Bergambar di perkarangan Hotel Disneyland.
Hari ketiga dan terkahir di Hong Kong ni kami pergi breakfast sahaja dengan character Disney di Disneyland Hotel. Kena naik shuttle bas dari Disneyland Hollywood Hotel. Disneyland Hotel ni lebih cantik, jadi kami book sesi pukul 9 pagi dan sampai awal untuk jalan-jalan sekitar kawasan hotel (baca: ambil gambar).
Aryan ceria je pagi-pagi ni.
Di depan pintu masuk Hotel.
Taman dan Maze di belakang hotel. Maze ni rendah je, untuk kanak-kanak.
Orang dewasa masuk memang boleh nampak jalan keluar.
Macam biasa bila nak bergambar dengan budak-budak ni mesti kena ada drama dulu.
Letak kamera atas bangku depan je sebab tak bawak tripod. Composition tak kena sebab atas dah terpotong terlebih.
Dipendekkan cerita, hampir pukul 9 kami pun terus register depan Restaurant Enchanted Garden untuk masuk ke sesi breakfast kami. Tak lama duduk, belum sempat ambil makanan pun Mickey dah datang. Dah le datang ke meja kami dulu. Agaknya dia nampak ni meja yang ada kanak-kanak yang paling dekat.
Waffel bentuk Mickey Mouse.
Yogurt.
Daisy pulak datang.
Dan juga Goofy.
Aryan asik pandang-pandang je semua character. Agaknya dia pelik sebab selama ni tengok dalam Disney Chanel je.
Sebelum balik, sempat minta pekerja hotel ambilkan gambar kami berdua di pintu masuk ni.
Lepas tu terus balik ke Disneyland Hollywood Hotel. Naik shuttle bus lagi. Budak-budak mintak nak mandi kolam lagi sekali sebelum balik. Flight balik ke Malaysia pukul 5 petang, so sempat lagi lah.
Kali ni naik shuttle bus yang kecil sedikit.
Sampai di Disneyland Hollywood Hotel. Ni bangku menunggu bas.
Memandangkan masa dah dekat pukul 12, kami check-out dulu. Aryan dah mengantuk so dia tidur dalam stroller dekat lobby. Wife teman dia kat lobby sambil guna free wifi, aku pergi teman Adam & Ariff mandi kolam untuk kali terakhir kat sini.
Rak menempatkan life jacket untuk kanak-kanak.
Santai betul hari ni. Cuaca cantik, baring tempat redup sambil tengok anak-anak seronok main air.
Dekat sejam juga budak-budak ni mandi. Lepas tu salin baju dan niatnya nak bergerak ke Airport. Tetiba terfikir nak tanya dekat receptionist kalau-kalau ada surau kat Hotel ni. Bila beritahu yang kami dah check-out, dia assignkan satu bilik kosong untuk kami solat. Access card tu boleh guna untuk dua jam - aku mintak 10 minit dia bagi 2 jam.. Alhamdulillah, tak laa perlu susah-susah cari surau kat airport lagi.
Bilik yang di assignkan untuk kami solat. memang bilik kosong yang sudak dikemas untuk menerima tetamu baru. Aku nak duduk atas tu pun segan.
Teksi Hong Kong yang semuanya seragam seperti ini. Aku dah lupa caj dari Disneyland untuk ke airport, rasanya dalam HKD80 macam tu. Dekat je pun.
Di airport, mula-mula nak dapatkan refund baki dan deposit kad Octopus. Sebab nak balik Malaysia naik dekat Terminal 2, jadi dari situ kami nampak kaunter tiket train yang terdekat adalah ke arah Train to AsiaWorld Expo.
Kaunter train ke AsiaWorld Expo - Bersambung dengan Terminal 2 HKIA.
Selepas dapat refund kami singgah kedai souvenir Disneyland. Dapat beli lagi sikit souvenir. Rupanya kat sini lagi murah dari Disneyland Park, untuk item yang ada sale. Semua kejadian ni tak ada gambar, nak keluarkan kamera pun dah malas. Nak uruskan budak-budak dan nak kejar pergi check-in luggage dan lain-lain. Macam nilah kalau travel dengan kanak-kanak.
Lepas dah check-in luggage, kami pun jalan-jalan mencari Popeye sebab budak-budak dah merungut kelaparan. Rupanya terceruk juga kedudukan Popeye ni, level atas sekali. Tak survey betul-betul sebelum datang hari tu, sebab tak plan pun nak datang. Sedap juga ayam goreng dia. Traveller dari malaysia suka datang ke sini. Macam tadi juga, dah tak sempat nak ambil gambar. Dah rushing juga sebab belum jumpa terminal gate yang kami kena pergi.
Dalam rushing tu, rupanya kedudukan gate kitorang tu jauh gila, kena naik bas lagi. Kitorang dah risau sebab ada berapa minit je sebelum gate close. AirAsia ni kalau dia close, mmg close betul punya. Memang takdelaa dia nak panggil nama sorang-sorang. Tapi Alhamdulillah, sampai di gate tu, rupanya flight AirAsia delay sikit. sempat nampak flight tu turun dari tingkap.
Dah sampai dah flight kami..
Now everyone can fly...
Jadi berakhirlah trip percutian kami kali ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Macam tak sangka boleh bawak dan hadap perangai budak-budak ni sampai ke sana. Seronok sangat rupanya trip dengan kanak-kanak ni, walaupun dari segi persediaan mental dan fizikal haruslah berganda lebih dari jalan dengan kumpulan dewasa.
Nanti kalau rajin aku updatelah compilation video trip ni (dah ada tapi tak siap-siap.. haha).
0 comments:
Post a Comment