EUROPE TRIP 2016: BUDGET & ITINERARY

Kembara Europe 6 Negara dengan kos RM5,400/pax.

Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menulis catatan perjalanan trip tahun lepas ini, barulah aku ada peluang untuk merumuskan kesemua perjalanan ini dalam satu entri. Kebetulan ramai juga yang bertanyakan tentang plan dan detail bajet perjalanan ini. Entri kali ini aku akan rumuskan dua perkara sekali gus, itinerary dan bajet.

Itinerary

Aku tak akan bercerita detail tentang itinerary kami. Kalau nak tahu detail, rajin-rajinkanlah baca dua puluh tiga entri sebelum ini. Mungkin aku lebihkan sedikit maklumat tentang bagaimana aku merangka itinerary ini.


Semasa membeli tiket, aku sudah sedia maklum bilangan hari minimum yang diperlukan adalah sebelas hari. Ini kerana itinerary kasar sudah ada. Ketika tiket dibeli, aku dapati tiket balik ke Malaysia pada hari ke-12 adalah lebih murah sedikit, maka kami proceed sahaja dengan dua belas hari. Memang dua belas hari adalah lebih baik sebab kami boleh bersantai-santai di Paris dalam dua hari yang terakhir di sana.

Hari pertama kami cuma menghabiskan masa untuk transfer dari airport ke rumah Zuhalmy di Cambridge, tetapi sempat jugalah melawat Cambridge University yang sangat gah itu. Hari kedua pula melawat stadium Old Trafford di Manchester, Anfield di Liverpool dan sempat singgah di Cotswolds yang cantik gila semasa on the way pulang ke London.

The United Trinity, Old Trafford.

Anfield Stadium, Liverpool.
Somewhere in Cotswolds.

Hari ketiga, kami menghabiskan sepanjang hari untuk London tour, dari Tower Bridge, Big Ben, Buckingham Palace dan shopping di Primark Oxford Street dan Bayswater sebelum menaiki bas untuk ke Paris. Hari keempat pula dihabiskan untuk cover main attraction di sekitar Paris, dari Eiffel Tower ke Arc de Triomphe hinggalah ke Musee de Louvre.

The Tower Bridge.

Eiffel Tower, Paris, view from Trocadero. 

Pada hari seterusnya kami menyewa kereta dan memandu dari Paris ke Bruges & Brussels, sebelum bermalam di Rotterdam. Diikuti hari keenam di mana perjalanan diteruskan ke Keukenhof, taman tulip terbesar di Eropah, sebelum kami ke Zaanse Schans dan Amsterdam.

Itinerary hari ketujuh diisi dengan memandu ke utara Netherlands iaitu ke kampung yang hanya boleh dihubungi melalui jalan air, Giethoorn sebelum kami terus memandu ke Cologne, Germany dan bermalam di Mannheim. Seawal pagi di hari kelapan, kami melawat Heidelberg Castle yang cuma 20 minit dari tempat penginapan. Selepas itu perjalanan kami diteruskan ke Switzerland. Attraction pertama yang kami singgah di Switzerland adalah Rheinfall sebelum ke bandar Lucerne dan bermalam di Lauterbrunnen.

Lake of Love, Bruges.

Atomium, Brussels.

Zaanse Schans, Netherlands.

Giethoorn, Netherlands.

Walaupun hujan turun hampir sepanjang hari kesembilan, jadual perjalanan kami tetap bermakna dengan lawatan ke tasik yang paling cantik pernah kami saksikan, Blausee. Di sebelah petang pula, kami menghabiskan masa dengan bersiar-siar di sekitar bandar Interlaken dan sekitar kampung Lauterbrunnen. Pada hari seterusnya, kami mengisi itinerary dengan bermain salji di puncak Mt Titlis, sebelum melawat bandar Zurich. Plan untuk bermalam di Mulhouse tidak kesampaian apabila host BnB membatalkan tempahan di saat-saat akhir. Berbekalkan semangat dan tenaga yang masih berbaki, kami memandu sepanjang malam untuk terus ke Paris.

Hari kesebelas merupakan hari kami membeli-belah secara santai di La Vallee Village sebelum menghantar pulang kereta sewa. Pada hari terakhir, kami juga tidak mengisi dengan itinerary yang berat, sekadar menghabiskan masa di Champs Elyees dan menikmati view Eiffel Tower buat kali terakhir sebelum pulang ke Malaysia.

Blausee, Kandersteg, Switzerland.

Interlaken, Switzerland.

Zurich. Sebelum Faiz Subri sampai kami dah sampai dulu. Hahaha..

View Eiffel Tower dari Jambatan Bir Hakeim.


Bagaimana itinerary ini dirangka - Route Asas

Mula-mula kami kenal pasti tempat yang kami nak sangat pergi, contohnya Basir nak sangat pergi ke Liverpool, wife aku nak sangat pergi ke Keukenhof dan aku pula teringin nak pergi ke Switzerland. Paris dan London mestilah wajib, sebab first time datang Europe. Dari situ kami kembangkan mengikut kesesuaian jarak perjalanan, dan sambil itu kami akan cari apa tempat yang menarik untuk disinggahi. 

Contohnya alang-alang sampai ke Liverpool, mestilah nak singgah Manchester. Dari Liverpool nak pulang ke London pula, tengok-tengok gambar kat blog orang dan dalam tripadvisor.com banyak bercerita tentang Cotswolds. Teringin pulak nak sampai. End up hari tu kami penuhi dengan ketiga-tiga tempat dan menjadi antara hari yang paling bermakna dalam trip ni.

Aku banyak menggunakan Google maps. Dengan kemudahan applikasi Google My Maps, kita boleh merangka dan save perjalanan yang kita rancangkan. Senang sangat, tanda je bandar atau tempat yang kita nak pergi, dari laluan yang dipaparkan boleh lah kita tengok apa yang menarik di antaranya. 

Contohnya dari Paris untuk ke Netherlands, kita akan melalui Belgium. Dari situ surveylah apa yang menarik di Belgium. Pasti korang akan jumpa Brussels, Bruges, Antwerp dan lain-lain. Lepas tu rajin-rajinkanlah search apa yang menarik kat bandar-bandar tu dan yang mana berkenan untuk dilawati. Bab ni aku serah kat wife, sebab dia ada banyak masa free masa ride train setiap hari ketika pergi dan balik kerja. Tugas dia baca blog orang dan present kat group whatsapp kami untuk persetujuan semua. Basir dengan Faten ni memang senang, semua yang kami propose ok saje.

Route perjalanan Europe trip kali ini.

Letakkan limit pemanduan sehari mengikut kemampuan. Dan tengok juga bilangan driver yang available. Macam kami ada dua driver, tu yang tak kisah sangat ada hari memandu sampai 700 km.

Antara kemudahan lain yang tersedia di dalam Google maps adalah Google street view. Ianya sangat membantu untuk aku survey tempat yang sebenar untuk aku tuju, terutamanya kawasan parking. Aku tak suka nak menghabiskan masa mencari parking, jadi aku ronda-ronda kawasan parking yang aku target supaya aku ada idea lorong mana yang aku perlu masuk bila tiba di kawasan yang aku nak tuju. Itu yang diorang cakap, drive gaya macam dah pernah sampai. 

Entri parking ke P+R Olympic Stadion Amsterdam yang disurvey menggunakan Google street view. Hanya lorong paling kanan diterima untuk dapat rate P+R (€1/24 jam). Kalau rate biasa, €25 untuk sehari, dikira mengikut bilangan tarikh. Kalau parking petang ni dan ambil pagi esok, dikira dua hari iaitu €50. So be careful, banyak beza tu.

Kebanyakan kawasan parking di Europe siap ada website, jadi ketika menggunakan fungsi searh nearby: parking / car park, kita akan dapat banyak maklumat seperti kadar parking, jumlah parking yang disediakan, dan lain-lain. Jadi bolehlah pilih parking mana yang paling dekat dengan attraction, dan yang paling penting adalah yang paling murah.

Untuk bandar yang tidak terlalu besar, atau kawasan pinggir bandar, kebarangkalian untuk dapat parking percuma adalah tinggi. Aku biasanya akan survey melalui Google maps satelite view, kemudian gunakan Google untuk semak adakah parking kawasan tersebut benar-benar free. 

Gambar satelite view menunjukkan petak-ptak parking yang available. Dengan menggunakan Google maps juga, kita boleh menyemak masa berjalan kaki yang diperlukan.

Route perjalanan dalam bandar

Boleh dikatakan setiap bandar yang kami jejaki tempoh hari, kami dah buat plan jalan kaki. Ini adalah supaya kami tak membazir masa mencari apa dan ke mana nak dituju. Nak pergi attraction mana, naik metro station mana dan turun ke mana, tukar di station mana dan level berapa, semuanya dah tercatat. Sampai sana kami cuma tengok signboard untuk pengesahan sahaja. 

Semua ini dibuat untuk memaksimumkan masa menikmati attraction, walaupun sebenarnya bila kita travel ni, mencari arah adalah salah satu pengalaman yang menyeronokkan juga. Biarlah kami simpan seronok pengalaman mencari arah untuk trip yang lain. Dengan cara inilah kami boleh cover lebih 15 bandar/tempat lawatan utama dalam masa 12 hari. 

Contoh plan route jalan kaki yang kami buat untuk Paris. Aku tak kongsikan semua bandar sebab setiap orang ada prefered attraction masing-masing. Boleh survey di Google dan bina route di Google my maps.

Bajet

Aku ada ceritakan serba sedikit tentang perancangan bajet dalam first entri tentang trip ini di sini. Kali ini aku akan detailkan lagi setiap perbelanjaan dan bentangkan keseluruhan kos.

Tiket Flight
Ini adalah perkara paling penting dan seringkali menjadi antara kos yang paling tinggi dalam sesuatu trip. Aku start hunting tiket dari pertengahan 2015. Akhirnya beli waktu Matta Fair, September 2015. Tapi bukan beli di Matta Fair. Pergi Matta Fair check flight apa paling murah, balik rumah beli sendiri dapat jimat lagi dalam RM70.

Kami membeli tiket flight dari Etihad Airways berharga RM2,334.90/pax.

Tiket flight ke Europe kalau dalam RM3,000 boleh dikatakan standard price. Kalau bawah RM2,500 boleh dikira murahla. Cuma dalam keadaan yang agak jarang, airlines akan membuat sales untuk boost penjualan tiket, maka pada masa ni boleh dapat tiket bawah RM2,000 dan kalau korang memang hunting tiket sepanjang masa, tak mustahil boleh dapat bawah RM1,400. Pada tahun 2015 masa kami hunting tiket, tak banyak airlines yang buat sales gila-gila macam ni, tapi aku dapati dalam tahun 2016, promosinya lebih hebat. Tu yang aku jumpa tiket RM1,270 pergi balik KL-Paris, all in!

Accomodation

Untuk penginapan, kami mengutamakan guest house/apartment sebab senang untuk memasak. Tempat kita orang selalu sebut homestay. Samalah konsepnya. Kebanyakan apartment kami tempah melalui AirBnB, cuma di Germany kami tempah melalui booking.com. Semua apartment yang kami tempah kami filter supaya ada 'free parking on premises', kecuali di Paris kami tak perlu untuk parking kereta semalaman. Kos parking di Europe sangat mahal jika tidak berhati-hati.

Aku suka search accomodation di AirBnB.com dengan menggunakan kemudahan map dia. Sangat mudah untuk mengetahui kedudukan apartment supaya tidak terlalu jauh dari laluan perjalanan. Rugi kalau terpaksa memandu sejam dua lari dari route semata-mata nak dapat accomodation yang murah €5 - €10.

Satu kelemahan menggunakan AirBnB adalah kita perlu faham bahawa pengusaha homestay ini kebanyakannya bukanlah pengusaha perkhidmatan hospitality sepenuh masa. Kebanyakkannya adalah bekerja dan mempunyai kekangan masa. Bacalah sedikit review orang terdahulu bagaimana proses pengambilan kunci dan penyerahan semula dilakukan. Kalau hostnya jenis tak menghormati waktu susah juga. Ada review yang aku baca guest perlu tunggu empat jam untuk ambil kunci dari tuan rumah. Alhamdulillah, berkat usaha memilih host yang mendapat review yang baik, kesemua host kami muncul pada waktu yang dijanjikan. Setidaknya pun, mereka tinggalkan kunci dalam box peti surat. Even better.

Di Amsterdam dan di Lauterbrunnen, kami ambil hostel bilik private untuk empat orang. Ini kerana kami mahukan penginapan di kedudukan yang paling strategik. Tidak ada BnB di kawasan ini.

Untuk keseluruhan penginapan, kami menghabiskan RM971.16 seorang.

Summary kos untuk penginapan. Penginapan pada 17 April adalah di dalam feri.

Pengangkutan Utama

Untuk pengangkutan utama, kami menyewa kereta sebanyak dua kali. Pertama kali di UK selama dua hari, dan kali kedua di Paris selama tujuh hari. Kos sewa kereta di UK adalah £44 manakala kos sewa kereta di Paris adalah €175. Di Paris, kami tambahkan option untuk second driver dan full excess coverage insurance menjadikan kos keseluruhannya adalah €230.98.

Sebanyak £44 digunakan untuk petrol di UK, dan €155.14 + CHF60 lagi digunakan untuk petrol semasa di tanah besar Europe. Tol pula memakan perbelanjaan sebanyak £4.80 dan €52.80, tidak termasuk CHF40 yang digunakan untuk membeli vignette sticker di Switzerland.

Tiada kos parking dikeluarkan ketika di UK, dan cuma €11.20 diperuntukkan untuk parking di sekitar negara Europe yang lain, tidak termasuk Switzerland, CHF18.00. Oleh kerana kami bermalam di tengah-tengah bandar Amsterdam yang parkingnya tersangat mahal, kami telah memilih untuk parking di P+R, yang kos parkingnya cuma €1/day.

Kami juga menggunakan perkhidmatan Uber sebanyak dua kali, £25.97 ketika di London dan €80 ketika perjalanan dari apartment ke airport CDG, Paris.

Kami berjaya mendapatkan tiket Megabus pada harga yang murah, iaitu £46 untuk empat orang untuk perjalanan dari London ke Paris. Malangnya kami tertinggal bas maka kami terpaksa membeli tiket Oui Bus pada harga £112 untuk empat orang.

Kesemua kos ini adalah dikongsi bersama untuk empat orang, menjadikan kos yang ditanggung seorang adalah sebanyak RM228.75.

Walaupun sesetengah perkara kalau kita tempah lebih awal maka harganya lebih murah, ini tidak semestinya dengan menyewa kereta. Aku dah cuba buat pelbagai cubaan, sama ada booking dua bulan sebelum, tiga minggu sebelum dan seminggu sebelum. Aku tak bercadang untuk bentangkan screenshot carian tersebut di sini, tapi kalau korang nak boleh laa cuba. Jangan risau untuk menempah kereta sewa di saat akhir di airport, kerana kereta di airport memang banyak. Mungkin korang akan dapat kereta model lain yang setara dengan kereta yang korang tempah, tapi kalau korang tempah awal pun, perkara yang sama tetap akan terjadi.

Satu lagi mitos tentang menyewa kereta adalah, menyewa kereta di airport atau stesen keretapi lebih mahal keran dikenakan surcharge. Aku tak pasti kalau di negara lain macamana, tapi setakat carian yang aku buat di London & Paris, kadar sewa kereta di airport dan stesen keretapi adalah yang paling murah, walaupun sudah termasuk kadar surcharge. lebih 90% pelancong akan mengambil kereta sewa dari dua tempat ini, mungkin atas faktor persaingan yang banyak maka syarikat-syarikat menyewa kereta memberikan kadar sewaan yang rendah.

Pengangkutan Dalam Bandar

Untuk pengangkutan dalam bandar, kami telah membelanjakan £12.10 untuk One Day Travel Pass di London, €8.85 untuk tiket metro di Paris, €10 untuk sewa basikal di Amsterdam, €5.30 untuk bas dan tram P+R di Amsterdam dan berkongsi €30 untuk sewa bot di Giethoorn. Kesemuanya di dalam ringgit adalah RM221.63 seorang.

Attractions

Untuk attraction bertiket pula, kami membelanjakan €17.50 seorang (termasuk parking) untuk Keukenhof, CHF5 untuk Rheinfall, CHF7 untuk Blausee dan paling tidak disangka kami mendapat diskaun lebih 40% untuk tiket cable car ke Mt Titlis menjadikan harganya CHF52. Keseluruhan kos adalah sebanyak RM355.67, kecuali Basir seorang yang terpaksa mengeluarkan extra £34 untuk tiket Liverpool Anfield Tour (dia belanja aku untuk teman dia masuk stadium tour. Isteri-isteri tak minat nak masuk stadium tour).

Lain-lain Perbelanjaan / Miscellaneous

Lain-lain perbelanjaan juga adalah penting dan mesti dimasukkan di dalam bajet. Kebanyakannya kami sudah rancang dari Malaysia. Antara perbelanjaan lain yang wajib adalah kos Leave Luggage di Victoria Station, £19 untuk semua bag kami berempat, travel insurance RM84 seorang, dan kami juga tong-tong duit RM65/seorang untuk membeli sedikit buah tangan untuk Zuhalmy yang berupa rempah-ratus dari Malaysia. Dapat penginapan beserta makanan percuma dan simcard Giffgaff pemberian Zuhalmy.

Untuk makanan, seperti dinyatakan sebelum ni kami banyak memasak jadi tidak banyak kos yang diperuntukkan untuk makanan ketika di sana. Namun, kami tetap memperuntukkan bajet untuk merasa makanan popular di bandar-bandar Eropah seperti crepe di Paris, waffle & hot chocolate di Belgium, macaron di Paris, ice cream dan barang-barang makanan lain seperti fillet ikan, croissant, strawberries, roti-roti dan jus. Kami juga ada makan kebab di restoran sebanyak dua kali. Kesemua kos makan ini bila dicatat dan dikumpulkan tidak sampai RM200 seorang. Kos makanan yang dibawa dari Malaysia kami tak kira kerana kalau kami tak travel pun, kos yang hampir sama perlu dikeluarkan untuk makan.
Ringkasan catatan perbelanjaan kami. Kos ini adalah termasuk RM102 untuk Liverpool tour, walaupun sebenarnya Basir seorang sahaja yang bayar. 

Sesetengah tukaran wang ke ringgit aku gunakan rate yang sebenar kad kredit aku dicaj - kalau korang tekan kalkulator mungkin tak dapat sama dengan figure yang tertera. Ada accomodation yang aku book ketika €1 = MYR5.00.

Apa yang aku bentangkan di sini adalah perbelanjaan wajib atau hampir pasti wajib. Mungkin kalau korang nak pergi sekurang-kurangnya boleh tambah extra RM500 dalam bentuk cash dan selebihnya boleh standby dalam kad ATM dan sediakan juga credit card untuk pembelian tamabahan apabila perlu. Selain handbag, sebenarnya tak banyak pun kos shopping yang perlu diperuntukkan. Baju-baju di Primark murah-murah je dan untuk cenderamata kawan-kawan atau famili, korang boleh borong di Bayswater. Murah sangat, tapi jangan leka sangat shopping sampai tertinggal bas atau keretapi.

Kalau ada nak tanya apa-apa bolehlah tinggalkan mesej di ruangan komen di bawah. Walaupun mungkin lambat, insyaAllah aku akan balas juga. Doakan aku murah rezeki untuk pergi trip yang lain supaya dapat ambil gambar yang best-best dan boleh menulis tentang trip itu pula. 

CONVERSATION

97 comments:

  1. seronok bc walaupun sy dah pergi bebrapa negara diatas..kami pun buat Europe Trip sendiri jgak dan plg best, dpt tiket flight murah..pergi blk naik Etihad, RM 1750 seorang ntk 14 hari..kagum tuan boleh buat entry full camni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, murah tiket Etihad tu.. saya menulis sekadar untuk seronok dan rujukan sendiri pada masa akan datang, di samping dapat juga manfaat untuk orang lain yang nak buat rujukan..

      Delete
  2. Salam, terbaik tuan.. full and complete.. InsyaAllah akan follow almost 100% itinerary tuan..hehe cuma nak tanya, ada tak transport utk 8 adult and 3 child ? Dalam website economycarrental.com hanya ada minibus utk 9org.. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan ayie.. wow.. ramainya, 8 adult + 3 child.. kami pergi bulan april hari tu 5 adult + 4 child, kami ambil dua kereta berasingan.. tak pasti pula saya transport apa yang boleh buat satu kenderaan untuk seramai ni kat sana.. biasa yang saya jumpa pun maks 9 seater..

      Delete
  3. alhamdullilah dah abis baca semua entry..terasa seperti mengharungi perjalanan bersama..tq for detail story..boleh jadi panduan lengkap pada saya utk pergi ke euro next year..again million thanks for the guide..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks zila, nanti dah balik europe boleh share experience. semoga perancangan & perjalanan dipermudahkan.

      Delete
  4. Entry yg sgt menarik.tq for info

    ReplyDelete
  5. Seronok baca entry tuan. Bulan mac 2017 baru2 ni saya dan 2 orang sahabat ada buat trip seminggu ke london, paris, Brussels dan Amsterdam. masa tu MAS harga tiket dalam 1800 ke London. Memang plan nak repeat lagi trip ke negara2 lain InshaAllah tahun depan. Nak baca lagi pengalaman sahabat2 ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hafiz, wah murah tu kalau Mas boleh bagi tiket RM1800. Seronok kan pergi tengok negara orang. Terlalu banyak pengalaman yang ditimba.

      Selamat mengembara tuan.

      Delete
  6. ade sesiapa nk buat trip g london? sy nk join..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah bln 11 2018 ada trip saya ke kondon. boleh call whatapps saya 01132226578.

      Delete
  7. Blh x tlg detail harga utk kanak2 3 org dewasa 2 org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nurazwa. Subjektif sangat soalan awak ni. Nak pergi mana, negara mana, attraction apa, bandar apa, nak naik public transport ke sewa kereta ke dll. Untuk dapat detail info, sekurang-kurangnya soalan pun perlu detail ;)

      Sekarang ni saya tengah tulis entri utk trip paris-london kami tahun ni, 2 dewasa dan 3 kanak-kanak. Tapi sebab busy sikit mungkin lambat lagilah nak siap sampai hujung. Entri last nanti saya akan kongsikan detail budget kami.

      Delete
  8. Salam, nak tanya specific apartment di paris tu, nama apa ye? sy cari tak jumpa...sorry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Izyani. bnb yang kami duduk ni jarang ada kekosongan, sebab dia cuma ambil beberapa tempahan je dalam sebulan, lepas tu dia terus blok semua date dalam bulan tu. boleh laa try tengok tarikh awak masih available ke tak.

      ni link bnb kami hari tu..
      https://www.airbnb.com/rooms/5590878

      Delete
    2. eh, sorry.. saya baru visit listing tu dah takde rupanya. mungkin tuan rumah ni dah tak ambil tempahan bnb lagi dah.. sebab rumah tu dia tinggal sendiri. bila ada guest dia akan bermalam rumah kawan dia..

      cubalah cari, sebenarnya ada banyak sangat bnb area eiffel tower ni, cuma tak banyak yg accept 1 malam, kebanyakannya minimum 2,3 nights.. semoga urusan dipermudahkan.

      Delete
  9. Assalam tuan. Posting² tuan sgt membantu. Soalan - Saya cuba survey dlm web economycarrental tu. Kereta dia yg unlimited mileage ada ke. Yg saya cuba² survey di London semua ada limit 90miles per day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan, memang polisi syarikat sewa kereta berubah-ubah, terutamanya melibatkan ejen. Saya dah lama tak survey jadi tak berapa sure syarikat mana dalam economycarrental yang boleh bagi unlimited mileage. Satu lagi website yang bagus dan harga okay adalah holidayautos.com. Mungkin boleh survey di situ juga.

      Delete
    2. Dari pengiraan tuan, nampaknya masa tuan sewa kereta di UK & Europe, tuan takda xtra charge milieage. Memang masa sewa tu tuan dah ambil yg unlimited mileage ke.

      Delete
    3. Saya dah visit page yg tuan cadang holidayautos. Terbaik. Boleh filter nak yg unlimited dll. Ada review tak yg dah pernah guna service holidayautos ni?

      Delete
    4. masa saya sewa dulu, memang pilih yang unlimited. saya dah visit economycarrental.com. Boleh jumpa yang unlimited mileage, tapi mahal sikit. ada kat bawah-bawah tu, cari yang review point 8.56.

      holidayautos ni saya tak pernah guna. pernah baca review luar negara kata ok. take note, mereka ni middle party sahaja, kadang-kadang yang buat masalah bukan mereka, tapi company yang sewa kereta tu. jadi apa-apa agreement/voucher/booking confirmation, apa yang included/excluded mesti kena print dan ada bukti masa ambil kereta kat kaunter.

      semoga urusan tuan dipermudahkan.

      Delete
  10. Byk blog lain cerita mrk sewa gps car rental co. Tp tuan x sewa tp guna apps shj. kenapa ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Saya ada juga baca ramai orang tak sewa gps sebab lebih suka guna waze atau here. Macam trip 2016 ni, saya memang ada bawa gps garmin dari malaysia, yang dah siap update europe maps. Sebab tu tak sewa. Harga sewa agak mahal juga, bagi saya tak berbaloi sebab ada alternatif.

      Tapi ikut nasib juga, kadang² kereta sewa ni dah ada built in gps, dua kali saya sewa kereta kat uk dua² kali dapat free. Tapi saya still lebih suka guna apps dalam handphone sebab semua location dah save as favourite. Terpulang pada preference masing².

      Delete
    2. Apa tips utk dapat tiket £1 megabus?

      Delete
    3. Saya tak pasti tiket promosi £1 megabus tu masih ada lagi ke tak untuk laluan paris-london. Sebab masa saya survey tahun lepas (2017), dah tak jumpa.

      Tips dia masa saya dapat dulu, saya dah tahu yang tiket megabus mula dijual 60 hari sebelum tarikh berlepas, maka saya standby di komputer tepat jam 8 pagi (12 malam waktu uk) dan refresh browser. biasanya tiket £1 tu ada sekejap je, sebab dia bagi sekeping tiket je untuk satu bas dengan harga macam tu. next tiket terus harga £12, tapi still consider murah.

      Delete
  11. salam tuan, kalau saya nak ke uk bulan july 2018 for my son's graduation day and vacation selama 2 weeks, anggaran berapa cost ye. bila tarikh sesuai booking flight tickets. tq

    ReplyDelete
  12. Oo camni kena standby la timing 60hari tu. Sy nak hunting tiket london-amsterdam sbnrnya. Soalan lain - antara london-amsterdam-paris, mana shopping murah utk brg mcm tshirt, kasut, bag.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tuan aim untu barang berjenama, kat paris boleh pergi la vallee village atau kat uk boleh pergi bicester village. kalau nak lagi branded kat paris ada banyak butik branded macam LV, Gucci etc. tapi kalau tuan tak kisah pasal brand, atau sekadar nak pergi cari t-shirt kat H&M saya rasa London lagi heaven dan lagi murah. Amsterdam saya takde pengalaman shopping, tapi orang cakap kedai-kedai di Kalverstraat boleh tahan murahnya.

      Delete
  13. Salam tuan..sy plant nak pg bln 12 thn nih ke europ..tp kali nih nak drive sendiri.sy start paris dulu dan las london.sy nak tanye tuan mcm mna nak bawak masuk kereta dari london ke paris?ade info x pasal ferry or transport yg boleh bawak kereta dari paris ke london...
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Maaf, komen tuan masuk kategori spam, saya baru perasan. Kalau start di Paris dan last di London, maknanya tuan ambil kereta sewa di Paris dan pulangkan kat London ke? Saya tak suggest macam ni sebab sangat mahal. Saya cadangkan pulangkan kereta di Paris dan pergi London naik public transport. Setakat jalan² London takde masalah untuk guna public transport. Kalau tuan nak ke Liverpool atau Manchester, boleh sewa kereta lain kat London untu uua tiga hari, lebih ekonomi.

      Untuk menjawab soalan tuan, saya tak pernah buat cross selat Inggeris dengan kereta, tapi pernah baca orang guna ferry atau boleh guna tunnel (letak kereta atas train). Cuba tuan google.

      Delete
  14. Sya plan nak pegi ke europe bulan feb 2019... Sya akan gunakan tips dan info dan stay dlm blog ni. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya doakan perjalanan tuan dipermudahkan.

      Delete
  15. Assalamualaikum, nak tanya. Mcmmana nak dpt harga discount 40% utk tiket cable car Titlis tu?
    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ninie,

      Kami dapat diskaun tu sebab selepas pukul 12 tghr kalau tak silap. Kami pun tak jangka ada diskaun tu, rezeki betul. Tapi kami cuba juga semak dalam website rasmi titlis selepas tu tapi tak jumpa pun pakej diskaun macam ni.

      Delete
  16. Salam, your flight kl to lon, balik from paris to kl ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sri,

      Ya betul. KUL-LHR & CDG-KUL. Multicity. Kebiasaannya, flight keluar dari europe melalui LHR lebih mahal daripada airport lain disebabkan airport taxnya yang tinggi.

      Delete
  17. Salam bkenalan drp kami makan angin London
    SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour)
    HUBUNGI @
    Whatsapp di +447478 684277
    Facebook page: Makan Angin London
    https://www.facebook.com/makananginlondon
    Instagram: makananginlondon
    Website : http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Saiful.

      Wah, menarik ni. Nanti kalau kami datang lagi boleh laa dapat harga special.

      Delete
  18. slm tuan, berbaloi ke kalo roadtrip tp 2 org ja, sbb saya berdua je ngn kawan2. dua2 perempuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. mestilah berbaloi. ramai je pergi dua orang. tapi saya rasa paling seronok adalah empat orang.

      Delete
  19. As salam tuan. Driving dr amsterdam ke paris n brusel tu ok ke? Tak susah just follow waze or here aje? Kalo ade rezeki sept 2018, cadang nk ke amsterdam, brusel, paris n london. Kalo tuan boleh suggest airbnb amat sy hargai. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nor, driving dari Paris ke Brussel tu sangat ok. View cantik, ada ladang, adal windmill berderet, pendek kata memang tak boring. Boleh tengok entri saya dari Paris Ke Brussels.

      Berkenaan dengan waze atau Here, kalau awak ada data available memang tak susah langsung. Saya hari tu ada masalah sikit sebab takde data dan map offline Here yang saya download tak complete. Halfway baru boleh guna, tapi nasib baik berjaya keluar dari Paris menuju ke Brussels.

      AirBnB ada terlalu banyak di antaranya, jadi saya pun tak pasti nak suggest macamana. Harga AirBnB di sekitar Belgium antara yang paling mudah dan murah. Kebanyakan host di Belgium juga fasih berbahasa Inggeris, jadi tak ada masalah sangat.

      Good Luck!

      Delete
  20. Excellent website. Plenty of useful info here. I¡¦m sending it to some friends ans additionally sharing in delicious. And certainly, thanks for your effort!Hotel Frankfurt-Oder

    ReplyDelete
  21. Hi salam, InsyaAllah Oktober ni saya akan ke Europe. Cadang nak menyewa kereta juga tetapi tengok ada kos deposit yg agak mahal. Lebih kurang 5k kena ada dalam kad kredit sebelum menyewa.

    Nak tanya, memang semua kereta sewa perlu ada deposit mahal begitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sesetengah syarikat kereta sewa memang memerlukan kad kredit kita ada available balance berdasarkan beberapa beratus dari access insurance amount. Melainkan kalau kita beli zero access insurance, mahal sikitlah.

      Masa dengan Green Motion London 2016, dia swipe dalam £900 ssbg deposit,dengan Europecar Paris €750, dan dengan Easirent London 2017 plg tinggi, £1250. Punya laa takut masa ni kalau jadi apa-apa kat kereta. Alhamdulillah, semua deposit dipulangkan tanpa apa-apa penolakan.

      Delete
  22. Boleh bg cadangan kalau dr London ke Paris jika kita menaiki bas adakah sesuai bg jumlah seramai 10org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh je 10 orang, takde masalah. Kami pernah naik bas 9 orang, 5 dewasa 4 kanak-kanak. Yg sorang tu baru 2 tahun, ok je, Alhamdulillah.

      Delete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. i like that blog post . i really enjoyed this blog thanks for shearing it.
    cheap airport parking

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum.... finally i found your website for my solo trip to europe.

    itinerary sgt membantu... for info, saya managed to buy multicity ticket from emirates...rm2.6K je... from kul-lhr, ams to kul..

    soalan saya...worth it tak if i stay in brussles only 1 night and ams 3 nights?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Syuhada. 1 night kat Brussels & 3 night at Amsterdam adalah pilihan yang baik. Brussels tak banyak sangat tempat yang nak dicover. Amsterdam walaupun kecik, tapi ada banyak sangat tempat menarik dan tak boring.

      All the best utk trip awak nanti. Semoga semuanya dipermudahkan.

      Delete
  26. Salam. Nak tanya sewa kereta kat Paris tu utk berapa hari? dan adakah ianya untuk drive dari Paris ke belgium, netherlands, germany n switzerland?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya sewa kereta dekat Paris tu seminggu. Ya, kereta yang sama saya gunakan untuk tour ke Belgium, Netherlands & Switzerland.

      Delete
  27. salam tuan, kalau kereta kita ewa di london tapi kita pulangkan di negara lain macamana murah ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Sewa di negara berlainan dan pulang di negara yang lain adalah sangat mahal. Dan biasanya hanya dibuka untuk kereta kategori tertentu, biasanya kereta mewah atau sports car. Kalau tuan nak bajet, memang tak berbaloi.

      Delete
  28. Salam, Blog tuan sgt membantu dan banyak info. Tuan saya nak ke Berlin, Germany dari London pada 24 Oktober 2018. Cdg naik Train. Berapa kos untuk dua org pegi dan balik?

    ReplyDelete
  29. Boleh tak dapat nomobor telefon tuan untuk perbincangan lanjut. Saya nak minta khidmat tuan untuk menyediakan itinerary. Perjalanan London, Berlin dan Paris selama 9 hari. Boleh hubungi saya di no 0193169162. Bantuan tuan sangat2 diperlukan kerana saya akan membeli tiket flight, train dan hotel. Terima kasih tuan..

    ReplyDelete
  30. Boleh tak dapat nomobor telefon tuan untuk perbincangan lanjut. Saya nak minta khidmat tuan untuk menyediakan itinerary. Perjalanan London, Berlin dan Paris selama 9 hari. Boleh hubungi saya di no 0193169162. Bantuan tuan sangat2 diperlukan kerana saya akan membeli tiket flight, train dan hotel. Terima kasih tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmie, boleh je guide sikit-sikit. Boleh PM saya di FB. Link FB ada dalam blog ni.

      Delete
  31. Salam tuan, blog tuan sangat2 membantu. InshaAllah sy akan ke europe hujung bulan 10 ni. So far masih lg hunting for ticket bus. Tapi macam mana kita nk tahu bus melalui tunnel or ferry ya ? Sy lg prefer tunnel sbb travel dgn kids.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Hujung bulan 10 dah tak lama dah tu.

      Susah nak cakap, sebab kalau saya masuk website bas paris-london ni pun, mereka tak ada bagi kepastian. Semuanya cakap sama ada mereka akan melalui feri atau pun tunnel. Ketika kami menaiki bas Oui untuk laluan London-Paris pada tahun 2016, bas kami melalui laluan feri. Semasa 2017, kami menaiki bas dari syarikat yang sama untuk laluan yang sama, tapi kali ni kami melalui tunnel pula.

      Mungkin kalau tuan nak put extra effort, boleh juga cuba hantar email pada syarikat yang tuan nak beli tiket tu. Biasanya diorang ni cepat je balas.

      Delete
  32. Assalamualaikum tuan..
    saya nak tanya tentang accommodation untuk 5 dewasa 3 kanak2. jika nak book apartment kena book ikut bilangan orang atau ikut keselesaan kita sahaja?
    tq..

    ReplyDelete
  33. Waalaikumussalam Suhana.

    Kita kena book ikut bilangan per head, sebab begitu cara budaya mereka kira. Mereka biasanya ukur keselesaan tetamu mereka berdasarkan ukuran mereka.

    Awak boleh cuba contact dan tanya kalau mereka terima lebihan tetamu sebelum book.

    Harap membantu.

    ReplyDelete
  34. Salam nak tanya , mcm tiket2 bas tu beli disini siap2 via online atau beli di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Kami dah beli awal², tapi sayangnya kami tertinggal bas. Maka kami kena beli sekali lagi kat kaunter, nasib baik masih ada tiket masa tu.

      Eloklah beli online awal², senang nak plan.

      Delete
  35. salam tuan, boleh email ke sy full itinerary tuan x? sy nk refer lebih detais..
    muhdhazreeq@yahoo.com
    just nk tnye pendapat tuan, kalo sy travel 6org dewasa+1kanak2 , mne lebih okay either naik ferry (with car rental) or by bus?
    thanks tuan

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum..saya akan ke london bln 8 nie bersama 2 org anak saya (1 thn 5 bln dan 4 tahun)..saya nak tanya tentang keperluan utk carseat di sana?prefer saya bawa @ sewa ? lg 1 kalu nak travel ke paris dgn bas dikenakan bayaran x untuk bdk bwh 2 tahun dan diberikan seat utk dia sendiri@ x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofra.

      Berdasarkan umur anak Puan, kedua-duanya memerlukan car seat. Terpulang pada pertimbangan puan sendiri sama ada nak bawa atau sewa, kos sewa car seat berbeza-beza mengikut syarikat dan bilangan hari. Kalau bawa dari Malaysia bimbang kalau leceh pula nak mengangkut bersama luggagge² yang lain.

      Untuk bas, penguatkuasaan child seat dikecualikan. Sesetengah syarikat bas ada menyediakan child seat, kebanyakannya dia bagi je naik tanpa child seat.

      Delete
  37. Salam kenal. Perkongsian yang sangat bagus tapi suami akak belum berani nak drive kat Europe. Jeles sangat2 sebab dapat tiket flight murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. tak semestinya drive untuk enjoy europe. Naik bas/train pun boleh.

      Delete
  38. Ya Allah seronoknye bce blog ni. Detail n mudah faham. Terima ksih atas pkongsian. Sy tgh survey samada nk ke jepun, ke europe atau ke new zealand utk next year.. Bile bce blog ni rse mcm nk ikut je route sedara. Maybe nz n japan tu next time.. Tq so much!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah macam ni sekali komennya. 😂 Seronok bagi pembaca, begitu juga orang yang menulis. Terima kasih..

      Delete
  39. assalamualaikum Zahid... kalau dekat bosnia xselamat ke sewa kereta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalaam. saya tak ada pengalaman sewa kereta dan belum pernah sampai di bosnia, jadi tak pasti pula. tapi pernah je baca orang malaysia sewa kereta kat sana. belum pernah dengar apa-apa yang tak ok.

      Delete
  40. Salam brader..Titlis Mount tu tiket beli kt mana? Ada yg ckp nk murah bli Swiss Travel Pass..boleh dpt 32CHF je..Betol ke bro beli lepas 12tghri dapat offer sampao 52CHF..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tiket tu kami beli di kaunter tiket untuk naik ke Mt Titlis di Engelberg tu. Memang betul kalau ada Swiss Travel Pass boleh beli tiket ke Mt Titlis dengan harga yang murah, tapi masalahnya Swiss Travel Pass tu sangat mahal. Dalam RM1k juga. Kalau memang fully utilize public transport di Swiss memang berbaloi. Macam kami yang menyewa kereta jadi Swiss Travel Pass tak diperlukan.

      Tentang tiket diskaun tu memang betul. Kami dah dapat dan ada traveler lain yang pergi tengahari pun dapat harga yang sama.

      Delete
  41. salam tn. mmg best baca blog.tn. nak tanya kalau nak dptkam tiket kapal terbang ke london atau paris tn check website mana yea. kena check tiap tiap.hari ke utk dptkan harga murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan. Ada beberapa cara untuk monitor harga tiket flight ke destinasi yang kita dah aim:

      1. Register price alert dekat website seperti Skyscanner.
      2. Follow group/page yg selalu berkongsi promosi airlines terkini. Contohnya page facebook 'Pemburu Tiket Murah'.
      3. Follow juga page² media social syarikat airlines yang ada destinasi yang kita nak pergi seperti emirates, qatar airways, etihad, mas, klm dll. Nanti bila diorang ada buat promotion mesti dia akan update dekat akaun media social.

      Delete
  42. Salam tuan. Terima kasih share info yang lengkap & bermanfaat. Saya guna ya sharing tuan untuk trip saya September ni. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan/puan. sama-sama. semoga perjalanan dipermudahkan. Sharelaa gambar.

      Delete
  43. seronok baca journey tuan dan keluarga. panduan yg sangat berguna. saya dan suami baru nak merancang insyaALLAH nak pi sana bulan jun 2020. rasa lapang dada boleh rujuk perjalanan tuan. complete dgn bajet dan tempat2 menarik. terima kasih in advance ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puteri nadia.. terima kasih baca blog ni yang tak seberapa. semoga perjalanan dipermudahkan. selamat mengembara!

      Delete
  44. Terima kasih tuan. Info yang bermanfaat dan membantu. Saya jadikan blog tuan sebagai panduan untuk planning europe trip saya nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama tuan. semoga perancangan berjalan lancar.

      Delete
  45. Salam tuan.. Terima kasih atas info dan artikel yg menarik dari tuan.. Sangat berguna utk trip sy di eropah August nnti, boleh share detail itenerary, budget, parking location and route utk rujukan? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan/puan. Saya rasa ada simpan lagi, tapi kena check balik. Mungkin tuan boleh tinggalkan alamat e-mel.

      Delete
  46. Salam tuan, best sgt baca penulisan dari awal trip sampai habis. lagi2 sy mmg bercadang nak road trip awal november 2020 nanti, atleast dah tau sikit2 selok belok bila baca blog ni. terima kasih atas perkongsian nya. btw kalau tak keberatan boleh sy dapatkan copy utk master budget tak? email sy shahira.sharif@ymail.com. terima kasih daun keladi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalaam. Terima kasih sebab bagi feedback yang blog ni inspire orang yang macam awak untuk travel ke Europe.

      Saya dah emelkan format excel bajet tu.

      All the best for your next trip, semoga perjalanan dipermudahkan. Happy travelling.

      Delete
  47. Salam tuan, saya membaca trip eropah tuan ni ibarat macam saya berada disana juga. Harap cepatlah covid ni pulih

    ReplyDelete
  48. Assalam encik, thank you for sharing such a detailed real experiences, rasa macam kita pun into the scene..saya nak tanya boleh tak encik share sikit post mortem yang benda ralat yang could possible be done or improved dalam trip ni? saya plan nak ke europe next year inshaAllah with wife and a 5 year old, a 1.5 year old, dan plan asal memang nak explore countries macam encik punya trip, tapi kalau ikut trip ni long distance driving tu agak mencabar utk kids dan single driver ie: from paris ke rotterdam, and mulhouse to paris, ada suggestion tak? or tidur kat belgium semalam, and in between mulhouse to paris ke? dari segi total days saya plan maybe 2-3 weeks, slight longer than your trip, tq in advance encik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalaam. Sorry, tak perasan komen tuan. Kebetulan saya pun baru balik dari europe minggu lepas, kali ni kami berlima satua famili. Memang bila bawa anak terutamanya yang bawah 10 tahun, tak boleh travel jauh sangat. Kali ni kami pergi sempadan empat negara, Swiss, Italy, Austria dan Germany, tapi semuanya bahagian sempadan sahaja. Average driving satu hari dalam 300km.

      Saya cadangkan stay di suatu tempat dua ke tiga hari dan explore tempat tu dengan anak-anak, macam trip saya 2017. Kalau trip 2016 ni memang kurang sesuai dengan budak-budak sebab penat sangat. Makan pun tak menentu masa tu.

      Bagi saya kalau anak 5 tahun dan 1.5 tahun, untuk 10-12 hari boleh buat London + Paris + Amsterdam. Tak perlu sewa kereta pun tak apa.

      Delete
    2. I see, okay encik, thank you for the suggestion, will consider

      Delete
    3. Asalnya nak buat macam trip encik 2016 sebab nak jimat tiket flight sebab yg kecik tu bawah 2 tahun, dah alang alang sampai Europe kan, mestilah nak pergi sebanyak negara yg mungkin..tapi kalau pikir balik macam rushing dan trip akan panjang jadi atas 2 minggu, dan tak enjoy sbb bawak budak dan tak duduk lama at one place...

      Jauh di lubuk hati sy pun setuju dgn cadangan encik utk travel london/paris/amsterdam dulu walaupun sy meronta ronta nak langgar je sekali semua western europe tu haha...

      Bestnya encik diberi kesempatan travel berulang kali ke Europe, inshaAllah sy follow jejak langkah encik, kena struktur semula kewangan...

      Kalau tak keberatan, boleh kongsi IG tak encik zahid?

      Tqvm for your opinions, much await your entry from recent travels!

      Delete
    4. Alhamdulillah, syukur rezeki Allah bagi. Dan juga asbab isteri banyak support, jadi dapatlah travel sama-sama.

      IG saya dah kena hijack dengan isteri, hahaha.. Sekarang ni dia je aktif gunakan ig tu. Boleh seach @zahidnfara.

      Adalaa beberapa entri untuk trip terbaru kami hari tu.

      Delete

Back
to top