EUROPE TRIP DAY10 PART2: ZURICH
Zurich City.
Catatan sebelum ini boleh dicapai di sini.
Kami meninggalkan Engelberg lebih kurang pada pukul 3.15 petang dan bergerak menuju ke Zurich. Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Aku terus masuk parking di Opera House Zurich. Dah tanda kordinat siap-siap. Memang parking di Zurich ni mahal, CHF5 sejam. Sekurang-kurangnya parking underground di Opera House ni antara yang paling dekat dengan main attraction.
Kami cuma ingin sekadar singgah di Zurich. Alang-alang nak meninggalkan Switzerland. Tak cari sangat pun apa attraction di sini. Yang aku tahu kat sini juga ada Bahnhofstrasse Street, nama shopping street yang sama seperti di Interlaken tetapi di sini penuh dengan deretan butik berjenama yang popular. Antara misi utama kami ialah menyambung aktiviti mencari pisau Victorinox.
Semasa kami tiba di Zurich, cuaca agak mendung. Sempatlah snap dalam dua tiga keping gambar sebelum hujan tiba-tiba turun dengan sangat lebat. Kami pun apa lagi, terus berlari mencari tempat berteduh. Masa tu dah berbelah bahagi sebenarnya, nak sambung berjalan ataupun teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya untuk bermalam nanti. Suara majoriti, masih bersemangat ingin mencari pisau. Majoriti la sangat bila keputusan tu para isteri yang decide. Syukur hujan tadi sekejap sahaja.
Kami berhenti berteduh di bawah jambatan yang memisahkan antara Limmat River & Zurich Lake. Basir pinjamkan aku mafla Liverpool. Kalau bukan kerana terlalu sejuk memang aku tak pakai.















