EUROPE TRIP DAY08 PART2: RHEINFALL, LUCERNE & LUNGERN

Rheinfall, the biggest waterfall in Europe.
Catatan sebelum ini boleh dicapai di sini.
Kami meneruskan perjalanan dari Heidelberg menuju ke Rheinfall, Switzerland. Perjalanan memakan masa kira-kira tiga jam setengah. Kami sempat berhenti mengisi petrol di Heidelberg sebelum memasuki highway. Satu perkara yang aku lupa nak cerita sebelum ni adalah harga petrol di station-station minyak di sini adalah berbeza-beza, walaupun kedudukannya sebelah-sebelah je. Dan kebiasaannya harga petrol di dalam bandar lebih murah berbanding harga di highway.
Perjalanan melalui autobahn German lancar dan kami tiba di sempadan German-Switzerland di Thayngen lebih kurang pada pukul 1 petang. Di sini kami perlu membeli vignette sticker, pelekat yang perlu diletakkan di cermin hadapan kereta sebagai bayaran tol menggunakan lebuhraya di Switzerland. Vignette di Switzerland hanya boleh dibeli mengikut tahun, berharga CHF40. Contohnya kalau kita nak memandu di Switzerland selama dua hari dari 31 Dis 2016 hingga 1 Januari 2017, technically kita kena beli dua stiker. Kalau tak silap Austria juga menggunakan sistem vigenette untuk bayaran tol mereka, tetapi mereka menyediakan beberapa pilihan vignette contohnya untuk seminggu, sebulan atau setahun. Taklah rugi beli veignette untuk setahun padahal nak pakai dua tiga hari sahaja.
Sempadan Switzerland - German ini berbeza sedikit daripada sempadan negara-negara eropah yang lain. Walaupun Switzerland termasuk dalam schengen area, tetapi Switzerland bukan sebahagian daripada kesatuan eropah (EU) walaupun mereka mempunyai beberapa perjanjian dari segi ekonomi. Ini bermakna, walaupun orang awam bebas keluar masuk dari Switzerland ke negara eropah yang lain, tetapi dari segi barangan perdagangan import dan eksport mereka masih tertakluk kepada pemeriksaan dan duti yang dikenakan kerajaan Switzerland. Sebab itulah di sempadan Switzerland diletakkan border crossing station untuk pemeriksaan oleh kastam mereka. Bagi kita yang memandu kenderaan awam tidak ada apa yang perlu dirisaukan melainkan pastikan kita mempunyai vignette sticker.
Border Crossing di Thaygen, Switzerland. Gambar dari wikimedia.
Untuk melawat Rheinfall ni ada dua access, Northern banks dan Southern banks. Melalui Northern banks, parking berbayar CHF5 untuk sejam pertama dan CHF2 untuk jam yang berikutnya. Tetapi tiada bayaran yang dikenakan untuk ke viewing platform. Viewing platform di Northern banks ni jauh sedikit dari air terjun Rheinfall ni. Manakala di Southern banks, parking adalah percuma tetapi bayaran CHF5/person dikenakan untuk ke viewing deck. Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini.
Kami memilih untuk masuk melalui Southern banks berdasarkan review yang dibaca di tripadvisor.com. Viewing deck di sini benar-benar disebelah air terjun. Siap boleh sentuh air dia lagi.
Setibanya kami ke sana, kami disambut dengan signboard RHEINFALL yang besar, perasaan teruja semakin bertambah-tambah untuk melihat bagaimana rupa air terjun yang dikatakan paling besar di Eropah ini. Kami mencari spot yang agak teduh dibawah rimbunan

Tiba di kawasan parking Rheinfall. Faten buat apa lah kat situ tu.