EUROPE TRIP DAY10 PART1: MOUNT TITLIS

Engelberg, sebuah pekan kecil di mana terletaknya stesen cable car untuk ke Mount Titlis.

Catatan hari sebelumnya boleh dibaca di sini.

Ahad, 24 April 2016. Kami bangun lebih kurang pukul lima pagi. Setelah masuk tidur awal malam tadi. Bantal dan cadar yang bergambar signature lembu switzerland tu betul-betul sedap dan selesa membungkus badan. Walaupun dikategorikan hostel namun bantal dan tilamnya empuk macam kat hotel. Selepas solat subuh kami ambil masa melayan free wifi dan skype anak-anak di rumah. Sementara menunggu hari siang tu kami mengemas barangan masing-masing sambil berbual sesama kami. Memang seronok berborak awal pagi ni, flashback semua yang telah kami lalui sepanjang trip ini yang cuma berbaki 2 hari sahaja lagi tu. Masa ni kebanyakan barang-barang kami dah satukan. Cenderamata macam shot glass dan fridge magnet yang mudah pecah pun wife dah siap susun ditempat yang selamat.

Hari ni kami cuma makan makanan yang lebihan makan malam tadi. Panaskan apa yang patut dan makan sekadarnya. Banyak sungguh nasi arab semalam, masih berbaki dan kami tapaukan dalam tupperware. Sebelum keluar dari hostel kami meninggalkan sepeket maggi dan beberapa sachet minuman 3 in 1 dalam tray yang terdapat di dapur.

Hari semakin terang dan barulah kami perasan yang salji sedang turun dengan lebatnya di luar tingkap. Patutlah sejuk lain macam pagi ni. Pokok-pokok di atas bukit yang semalam berwarna hijau kini dah mula memutih. Semakin lama semakin hilang warna hijaunya. Bagi aku dan wife, ini adalah pengalaman pertama menyaksikan salji turun dengan lebat. Masa di Bourton-on-the-Water tempoh hari, saljinya sangat halus dan sekejap sahaja. Kalini memang betul-betul satu lagi pengalaman baru yang dapat kami rasai.


Pokok yang hijau semalam mula berubah warna menjadi putih. Pemandangan kawasan diatas gunung yang bersalji automatik bertukar menjadi hitam putih.


SubhanAllah. Rupanya ada hikmah cuaca yang mendung dua hari ni. Dapatlah kami merasa pengalaman yang baru dalam trip ni.


Selesai berkemas dan siap untuk check out. Semestinya akan menjadi antara lokasi yang paling dirindui. Wife sempat buat video call masa salji tengah lebat, tunjuk kat anak-anak, masing-masing menjerit nak pegang snow!


Sejuk sangat time ni. Seronok tak terkata dapat sentuh salji yang sedang turun dari langit dari balkoni bilik aje.




Sempat bergambar dengan owner Valley Hostel yang sangat friendly. Aku lupa nama dia. Dekat atas tu duit dari pelbagai currency yang ditinggalkan pengunjung Valley Hostel sebagai kenang-kenangan. Kami sempat meninggalkan note RM1. Cuba cari kat atas tu, nampak tak? Hahaha..


Waktu kami booking hostel ni, memang dah target kami nakkan bilik yang mengadap gunung, dan memang rezeki kami bukan sahaja dapat bilik yang mengadap pemandangan yang best giler, tetapi dapat bilik yang terletak disebelah dapur aje. Memang convenience betul. Valley Hostel ni aku rasa banyak menerima kunjungan dari pelancong Korea sebab ada beberapa arahan dan peringatan yang tertampal ditulis dalam bahasa korea. Setakat yang kami berselisih dan bertegur sapa di dapur, selain Korea ada jugak dari Italy dan Singapore jugak. Masing-masing cukup peramah. Rasa macam duduk di University dengan pelajar asing pun ada. Salah satu pengalaman unik bagi kami berempat.

Proses check out di Valley Hostel ni simple, tetapi penginap mesti mengemaskan bilik sendiri sebelum meninggalkan hostel. Cadar, selimut dan sarung bantal mesti dicabut dan diletakkan di dalam bakul khas di luar. Mereka mengenakan caj yang murah dan sebagai timbal balik penginap perlu meringankan tugas pekerja hostel, jadi mereka tidak perlu mengeluarkan kos untuk menggaji pekerja yang ramai. Walaupun sebenarnya kos CHF32/person/night ni adalah yang paling mahal di sepanjang trip ini, tetapi memandangkan di Switzerland ni semuanya mahal-mahal belaka, kos penginapan kami ini sudah sangat murah sebenarnya. 

Di Europe ni memang banyak konsep layan diri macam ni. Layan diri bermakna betul-betul layan diri dari awal sampailah pelanggan tu meninggalkan kawasan tu seperti sebelumnya. Contohnya jika kafe layan diri seperti Ikea, McDonalds dan sewaktu dengannya, pelanggan akan ambil tray makanan sendiri dan pulangkan tray dalam keadaan asal. Meja juga dibersihkan untuk kegunaan pelanggan seterusnya seperti keadaan asal. Sebab itulah sebesar-besar kafe layan diri mereka, mungkin ada seorang sahaja tukang cuci yang diambil bekerja. Sebegai balasannya, kafe dapat menjual makanan mereka pada harga yang lebih murah berbanding restoran yang memerlukan pelayan yang dibayar gaji.


Di perkarangan parking Valley Hostel. 


Konsep rumah-rumah disini semuanya sepattern aje, termasuk jugalah hostel kami ni.


Memang lebat betul salji pagi ni. Staubachfall di sebelah selatan hampir tidak kelihatan.


Definitely we're gonna miss this place. Merangka plan untuk repeat kalau ada rezeki nanti.


Snow flakes di mana-mana. Bila pegang, rupanya memang macam dalam movie Frozen tu.


Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami bertolak dari Lauterbrunnen menuju ke Engelberg. Plan kami adalah ingin menaiki cable car ke Mount Titlis. Walaupun hati berbelah bahagi kerana pemandangan yang sepatutnya sangat cantik dari puncak Mount Titlis mungkin dihalang kabus salji yang tebal, tetapi kami tidak ada masa lain lagi untuk naik ke mana-mana gunung di Switzerland ini. Sudah sampai Switzerland tapi tak sampai ke mana-mana puncak banjaran Alps rasa seperti satu kerugian besar pula. Nak repeat dah tentu bukan dalam jangkamasa yang cepat. Nak tak nak kenalah naik juga.

Jalan keluar dari Lauterbrunnen ini sebenarnya bersebelahan dengan jalan keretapi dan juga sebatang sungai yang cantik. Kami sempat berhenti seketika di tepi jalan untuk bergambar. Kat mana-mana anak sungai di Switzerland yang kami lalu ni semuanya pemandangan macamni. Cantik! Subhanallah!


Di sebelah kanan adalah jalan raya dan di sebelah kiri itu adalah jalan keretapi.




Di pertengahan jalan, tak jauh dari tempat kami berhenti ini ada sepasukan polis, kami tak pasti memang ada roadblock atau ada kenderaan yang memerlukan bantuan. Kelihatan sebuah kereta di tepi jalan dan pemandunya yang berada di luar kereta sedang bercakap dengan polis. Polis yang lain menjaga lalu lintas dan menyuruh kami memperlahankan kenderaan, tetapi kemudiannya menyuruh kami meneruskan perjalanan. Faten dan wife di belakang dah menggelabah kerana tak pakai seat belt masa ni sebab kami betul-betul baru memulakan perjalanan. Nasib baik kami tidak ditahan. Kebetulan aku ada rekod video perjalanan masa ni guna handphone yang dilekatkan di cermin hadapan. Aku compile video-video ni dan letakkan di akhir post ini nanti.

Pejalanan di Switzerland ni melalui begitu banyak terowong. Sedikit tips memandu di sini, perhatikan simpang-simpang yang hendak diambil di dalam terowong sebelum memasuki terowong, kerana di dalam terowong nanti GPS tidak menunjukkan kedudukan yang accurate. Kenal pasti laluan yang ingin diambil akan melalui kawasan mana, jadi sedikit sebanyak kita boleh berpandukan signboard. Dalam terowong beberapa kali kita perlu betukar laluan, sekali tersilap maka memang jauh untuk dapat patah balik. Terowong-terowong di sini memang panjang-panjang, ada yang sehingga beberapa kilometer. Alhamdulillah, seingat aku sepanjang dua hari memandu di Switzerland ini kami tak pernah salah masuk jalan. Cuma agak berdebar ketika memilih melalui persimpangan dua jalan dalam terowong tu.

Dari Lauterbrunnen, kami melalui tasik Brienzersee dan kemudian kami perlu memasuki terowong. Dalam sepuluh kilometer juga kami di dalam terowong. Memang betul-betul panjang. Kami bayangkan kami berada betul-betul di perut gunung. Menembusi dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Sebaik sahaja keluar dari terowong ini, kami sudah pun berada di Brienzwiler, satu kawasan tanah tinggi yang saljinya sedang turun dengan lebat sekali. Padahal tadi di sepanjang perjalanan langsung tak ada salji. Macam berada di suatu dunia yang lain tiba-tiba. Cantik sangat pemandangan di sepanjang perjalanan yang bersalji bagi orang yang jakun macam kami. Semuanya hitam putih. Kami sempat berhenti di satu kawasan khas untuk meletak kereta untuk bergambar dan bermain dengan salji.

Dari kehijauan, keluar dari terowong terus pemandagan seperti ini. Kawasan tepi jalan tempat kami berhenti. Lebat sungguh salji turun waktu ini.

Sekejap sahaja baju aku dah dipenuhi snow flakes. Jakun sungguh.

Salji yang tebal menjadikan gambar seolah-olah hitam putih.

Bila wife pakai baju merah barulah nampak naik dalam gambar hitam putih ni.

Wife yang memang obses sangat dengan salji dan ais.

Kami meneruskan perjalanan dan turun melalui beberapa kawasan kampung yang tidak menerima salji pagi itu. Cantiknya Switzerland ini. Pemandangan kami sekejap putih sekejap hijau. Mulut tak henti berzikir mensyukuri keindahan alam ciptaan Allah ini.

Seronok tengok brader tu berbasikal dengan pemandangan seperti ini. Siap ada air terjun di belakang rumah. 

Semakin menghampiri Engelberg, salji dah semakin lebat semula.

Tiba di Engelberg. Salji dan kabus yang sangat tebal. Biasanya dalam bulan April ni dah takde salji di Engelberg ni. Tapi tak tentu jugak kata pengurus hostel tu nak dapat cuaca baik dan cerah tu ikut luck.

Setibanya di Engelberg, kami terus masuk ke kawasan parking khas untuk mereka yang ingin menaiki cable car. Luas betul tempat parkingnya, jadi tak perlu risau. Bayarannya CHF5 per day. Salji sungguh lebat waktu ni dan angin bertiup kencang. Dah macam ribut salji. Kami berlari dari tempat parking ke stesen cable car. Dalam seratus meter juga. Sampai di stesen cable car, penuh salji melekat di badan.

Kelihatan ramai pelancong berbondong-bondong di kawasan ini. Kebanyakkannya sedang menunggu agen masing-masing mendapatkan tiket. Ada juga yang dah bersedia untuk pulang setelah dari pagi berada di sana. Mereka datang dengan rombongan bas, jadi kumpulan mereka agak ramai dan mendominasi tempat berteduh di situ. Ada jugak nampak macam orang Malaysia berdasarkan bahasa mereka, tapi dah senyum tak berbalas malas pulak nak menegur. Mungkin dorang kesejukan sampai urat senyum dah terputus agaknya. Kebanyakannya pelancong lain seperti biasa dari China dan juga India. Orang India memang ramai yang suka ke Switzerland kerana banyak movie-movie India shooting di sini. Yang famous mestilah cerita Dilwale yang asal tu, siap ada poster human standee Shahrukh Khan dan Kajol kat puncak Titlis tu. Takdelah pulak kami snap human standee tu. Beratur pelancong india nak bergambar lagipun kami berempat taklah fancy sangat dengan artis Bollywood ni.

Tanpa menunggu lama kami terus ke kaunter membeli tiket. Nasib kami sungguh baik pada hari itu, rupanya tiket selepas pukul 12 tengahari akan mendapat harga diskaun. CHF52 daripada harga asal CHF92, banyak jimat tu! Aku tak jumpa pula ada diskaun macam ni ditulis dalam website dia. Masa kami beli tiket ni baru beberapa minit masuk pukul 12. Kira rezeki kami betullah. Syukur Alhamdulillah! Kalau nak semak harga tiket dan lain-lain information, boleh ke website Mount Titlis di sini.

Di kaunter kami sempat bertanya dengan petugas adakah kami memakai proper attire untuk ke atas. Maklumlah pertama kali nak naik gunung salji, melalui pembacaan, ada yang siap beli boot, ada yang beli spike yang dipasang pada kasut, dan ada yang memakai jaket kalis air yang tebal. Kami pulak dengan kasut sukan aje. takut-takutlah perlu menyewa kelengkapan pakaian pulak. Kat situ memang ada satu kedai untuk menyewa baju dan peralatan ski. Petugas tu menjawab mana-mana pun boleh atas keselesaan kami. Sedikit tips, cuma kena hati-hati kalau kasut tu kasut jenis kain, dah basah dengan stokin kesejukan pulak nanti dah tak seronok nak berjalan atas salji. begitu juga sekiranya tak pakai jaket kalis air macam aku dan wife.

Berlari dari tempat parking ke cable car station. Tengok sajelah macamana salji melekat kat badan aku. Memang lebat betul.

Sejuk-sejuk pun, gambar mesti kena ada. Masa ni jam menunjukkan pukul 11.50 pagi. Mujur kami ke toilet sebelum beli tiket, rezeki, dapat tiket pada harga yang tidak dijangka.

Jangan tertipu, gambar di belakang tu masa hari cerah. Masa kami pergi memang tak dapat la view macam ni. Takde biru langsung, putih semata-mata.

Seronok betul nak pergi main snow. Wife memang suka sejuk dan tahan sejuk. 

Excited sangat dah time ni, dalam tahan-tahan sejuk dia tu pun tiga lapis baju gak dia pakai buat standby.
Muka aku yang dah start menahan kesejukan walaupun cable car ni heated.

Basir agak penggayat, tapi katanya sebab salji memutih nampak samar-samar so dia bayangkan tak tinggi ke atas la cable car ni. Haha..

Berselisih dengan cable car yang turun ke bawah.


Kalau cuaca cerah mesti lagi cantik, tapi sebab nak rasa salji maka apa yang kami dapat ini lebih dari bersyukur dah.

Semakin tinggi dia naik meninggalkan pekan Engelberg.


Bergambar dengan cable car dengan bendera Malaysia. Excited walau nampak bendera. Masa ni kami kena tukar ke cable car lain di stesen Trubsee.

Untuk ke Mt Titlis ni, dua kali kena tukar cable car. Yang terakhir adalah jenis yang boleh berputar 360°. Tujuan cable car ni berpusing adalah supaya pelawat boleh menyaksikan pemandangan di sekeliling cable car selama lima minit. Tapi, bagi kami hari tu belah mana pun sama sahaja, semuanya berkabus. 

Yeah! Setelah menaiki tiga kali cable car yang berbeza, sampai jua kepuncak Titlis!

Salji kuat, angin lebat dan wife yang full of excite!

Ya, ini kami namakan aksi Pingu. Faten dah tak nampak muka dia dah kat sini.


Sayang aku lupa bawak shades. Walaupun cuaca putih bersalji, cahayanya sangat terang dan cukup menyilaukan pemandangan.

Kalau cuaca cerah kami akan dapat menyaksikan pemandangan gunung-gunung lain di banjaran Alps dikontrakan dengan langit yang membiru. Tapi putih aje dalam gambar kami ni akibat kabus tebal.

Aku dah tak boleh tahan, wife offer shades dia kat aku time ni. 

Barulah rasa selesa sikit lepas pakai. 

Ni antara aksi-aksi pelik wife, kalau dibiarkan lagi lama mungkin dia berjaya buat igloo kot.

Upacara wajib adalah membaling salji ke udara feeling-feeling Wnter Sonata, nanti boleh tengok video yang aku compilekan diakhir post.

Liverpool di mana-mana. You'll never freeze alone.

Last photo sebelum masuk semula ke dalam bangunan. Dah sejuk sangat ni. Iphone pun dah auto-off.

Tak lama pun kami berada di luar. Selain dari pemandangan yang cuma putih dan jarak penglihatan yang amat terhad membataskan pergerakan kami di luar. Sepatutnya kami ke Cliff Walk, jambatan gantung yang boleh nampak beberapa mountain lain tapi sebabkan keterbatasan ini kami decide untuk masuk dan berehat didalam. Satunya bila berada di ketinggian ini, ada rasa-rasa pening sikit akibat oksigen semakin menipis. Nak drive jauh pulak lagi lepas ni. Tambahan pula iphone wife terus mati akibat suhu negatif di luar, Nasib jugaklah, kalau tidak mesti dia tak nak masuk dalam lagi.

Kat atas Mount Titlis ni ada macam-macam kedai dan kawasan untuk berehat dengan free wifi. Lega bila masuk ke dalam, heaternya mengurangkan kebekuan aku di luar tadi. Tempat rehatnya pun memang selesa. Sofa-sofa empuk mengadap pemandangan salji. Kami berempat sempat terlelap lagi, Haha. Tak sempat pulak nak ambil gambar kawasan rehat yang berdindingkan sepenuhnya kaca tu, iphone wife pun time tu masih beku lagi. Dah turun bawah baru hidup balik. Agak lama kami berehat, kami mula explore apa yang menarik dalam kawasan tertutup tu. Ada cafe, kedai cenderamata, kedai cokelat, dan kedai ice cream Movenpick yang popular tu pun ada di sini.

Dalam ni ada kedai coklat Lindt yang agak besar, harga coklatnya agak mahal, namun bila dah sampai sini, rugi la tak membeli, sikit-sikit last-last banyak gak jadinya sebab bermacam-macam jenis rasa coklat yang ada disini.

Icecream diketinggian 3020m, anyone??

Di stesen pertukaran cable car, nak cepat kenalah beratur di luar. Kalau tak tahan sejuk boleh masuk tunggu di dalam tu aje tapi tak tahulah bila boleh sampai turn nanti.


Menaiki cable car menuruni puncak Titlis.



Semakin menghampiri ke bawah, sekarang keseluruhan Engelberg sudah diselaputi salji.

Salji turun lebat semula, belakang tu kedai souvenir, tapi kami dah siap membeli cenderamata kat atas tadi. Nasib harga pun sama je.

Wife mintak nak ambil gambar kat sini. kerusi penuh salji menebal tu selamba je dia sapu bersihkan dengan bare hand. Sama ada dia ni memang ratu bergambar, ratu tahan sejuk, atau kedua-duanya jugak. Aku yang terketar-ketar tengok.

Sepatutnya ada beberapa batang pokok kat tepi sungai ni, aku pernah tengok gambarnya yang cantik. Masa kami tiba ni pokok tu dah kena tebang. Dah tak cantik sikit rupanya.




Berjalan ketempat parking kereta, jumpa orang terus la mintak snap gambar berempat.

Rajin pulak dia mengoffer untuk snap berlatarbelakangkan pemandangan lain pulak, bagus betul orang tu.

Kami mengambil kereta dan terus menuju ke pekan Engelberg untuk mengisi minyak sebelum memulakan perjalanan ke destinasi kami seterusnya. Station minyak di sini 100% layan diri. Tak ada staff langsung. Boleh bayar pakai cash atau credit card. Sebelum tu kami berhenti di sebuah kedai serbaneka dan membeli roti sebagai kudapan dalam kereta, croissant kat sini sedap betul walaupun kosong tanpa inti. Salji masih lagi takde tanda-tanda akan berhenti pada waktu ini.

Croissant anyone?


Video kompilasi untuk aktiviti hari ini.

Ikutkan memang frust bila tengok gambar dan video orang lain pergi Titlis masa cuaca cantik. Sangat berbeza dengan apa yang kami lalui. Apa pun, ia tetap satu pengalaman baru yang tetap awesome. 

Catatan seterusnya akan bersambung di entri yang akan datang.

CONVERSATION

6 comments:

  1. Saya tengah dlm planning trip ke sana tapi berbelah bagi antara Mount Titlis dan Jungfraujoch. Boleh saya tahu what made you decide on Titlis? Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rina,

      If you are looking for awesomeness of Swiss Alps view then Jungfrau is definitely your first choice.

      Macam kami hari tu cuaca sangat teruk, jadi tak berbaloi untuk naik ke Jungfrau. Jadi kami decide nak main snow kat Titlis. Kat Titlis ada toboggan, so agak fun di situ. But again, the weather was so bad so nak main toboggan pun tak dapat.

      All the best for your next trip.

      Delete
    2. Thanks! Jungfrau it is! BTW, your blog sharing is of immense help. Tengah nak khatam all your blog postings :-). Hope you don't mind if I ask a few Qs as I read along.

      Delete
    3. welcome. sure, no problem. whenever i have chance and i know the answer, i will reply.

      Delete
  2. Itu hujan salji waktu bulan apa ya di engelberg? Beli tiket ke mount titlis di counter tiket engelberg train station kah? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pergi ni hujung April, 24hb. Tiket Mount Titlis tu beli kat kaunter tiket cable car ke Mount Titlis, ada diceritakan di atas. Train station Engleberg kira² 10 minit jalan kaki dari situ.

      Delete

Back
to top