Dari
Hong Kong Park kami bergerak ke Central Station. Kami ada appointment dengan travel
agent company, K-Look untuk tiket VVIP ke The Peak Tram.
Selain
dari Hong Kong Disneyland, The Peak Tram adalah attraction yang wajib bila datang
ke Hong Kong. The Peak Tram ni adalah tram yang digunakan untuk ke Victoria
Peak, ataupun ada yang panggil Hong Kong Sky Terrace. Ini adalah anjung tinjau
untuk melihat keindahan bandaraya Hong Kong dan pengkalan Victoria Harbour yang
menjadi nadi utama kemajuan Hong Kong.
Memandangkan
terlalu ramai orang yang ingin ke sini, beratur tiga atau empat jam untuk
membeli tiket dan menaiki tram ini adalah perkara biasa terutamanya pada hujung
minggu. Alhamdulillah, kami terjumpa di internet sebuah syarikat yang menjual
tiket The Peak Tram yang menjual pada harga yang sama tetapi mempunyai
kelebihan VVIP. Nama company tu K-Look, kami jumpa atas cadangan seorang
pengunjung tripadvisor.
Pembeli
kupon K-Look ini kena berkumpul di Central Station 15 minit sebelum sesi yang
dipilih, dan agent mereka akan bawa pengunjung kelolaan mereka melalui lorong
khas tanpa perlu beratur dalam queue sedia ada untuk membeli dan menaiki tram. Kami
memilih slot pukul 5 petang memandangkan kami teringin nak melihat pemandangan
Hong Kong pada waktu malam.
Tempat
berkumpul adalah di Central Station exit K, pada pukul 4.45 petang. Satu info yang
mungkin berguna pada korang yang nek pergi Hong Kong, satu station MTR di Hong
Kong boleh mempunyai sehingga berbelas exit. Jadi kalau dapat info kedudukan hotel
korang berdekatan dengan station MTR Tsim Sha Tsui contohnya, pastikan korang
tahu ia berdekatan dengan pintu keluar masuk yang mana, kerana ia ada Exit A,
B, C, D1, D2 sampai K. Dan jarak satu-satu exit ni bukan dekat.
Sebenarnya
tujuan Hong Kong buat satu station ada banyak exit adalah supaya pengguna tak
perlu serbu keluar atau masuk dari satu atau dua pintu sahaja, kemudian mereka
perlu pula melintas jalan di ground level untuk ke bangunan yang dituju. Mereka
boleh berjalan melalui laluan level bawah tanah untuk ke bangunan yang mereka
tuju, tanpa ada sekatan lampu isyarat dan sebagainya. Tambahan pula berjalan di
dalam terowong berhawa dingin adalah lebih selesa berbanding di aras jalan raya
yang sibuk, panas dan dipenuhi asap kenderaan.
Bilangan
penduduk Hong Kong terlalu padat, jadi salah satu cara bagi mengurangkan
kesesakan pejalan kaki dia atas jalan raya adalah dengan menyediakan terowong laluan
pejalan kaki di bawah tanah. Jarak antara Exit A dan Exit J station Tsim Sha
Tsui adalah 15 minit perjalanan (jalan kaki). Memang jauh.
Berbalik
pada cerita Exit K Central Station tadi, sebelum sampai Hong Kong, aku pun tak
pasti Exit K ni boleh jadi terlalu jauh dr Exit yang lain. Aku Central Station
Hong Kong ni macam KL Central je, satu bangunan cuma ada banyak pintu. Hahaha..
Jadi aku takdelaa nak street view sangat, cuma mark dalam handphone kedudukan Central
Station sahaja. Rupanya melilau kami mencari Exit K ni, dah jumpa Exit L &
J, nampak dalam map central station jauh lagi. Kebetulan tanya beberapa orang
yang lalu pun tak tahu. Kaki dah lenguh sebab menggalas beg di belakang dan Aryan
di depan.
Dua
orang pertama yang kami tanya jalan tak tahu Exit K kat mana. Sebenarnya even
orang Hong Kong pun, kalau tak pernah guna logik je diorang tak tahu, sebab
banyak sangat. Nasib baik laa third person yang aku sapa sudi tunjukkan jalan,
kebetulan dia jalan ke arah tu, rupanya tak jauh sangat dah. Dalam 150meter
dari tempat kami tadi, tapi kalau tak tahu memang blur nak tuju ke mana.
Sampai
kat sana tengok dah ada beberapa orang berkumpul macam menunggu K-Look juga.
Ramainya tourist kat sini. Nama tempat kat Exit K tu rupanya Statue Square.
Kalau K-Look mention jumpa kat Statue Square lebih senang aku nak mark dalam
map. Hampir penuh dataran tu. Masa ni Aryan pun dah jaga dan mintak turun dari
babybjorn.
Punya jauh Exit K ni dari Central Station. Nasib baik kami datang dari sebelah Exit J dan tak terlepas sampai ke Central Station. Satu cara lagi nak senang mencari Exit MTR adalah masuk je ke bawah mana-mana Exit, nanti kat dalam tu ada banyak signboard.
Aryan baru bangun tidur.
Bergambar
depan Statue Sir Thomas Jackson. Dia ni kira legend Chief Manager HSBC, bertanggungjawab
dalam HSBC development sehingga menjadi antara bank utama di Asia pada tahun 1880an
walaupun ketika ni HSBC baru berusia dalam 15 tahun.
Budak ni cergas sebab dah dapat tenaga. Dua jam dia tidur dalam babybjorn.
Lepas
dah ambil tiket dari agent K-Look, semua peserta diminta tunggu dan dengar
taklimat terlebih dahulu. Ramai juga, aku anggarkan lebih 70 orang. Lebih
kurang pukul 5.05 minit, kesemua peserta K-Look dibawa agent mereka berjalan
kaki ke The Peak Tram.
Dekat
bawah ni ada kaunter tiket untuk ke Madame Tussaude sekali. Ada patung Ronaldo
kat depan ni, boleh laa bergambar free.
Rupanya,
walaupun dengan kelebihan tiket VIP K-Look ni, hampir sejam juga baru dapat
naik tram ni. Kira oklah juga kalau nak banding tiga empat jam tanpa tiket VIP.
Kami naik tram pukul enam setengah lebih, dah malam pun. Tak dapat nak ambil
gambar sebab aku strugggle nak dapat tempat duduk dan time ni kena dukung budak
yang dah terjaga dari tidur.
Tanpa
berlengah, kami terus ke level paling atas, level 4 kalau tak silap untuk terus
ke anjung tinjau. Masa ni baru lepas hujan sebenarnya. Masa kami tunggu tram
tadi hujan turun sekejap. Jadi pemandangan agak berkabus, walaupun taklah teruk
sangat. Cuaca kat Hong Kong ni agak tak menentu, banyak juga kes orang datang
sini tapi tak dapat nampak apa sangat. Time kami ni masih kira ok lagi.
Orang
terlalu ramai kat atas ni. Plannya aku nak pacak tripod dan setting kamera
untuk slow shutter, tapi takde celah pun nak pacak tripod. Nak bergambar famili
pun sesak sangat. Last-last kami ambil je pakej group photo yang ada kat situ.
HKD200 kalau tak silap. Mahal. Tapi tak apalah, tak tahu bila lagi dapat
sampai. Dan aku rasa gambar yang dia ambil tu takde laa lawa mana pun. Hahaha..
Ni gambar yang aku try grip kamera atas palang sky terrace ni, set 0.5s, masih gegar skit. Tapi kira ok laa juga.
Tak
lama sangat pun kat sini. Hujan masih ada rintik-rintik sikit, orang terlalu
ramai. Angin sangat kuat dan gelap sangat atas ni. Tak pasti kenapa diorang tak
sediakan lampu secukupnya, maybe tak nak ganggu lighting kalau orang nak set
DSLR untuk long shutter speed.
Ikutkan
nak juga lama-lama sikit, tapi memandangkan budak-budak dah penat sangat,
kitorang putuskan untuk turun jelah. Itinerari hari ni memang bukan untuk
diorang sangat, dah laa padat sungguh. Tapi Alhamdulillah mereka tak tunjuk
moody sangat, masih dengar cakap dan tak lari-lari jauh sangat. Itupun dengan
pemerhatian yang rapilah, sebab tu tak banyak sangat ambil gambar sebab kami
takut terleka tak sedar diorang pergi ke mana.
Nak
turun pun satu hal juga kena beratur tunggu tram. Dekat sejam juga baru dapat
tram turun. Masa menunggu ni sempat bergilir dengan wife beratur, pergi toilet
tukar lampin Aryan, sambil gilir jaga budak-budak di luar barisan. Budak-budak
mana dia nak beratur lama macam ni.
Dari
station tram kat bawah kena jalan kaki lagi dalam 15 minit juga ke MTR Central
Station. Dari sini naik MTR terus ke Tsim Sha Tsui, senang je. Pilih tren
menuju ke Tsuen Wan, cuma dua station dari Central. Sepatutnya kalau sampai
awal sebelum pukul 8 kami nak ke Avenue of Stars, jalan kaki dari Tsim Sha Tsui
ni dalam 10 minit, untuk tengok Symphony of Light. Masa sampai kat Tsim Sha
Tsui tu dah pun pukul 9 lebih. Kami decide naik ke bilik hotel sajalah.
Budak-budak pun lapar dan penat.
Naik
mandi dan panaskan nasi beriyani Brahim’s. Aku decide nak juga keluar pergi ke
Ladies Market kat Mong Kok. Sebab itu sajalah masa yang ada untuk beli souvenir
sikit. Budak-budak lepas makan memang tak larat sangat dah, jadi wife temankan
diorang kat bilik.
Aku
keluar dalam pukul 10 dah masa tu. Masa sampai kat Ladies Market dah 10.30
malam. Kat sini timezone dia sama macam Malaysia, tapi sebab kedudukan dia
lebih ke timur, 10 malam dia feeling macam 11 malam dah di semenanjung
Malaysia. Kiranya macam kat Sabahlah. Pukul 6 dah masuk maghrib.
Nak ke Ladies Market dari Tsim Sha Tusi tak susah, naik je MTR satu laluan je dan turun di Mong Kok station: Tsim Sha Sui>Jordan>Yau Ma Tei>Mong Kok.
Nak ke Ladies Market dari Tsim Sha Tusi tak susah, naik je MTR satu laluan je dan turun di Mong Kok station: Tsim Sha Sui>Jordan>Yau Ma Tei>Mong Kok.
Ladies
Market ni tutup pukul 11, kebanyakan kedai dah pun tengah kemas-kemas masa
aku sampai. Banyak juga yang dah tutup pun. Aku nak cari fridge magnet je pun,
dengan beberapa souvenir wife minta belikan untuk adik-beradik dan kawan-kawan
office. Kat Ladies Market ni kena bijak tawar-menawar. Buat-buat nak blah kadang
sampai 50% pun diorang kasi.
Suasana di Ladies Market. Masa ni dah nak tutup, kalau tak penuh orang.
Balik
dari Ladies Market aku turun di Tsim Sha Tsui, dan aku sambung berjalan ke Avenue of Stars.
Nak jugak sampai sini, alang-alang dah dekat. Kaki dah lenguh sebenarnya. Yang
aku hairan dengan orang Hong Kong ni, walaupun dah pukul 11 malam Hari Ahad,
masih ramai yang baru balik kerja, pakai baju office siap dengan blazer.
Diorang kerja apa aku pun tak pasti. Tapi nak hidup di kota metroplitan yang
padat dan kos sara hidup tinggi macam Hong Kong ni memang kena rajin bekerja.
Dekat
Avenue of Stars, ada orang masih buat persembahan street music, ada juga yang
buat servis ambil gambar dan print kat situ juga – nampak gaya macam freelance.
Pandai diorang cari duit.
Walaupun
dah tengah malam, masih lagi ada kapal-kapang lama Hong Kong tengah menyusuri
Victoria Harbor ni. Angin laut tak berhenti menghembus. Kalau dengan wife lagi
seronok nak lepak lama-lama. Aku cuma pacak tripod dan ambil gambar beberapa
keping dan blah.
Victoria Harbor View dari Avenue of Stars @11.30PM. Kalau lagi awal lebih cantik sebab lagi banyak bangunan yang bukak lampu. Dah lewat ni banyak bangunan yang dah tutup lampu.
Dalam part seterusnya nanti aku sambung pulak cerita di Disneyland Hong Kong.
0 comments:
Post a Comment