KRABI & PHUKET 2019 - PART III - PHI PHI ISLAND HOPPING
Island hopping adalah satu aktiviti wajib bila berkunkung ke Krabi.
Day 03, Jumaat, 25 April - Hari ni kami akan melakukan aktiviti island hopping. Ibu dan abah mertua aku tak nak ikut, mereka nak jalan-jalan di sekitar Ao Nang ni je.
Terdapat banyak pilihan pakej
pulau di Krabi, antaranya Phi Phi Island, Four Islands, Hong Island dan banyak
lagi. Ada pakej yang naik long tail boat dan ada yang guna speedboat. Kalau
pakej Phi Phi Island ni lebih sesuai untuk ambil pakej speedboat sebab agak
jauh dari pengkalan bot Ao Nang.
KRABI & PHUKET 2019 - PART II - JALAN-JALAN PHUKET

Patong Beach, Phuket
Day 02- Khamis, 25 April, 2019
Itinerari yang dirancangkan untuk hari ini adalah island hopping. Kami sudah pun menempah pakej Phi Phi Island tour melalui ejen pakej pulau Krabi yang dijumpai di internet. Nama syarikat tersebut adalah The Blueworld Travel & Tour dan nama owner dia Abg Eddy. Orang Malaysia yang dah lama buat perniagaan di Krabi ni. Dia juga menjalankan perniagaan restoran di sini, Malaysia Krabi Restaurant yang terletak tidak jauh dari Masjid Al-Munawwarah Ao Nang.
Awal-awal pagi lagi Abg Eddy menghubungi aku untuk meminta maaf kerana dia termiss untuk book slot Phi Phi Island untuk kami. Banyak sangat group family day dari Malaysia yang dia uruskan sehari dua ini sehingga terlupa nak book trip Phi Phi Island kami.
Setelah berbincang dengan wife, kami bersetuju untuk menunda rancangan melawat pulau hari ini dan menggantikan dengan program yang dirancangkan untuk esok hari iaitu untuk pergi ke Emerald Pool. So tukar hari sajelah.
SHORT GETAWAY - KRABI & PHUKET 2019 - PART I

Plan trip Krabi ni dibuat lebih kurang dua bulan sebelum je. Hampir sahaja aku tak jadi ikut, sebab company tiba-tiba minta aku station dekat Saudi selama sebulan. Asalnya aku beli tiket untuk famili kami berlima. Apabila mendapat arahan untuk ke Saudi, setelah berbincang dengan wife kami decide beli tiket untuk ibu & abah mertua. Aku tak jadi pergi pun, at least parents in law aku boleh temankan anak-anak aku dan wife ke sana. Taklah rugi harga tiket kalau cancel semua.
Setelah Visa Saudi aku dah pun diluluskan dan aku pun dah mindset tak jadi pergi Krabi, tup-tup kurang dari seminggu dari tarikh sepatutnya aku ke Saudi, company suruh aku stay Malaysia pulak. Ada arrangement lain yang diorang aturkan. So, akhirnya dapatlah jugak aku join dan lead trip Krabi ni balik.
TRIP UMRAH 2018 BERSAMA ALMUKMININ TRAVEL - PART 2
Sambung cerita tentang trip umrah tahun lepas. Minta maaf kalau cerita aku ni ni agak berterabur. Cuma kongsikan apa yang terlintas saja.
Last entri aku berehenti setakat hari terakhir di Madinah. Selepas Zuhur, bas menunggu di hadapan hotel untuk membawa kami ke Mekah. Perasaan sayu menyelubungi kami kerana terpaksa meninggalkan bumi Madinah yang penuh barakah. Meninggalkan bumi di mana bersemadinya jasad Rasulullah SAW, Abu Bakar as Siddiq dan Umar ibn Khattab r.a. Tetapi pada masa yang sama rasa teruja kerana akan memasuki kota Mekah dan seterusnya menunaikan umrah buat kali pertama.
Perjalanan dari Madinah ke Mekah
Lebih kurang jam 2 petang, bas bergerak menuju ke Bir Ali, tempat di mana kami bermiqat. Jemaah lelaki sudah mengenakan pakaian ihram sejak dari bilik hotel. Sebenarnya boleh juga nak bertukar pakaian di Bir Ali, tetapi memandangkan ramai juga yang memakai pakaian ihram buat kali pertama, eloklah pakai di hotel siap-siap untuk membiasakan diri. Tidaklah nanti mengambil masa yang terlalu lama ketika singgah di Bir Ali nanti.
Gambar jemaah umrah kami ketika bermiqat di Bir Ali.
First time berihram. Juga gambar kenang-kenangan bersama rambut kesayangan sebelum dicukur licin pagi nanti.
Trip Umrah 2018 Bersama Almukminin Travel - Part 1
Ya, awak baca dengan betul. Bukan typo error. Memang 2018. Busynya aku sehingga dah lama sangat tak update blog ni (baca: malas).
Memandangkan aku pernah berangan-angan untuk tulis semua trip aku ke luar negara, macam tak best pulak nak skip trip umrah ni kan. Tak banyak mana pun trip aku selepas tu, cuma April lepas kami ke Krabi & Phuket dan baru awal bulan hari tu kami ke Melbourne (kan dah kantoi update blog sebab nak update trip Melbourne je sebenarnya).
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)
Popular Posts
-
Kembara Europe 6 Negara dengan kos RM5,400/pax. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menulis catatan perjalanan trip tahun lepa...
-
Pertamanya aku nak minta maaf sebab entri ini dah pun tertangguh lebih daripada setahun. Tapi sebab aku memang berniat nak kongsikan, d...
-
Kita berjumpa lagi, Eiffel Tower. Pemandangan hari pertama kami di Paris - Eiffel Tower dari Wall of Peace.
-
Europe Trip Day04: Paris!! Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini . Perjalanan Merentas Selat Inggeris Dalam bas ka...
-
Giethoorn. Catatan ini adalah sambungan dari catatan hari ke-enam sebelum ini . Sebaik sahaja memulangkan basikal semalam, kami te...
-
Lake of Love (Minnewaterpark), Bruges Catatan ini adalah sambungan dari catatan sebelum ini - Europe Trip Day04: PARIS . Selasa, 19 A...
-
Tower Bridge of London. Catatan hari ke-lima boleh dicapai di sini . Hari ke-enam, Selasa 2 May 2017. Pagi ni kami bangun pagi d...
-
Trip Melbourne ini terjadi setelah perancangan selama lebih daripada setahun. Kami memang berangan untuk pergi Melbourne ni dah lama, s...
-
Flagstaff Garden 03 Aug 2019. Itinerari hari ini adalah aktiviti bebas tanpa penglibatan daripada pihak travel agensi. Selepas bersarapan de...
-
Engelberg, sebuah pekan kecil di mana terletaknya stesen cable car untuk ke Mount Titlis. Catatan hari sebelumnya boleh dibaca di sin...
Search This Blog
Instagram Shots
Labels
- amsterdam
- belgium
- bercuti di paris
- blausee
- bruges
- cuti-cuti brugge
- cuti-cuti europe
- cuti-cuti giethoorn
- disneyland
- europe trip
- family
- featured
- germany travel
- giethoorn
- heidelberg
- hongkong
- interlaken
- jalan-jalan manchester
- jalan-jalan netherlands
- keukenhof
- lauterbrunnen
- london
- lucerne
- photography
- rheinfall
- travel dengan anak
- trip paris dengan anak
- tulips



