Blausee, Kandersteg, Switzerland.
Catatan kembara sebelum ini boleh dicapai di sini.
Sabtu, 23 April 2016, Lauterbrunnen. Kami tidur lena malam tadi di bilik berempat Valley Hostel ini. Katil dan tilam yang selesa sekali. Berselimutkan comforter tebal berlukiskan corak kulit lembu. Kami bangun awal juga sebab malam tadi dah masuk tidur awal. Pukul 6.30pagi hari pun mulai terang dan kami disajikan dengan pemandangan yang sungguh bermakna di luar tingkap. Sesekali keluar menjenguk di jendela, tetapi tanpa jaket tebal memang tak boleh bertahan lama. Ambil handphone dan semak cuaca semasa, -4 degree Celcius. Patutlah.
Walaupun kabus tebal menutupi sebahagian besar pemandangan, tetapi ia tetap cantik. Lauterbrunnen ni adalah lembah di antara dua banjaran gunung. Terdapat beberapa gunung yang mengelilingi Lauterbrunnen, yang paling popular adalah Schilthorn di sebelah baratnya dan Jungfrau di sebelah timur. Sepatutnya pada hari cerah, pemandangan di kampung Lauterbrunnen ni pasti akan jauh lebih cantik. Tapi macam aku pernah tulis sebelum ini, cuaca ni betul-betul rezeki dari Allah. Kita hanya boleh merancang tapi tak dapat nak mengawalnya. Setakat ini pun dah Alhamdulillah sangat, semua tempat yang kami pergi cuaca memang baik.
Pemandangan tingkap dan balkoni bilik kami di Valley Hostel, Lauterbrunnen. Nampak tak ada air terjun kecil di sebalik kabus tebal tu.
Kabus tebal sungguh, kalau tak view lagi cantik.
Gambar bilik private untuk empat orang. Terasa macam student betul. Gambar ni blur skit, tapi ini je gambar dari angle ni.
Kayu pine banyak digunakan untuk perabut dan dinding di sebelah dalam di Switzerland ni.
Gambar diambil dari group whasapp kami. Memang bercirikan Switzerland habis linnen yang disediakan.
Nasi panas, sardin, telur goreng, serunding dan sambal hitam Pahang. Juga kelihatan Ijsthee dari Belanda yang masih tak habis-habis. Dalam teko seramik tu Nescafe latte panas. Bayangkanlah makan panas-panas dalam cuaca dan pemandangan seperti ini.
Chef yang bertanggungjawab menyediakan makanan. Sorang lagi chef tiada dalam gambar.
Memandangkan hujan mulai turun semula, kami tak dapat nak putuskan untuk ke mana pada hari ini. Pada asalnya kemungkinan kami ingin ke Murren, untuk merasa cheese fondue yang popular di Switzerland sambil menikmati pemandangan banjaran gunung yang dilitupi salji. Sebelum beli tiket cable car untuk naik ke sana, kami semak dulu keadaan cuaca dan sejauh manakah kabus menutupi pandangan. Apa yang best dalam website tourism di Switzerland ini adalah, kita akan boleh dapat mengakses live CCTV yang dipasang di attraction utama, jadi sebelum menaiki cable car ke sesuatu tempat, kita boleh survey dahulu keadaan cuaca semasa. Semasa kami menyemak keadaan di Murren pagi itu, jarak pandangan hanyalah lebih kurang 20 meter. Kabus tersangat tebal.
Kami membatalkan hasrat untuk ke Murren. Tiada makna pergi ke Murren jika tak dapat melihat pemandangan yang diinginkan. Dalam kebanyakan website menceritakan tentang Murren akan cakap 'it's all about view'.
Aku pergi berjumpa dengan staff Valley Hostel di kaunter untuk meminta pendapat. Dia juga bersetuju dengan aku yang Murren bukanlah satu pilihan yang baik dalam keadaan cuaca sebegini. Dia memberikan kami voucher discount jika hendak naik ke Schilthorn, tetapi dia memberitahu keadaannya sama juga, pemandangan adalah sangat terbatas. Aku katakan yang kami mungkin akan ke Blausee dan dia pun bersetuju yang itu antara pilihan yang tepat dalam cuaca yang berkabus, walaupun dia ada cakap Blausee akan lebih cantik jika hari cerah.
Oleh kerana kebuntuan yang melanda pagi itu, kami keluar agak lambat juga. Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami menuju ke Blausee. Pemanduan ke Balusee banyak melalui kawasan kampung dan ladang-ladang. Walaupun dalam keadaan cuaca gelap dan berkabus, kecantikan Switzerland tetap juga terserlah. Kalau hari cerah, mesti lagi cantik.
Keadaan jalan yang basah membuatkan aku betul-betul berhati-hati. Memandu di Switzerland agak mencabar kerana jalan yang sempit dan banyak melalui kawasan berbukit-bukit. Korang bayangkan kalau naik ke genting, tapi jalannya lebih sempit. Macam tulah. Mengikut google map, perjalanan dari Lauterbrunnen ke Blausee sepatutnya mengambil masa sejam sahaja, tapi hari tu kami mengambil masa hamper sejam tiga puluh minit. Jadi kalau korang ada merancang itinerary untuk memandu di Switzerland, sila take note. Melainkan korang cukup berani untuk drive macam local, diorang tempat naik bukit berselekoh pun hentam 100kmj.
Blausee
Kalau korang perasan, sejak semalam nama-nama tasik di Switserland ni berakhir dengan See. See dalam bahasa German bermaksud tasik, dan bukannya laut (sea). Switzerland di kelilingi Italy, Germany dan France, maka sememangnya mereka tiada laut. Sebab kedudukan inilah juga bahasa di Switzerland adalah daripada ketiga-tiga bahasa ini. Ada region yang guna bahasa Italy, ada yang guna bahasa Perancis dan paling banyak adalah menggunakan bahasa German. Kebanyakan penduduk Switzerland, walaupun mereka berada di region yang menggunakan bahasa Perancis atau Italy, bahasa kedua mereka adalah German.
Blausee bermaksud blue lake. Walau bagaimana pun, warna tasik ini sebenarnya berubah-ubah antara hijau, emerald dan biru. Oleh kerana airnya yang tersangat jernih, warnanya sangat bergantung pada keadaan warna pokok di sekeliling dan warna langit ketika kita melawatnya. Pada musim luruh, warna tasik ini berubah di antara biru kemerah-merahan.
Kami membeli tiket untuk empat orang berharga CHF7 setiap seorang. Pada 2015 ketika aku membuat carian di internet, harganya cuma CHF5, nampaknya kenaikan harga barang juga berlaku di Switzerland. Sekarang, website rasmi mereka menunjunkkan harga bermula March 2017 pun sudah dinaikkan kepada CHF8/adult.
Tiba di tempat parking dalam keadaan hujan aga lebat juga. Parking percuma disediakan di sini.
Inilah contoh gambar DSLR yang diambil oleh orang sebarangan. Dia tak tahu guna viewfinder, jadi aku setkan untuk gambar diambil menerusi liveview. DSLR focus performance akan drop drastically bila guna liveview, tambah bila orang yang yang tekan butang tu tak pandai tekan.
Dari gate menuju ke tasik kami perlu berjalan kaki lebih kurang lima minit sahaja di dalam hutan yang dipenuhi pokok pine. Cantik sangat hutan ni. Macam dalam cerita Planet of the Apes. Mungkin bagi orang sana hutan tropika kita lagi cantik, tapi bagi kami yang baru sahaja mengenali hutan pokok pine, kami rasa hutan ini lebih cantik.
View pertama kami ketika sampai di pinggir tasik blausee ini.
Aku pun tak tahu macamana nak describe air dia. Setengah bahagian hijau, setengah yang lain biru. Ada bahagian hijau kebiru-biruan dan ada juga biru kehijau-hijauan. Haha..
Jernihnya hingga jeas kelihatan ikan trout di dalamnya.
Ini muka menahan sejuk. Aku jarang pakai glove sebab senang nak handle camera.
Kami sempat juga menaiki sampan yang diberikan percuma untuk pemegang tiket Blausee ini.
Pendayung sampan kami yang tak tahu cakap english. Tapi senyum je sepanjang masa.
Masa ni hujan dah hampir reda sebelum lebat semula sekejap lagi.
Muka menahan sejuk.
Bangunan putih di hujung tu hotel & restoran.
Tak ada perkataan dah untuk aku gambarkan.
Selain kami hanya ada beberapa orang sahaja pengunjung lain ketika ini. Dapat juga kami minta tolong ambilkan gambar berempat.
Patung ini diabadikan untuk memperingati lagenda tasik ini, tentang kisah cinta seorang gadis.
Aku petik dari SwissVistas.com:
One day the Shepherd fell off a cliff to his death. Night after night, the inconsolable maid rowed out to the middle of the lake to mourn her loss. One morning her parents found her daughter had drowned and the boat had sunk with her to the bottom of the lake.
On that day the lake had mysteriously changed its colour to the intense deep blue shade of the eyes of the tragically enamored maid."
Sudah tentulah part yang last tu aku tak percaya. Ada yang kata juga warna biru tasik ni disebabkan terlalu banyak air mata gadis tu tumpah di sini. Hebat juga imaginasi diorang nih.
Cuma satu je yang kurang best, cuaca. Hujan pagi tu betul-betul membantutkan pergerakan dan melimitkan masa kami bercanda di luar. Air hujan dia punya sejuk tak macam kat Malaysia ni. Suhu pagi tu dalam 2 degree C. Kabus juga menghadkan pandangan, tetapi warna air tasik ni tetap awesome.
Kami sempat membeli fridge magnet di kedai souvenir di pintu masuk Blausee ini. Seronoknya dapat masuk dalam bangunan yang ada heater, setelah dua jam menahan kesejukan di luar sana.
Frutigen
Dari sudut berbeza, tasik ni kelihatan betul-betul biru. Itik tu selambe je berenang dalam cuaca sejuk macam ni.
Banyak betul ikan trout dalam ni.
Di hujung tasik tu ada sebatang sungai kecil. Cantik juga. Kalau sungai ni besar aku bayangkan cerita "The Good Dinosaur' shooting kat sini kot.
We all have that one friend.
'Yes, ada orang lalu. Cepat-cepat, minta tolong ambil gambar.'
'One more, please.'
Walaupun dalam keadaan hujan, kami tetap berjaya tawaf tasik ini.
Dah sampai semula ke tempat bot tadi.
Gambar terakhir tasik ni yang aku snap.
Ketika pulang ke kereta, kami melalui trek dalam hutan pula. Memang cantik sangat hutan dia. Menyesal pula tak shoot guna portrait lens.
Lens Sigma F2.8 @50mm.
Cuma satu je yang kurang best, cuaca. Hujan pagi tu betul-betul membantutkan pergerakan dan melimitkan masa kami bercanda di luar. Air hujan dia punya sejuk tak macam kat Malaysia ni. Suhu pagi tu dalam 2 degree C. Kabus juga menghadkan pandangan, tetapi warna air tasik ni tetap awesome.
Kami sempat membeli fridge magnet di kedai souvenir di pintu masuk Blausee ini. Seronoknya dapat masuk dalam bangunan yang ada heater, setelah dua jam menahan kesejukan di luar sana.
Frutigen
Kami meninggalkan Blausee dengan sangat berpuas hati dengan pilihan kami. Sangat berbaloi daripada spend CHF22 untuk cable car ke Murren dalam cuaca sebegini. Alhamdulillah, setakat ini tidak ada satu tempat pun yang dilawati yang boring atau mengecewakan.
Dalam perjalanan pulang, aku beritahu Faten & Basir untuk singgah di Frutigen. Kira-kira 15 minit je dari Blausee. Frutigen ni sebuah kampung yang kalau kita dapat naik atas salah satu bukit dia, boleh nampak view kampung dan jambatan keretapi lama yang cantik.
Catatan seterusnya akan bersambung di entri akan datang.
Dalam perjalanan pulang, aku beritahu Faten & Basir untuk singgah di Frutigen. Kira-kira 15 minit je dari Blausee. Frutigen ni sebuah kampung yang kalau kita dapat naik atas salah satu bukit dia, boleh nampak view kampung dan jambatan keretapi lama yang cantik.
Kami tak dapat naik hingga atas bukit sebab berpagar. Pagar ladang lembu je, tapi takutlah nak selit masuk. Nanti dicop penceroboh pulak.
Bergambar dari bawah pun jadilah.
Inilah plan gambar yang nak diambil, tapi tak dapat naik ke atas bukit ni. Lagi pun aku tak pasti sejauh mana pemandangan aku tak terhalang oleh kabus. Foto kredit, Roger Lüthi.
Catatan seterusnya akan bersambung di entri akan datang.
Terima kasih banyak2 tuan...sebab terinspirasi dari blog tuan ni, sampai juga saya ke Swiss awal tahun ni. Alhamdulillah...
ReplyDelete