boleh ditempah melalui beberapa ejen lebih awal, antaranya Klook & Kkday.

3. Sewa kereta macam kitorang. Rate tak tentu, bergantung pada syarikat dan ejen mana yang korang book. Yang aku dapat ni antara yang murahlah. 

Selain daripada semak harga sewa kereta secara direct dengan syarikat penyewa kereta seperti Thai Rent, Hertz, Avis, Europecar dan lain-lain, cuba juga semak melalui ejen syarikat penyewa kereta seperti Expedia, Economycarrentals, Holiday Autos, Rentalcars.com dan lain-lain. Selalunya book melalui ejen third party ni harga akan lebih murah. Sepeti korang book hotel melalui booking.com atau Agoda laa. Kebiasaannya akan lebih murah berbanding book direct dengan hotel tu sendiri.

Kereta bukanlah satu keperluan pun untuk jalan-jalan Krabi. Untuk aktiviti di sekitar Krabi tu ada macam-macam option. Kalau korang ambil aktiviti pulau, semua operator menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar dari/ke depan hotel di sekitar Ao Nang. Nak makan area Ao Nang tu tak besar mana pun. Tuk-tuk ada je dan kosnya tak mahal pun. Dalam 20-40 baht seorang utnuk sekitar Ao Nang. Kalau ke Krabi town pun baru dalam 50baht seorang/400baht satu tuk-tuk.

Kena scam sebanyak 50baht

Selepas mengambil kereta dari ThaiRent, aku singgah di salah satu kedai di Krabi Airport tu untuk membeli simcard. Memang dah survey harga simcard adalah 100baht untuk unlimited internet dalam masa 7 hari. Pekedai tu terus berikan aku sekeping simcard dan meminta 150baht. Aku cakap aku nak yang 100baht sahaja. Dah habis katanya. Aku pun bayar sajelah 150baht. Tak nampak pulak tanda harga kat simcard yang dia bagi tu. 

Bila dah balik Malaysia dan start kemas semua barang, aku perasan ada satu sticker dekat plastik simcard tu. Bila bukak terteralah harga sebenar simcard tu : 99baht. Cis, 50baht(~RM6.80) pun nak tipu.

Tahniah diucapkan kepada pekedai itu kerana berjaya tipu aku sebanyak 51baht. Dah survey pun tertipu jugak.

Aku memandu dengan rileks ke Ao Nang dengan dibantu suara perempuan dari Google Maps. Pukul 6 petang di sana bagaikan pukul 7 petang dekat sini. Tengah nak masuk waktu Maghrib. Waktu tiba di Ao Nang, hari telah pun malam.

Perut dah kelaparan. Tadi dalam flight kami tak tempah meal pun sebab flight time cuma sejam dua puluh minit. Teruslah kami mencari restaurant May & Zin, berdasarkan review yang bagus di Google Maps. Rupanya May & Zin ni bukanlah restoran, tapi salah satu stall dalam kawasan seperti konsep food court. Bersih dan teratur tempatnya. Decoration dan susun atur landscape pun cantik. Siap ada kolam ikan dengan bunyi air dari water feature berdekatan. Best sangat environment dia.

Kalau tak silap aku, dalam kawasan food court ni ada dua stall yang ada logo halal. Lupa dah yang satu lagi tu, tapi yang mendapat review yang bagus May & Zin ni. Ada juga stall yang menjual pulut mangga. Air pula perlu diorder dari stall yang berlainan. Konsep food court kan.

Tak menyesal pilih May & Zin, memang sedap. Friendly pula tu. Confident dia cakap, kalau you cari halal food area Ao Nang semua orang yang dah biasa akan cakap mesti cuba May & Zin. 

Rupanya May & Zin ni stall kecik je. Dia guna dua lot. Memang di tripadvisor pun ada ramai yang recommend tempat makan ni.

Memang food court ni sangat bersih. Serius aku cakap, aku rasa surprise dengan sikap menjaga kebersihan yang diamalkan mereka. Tempat ni pun cool je.


Pulut magga - satu kemestian bila datang Thailand. Tapi kat sini agak mahal - 90 bath satu hidangan. Mungkin standard restoran. Kalau kat night market dalam 50 baht boleh dapat. 

Pulut mangga dengan jus nenas fresh, memang terangkat.

Tom yam, yang ini lagi tak perlu cerita. Tak thailand laa kalau takde tom yam. Sedap sangat tom yam dia. Recommended.

Sebahagian dari makanan yang kami order. 

Tak sempat ambil gambar semua makanan yang sampai. Dah lapar sangat, terus makan sahajalah.

Jumlah kos makan kami bertujuh malam tu:
May & Zin : 1200naht
Pulut mangga : 90baht x 2
Drinks : 330baht
TOTAL DAY 1: 1710baht (~RM222.30)

Selepas makan, kami jalan-jalan sekejap di sekitar Ao Nang. Ada banyak gerai yang menjual macam-macam barang. Ada banyak juga tempat untuk menempah aktiviti pulau. Kawasan persekitaran adalah sangat bersih. Suasana pula sangat happening. Ada restoran yang ada live band dengan suara penyanyinya yang boleh tahan sedapnya.

Lepas makan kami jalan-jalan sekejap sebelum check in hotel.

Cantik decoration kawasan sekitar Ao Nang ni. Atuk & nenek diorang rajim melayan melihat ikan koi.

Kawasan Ao Nang ni senang je nak dapat tuk-tuk untuk ke mana-mana. Kalau sewa kereta pun, biasanya tak susah pun nak parking di tepi jalan ni.

Hampir pukul 10 malam, kami proceed untuk check in hotel. Kami menginap di Ao Nang Buri Resort yang ditempah melalui Agoda. Harga sebilik yang diperolehi adalah RM385, lebih kurang RM130 sahaja semalam. Dengan fasiliti yang ada, bagi aku harga ni agak murah juga. Kami juga bernasib baik kerana mendapat free upgrade salah satu bilik kepada family room (dua katil queen), jadi tak perlu tambah tilam. Cuma kena ada caj tambahan sebab lebihan kanak-kanak sebanyak 100baht per night (kalau tak silap aku, dah lupa dah).

Tak lama selepas chek in, kami berehat dan masing-masing tidur. Esok dah nak start aktiviti pulau. Catatan seterusnya akan bersambung di entri yang akan datang.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top