Cerita Trip Hong Kong – Part I

Trip ni dah lama, dah hampir setahun pun. Plan sejak 2014 - kitorang kalau plan nak trip ke mana-mana, terutama kalau oversea memang berbulan atau setahun sebelum. Pergi Singapore pun plan berbulan-bulan.

Sebenarnya untuk buat apa-apa pun, perancangan adalah sangat penting. Tak rugi rancang awal, kalau perancangan tu tak jadi, confirm kita ganti dengan perancangan yang lebih baik. Kalau kita rancang last minute, baik atau tak itu sahajalah perancangan yang kita ada. Perancangan awal juga membolehkan kita mencari sebanyak mungkin maklumat untuk menjadikan kita jelas ke mana nak dituju dan mengelakkan kita tersesat di perantauan. Tambahan pula kitorang bawa anak-anak yang masih kecil.

Perancangan awal juga menambahkan kebarangkalian kita mendapatkan the best deal untuk harga kapal terbang dan hotel. Harga hotel dan makanan di Hong Kong ni sangat mahal kalau di bandingkan dengan Malaysia. Dari segi tukaran matawang, sifir mudah RM1 = HKD2. Waktu kami pergi RM1 = HKD1.85 (masa ni agak tinggi sedikit). Walaupun Nampak macam 1 ringgit boleh dapat lebih banyak HKD, tapi harga sepinggan nasi briyani di sini secara puratanya adalah HKD60-70 sepinggan. Atau kalau nak jimat sikit boleh makan nasi goring, range dari HKD40-60 sepinggan.

Atau kalau nak jimat lagi, boleh laa bawa apa-apa makanan dari Malaysia, nak bawa periuk nasi pun boleh. Kastam di Hong Kong ni takde food restriction macam kat Australia. Kami cuma bawa Megi dan Nasi Briyani Brahim’s je, selain air kotak dan roti Fun in the Bun Gardenia. Roti ni memang bekal wajib kami bila travel - ringan, sedap dan mengenyangkan untuk alas perut.

Tiket Air Asia kami ke Hong Kong pukul 6.20 pagi di KLIA, jadi pukul 4.00 pagi kami dah siap check in.

Terima kasih pada Mira & Irsyad (ateh & pakteh budak-budak ni) serta nenek diorang hantarkan kami ke airport pagi tu.

Depan surau KLIA 2 Gate berapa dah tak ingat - Sambil tunggu flight boarding solat subuh dulu.

Cuaca cantik sepanjang perjalanan.

Tiba di HKIA sekitar 10.15AM.

Muka-muka excited tiba di Hong Kong.

Sewaktu tiba di airport HKIA, perkara pertama yang dicadangkan ialah korang mesti beli Octopus Card. Octopus card ni macam kad Touch n Go di Malaysia, atau macam Oyster Card di London lah konsepnya. Kad ni boleh digunakan untuk public transport seperti bas & MTR. Elok sangat beli untuk elakkan beratur membeli tiket setiap kali naik MTR.

 
Waktu kami pergi harga Octopus Card macam ni.

Kami tambah HKD30 untuk tiket kanak-kanak. Dah buat perkiraan untuk kegunaan kami tiga hari di Hong Kong, memang cukup HKD50 seorang. Ada baki nanti boleh redeem balik semasa pulangkan kad tu. Banyak tempat ada jual Octopus Card ni macam kaunter tiket train, kedai 7-11, kedai-kedai fastfood, Starbuck, supermarkets, even bakeries pun ada jual. Sesetengah tempat ada vending machine untuk beli Octopus Card ni. Di HKIA paling senang beli di kaunter tiket keretapi di tengah-tengah Arrival Hall.


Peratikan je kaunter macam ni sure korang jumpa kat tengah-tengah alam tu. (Photo Credit : chopsticks7)

 
Ambil bas bernombor 21 untuk ke Tsim Sha Tsui. Fare untuk seorang dewasa HKD33.

Kalau korang pilih hotel mampu tinggal di Tsim Sha Tsui, ada kemungkinan korang menetap di bangunan hotel yang sama dengan kitorang. Bangunannya satu tapi ada banyak nama hotel, sebab kebanyakan properties investors kat Hong Kong ni dia beli satu atau dua level di bangunan lama di Tsim Sha Tsui ni, renovate pecahkan kepada bilik-bilik kecil dan jadikan guest house. Walaupun sesetengahnya menamakan dengan guesthouse, tapi banyak juga yang menamakannya dengan hotel. Walaupun bagi aku kalau kes macam ni tak boleh kira hotel. Kalau pun tidak mempunyai bangunan sendiri, hotel sekurang-kurangnya perlu ada kemudahan asas penginapan sendiri seperti kafe, ruang lobi yang sempurna dan yang penting perlu ada pemudahcara (customer servise) yang available 24 jam.

Tak kisahlah nak namakan apa sekali pun, tempat kitorang tinggal malam tu adalah Legend Guest House. Terletak dalam bangunan lama Tsim Sha Tsui Mansion di Nathan Road, sebelah dengan Masjid Kowloon. Di bangunan yang sama ada Sandhu Hotel, Just As Inn, Bloomy Hotel, KK Guesthouse dan banyak lagilah. So kalau baca review semua hotel ni pasti korang akan jumpa review yang hampir sama – masalah lif yang kecil dan perlahan – muat-muat untuk 2 dewasa dan dua kanak-kanak dengan satu luggage. Dan masalah bilik yang terlalu kecil sehinggakan tiada ruang langsung untuk dihamparkan sejadah (end up solat atas katil sahajalah).

Dari segi harga, no complaint sebab memang sudah sedia maklum harga hotel di Hong Kong ni memang mahal. Bilik kami dengan dua katil double (rasanya katil double dia ni custome made size, sebab lebih kecil dari queen) harganya dalam HKD490 semalaman. Muat-muat dua katil dan 1 toilet. Jarak antara dua katil ini adalah 1 kaki setengah sahaja!

Tapi ramai tourist suka hotel area sini sebab kedudukan yang strategik dan harga masih dikira antara yang termurah di area Tsim sha Tsui ni. Kedudukan MRT betul-betul depan pintu masuk ke lif hotel ni je.

Kalau dari airport tadi nak turun di area hotel ni boleh turun di Bus Stop Cameron Road – hentian yang ke-13 dari airport. Dalam bas ada skrin tunjukkan kita sekarang di hentian ke berapa berserta nama hentian tu. Jadi bagi pelancong macam kita ni tak perlu risau kalau tak tahu nak turun bila. Dari segi anggaran masa adalah hampir satu jam.

Macam kitorang hari tu lebih satu jam sebab driver bas masuk jalan lain, tak pasti sebab dia nak elak jammed atau memang dia driver baru . Kecoh sekejap dalam bas sebab ada hentian yang dia terskip - sebab lalu jalan lain.

Di hadapan Bangunan Tsim Sha Tsui Mansioan bersebelahan Nathan Road.

Kitorang check in dalam pukul 1.00 petang dan ambil masa sekejap je untuk mandi, solat dan makan maggie dan roti sebagai alas perut sebelum keluar. Destinasi seterusnya ialah mencari dim sum halal yang popular di Masjid Ammar & Osman Raju. Dim Sum tu hanya dijual sampai pukul 3 sahaja, jadi kami kena cepat. Naik MTR di Tsim Sha Sui dan turun di Admiralty station untuk tukar ke tren Island Line menuju ke Chai Wan. Dan turun di Wan Chai station. Dari sini jalan kaki kira-kira 750 meter untuk ke Masjid Ammar. Agak mencabar juga dengan tiga orang kanak-kanak untuk jarak perjalanan sejauh itu. Sebab tu time ni tak ada gambar pun sebab tak sempat nak fikir untuk ambil gambar.

Kami sampai dalam pukul 2.45 petang di Masjid Ammar & Osman Raju. 

Hanya sebahagian sahaja menu dim sum yang berbaki. Tak apalah, asal dapat merasa.


Di dalam perkarangan masjid.

Di luar perkarangan Masjid Ammar & Osman Raju.


Selepas makan dan ambil beberapa gambar di sini kami ke Hong Kong Park pula. Ceritanya akan di sambung dalam Part II. 

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top