MTR khas untuk ke Disneyland dari Station Sunny Bay.
Orang kata tak sahlah kalau pergi Hong Kong tapi tak pergi Disneyland. Ini permintaan anak-anak sejak sekian lama juga, jadi trip ni memang untuk diorang pun. Sebab tu trip ni pun tak panjang, memang betul-betul tiga hari, fokus utamanya untuk bawa budak-budak berhibur di Disneyland. Yang lain tu sampingan sahaja.
Dari Tsim Sha Tsui, tak susah pun nak ke Disneyland, ambil MTR je. Cuma kena tukar tren dua kali. Yang mencabar sikit sebab kami kena angkut segala luggage sebab pindah hotel. Bayangkan kena angkut bag besar masuk MTR masa peak hour orang nak pergi kerja pagi Isnin. Nasib baik orang kat sini agak memahami pelancong dengan kanak-kanak seperti kami, ada yang bagi ruang sepatutnya untuk bag kami dalam MTR, ada juga yang tolong angkatkan bag dan tahan pintu masa keluar-masuk tren.
Dari Tsim Sha Tsui, ambil train menuju ke Tsuen Wan.Turun di Lai King – station ke-8 dari TSS. Tukar ke line Orange
menuju ke Tung Chung. Turun di Sunny Bay. Tukar ke line Pink menuju ke Disneyland.
Masa di Sunny Bay, sempat lagi bergambar sementara tunggu tren. Budak-budak cerialah hari ni sebab seronok nak pergi Disneyland.
Asalnya budak-budak ni macam kurang bertenaga, sebab penat semalam tak habis lagi. Tapi memandangkan pergi tempat main, gagahkan juga bangun awal pagi.
Tren sampai dan masing-masing dah tak sabar.
Semuanya konsep kepala Mickey Mouse, termasuk tingkap tren.
Even tempat pemegang pun tak terlepas dari manjadi imej Mickey Mouse...
Baru sampai di Station MTR Disneyland.
Keluar dari tren dan naik tingkat atas terus berada di depan pintu gerbang utama.
Penutup skru pembentungan pun ada logo Mickey..
Oleh kerana kami buat tempahan kombo hotel & tiket Disneyland, kami perlu ke Hotel Disneyland Hollywood Hotel terlebih dahulu untuk tinggal luggage dan claim tiket. Boleh naik free shuttle bas dekat sebelah stesen tren tadi.
Stesen bas yang masih lengang kerana awal pagi. Disney Resort Shuttle Bus ni untuk commuter antara Disneyland Park, Disneyland Hotel & Disneyland Hollywood Hotel.
Dipendekkan cerita, semua urusan tinggalkan luggage dan claim tiket berjalan lancar. Asalnya cuaca diramalkan sejuk, berangin dan hujan/mendung hari ni di Hong Kong, tapi alhamdulillah cuaca sangat baik dan cerah. Aku dan budak-budak bukak jaket dan simpan terus, tapi wife terpaksa bertabah kerana tak nak rugi masa nak tukar baju. Ketika kami patah balik ke Disneyland Park, orang sudah pun ramai.
Ketika beratur di depan pintu utama untuk masuk ke Disneyland.
Adam yang sedikit moody sambil menunjukkan tiket Disneyland, penat katanya. Padahal kejap lagi dia yang paling nak main semua benda kat dalam.
Di bahagian dalam sebaik sahaja melangkah masuk ke Disneyland.
Di laluan utama Hong Kong Disneyland.
Sekali tengok rumah ni aku teringat rumah Carl Fredricksen dalam movie Up.
Bangunan dalam Disneyland Hong Kong ni kecik je, tak gah sangat macam Universal Studio. Mungkin sebab target pengunjung lebih kepada yang betul-betul kanak-kanak. Attraction pun banyak baby dua tahun boleh naik.
Kat tengah-tengah ni ada round about. Asalnya kat sini ada patung Mickey & seorang lelaki (Walt Disney kot), dan boleh nampak castle belakang tu dengan clear. kebetulan hari kami pergi ni ada sambutan ulangtahun ke 10 Hong Kong Disneyland, so diorang tukarkan landscape kat tengah roundabout ni dan letak temporary stage kat situ.. Dah tak nampak castle dari sini - nampak menara dia je.
Kami terus menuju ke Toy Story Land. Pengalaman pergi ke US dulu telah mengajar kami untuk elakkan attraction di bahagian depan-depan taman tema ketika taman baru dibuka. Sebabnya, ramai orang rambang mata time tu, Nampak je apa attraction depan mata terus nak main. Jadi kena beratur lebih lama.
Masa on the way jalan kaki nak ke Toy Story Land, boleh pula terserempak dengan Rapunzel. Tak ramai sangat orang lagi masa ni nak bergambar dengan dia, jadi sempatlah kami mengambil kesempatan di situ. Adam malu-malu tengok tuan puteri.
Adam malu-malu..
Toy Story Land ni kedudukan dia antara yang paling terceruk. Siap ada sign this way besar-besar, takut orang tak jumpa agaknya.
This way...
Menarik juga tempatnya. Adam yang dari tadi moody sebab penat berjalan katanya, tetapi nampak je patung Woody gergasi ni terus nampak teruja.
Macam nilah rupa dia Toy Story Land.
Kat sini aku naik payung terjun minesweeper soldier dengan Adam & Ariff, manakala wife pulak teman diorang naik mini roller coaster Slinky Dog.
Benda ni naik tinggi woo..
Nampak tak muka siapa yang cuak..
Slinky Dog mini train..
Slinky Dog..
Lepas main dua permainan kat sini, kami proceed bergambar pula.
Gambar ni Ariff yang tangkap..
Jessei pun ada.. Nasib kuda dia takde..
Selepas itu kami menuju ke tempat Jungle River Cruise pula. Jungle River Cruise ni ikutkan konsep dia sama macam Jurrasic Park Cruise dekat USS, tapi pada skala yang lebih kecil dan lebih sesuai untuk kanak-kanak. Baby pun boleh, asal ada orang dewasa yang mendukungnya.
Aryan memang enjoy ride ni sebab dia memang paling suka binatang. Seronok dia dapat tengok elephant, selalu tengok dalam TV dan buku dia je.
Ini rakaman dari camcorder aku.
Lepas turun dari bot, kami ke The Lion King Festival pula. Ia adalah sebuah pertunjukan teater musical, tentang movie Disney yang pernah meletup suatu ketika dulu. Bagi yang baya aku ni, Lion King memang boleh kata legendlah. Budak-budak still enjoy the show walaupun diorang tak kenal sangat dengan watak-watak cerita ni. Yang spoil sedikit, show ni ada selit-selit bahasa cina. Tak feel langsung part tu, bukan sebab tak faham semata-mata, tapi kita kenal watak-watak tu cakap bahasa inggeris sebelum ni, bila sesekali ada part bahasa cina tu perasaan dia macam tonton cerita alih bahasa.
Selepas show sempat bergambar dengan props. Lionnya entah ke mana time ni.
Dari The Lion King Festival kami ke Grizzly Gulch. Setiap Disneyland Park akan ada section konsep macam bandar koboi - American style. Grizzly Gulch dibina berdasarkan konsep sebuah pergunungan yang menjadi tempat perlombongan emas.
Adam & Ariff nak sangat naik roller coaster. Tapi sayangnya Adam tak lepas sebab tak cukup ketinggian. Dalam 3 cm je lagi. So aku dengan Ariff je naik. Adam masam je tunggu kat luar.
Lepas layan roller coaster yang laju, tapi takde laa seram mana sebab tak tinggi pun, kitorang layan Grizzly Gulch Welcome Wagon Show. Siap sempat bergambar lagi.
Sporting sungguh diorang kasi kami bergambar siap semua posing dengan kedudukan yang cantik je walaupun spontan. Dah tiap-tiap hari diorang layan pengunjung kan.
Dari Grizzly Gulch, kami jalan ke Mystic Manor, sebelah je pun. Tapi tak main pun sebab dah survey, kurang sesuai pun dengan budak-budak ni. Kami berenti sekejap kat situ untuk ambil gambar dan jalan kaki lagi cari tempat rehat sekejap. Keluarkan bekal roti gardenia bun sambal bilis dan air kotak teh lemon F&N Seasons.
Sedap sungguh roti ni dalam keadaan lapar macam ni. Haha..
Keluar dari situ kami lalu depan main castle Disneyland Park ni, Nampak macam kosong pula. Boleh laa bergambar dulu. Kalau tunggu petang confirm orang akan makin ramai kat kawasan ni. Masa ni dah dekat-dekat pukul dua dah.
0 comments:
Post a Comment