[PARIS LONDON 2017] DAY01 KL – PARIS

Kita berjumpa lagi, Eiffel Tower. Pemandangan hari pertama kami di Paris - Eiffel Tower dari Wall of Peace.

Selepas lima bulan, barulah aku akan memulakan entri pertama untuk trip Paris-London pada April/May yang lepas.

Hari Rabu, 26 April. Hari tu aku kerja half day. Kerja banyak dan nak jimat cuti juga. Flight hari ni jam 8.50PM di KLIA. Terkocoh-kocoh siapkan kerja dan aku meninggalkan office jam 2 petang. Segalanya berlalu dengan pantas. Keluar rumah jam 3 petang, dihantar oleh ibu dan abah mertuaku, serta adik ipar – Farhan. Sekejap sahaja masa berlalu untuk kami check in, makan di KFC KLIA dan seterusnya terus bahagian international departure untuk pemeriksaan imigresen. Masa ni dah pun hampir 7 malam.

Kira-kira lepas maghrib, kami dah pun boarding dan tak lama kemudian kami dah pun berlepas dari KLIA. Satu kelebihan bila travel dengan anak kecil, selepas para penumpang business class, mereka akan panggil pemegang tiket ekonomi yang ada anak kecil terlebih dahulu. Jadi dalam kebanyakan kes kami tak perlu beratur lama, walaupun sebenarnya baby under 2 years ada seorang sahaja ;)

Kaunter K14 Qatar Airways KLIA yang dikhaskan untuk mereka yang sudah membuat check-in online, sama ada di web atau di applikasi handphone.


Anak-anak dengan pakaian yang selesa dan kalis sejuk. Mama papa dah biasa dah haha..

Bergambar di hadapan KFC KLIA.

Bersama ibu dan abah mertua sebelum berpisah depan pintu pelepasan antarabangsa.

Wajah-ahli ahli rombongan ke Europe.

Terima kasih abah, ibu dan Farhan yang menghantar ke KLIA.

Dalam perjalanan ke Doha, kami banyak melayan karenah anak-anak. Ini baru dalam flight. Macam-macam lah yang diorang nak. Nak tengok movie, nak main game, nak air mango (minuman favourite dalam flight), nak pergi tandas, nak selimut, nak merasa duduk tepi tingkap dan macam-macam lagilah. Memang macam nilah travel dengan kanak-kanak ni. Mujur juga Qatar ada menyediakan kiddies pack yang ada bermacam-macam games dalam tu.

Kedudukan seat kami yang sederet. 

Kami tiba di Doha pada pukul 11 malam waktu tempatan. Transit dalam masa dua jam suku sahaja. Pukul 1.15 pagi kami perlu menaiki flight Doha ke Paris. Budak-budak tengah mamai kena jalan kaki selepas tertidur dalam flight yang pertama. Dalam tengah jalan kaki ke gate transit inilah tiba-tiba hidung Adam berdarah. Hidung dia memang mudah berdarah, kami mengesyaki mungkin perubahan pressure tu buat hidung dia berdarah.

Sedang kami mengeluarkan tisu untuk tahan darah mengalir keluar dari hidung Adam tu, kebetulan pula seorang staf Qatar Airways di Doha Airport tu perasan ketika dia lalu melintasi kami. Kami kalau boleh nak cuba elakkan kehadiran official airport staff sebab rushing nak cari gate dan get ready untuk next flight. Bukan tak risau, tapi sebab dah biasa sangat. Memang dah rujuk beberapa paediatrician pun. Pun dah tahu macam mana nak hentikan perdarahan hidung dia. Selalunya lima minit je lepas tu dah stop.

Tapi staf tu betul-betul tak bagi kami ke mana-mana selagi dia tak panggilkan doktor. Katanya jangan rushing, keselamatan adalah lebih utama. Tegasnya, kalau kami naik flight then something bad happen up there, macam mana? Akhirnya kami mengalah, lagi pun elok juga kalau ada doktor yang tengokkan. Kalaulah pendarahan kali ni bukan yang biasa tu. Sebenarnya agak cuak jugak takut tertinggal flight.

Lebih kurang lima minit kemudian paramedik pun sampai - naik basikal. Bagus betul. Masa paramedik sampai tu darah dah pun berhenti, dan lepas diperiksa, beliau sahkan ianya hanya pendarahan biasa disebabkan pressure yang tak perlu dirisaukan. Dia cuma cuci dan bekalkan kami dengan ice pack utk letak di dahi Adam. Alhamdulillah tak kena tahan untuk proceed to next flight.

Sebenarnya trip ini adalah trip surprise buat anak-anak. Memang tak bagitahu pun kat diorang yang kami nak bawa diorang bercuti ke Paris dan London. Kami cuma cerita yang kita akan bercuti di Doha, Qatar untuk menikmati pemandangan padang pasir. Budak-budak siap google tempat-tempat menarik di Doha sebelum pergi hari tu. Memang tak boleh simpan rahsia satu sekolah mereka bercerita nak pergi Doha. Neneknya pun pandai simpan rahsia siap pesan enjoy naik unta nanti. Haha. Nak-nak bila turun flight ke Doha memang terus percayalah mereka yang kami betul-betul bercuti di sana. Cadangnya nak buat surprise sehinggalah sampai nak naik pesawat selanjutnya ke Paris, baru kami akan bocorkan rahsia (tak jadi surprise sebab paramedik tu yang dah terbocorkan rahsia kami dulu pada Adam, tersengeh-sengehla Adam dan Ariff bila paramedik bercerita pasal next flight to Paris)

Tak lama sampai ke gate balai berlepas, kami dah pun dibenarkan masuk ke dalam flight. Perjalanan ke Paris mengambil masa tepat tujuh jam. Bagus ambil flight ke Europe waktu malam, naik malam dan tiba di Paris pada waktu pagi. Lepas tu boleh meneruskan aktiviti hari pertama terus. Kira macam dah jimat sehari accomodation.

Flight mendarat di Terminal 1 CDG Paris jam 7.15 pagi dalam keadaan cuaca yang agak mendung. Seronoknya lihat anak-anak keluar dari flight, terutamanya si Aryan. Melompat-lompat dia berjalan, kira dah habis happylah tu. Masa pergi Hong Kong dulu pun dia yang paling excited. 

Urusan pemeriksaan imigresen di CDG airport memakan masa yang agak lama. Lorong ke bahagian pemeriksaan imegresen juga agak sempit dan bilangan kaunternya juga agak terhad. Cuma nasib baik juga pegawai imigresennya taklah cerewet mana. Cukup sekadar bertanya tujuan kedatangan dan berapa lama kami akan berada di France. Setelah ditunjukkan tiket penerbangan untuk pulang semula ke Malaysia terus passport kami di stamp.

Urusan pengambilan luggage juga memakan masa yang agak lama. Kawasan claim luggagenya juga sangat sempit kalau nak dibandingkan dengan KLIA. Setelah menunggu agak lama di sini, akhirnya semua bag berjaya dikumpulkan, termasuklah dua stroller dan juga satu bag wrap berisi makanan.

Dari Terminal 1 kami perlu menaiki CDGVAL (inter-terminal connecting train), untuk ke Terminal 3. Terminal 3 adalah tempat paling dekat untuk kami mengambil train untuk ke pusat bandar Paris. Di sini kami membeli tiket RER (B) yang berharga €10 untuk dewasa dan €7 untuk kanak-kanak. Aryan dan Dahlia tak memerlukan tiket (free untuk 4 tahun ke bawah). Maklumat lanjut tentang train CDG airport ke pusat bandar Paris boleh dirujuk di sini.

Dalam train dari CDG airport ke pusat bandar Paris. Hujan renyai-renyai di luar, dan suhu pagi ni 1°C. Dah macam winter.

Kami tiba di apartment AirBnB kami di Dupleix kira-kira jam 11 pagi. Agak lambat, selain faktor urusan imigresen dan claim baggage yang lambat, kami juga terpaksa melayan speed anak-anak jalan kaki, terutamanya ketika bertukar station. Kami cuma perlu sekali sahaja bertukar train di station Denfert Rochereau. Masa di station ni sempat juga aku beli simkad Lebara untuk menghubungi tuan rumah.

Setibanya di apartment, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memeriksa bekalan makanan sejuk beku yang dibawa di dalam wrap bag bersama ice pack. Alhamdulillah masih elok. bekalan makanan ni penting untuk survival kami di sini. Beberapa bungkus daging black pepper dan ayam masak merah yang dimasak sehari sebelum fly segera disimpan di freezer.

Bag makanan yang mengandungi barang-barang makanan seperti daging masak black pepper, ayam masak merah, sambal bilis & kacang, sambal tempe, mayonis, telur rebus (nak buat egg sandwich), sedikit bawang-bawang dan alatan memasak.

Ini pula makanan yang dikeluarkan dari dalam bag tu. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan yang masih elok. Yang mana perlu simpan beku cepat-cepat kami masukkan dalam freezer.

Meal pertama di Paris. Panaskan apa yang ada.

Memandangkan anak-anak masih kepenatan dan kami juga agak penat, kami mengambil keputusan untuk melewatkan masa untuk keluar berjalan-jalan. Masak nasi dan panaskan lauk untuk makan tengah hari dan sambil tu masing-masing bersiap. Kira-kira jam 3 petang barulah kami keluar berjalan kaki ke Eiffel Tower. Dari apartment ni cuma 10 minit sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke Eiffel Tower.

Petang itu kami cuma menghabiskan waktu di sekitar taman Eiffel Tower, sambil main bubble. Cuaca hari ni walaupun taklah cerah sangat, masih boleh nampak cahaya matahari. Tetapi suhu agak rendah, seingat aku sekitar 6 degree C sahaja. Lebih sejuk dari pengalaman masa aku datang sini tahun lepas, juga dalam bulan April. Si Aryan main kat taman Eiffel Tower sambil terketar-ketar. Ketar-ketar pun dia sorang yang tak nak balik ke apartment. 

Ceria sungguh muka budak ni dibawa berjalan. Ni kaki lima kat apartment yang kami tinggal di Paris.

Eiffel Tower dari Wall of Peace, monumen yang dibina di hujung taman Champ de Mars. Tahun lepas kami tak jalan sampai sini pun.

Adam & Ariff. 

Inilah yang dinamakan trip adik-beradik. Wife bersama Mira & Luqman, dua orang adik yang paling bongsu.

Dari Wall of Peace kami berjalan dan bersiap-siar sekitar taman Champ de Mars. Champ de Mars ni nama taman yang terletaknya Eiffel Tower nilah. View Eiffel Tower from the other side adalah Trocadero. Kat taman ni kami sempat main giant bubbles lagi yang dah siap dibawa dari Malaysia.

Angin sungguh kuat time ni. Tak payah gerakkan pun buih tu terhasil sendiri.


Kanak-kanak memang suka sangat main bubbles.



Time ni dah penat kejar buih. Tu yang dah tak berapa bersungguh. 

Dahlia agak bad mood sedikit. Dia baru kebah dari demam masa fly semalam. Even masa ni pun masih demam sikit-sikit.

Lepas main bubbles, ambil gambar sikit dekat dengan Eiffel Tower dan lepas tu ke public playground yang berdekatan. Kat situ ada dua playground, satu private dan satu lagi open to public. Yang open to public tu pun dah ok sangat, macam-macam ada.

Susah betul nak dapat gambar yang ok ketiga-tiga orang budak ni. Puas jerit nak dapat macam ni pun. 

Adam Haris di Champ de Mars playground. 


Dahlia yang masih takde mood. Kalau tak pantang nampak playground.


Ntah budak French mana laa. Budak-budak local ni tak sombong, rileks je main sama-sama macam dah biasa kenal. Kalau yang kecik tu rileks je cakap French dengan diorang, terpinga-pinga budak-budak ni tak tahu nak jawab apa.


Sekitar jam 6 petang kami decide untuk pulang ke apartment. Macam nilah bila jalan dengan anak-anak, itinerary tak boleh nak padat sangat, diorang cepat boring. Cadangnya di sebelah malam nak keluar semula jalan kaki ke Eiffel Tower untuk menikmati pemandangan Eiffel Tower dengan dipenuhi lampu neon, tapi kami terlalu penat sebab baru sangat touch down pagi tadi. 

Catatan hari kedua akan bersambung di entri yang akan datang.

CONVERSATION

36 comments:

  1. Hi boleh share nama apartment airbnb tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Alya. ada banyak sangat bnb area sini.. tp tak banyak yg accept 1 night.. kalau minimum stay 2 or 3 nights above mmg byk.. bnb yang kami duduk ni jarang ada kekosongan, sebab dia cuma ambil beberapa tempahan je dalam sebulan, lepas tu dia terus blok semua date dalam bulan tu.

      ni link bnb kami..
      https://www.airbnb.com/rooms/5590878

      Delete
  2. Hai... Assalamualaikum... Nak tanye la... Law bawak sambal dsging ngn ayam yg da masak tu.. Leh lepas ke ye law ke london?? Ad sesiapa ad pengalaman X?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sorry lambat balas. busy sikit lately.

      Makanan nak bawa ke London atau Paris setakat satu bag tu setakat pengalaman saya takde masalah.

      Delete
  3. Salam,
    saya nak tanya mengenai beg wrap dgn ice pack,kat mana boleh beli dan macamana nk guna bag tersebut utk pastikan makanan tak rosak, terutama makanan yang dimasak dibekukan.
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Ice pack dan cooler bag boleh beli di kedai barangan bayi. Biasanya mak-mak yang mengepam susu guna benda ni untuk kekalkan kesegaran susu yang di pam di pejabat sebelum di simpan di dalam peti ais di rumah.

      Kalau nak beli kat lazada pun ada, search je ice pack gel dan cooler bag.

      Sama-sama ;)

      Delete
  4. salam.....brapa ek kos ke 1 family.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua dalam rm14k+.. saya tak sempat lagi nak buat entri untuk bentangkan keseluruhan bajet.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam boleh tau kalau dr london ke paris will be better if driving

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ada orang drive, tapi saya tak pernah. Saya rasa ia satu pengalaman juga, tapi dari segi kos rasanya lebih berbaloi naik bas atau train. Lagi pun, kalau sewa kereta di London, keretanya right hand drive tapi bila masuk ke tanah besar Europe terpaksa drive di lane seblah kanan.

      Delete
  7. awesome i think you family is so happy to visit that place. you have a beauty full family enjoy and keep shearing your journey.
    short stay parking gatwick

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Asslmkm wbt. Duk scroll comment br nampak abg dh bg ralphly budget paris- london dlm 14k. Europe dlm brapa yupp.. yg gi aritu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dilla. Untuk bajet trip europe 2016 ke 6 negara, dilla boleh refer entri ni: http://de-avonturen.blogspot.com/2017/02/europe-trip-2016-budget-itinerary.html

      Dalam RM5400 per pax.

      Delete
  10. Replies
    1. Salam Naim, Dalam 11 hari. 14k untuk family kami berlima. Tapi cover London-Paris je.

      Delete
  11. Salam en zahid. nak tanya pasal bawak lauk frozen dr KL.

    bungkus masuk dalam cooler back n letak ice pack cooler tu tahan berapa lama means sampai paris masih sejuk beku lagi ke or dah cair. sbb sy punya transit 7jam takut dh sampai paris cair n basi pulak.

    any tips nak bungkus bg tahan sejuk selain cooler bag n ice pack?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan/Puan/Cik,

      Susah nak cakap sebab ia bergantung pada kualiti cooler bag dan juga ice pack tu. Berapa banyak nisbah makanan dan ice pack tu jugak mempengaruhi ketahanan kesejukan tu.

      Cuma kalau nak kongsikan pendapat, saya rasa 7 jam transit + 13 jam flight tak jadi masalah jika masakan tu tak melibatkan benda-benda yang cepat basi macam santan. Contohnya masakan masak merah atau masak black pepper atau masak halia, insyaAllah boleh tahan. Pastikan masakan tu disimpan sekurang-kurangnya sehari dalam tempat sejuk beku sebelum bertolak, supaya ia tahan lebih lama. Sambal tu pulak, kalau lebih kering ia akan tahan lebih lama, cuma kurang sedap sikitlah. Nak makan, tambahlah kicap lebih sikit. hehehe

      Delete
  12. Salam en Zahid tqvm for your sharing. Lupa pulak nak tanya nak kena declare ke lauk2 frozen ni? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amiera, jangan declare. Kalau declare confirm tak boleh masuk. Sebab meat & diary product from outside EU country actually takleh dibawa masuk ke EU/UK. Tapi tak ada penguatkuasaan je. Ramai orang bawak tak declare, lepas je. Kalau declare sah2 tak lepas sebab melanggar peraturan sebenarnya. Awak boleh baca di sini:

      https://www.gov.uk/guidance/personal-food-plant-and-animal-product-imports

      https://europa.eu/youreurope/citizens/travel/carry/meat-dairy-animal/index_en.htm

      Delete
  13. kalau dorg tanya nk jawab ape ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. maaf ya takde nama jadi saya tak pasti soalan ni kesinambungan dari soalan mana. saya assume ni mungkin daripada tentang declare atau tak declare tadi. kalau diorang tanya jawab je yang betul, jangan tipu. kalau tipu then kantoi menipu lagi teruk. jawab je tak tahu peraturan tu. cuma bersedia sajalah untuk makanan tu dirampas. saya tak pasti kalau sebenarnya ada denda.

      setakat ni saya belum dengar lagi mana-mana traveller kita yang kena tahan/rampas makanan ni ke europe. selalu dengar kat australia yang memang strict. saya tak boleh beri jawapan untuk katakan 100% pasti lepas, bergantung nasib juga. cuba survey risikonya kemudian buatlah keputusan. semoga ursan dipermudahkan.

      Delete
  14. Hi, boleh share contact no owner airbnb di Paris

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Haikal. Owner BnB kat Paris tu dah remove dia punya listing. Dia tak buat BnB dah. Tapi area situ banyak BnB lagi, boleh cari kat web AirBnB

      Delete
  15. Area mane ye airbnb tu ye.. dekatkan dgn station dan eiffel tower..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area Dupleix. Betul² sebeleh stesen metro Dupleix. Apartment kat situ kebanyakannya 7 tingkat, sesetengahnya takde lift. Cari yang tingkat rendah baru tak penat panjat tangga. Macam bnb kitorang ni mmg ada lif, tapi muat² dua orang je. Lif paling kecik saya pernah jumpa.

      Delete
  16. Salam En,

    boleh email saya details itinerary + kos untuk trip Paris + London ni.. Plan 4 adults + 2 kids.. leisure trip.. skrang masih baca2 lagi di blog2 untuk info.. if ada details itinerary boleh saya ajukan terus pada boss besar.. RM14k for the whole trip for 2 adults + 3 kids ok sangat tu.. boleh emailkan pada saya ker nurulain.zakaria@yahoo.com.. terima kasih in advance en..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ain. Selepas buat pengiraan detail, kos keseluruhan actually dekat RM16k, tapi semua dah termasuklah.. boleh refer pada entri saya yang latest dalam blog ni.

      Delete
    2. Thank you Tuan.. will scroll and do budgeting..

      Delete
  17. hai klau pergi paris time new year boleh bergambar tak dkt effeil tower tu.atau kwasan tu di tutup? i

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Awak yg unknown,

      Boleh je bergambar bila2 masa pun. Padang tu ada ketikanya dia pagar, nak bagi rumput tu tumbuh dulu kot sebab asik kena pijak dengan beribu tourist. Tak nak bagi nampak pagar bergambar jauh sikit dari pagar tu boleh dapat cun.

      Delete
  18. Share full budget boleh untuk anak 3 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan. Saya ada share full budget untuk kami sekeluarga (anak 3). Puan boleh baca di sini:

      http://de-avonturen.blogspot.com/2019/02/paris-london-2017-budget-itinerary.html

      Delete

Back
to top