Cerita Trip Hong Kong – Part II



Selepas makan Dim Sum dan ambil gambar di Masjid Ammar & Osman Raju, kami berjalan kaki ke hadapan CNT Tower untuk menaiki bas ke Hong Kong Park. Dari masjid ni ke bus stop tu selang dalam dua bangunan je. Masa ni Aryan dan tertidur dalam Babybjorn, memang timing tidur dia.

Kami plan ke sini sebab nak isi masa sebelum pergi ke Victoria Peak. Kami dah book melalui agent untuk mengelakkan beratur terlalu lama untuk membeli tiket the Peak Tram.

Dalam 20 minit meniaki bas kami sampai di perkarangan Hong Kong Park.

Di perkarangan pintu masuk Hong Kong Park.

Kedudukan taman di tengah-tengah bandar. Taman yang bersih dan dijaga rapi.

Kura-kura kecil. Banyak sungguh dalam kolam ni.

Yang bestnya taman ni ada part Taman Aviary sekali (Taman Burung) – yang penting free je. Kalau kat KL tiket RM38 seorang. Walaupun tak sebesar Taman Burung kat KL, tapi dari segi kebersihan dan ketenangan, aku suka lagi taman burung kat Hong Kong ni. Bukan nak cakap apalah, taman burung di KL tu bagi aku terlalu kotor, penuh dengan najis burung. Kadang-kadang nak duduk tempat duduk khas pun kena hati-hati. Belum kira kalau terpegang penghadang tepi laluan jalan kaki. Padahal taman berbayar tu.


Laluan jalan kaki dalam taman ni best sebab dia bina sampai ketinggian pokok, jadi kita dekat dengan burung. Yang penting bersih sangat laluan pejalan kaki ni.

Tengok bertapa bersihnya laluan pejalan kaki di sini. Taman ni sangat tenang dengan bunyi burung-burung berkicauan. Memang sesuai sangat orang Hong Kong nak lepak hujung minggu.

Tak pasti ini burung apa, tapi jinak sangat.

Tak banyak gambar burung yang dapat tangkap. Satu sebab lens aku 50mm je, lagi satu sebab bila dah mengendong baby ni faham sajalah.

Aryan tidur sepanjang kami kat sini. 

Jadi, kalau korang ada masa lebih kat Hong Kong, memang aku recommend sangatlah singgah di sini. Yang penting free je. Lokasi pun strategik, kalau jalan kaki dari MRT nak ke The Peak Tram, memang jalan kaki lalu dekat-dekat sini.

OK, cerita seterusnya bersambung di Part III.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top