Sambungan dari Part IV.
Seterusnya kami ke Tomorrowland. Dekat sini ada Buzz Lightyear, Starwars dan permainan berkonsepkan masa hadapan dan angkasa lepas.
Sempat naik kapal terbang yang pusing-pusing ni. Ariff & Adam seronok sebab boleh control sendiri tinggi-rendah dia. Benda ni boleh naik tak kira umur. Ada empat seat, kami naik berlima.
Lepas tu kami ke Hyperspace Mountain pula – sejenis roller coaster dalam gelap. Yang ni Adam lepas masuk. Bukan main seronok lagi dia. Konsep dia macam korang tengah naik kapal angkasa dan tengah berperang dalam cerita Starwars tu. Nampak bintang-bintang dan planet-planet segala. Ariff & Adam suka sangat, tapi bagi aku agak pening sebab tak nampak apa sangat. Gelap betul. Masa ni wife jaga Aryan kat luar dulu.
Sebab Adam & Ariff seronok sangat naik benda tu, terpaksalah bagi lagi sekali. Kali ni wife pulak teman, aku jaga Aryan kat luar. Sesambil tu aku apa lagi, tangkap gambar dia banyak-banyak.
Seronok dia main, terpaksa laa beli, HKD50.
Kiosk mainan kat tengah-tengah taman.
Lepas tu kami main Buzz Lightyear Astro Blasters pulak. Yang ni paling seronok sebab semua boleh masuk. Duduk dalam kapal angkasa dan setiap orang dibekalkan dengan pistol laser. Masa kapal tu bergerak kita kena tembak alien-alien yang berterbangan. Siap ada counting led display tunjuk berapa ekor alien kita dapat tembak. Aku paling kurang sebab sibuk try tangkap gambar tapi xdapat gambar yang okay sebab terlalu gelap. Aryan paling tinggi score sebab pegang pistol sama-sama dengan mamanya.
Selepas keluar dari situ, masa dah dekat pukul 3, jadi kami pun cepat-cepat jalan kaki ke jalan utama untuk bersedia dengan parade Flights of Fantasy. Parade ni start pukul 3, tapi untuk dapatkan best spot, seeloknya bersedia di spot yang dipilih sekitar 20 minit lebih awal. Kami dah survey kawasan mengikut dalam map dan dah pilih tempat antara view paling jelas. Satu tips yang mungkin bagus untuk dikongsikan dalam menyaksikan apa-apa parade, pilih lokasi di kawasan melengkung, pastikan berada di bahagian luar. Macamana nak describe aku tak tahu, tapi aku tunjuk je lah dalam gambar kat bawah ni. Kami kat bahagian bertanda merah.
Dari sini dapat view yang clear, jadi tak perlu hulur-hulur tangan nak ambil gambar & rekod video.
Kalau berada di bahagian melengkung di dalam, korang akan menyesal sebab masing-masing akan sibuk menjengukkan kepala dan tangan, so nak ambil gambar memang akan Nampak tangan-tangan dan kepala-kepala manusia. Parade tu pun tak akan kelihatan clear sangat, kena tunggu sampai dekat baru nampak tanpa terlindung. Berbeza sama-sekali jika berada di bahagian melengkung di sebelah luar.
Masa ni parade belum start, kami dah ambil tempat siap-siap. Kalau tak kena duduk belakang-belakang.
Sebahagian dari gambar parade.
Selepas parade ni dah tak banyak dah aktiviti kami sebelum malam. Pergi main satu dua attraction kemudian cari port untuk solat. Tak pasti pula dalam Hong Kong Disneyland ni ada multi-faith prayer room ke tak, so kitorang cuma ambil wuduk dan solat je dekat laluan yang sunyi skiti dalam taman,
Selepas solat kami masuk mencari souvenir sikit dalam ni. Nasib baik dah beli sebahagiannya di Ladies Market semalam, sebab dalam ni memanglah harganya sangat mahal. Masa ni Aryan dah nyenyak dalam stroller.
Dalam pukul 7 malam macam tu, hari dah pun gelap sepenuhnya. Sementara menunggu fireworks, kami pergi layan persembahan frozen. Silap ambil port, kami duduk belakang pentas rupanya.
Sekali belakang pentas je dapat. |
Tak lama lepas persembahan Frozen ni, dalam pukul lapan, acara yang ditunggu-tunggu pun tiba - fireworks. Kalau bukan sebab persembahan bunga api ni, kitorang dah balik kot. Penat gila seharian kat sini.
Tripod tak cukup tinggi. Nampak kepala orang di sana-sini.
Time balik sempat bergambar di pintu depan lagi sekali. Masing-masing seronok seharian di sini.
Kemudian ambil shuttle bus untuk ke hotel. Penatnya. Panaskan makanan yang dibawa dari Malaysia dan makan. Ingat nak mandi dan terus tidur je, tapi budak-budak masih semangat nak jugak mandi kolam malam tu. Swimming pool tutup pukul 10 malam. Pukul 9 lebih tu kitorang turun.. Layan jelah permintaan budak-budak ni.
Besar juga bilik ni. Beli time promotion beserta free dua tiket dewasa ke Disneyland. Harga tak ingat, tapi murahlaa dari biasa sebab promo.
Mamanya tak join mandi kolam. Aku terpaksa mandi untuk teman budak-budak dalam kolam.
Bagus diorang sediakan life jacket untuk kanak-kanak. Seronok diorang terapung macam ni.
Aryan yang kesejukan tapi taknak naik.
Warna gambar berbeza sebab setting white balance yang berbeza. Susah nak setting untuk dapat actual colour sebab warna lampu spotlight sungguh garang.
Lepas tu terus balik bilik dan tamatlah cerita untuk hari ni. Sambung cerita hari terkahir dalam part yang seterusnya pula.
0 comments:
Post a Comment